Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Gerimis Rindu

Posted by Hajar at 4:38 PM 0 comments
Gerimis RinduGerimis Rindu by Meen Zulaikha
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  494 mukasurat
ISBN: 9789831244616


22-02-2015

Akibat dimanjakan oleh nenek sedari kecil, Ailani membesar sebagai seorang remaja yang kerap membuat onar. Darah muda yang sentiasa dahagakan cabaran membuat Ailani terjebak dengan perlumbaan haram. Malang sekali akibat menurut rasa darah mudanya Ailani kehilangan nenek kesayangannya dalam kemalangan. Seluruh keluarga menyalahkannya atas tragedi malang ni.

Perselisihan faham antara Ailani dan bapanya membawa Ailani berdikari menjalani kehidupannya sendiri. Tiada pilihan, Ailani terpaksa menjadi pemandu teksi limousin di airportbiar pun jiwanya memberontak dengan apa yang terpaksa dilaluinya.

Perkenalan Ailani dengan Dato’ Rahim bagai membawa sinar untuknya. Ailani ditawarkan jawatan pemandu peribadi dan kemudiannya diangkat menjadi pembantu peribadi Dato’ Rahim. Cuma masalah timbul bila Ailani terpaksa berdepan dengan sikap dingin dan sinis Fatimi, anak lelaki Dato’ Rahim. Heh.

Bagi Fatimi, Ailani itu hanya berminat untuk mengikis harta kekayaan bapanya. Lebih-lebih lagi bila Fatimi terjumpa keratan cek yang menunjukkan Ailani menerima sejumlah wang daripada Dato’ Rahim. Fatimi nekad untuk melakukan sesuatu agar Ailani disingkirkan. Namun dalam membenci rupanya terselit rasa halus buat Ailani. Fatimi penasaran bila Ailani meletak jawatan. Lalu bagaimanakah kesudahannya hubungan mereka?

Komen saya:

1. Suka dengan perubahan Ailani yang penulis cuba tunjukkan. Dari seorang gadis yang manja dan kuat memberontak perlahan-lahan berubah menjadi dewasa dan matang seiring usianya. Rupanya banyak hikmah yang diperolehinya selepas dihalau keluar dari rumah. :)

2. Cuma kisah ini mungkin kurang melekat di hati berbanding kisah-kisah lain yang pernah dilakarkan oleh penulis.

3 Masih ingat kisah Tim (adik angkat Zara dalam Warna Hati)? Dalam kisah ini ada kesinambungan kisah Tim dan Li. :D

4. Dan yang paling ‘mahal’ tentulah cameo Seth Tan. Haha. Sila jangan bayangkan Aaron Aziz ya? :P

5. Tahniah buat penulis. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya.

View all my reviews

Saturday, February 14, 2015

Jatuh Hati Di Paris

Posted by Hajar at 4:51 PM 2 comments
Jatuh Hati di ParisJatuh Hati di Paris by Zura Rahman
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  556 mukasurat
ISBN: 9789831249277


3.5*. Not bad.

04-02-2014

Arief dan Nadia berkenalan sewaktu mereka dalam misi backpacking ke Paris bersama teman-teman. Siapa sangka Arief yang kelihatan dingin dan sombong itu rupanya menaruh hati terhadap Nadia? Misi backpacking akhirnya turut menyatukan rasa mereka berdua. Bertahun menyulam kasih namun rupanya keluarga Arief sudah ada calon isteri untuk Arief. Alahai, tipikal keluarga berada.

Kerana ingin membantah cadangan ayahnya, Arief bertekad menerima tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat. Bermula saat Arief menjejakkan kaki ke sana, Arief terputus hubungan terus dengan Nadia. Sudahlah telefon bimbitnya hilang, emelnya pula diserang virus. Macam pelik pulak bila Arief macam tak kisah je terputus hubungan dengan Nadia selama bertahun-tahun. Hmm..

Pertemuan kembali dengan Nadia membuat Arief nekad untuk kembali ke Malaysia. Tambahan pula, keadaan kesihatan Afnan, abang sulung Arief yang semakin merosot turut memaksa Arief segera kembali ke Malaysia untuk mengambil alih tanggungjawab menguruskan perniagaan keluarga mereka.

Mampukah Arief memujuk kembali hati Nadia yang masih kabur dengan tindakan Arief yang memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba?

Komen saya:

1. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas menutup naskhah ini adalah tentang Lyn, teman Nadia. Mungkinkah kisah Lyn dan bosnya yang suka membuli tu bakal jadi karya penulis seterusnya? ;)

2. Saya senang menghadam karya ini sebab ceritanya mudah. Tiada adegan manis bergula ( mungkin ini penyebab novel ini kurang dapat sambutan penggemar genre manis bergula. :P), tiada konflik yang menyakitkan hati dan watak antagonisnya pun bukan jenis watak penjahat tegar.

3. Cuma bagi saya terlalu banyak / detail perkara-perkara yang berlatarbelakang tentang perniagaan / banking / kewangan. Untuk saya yang memang daripada bidang ni memang tak ada masalah nak menghadam. Tapi untuk orang yang bukan berlatarbelakangkan bidang ini mesti akan rasa bosan dengan pelbagai istilah pelik. :)

4. Suka dengan gambaran penulis tentang keluarga Arief. Tak berlebihan menggambarkan harta dan kekayaan mereka. Keluarga mereka pun nampaknya bukan jenis keluarga yang 'jaga standard' dan mementingkan harta kekayaan semata.

5. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya pertamanya ini. Moga terus dikurniakan ilham dan kesempatan untuk terus berkarya. :)

P/s: Terima kasih juga buat si pemberi buku. Moga dimurahkan rezeki dan terus sukses. :)

View all my reviews

Monday, December 22, 2014

Cinta Sufi

Posted by Hajar at 12:30 PM 1 comments
Tajuk: Cinta Sufi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  509 mukasurat
ISBN: 9789831245415


Kepulangan Saifudin dari abad ke 21 melumpuhkan kudratnya. Serasa seperti sudah hilang kepahlawanannya. Namun kekuatan imannya tidak bisa dipertikaikan sungguh pun ditimpa ujian sebegini. Dalam ketidakupayaan Saifudin inilah Melaka ditawan oleh Portugis.

Kedatangan rombongan penjajah dari Portugis itu juga turut disertai oleh Catalina, balu pahlawan Portugis yang gugur di medan peperangan. Kedatangannya ke Melaka hanya kerana mahu mencari lelaki bertanduk dua seperti digambarkan oleh Maryam yang ditemui dalam mimpinya. Pertemuannya dengan Saifudin bagaikan memberi petunjuk kepada kebuntuannya. Lalu Saifudin dijadikan hamba sahayanya dan perjalanan ke Hulu Melaka pun diteruskan untuk mencari Maryam.

Dalam perjalanan ke Hulu Melaka, rombongan Catalina diganggu oleh makhluk penghisap darah yang juga merupakan makhluk tunggangan Taghut. Kemunculan mereka semestinya untuk menghapuskan Saifudin. Dalam ketidakupayaannya itu Saifudin telah diselamatkan oleh bangsa Polip, makhluk bersayap yang pernah membantunya semasa berperang dengan Maharani Kerajaan Pulau Utara tidak lama dahulu. Saifudin di bawa pulang ke tempat mereka untuk proses pemulihan.

Rupanya dalam diam Saifudin diintai oleh Luna, serikandi bangsa Polip. Kematian suami akibat terkorban semasa berperang dengan Raja Roman membuat dirinya lebih suka mengembara. Dalam pengembaraannya itulah Luna bertemu Saifudin dan mula jatuh hati dengan keperibadian dan akhlak mulia Saifudin. Namun, mana mungkin bangsa Polip dan manusia bersatu?

Setelah pulih Saifudin dihantar kembali ke Hulu Melaka untuk meneruskan perjalanan mengiringi Catalina menjejaki Maryamnya. Dapatkan Catalina menemui Maryam di kala Saifudin bersama-sama Hang Tuah bersaudara bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Portugis yang bersekutu dengan Taghut?

Komen saya:
1. Saya bersetuju dengan resensi teman-teman lain yang mengatakan Cinta Sufi ini menunjukkan sisi lemah Saifudin. Hakikatnya dia juga manusia biasa, ada waktunya dia memerlukan sokongan orang lain untuk terus berdiri. :)

2. Tiba-tiba saya sukakan watak Hang Tuah dalam siri ini. Terserlah gaya kepahlawanan Melayunya itu. Hikhik..

3. Aksi-aksi perang dan pertempuran dalam siri ini memang agak mengujakan. Buat saya rasa tak senang duduk di kala membacanya. :)

4. Pengakhiran kisah ni memang buat pembaca tertanya-tanya. Mujurlah saya dah ada koleksi lengkap. Kalau tidak ada kemungkinan boleh meroyan nak tunggu sambungannya. :P 

Saturday, November 29, 2014

Warna Hati

Posted by Hajar at 12:20 AM 0 comments
Tajuk: Warna Hati
Penulis: Meen Zulaikha
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  499 mukasurat
ISBN: 9789831243695


Kisah dilema Zara Lisa (Zara) yang masih belum bertemu jodoh biar pun sudah mencecah usia 30-an. Seperti biasa, bila usia sudah meningkat dan si anak gadis masih bersendirian, pastilah jadi isu dan bahan bualan orang sekeliling. Disindir dan difitnah sehingga sang ibu tekad memberi kata dua; sama ada bawa pulang calon suami atau terima calon suami pilihan ibu.

Jadi untuk mengelak daripada dijodohkan dengan pilihan ibunya Zara menyertai speed dating. Penyertaannya dalam program speed dating menemukannya dengan dua calon berpotensi:

Erman Ariff (Erman) - lelaki berpakej lengkap. Ada rupa, bergaya dan gentleman sehingga buat Zara terbuai pada pertemuan pertama. Tapi biasalah, lelaki berpakej ini berkembar dengan pakej mulut manis dan pandai menabur janji palsu.

Haris Fazdilah (Haris) - lelaki yang serba serbi sederhana. Kononnya bekerja sebagai pemandu dan dia pula hanya memandu kereta kancil. Tiada yang istimewa atau boleh dibanggakan tentang Haris ni. Huluran persahabatannya disambut baik oleh Zara. Bersama Haris Zara tak perlu berpura-pura, dia hanya perlu jadi dirinya sendiri. Sangat berbeza berbanding waktu Zara bersama Erman.

Dalam pada Zara mula berteman mesra dengan Haris, rupanya ibu Zara sudah menerima lamaran keluarga Jefri yang juga merupakan sepupu Zara. Memanglah suatu masa dulu Zara pernah menaruh hati terhadap Jefri. Namun ketika luahan rasa cintanya dipersendakan, Zara telah membuang jauh Jefri daripada ingatannya. Kerana tidak mahu menghampakan hasrat kedua buah keluarga mereka, Zara merelakan diri menjadi tunangan Jefri. Cuma yang menariknya, Jefri menarik diri di saat akhir sebab rahsia gelapnya terbongkar. Haha. Selfish betul Jefri ni.

Jadi, tak susah pun nak teka siapa yang akhirnya jadi pilihan Zara kan? ;)

Komen saya:
1. Buku ini jadi pilihan saya sebab nipis dan kisahnya yang mudah dan tak rumit. :) Typo pun sangat minima. Peliklah, kenapa banyak typo dalam kebanyakan buku Alaf terbitan terbaru?

2. Suka perwatakan Zara. Tegas. Baik hati dan dia tahu apa yang dia mahu. Cuma kadangkala keliru bila kata hati dikelabui oleh mata yang memandang. :P

3. Ada selitan kisah Rita, sahabat baik Zara yang menghadapi masalah rumahtangga yang juga turut mempengaruhi pandangan Zara pada alam perkahwinan

4. Suka dengan idea luahan perasaan menggunakan tajuk novel tu. Tapi kalau dalam dunia realiti ada orang buat macam tu, errr tak sanggup kot? :P

5. Tahniah buat penulis. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :) 

Saturday, September 13, 2014

Jangan Lupakan Aku

Posted by Hajar at 10:00 AM 0 comments

Tajuk: Jangan Lupakan Aku
Penulis: Iza Safiya
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  567 mukasurat
ISBN: 9789831248409


Anekdot tentang Jangan Lupakan Aku

1. Buku ni dibeli selepas terpengaruh dengan review yang 'kebabom' di sana-sini. Tapi saya baca buku ni lepas setahun dibeli. Uhuk!

2. Mujur kisahnya memenuhi piawaian saya - tak terlalu manis bergula dan juga tak sinetron serta meleret-leret walaupun terselit plot amnesia yang saya tak berapa gemar.

3. Suka gambaran watak Elza Zaharah (Zara) yang independent, pandai jaga maruah diri dan pandai dinding hati sendiri daripada dicerobohi oleh sang kumbang (eceh..). Matlamat hidupnya hanya mahu membahagiakan keluarga arwah suaminya.

4. Kerjaya Zara sebagai seorang pereka hiasan dalaman membawanya mengenali Tan Sri Rushdi dan kemudiannya Zara turut mengenali nama Ilham Zackry (Izack) sebagai salah seorang pelanggan terbesar bagi syarikatnya.

5. Izack yang digambarkan sebagai seorang perfectionist rupanya tak kisah 'nampak' sederhana semata-mata untuk berkenalan dengan Zara.

6. Yang saya suka Izack ni bukan jenis terlampau sweet talker sampai kita rasa nak togak air masak satu tong. :P Suka juga dengan adegan untuk adik-adik bawah umur yang dimetaforakan / digambarkan dengan baik.

7. Saya kecewa betul bila ingatan Izack pada Zara macam hilang begitu saja lepas Izack ditimpa kemalangan. Huwaaaa... Tapi, bekas teman wanitanya yang hampeh tu diingatnya pulak. Ciss! Memang sabar betul Zara melayan suami yang langsung tiada klu tentang kehidupan mereka suami isteri. Sobs.

8. Setuju dengan review seorang teman yang mengatakan elemen surprise untuk Zara di akhir cerita tak berapa menjadi disebabkan pembaca sudah dihidangkan dengan adegan penolakan Nyiela.

9. Saya agak annoying dengan pengulangan perkataan FANTASTIK. Rasanya lebih separuh buku dimulakan dengan perkataan FANTASTIK di setiap bab.

10. Tahniah buat penulis. Moga dikurniakan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)

P/s: Yay! Cukup sepuluh. Haha. Ni review gaya orang malas namanya. :P 

Tuesday, July 29, 2014

Hijab Sang Pencinta

Posted by Hajar at 11:32 AM 0 comments
Tajuk: Hijab Sang Pencinta
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  510 mukasurat
ISBN: 9789831243855


Setelah berjaya menumpaskan Maharani Kerajaan Pulau Utara dan juga pemergian Ratna, Saifudin tekad untuk pulang ke Tanah Melayu. Kerinduan terhadap keluarga begitu menggamit. Namun, kejahatan Taghut tidak pernah jemu memburunya. Perjalanan pulang Saifudin melalui jalan darat penuh dengan dugaan dan ujian mendatang. Salah satunya Saifudin bakal berdepan dengan Manggala, manusia serigala. Menariknya Manggala ni asalnya cumalah seorang khunsa yang juga merupakan bekas pengiring Maharaja. Siang hari menjadi lelaki dan ketika malam bertukar menjadi perempuan. Kerana dituduh bermukah dengan gundik Maharaja, Manggala diburu. Perjanjian dengan Taghut mengubah dirinya menjadi Manggala.

Manakala pada abad ke 21, Manggala yang telah ditewaskan oleh Saifudin bakal dibangkitkan oleh pengikutnya yang dahagakan kekayaan. Dalam siri sebelum ini ada dinyatakan yang Manggala masih memerlukan satu lagi korban perawan suci sebelum bangkit semula. Manggala mahukan Haryani sebagai korbannya disebabkan 'keistimewaan' Haryani yang pernah hidup semula selepas kematiannya.

Sementara itu di Tanah Melayu keluarga Tun Mutalib menerima musibah atas perbuatan Melor. Kerinduan terhadap Saifudin menyebabkan Melor menerima tawaran nenek tua yang kononnya mampu membawa Saifudin pulang ke Tanah Melayu. Rupanya nenek tua itu adalah jelmaan Putri Kober Gandring yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya (Taming Sari) di tangan Hang Tuah. Kehilangan Hang Tuah tanpa jejak menyebabkan Putri Kober Gandring meminta nyawa Sultan Melaka sebagai galang ganti. Putera Muzafar, anakanda Tun Mutalib dan Melor dijadikan tebusan supaya Tun Mutalib membunuh Sultan Melaka. Berdepan dengan ancaman sebegini membuatkan Tun Mutalib terkenangkan Laksamanan Sunan. Lantas, dengan bantuan Bendahara, Panglima Awang Bagan dan angkatannya dikerah menyusul Saifudin di Aceh.

Kepulangan Saifudin ke Tanah Melayu disambut dengan berita kematian ibunya. Sungguh pun bersedih kerana tak sempat bertemu ibunya, Saifudin redha dengan ketentuan ilahi. Setelah berjaya menumpaskan Putri Kober Gandring, Melor berterus terang dan meminta maaf atas kekhilafannya memfitnah Saifudin dan juga atas perbuatannya bersekongkol dengan Putri Kober Gandring memerangkap ibu Saifudin dalam permainan sihir si Putri.

Berita kepulangan Saifudin kemudiannya tersebar hingga ke pengetahuan Sultan Melaka. Rupanya kemurkaan Sultan masih lagi belum hilang walaupun Saifudin telah berjaya menumpaskan si jahat yang berniat membunuh Sultan. Aduhai, mana rasionalmu wahai Sultan Melaka? Panglima Awang Bagan diperintahkan untuk menangkap Saifudin agar di bawa ke Melaka. Sekali lagi keajaiban berlaku bila Saifudin menyembunyikan diri daripada diburu. Dalam lena Saifudin di bawa pada abad ke 21 dan dipertemukan dengan keluarga Dani. Sungguh pun terasa kekok, Saifudin tetap berusaha menyesuaikan diri dengan bantuan keluarga Dani.

Dani dan Haryani pula sedang bersiap-siap untuk pulang setelah menguruskan dokumen perjalanan mereka di kedutaan. Namun, sekali lagi Haryani diculik oleh Rajikin, pengikut setia Manggala yang tamak haloba. Terpaksa Dani meminta tolong ayahnya untuk menghantar Saifudin ke Medan untuk menyelamatkan Haryani. ;)

Kemunculan Saifudin di abad ke 21 menggembirakan Haryani, lantas hasrat hati diluahkan kepada kedua ibu bapanya untuk menjadi yang halal buat Saifudin. Dapatkah mereka bersatu di abad ke 21? :D (tengok, betapa lebar senyuman saya? Hahah. :P)

Komen saya:

1. Cerita ni memang pantas. Penceritaan relevan dan tak meleret kepada hal yang tidak-tidak.

2. Cuma ada sedikit kemusykilan sebab Manggala ni sudah pun ditewaskan oleh Saifudin awal-awal lagi. Pelik macam mana keturunannya boleh berkembang sedangkan Guntur yang kononnya bakal penerus warisan pun sudah terkorban awal-awal lagi? Mungkin ada yang terlepas pandang di situ atau mungkinkah ada pencerahan dalam siri selepas ini? :)

3. Terkejut dengan nasib Orang Kaya Seman. Tapi memikirkan Bendahara Melaka yang sangat bijak menyembunyikan fakta tu memang tak mustahil Orang Kaya Seman menerima nasib sebegitu selepas apa yang dilakukan terhadap Saifudin. ;)

4. Saya gembira sebab akhirnya Haryani mampu bermuhasabah diri. Ngee. Cinta sesama manusia tak ke mana berbanding cinta kita terhadap Sang Pencipta. :)

5. Betullah, aura Haryani - Saifudin tak sekuat aura Sunan - Ratna. :)

Okay, next!

Monday, June 30, 2014

Mengukir Bahagia

Posted by Hajar at 6:36 PM 5 comments


Tajuk: Mengukir Bahagia
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  452 mukasurat
ISBN: 9789831243633


Memang patut pun saya tak pernah 'terpandang' buku ni dulu. Terbitnya di kala musim kisah kahwin paksa. :)

Hubungan baik yang berlangsung di antara kedua ibu bapa Natasya dan Zahim Iskandar (Zahim) mengikat mereka sedari kecil. Alasannya, ibu bapa Zahim mahu membalas budi keluarga Natasya yang pernah membantu dan bergolok gadai semasa mereka mahu memulakan perniagaan.

Namun, bila sampai masa mereka mahu disatukan Zahim memberontak. Natasya ditinggalkan semasa majlis persandingan mereka. Pentingkan diri sungguhlah si Zahim ni. Paling menyayat hati bila Natasya kehilangan ayah kesayangannya semasa pertengkaran hebat antara Zahim dan kedua ibu bapa mertuanya. Kecewa dengan apa yang melanda dirinya, Natasya membawa dirinya merantau mencari pengalaman.

Selepas empat tahun, Natasya berjaya membina kerjaya dan bagaikan sudah tersurat yang Natasya bakal bertemu kembali dengan Zahim. Perjalanan waktu tak pernah merubah rasa sakit yang dialami Natasya. Sungguh pun Zahim dibenci dan didendami, Natasya tak mampu menolak 'rasa' yang tersimpan dalam hati buat suami. Marah macam mana sekalipun suaminya itulah yang dicintai. Atas rasa yang ada berserta tanggungjawab yang tergalas, mereka kembali bersama.

Tapi, selama mana kebahagiaan mampu bertahan bila suami mula mengabaikan dan mencurigai kejujuran isteri? Mampukah Natasha bertahan di samping Zahim bila kisah silam suaminya terbentang di depan mata?

Komen saya:

1. Saya capai buku ni selepas baca Yang Dia Pilih sebab nak tau kisah kakak angkat si Fatia ni.

2. Natasya yang digambarkan seiras Angelina Jolie ni luarannya nampak tenang. Sabar. Tak pernah terusik atau terganggu dengan kata-kata dan tohmahan orang lain. Tapi dengan Zahim tahap kesabarannya jadi tipis. Hmm, hanya Zahim aja yang mampu mempengaruhi emosi Natasya ni rupanya.

3. Oleh kerana penceritaan guna POV 1, jadi memang rasa geram sangat kat Zahim. Haish. Bias jadinya. :P

4. Seperti yang saya nyatakan di atas sana, kisah ni adalah salah satu daripada lambakan kisah kahwin paksa tapi mengikut acuan dan gaya bahasa penulis sendiri. Cuma gaya bahasa penulis memang nampak berbeza dengan gaya penulisannya sekarang.

5. Tiada apa yang luar biasa. Perjalanan kisahnya memang boleh dijangka. Kahwin-berpisah ikut haluan sendiri-bersatu kembali-konflik-larikan diri-happy ending. :P

Thursday, June 26, 2014

Kahwin Dengan Saya?

Posted by Hajar at 10:46 PM 1 comments
Tajuk: Kahwin Dengan Saya?
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  662 mukasurat
ISBN: 9789831249406


Yang saya suka tentang kisah ini:

1. Kisah kekeluargaan yang dipaparkan. Macam dah jadi trademark untuk penulis memasukkan unsur ini dalam setiap karyanya. :)

2. Qara Nisa (Qara) yang sangat lembut hatinya. Tak pernah berdendam walau sejahat dan seteruk mana layanan yang diterimanya. Baginya, kekurangan dirinya sebagai seorang anak yatim piatu membuatkan dia dibenci oleh kedua ibu bapa Dhia, kawan baiknya. (Macam kelakar bila fikir ada ibu bapa yang begini, memusuhi seorang anak kecil yang konon bawa pengaruh buruk kepada anaknya hanya kerana anak kecil itu seorang anak yatim piatu. Hmm, mungkin ada, cuma saya yang tak jumpa manusia spesies ni)

3. Persahabatan antara Qara dan Dhia yang kekal utuh semenjak sekolah rendah walau diancam dengan pelbagai ugutan daripada kedua ibu bapa Dhia.

4. Umair Haq (Haq) yang tak kisah jadi bapa tunggal hanya kerana tak mahu anak sekecil Irham Firdaus disia-siakan oleh seorang ibu yang tidak menghargai kehadiran seorang anak. Dia tak kisah dimarahi uminya asalkan si kecil Irham tidak dilukai.

5. Kisah ini memang libatkan watak yang ramai dalam penceritaannya tapi kita tak hilang fokus kerana setiap watak ada perkaitan antara satu sama lain.

Yang buat saya geram:

1. Syahil. Sungguh saya tak suka spesies lelaki sebegini. Tiada pendirian. Macam lalang. Sanggup ketepikan pendirian sendiri hanya kerana takut dengan ugutan keluarga yang kononnya tidak akan mewariskan harta sekiranya Syahil tetap bercadang untuk teruskan hubungan dengan Qara. Lelaki macam ni ke yang nak dijadikan calon suami? Hmmph!

2. Datuk Kamil dan Datin Jalilah. Memang padan sangatlah. Dua-dua materialistik. Atas alasan Qara tu anak yatim piatu, anak gadis itu dimusuhi dan dihalang daripada berkawan dengan dengan Dhia. Malah hubungan cinta Qara dan Syahil juga tidak direstui. Haish.

3. Hajah Yasirah yang mudah sangat termakan hasutan Datin Jalilah. Patutnya sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia boleh nilaikan sendiri sikap Qara sebagai menantu berdasarkan layanan Qara kepada Haq dan ahli keluarga yang lain. Ini siap boleh halau Qara keluar dari rumah pulak tu lepas dapat tahu kebenaran tentang Irham. *Geleng kepala*
 

4. Bila Dhia pun mula beri layanan ‘bahu sejuk’ gara-gara Qara tidak mahu ikut kehendaknya. Sungguhla pentingkan diri Dhia ni. Boleh pulak dia nak mintak Qara tinggalkan Haq dan kembali pada Syahil. Katanya Syahil perlukan Qara untuk memulihkan semangatnya selepas bercerai. Apakah???

5. Haq yang termakan kata-kata fitnah Syahil yang berniat untuk memisahkan Haq dan Qara. Sampai terkeluar kata-kata yang buat Qara terluka parah. Huwaaaa, kesian Qara tau! Mujur ada Maksu Razita. Kalau tidak Qara dah naik penerbangan tambang murah entah ke mana-mana agaknya. :P

Komen saya:
Sungguh pun kisah ni agak beremosi, saya sukakannya. Mungkin disebabkan perjalanan kisah yang agak pantas dan tak meleret-leret dengan hal yang tidak-tidak. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya ke-12 ini. Fuh, kena kira berapa banyak buku AA yang ada dalam rak buku saya ni untuk cukupkan koleksi. :D 

Saturday, June 14, 2014

Cinta Sang Ratu

Posted by Hajar at 7:07 PM 0 comments
                        

Tajuk: Cinta Sang Ratu
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  554 mukasurat
ISBN: 9789831242785

Imbas kembali: Setelah pertarungan hebat antara Laksamana Sunan dan Nyi Burga Kelara yang kemudiannya turut mengorbankan Haryani, Laksamana Sunan akhirnya kembali ke Acheh. Walaupun niat asalnya pulang ke Kampung Punggor untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, Laksamana Sunan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak kedua ibu bapanya bila dirinya masih menjadi buruan Sultan Melaka yang murka kerana Haryani dibunuh. Pulang ke Acheh pula, tentera Pulau Utara yang diketuai oleh Ratu Sulaman bersiap sedia untuk menggempur Kerajaan Acheh disebabkan dendam terhadap Laksamana Sunan yang telah menghapuskan Nyi Burga Kelara.

Hanya kerana sepotong ayat; "Sebagai manusia....aku sayang padamu." telah menyebabkan hati Ratu Sulaman atau Ratna tersentuh. Walaupun telah berjaya memanah Laksamana Sunan menggunakan panah bersihir, hatinya tak pernah tenang. Rupanya takdir Allah telah melorongkan hidayah buat Ratna melalui Laksamana Sunan. Untuk mengelakkan fitnah , Laksamana Sunan telah bersetuju menikahi Ratna. Namun, kebahagiaan mereka direntap sekelip mata bila Maharani Pulau Utara bertindak menculik Ratna kerana kecewa dengan keputusan Ratna yang berpaling tadah.

Maka, bermulalah perjalanan Laksamana Sunan yang digelar lelaki berduka dari Tanah Rencong untuk menyelamatkan isteri kesayangannya. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk menyelamatkan Ratna.

Sementara itu, pada abad ke 21, Dani yang berada di Acheh untuk mencari keris Nanggroe milik Laksamana Sunan telah menjadi mangsa tsunami yang juga telah mengorbankan ribuan nyawa. Dani telah diselamatkan dan dijaga oleh oleh Pak Mustakim dan anak gadisnya yang bernama Saliha. Sekali lagi keajaiban berlaku. Rupanya Dani mengalami gangguan mental kerana rohnya terperangkap di penghujung kurun ke-15 sekaligus menjadi tawanan di bawah kuasa sihir Maharani Pulau Utara. Dani kemudiannya diselamatkan oleh moyangnya, Laksamana Sunan.

Manakala Haryani pula tekad untuk ke Acheh tanpa pengetahuan kedua orang tuanya. Malang tidak berbau, Haryani ditangkap oleh warisan keturunan Manggala (yang juga merupakan serigala jadian) untuk dikorbankan. Kata mereka, darah korban dari perawan suci yang ke-100 bakal membangkitkan semula baka awal Manggala. Berjayakah Haryani menyelamatkan dirinya dan dapatkah Dani ditemui untuk dibawa pulang ke Malaysia?

Komen saya

1. Sekali lagi, rugi..rugi..rugi.. kerana terlewat mengenali Laksamana Sunan. :D

2. Kisah kali ini padat dengan aksi sehinggakan Haryani yang selama ini tak pandai bersilat pun mampu bersilat sebab katanya dia belajar melalui pemerhatian terhadap Laksamana Sunan. Fuh~!

3. Banyak pengetahuan baru yang diperoleh dan menyebabkan saya rajin menggodek google semata-mata nak tahu betul ke wujud warisan Manggala tu? Ngee..

4. Buku ni memang antara edisi-buku-susah-letak. Tak rasa nakskip Kat mana-mana pun sebab ceritanya memang membangkitkan semangat ingin tahu sehingga ke mukasurat terakhir. :D

5. Okey, next!

P/s: Terima kasih sekali lagi Cik Pah. :D

Wednesday, June 11, 2014

Bagaikan Puteri

Posted by Hajar at 11:20 PM 0 comments
   

Tajuk: Bagaikan Puteri
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  578 mukasurat
ISBN: 9789831242149

Kalau disebut nama Laksamana Sunan, memang pengetahuan Haryani sifar berbanding jika disebut nama Laksamana Hang Tuah lima bersaudara. Sungguh pun kata mereka Laksamana Sunan itu terkenal di Aceh, Haryani tak peduli. Jadi, tak hairanlah jika mushaf yang diberikan oleh salah seorang teman ayahnya hanya dipandang sepi walaupun bait-bait ayat di dalam mushaf yang ditulis oleh Laksamana Sunan itu seolah-olah ditujukan untuk Haryani.

Namun, sesuatu yang ajaib telah berlaku bila Haryani disahkan koma selepas satu kejadian ragut. Roh Haryani telah mengembara ke penghujung kurun ke-15 dan ditakdirkan pula bertemu dengan Laksamana Sunan (Saifudin) bersama Djailuh yang dalam perjalanan dari Aceh menuju ke Melaka untuk pulang ke kampung halaman Laksamana Sunan di Punggor. (Saya siap google okay, lokasi Kampung Punggor ni. Haha) Dek kerana terbawa-bawa dengan kisah Puteri Gunung Ledang yang pernah ditontonnya, Haryani memperkenalkan dirinya sebagai Gusti Putri Retno Dumilah, puteri Majapahit. Bermula saat itu, Haryani mengikuti pelayaran dan pengembaraan Laksamana Sunan termasuk menentang kuasa si makhluk jahat yang bertuhankan syaitan. Hubungan rapat mereka juga turut menumbuhkan rasa indah dalam jiwa masing-masing walaupun tidak diucapkan.

Sementara di abad ke 21 pula, Dani yang merupakan keturunan daripada susur galur Laksamana Sunan, sedang mengumpul tinggalan sejarah keluarganya. Dani cuba untuk mendapatkan kembali mushaf yang telah diberikan kepada Haryani tetapi dipertemukan dengan musibah yang menimpa Haryani dan keluarganya. Pertama kali bertemu Haryani Dani sudah jatuh hati dan kemudian menyatakan kesudiannya untuk melamar Haryani sekiranya Haryani sembuh. Setelah beberapa hari keadaan Haryani masih tidak berubah dan doktor cuma memberi tempoh seminggu untuk melihat perkembangan Haryani sebelum mengisytiharkan kematian Haryani yang hanya bergantung hidup dengan mesin pernafasan.

Sungguh pun keadaan semakin kritikal bagi jasad Haryani, di dunia sebelah sini kadangkala Haryani terdengar bisikan dan kata-kata semangat yang diucapkan oleh Dani kepadanya.
Dek kerana larut dengan rasa cintanya terhadap Laksamana Sunan, Haryani seperti tak ingin kembali ke tempat asalnya. Bagi Laksamana Sunan pula, ada amanah berat yang harus dipikulnya untuk mengembalikan Haryani ke dunia asalnya. Jadi, macam mana agaknya ikhtiar Laksamana Sunan untuk menghantar Haryani pulang?

Komen saya

1. Kata orang; tak kenal maka tak cinta. Kata saya; bila dah cinta sampai tak boleh lupa. Macam mana tu? Hahaha. Bila dah mula mengenali peribadi Saifudin atau Laksamana Sunan ni barulah saya tahu, kenapa ramai yang jatuh hati dengan Laksamana Sunan. Ketinggian ilmu dan keindahan akhlaknya hampir menandingi keperibadian Rasulullah S.A.W. :) (Laksamana Sunan tak perlukan ayat-ayat manis tahap 'potong kaki' untuk buat pembaca cair meleleh. :P)

2. Watak Laksamana Sunan ni mengajar kita bahawa kalau kita yakin dan bertaqwa dengan kekuasaan Allah, tiada satu pun kuasa jahat yang mampu mengatasi kuasa Allah. Yang penting, sebagai seorang muslim, kita kena ingat dan yakin dengan pegangan kita yang satu itu.

3. Kisah yang dilakarkan oleh penulis ni memang padat. Jangan mimpi nak membaca secara 'lompat kijang' semata-mata nak tahu kesudahan cerita. Memang blur jadinya nanti.

4. Ok dah, nanti saya sambung komen dalam siri kedua pula ya? :D

P/s: Terima kasih Cik Pah. :D

Thursday, February 27, 2014

Sepasang Kurung Pink

Posted by Hajar at 9:46 PM 0 comments
Tajuk: Sepasang Kurung Pink
Penulis: Nureen Mirza
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  587 mukasurat
ISBN: 9789831249208

Susah kan bila berada di kalangan masyarakat yang suka menghakimi peribadi orang lain berdasarkan sejarah dan latar belakang hidup mereka? Tak payah cakap orang lainlah, diri sendiri pun selalu juga termasuk dalam golongan mereka yang suka prejudis pada latar belakang orang lain ni. Huh..

Diza Irdina (Diza) tidak pernah meminta dirinya dilahirkan sebagai seorang anak banduan. Ibu Diza dipenjarakan kerana membunuh untuk menyelamatkan maruah anak gadisnya. Ramai yang menjauhkan diri bila mengetahui sejarah 'hitam' yang menimpa hidup Diza. Paling sadis bila bekas tunangan Diza juga turut mencaci dan memutuskan pertunangan sebulan sebelum mereka melangsungkan perkahwinan disebabkan status anak banduan itu. Mungkin silap Diza yang tak berterus terang dari awal tapi bila fikir balik, kalau dah cara pemikiran masyarakat kita memang dah macam tu, ada beza ke kalau Diza berterus terang dari awal?

Perkenalan Diza dengan Puan Lisa, mama kepada Syahrin Haiqal (Syahrin) membawa cerita baru dalam hidupnya. Puan Lisa ni berkenan sungguh nak bermenantukan Diza walaupun Diza awal-awal lagi dah berterus terang tentang sejarah hidupnya. Diza merasakan dirinya tidak layak untuk bergandingan dengan Syahrin. Manalah layak anak banduan nak bergandingan dengan jurutera?

Bagi Syahrin, Diza tu mengingatkannya kepada Laila Sari, bekas tunangan yang berselingkuh di depan matanya. Tanggapan Syahrin, semua perempuan bertudung itu sama. Hipokrit! Tapi bila Diza menolak lamarannya, ego Syahrin tercalar. Puan Lisa dipaksa untuk melamar Diza dan perkahwinan mereka tetap dilangsungkan tidak lama selepas itu.

Untuk membalas dendam kerana Diza pernah menolak lamarannya, Syahrin bersungguh-sungguh membuli Diza setelah mereka berkahwin. Memang panjang senarai kerja rumah yang perlu dilakukan Diza selepas menjejakkan kaki ke rumah Syahrin. Tabah je Diza melayan. Namun tembok kesabaran Diza runtuh juga bila Syahrin mula memalukan Diza di khalayak keluarga mereka. Diza di cop sebagai penipu bila tak berterus terang dari awal walhal hakikat sebenarnya Puan Lisa yang masih tercari-cari masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Syahrin.

Pemergian Diza sedikit sebanyak menghidupkan rasa dalam hati Syahrin terhadap Diza tapi keegoan menghalangnya daripada memujuk Diza. Bila dah bertarik tali begini mampukah mereka menyelamatkan rumahtangga yang nampaknya bakal tersungkur ini?

Komen saya: Tajuk ni mengingatkan saya kepada salah sebuah lagu raya kegemaran - Sepasang Kurung Biru! Hehe. Kebetulan kata penulis, beliau dapat ilham menulis kisah ini daripada lagu tersebut. Tapi kenapa biru jadi pink? Sebab Diza ni peminat tegar warna pink. Dan baju kurung pink juga yang menjadi pengubat rindu Syahrin bila Diza merajuk. Satu yang saya dapat simpulkan, kebanyakan hero ciptaan penulis ni memang buat kita rasa nak humban mereka ke dalam lombong. Haha. Semuanya menyakitkan hati di awal dan pertengahan cerita tapi akhirnya mampu mencairkan hati pasangan mereka di akhir kisah. Phew. Apa pun tahniah buat penulis atas kelahiran buah tangan terbarunya ini. :)

Sunday, February 16, 2014

Sah, Aku Cinta Kamu!

Posted by Hajar at 11:05 PM 0 comments
Tajuk: Sah, Aku Cinta Kamu!
Penulis: Hezzy Azra
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  593 mukasurat
ISBN: 9789831249239

Bagi yang sudah membaca karya penulis terdahulu yang bertajuk Aku Pilih Dia pasti sudah dapat gambaran tentang Raif Imran bukan? Raif Imran (Raif) si mulut manis yang berhubungan dengan ramai wanita. Tapi dalam ramai-ramai tu hanya Irdina Jasmin (Irdina) yang dekat di hatinya. Perkenalan mereka bermula di hospital bila mana Raif menemankan abangnya, Ian Redza menjalani rawatan fisioterapi manakala Irdina pula menemankan datuknya. Siapa sangka Irdina yang berperwatakan sederhana dan selamba itu benar-benar menambat hati Raif? Bagi Irdina pula walaupun hubungan rapatnya dengan Raif sudah ke pengetahuan keluarga, dia tak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana sudah maklum dengan hubungan baik Raif dengan wanita di sekelilingnya.

Suatu tragedi menimpa Irdina menyebabkan Raif rasa bertanggungjawab atas apa yang menimpa Irdina. Belum sempat membuka mulut, umi Raif sudah memulakan langkah. Haish. Kesian juga Raif. Sudahlah tersepit dengan masalah kewangan, uminya melamar Irdina tanpa pengetahuan pula. Namun, bila jodoh sudah tersurat, siapa yang mampu menolaknya bukan? 

Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Sungguh pun masih dihantui kisah warna-warni Raif sebelum perkahwinan mereka, Irdina masih mampu bertenang tanpa rasa ragu dan cemburu berlebihan atas rasa percaya dengan Raif. Phew, tabik! Kebahagiaan mereka makin bertambah bila Irdina disahkan mengandung. Kegembiraan mereka sekeluarga terbantut bila mengetahui tentang penyakit mama Irdina. Memang sedih bila ditimpa musibah begini tapi berkat sokongan keluarga terdekat mama Irdina berjaya bertahan sehingga Irdina melahirkan Raeesah. Tapi siapalah kita untuk menentang ketentuan? Mama Irdina akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.

Kematian mama Irdina benar-benar menguji tahap kesabaran Raif sebagai seorang suami. Irdina diserang kemurungan selepas pemergian mamanya. Siapa pun bila kehilangan seorang ibu pasti merasai perasaan yang sama. Masakan tidak, selama ini mamanyalah tempat dia bergantung. Bila hilang dari hidup seumpama hilang seluruh semangat. Cuma ada ketikanya saya rasa Irdina agak mementingkan diri sendiri bila Raif diabaikan disebabkan Irdina melayan rasa sedihnya. Hmm...

Saat-saat begini datang pula si penggangu yang mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan rumahtangga mereka berdua. Mampukah mereka mempertahankan mahligai yang semakin rapuh in?

Komen saya:

1. Seperti biasa, karya Kak Hezzy Azra tak pernah menghampakan. Nipis tapi banyak isi yang boleh kita kupas.

2. Suka Irdina yang lasak dan berdikari. Bukan jenis yang suka ambil kesempatan walaupun Raif banyak bagi peluang untuk dia berbuat demikian.

3. Suka semangat setiakawan Raif . Walaupun kawan yang dibantunya perempuan tapi yeah, dia tak pernah tinggalkan kawannya yang sama-sama tak bernasib baik dalam pelaburan. Sama-sama berikhtiar mencari alternatif untuk recover kerugian yang dialami.

4. Sikap percaya dan toleransi tu sangat penting dalam perhubungan. Bila keduanya wujud, nescaya anasir luar pun susah nak menjengah masuk. :)

5. Kesedihan yang kita alami bukan tiket untuk kita abaikan insan-insan di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi orang yang rapat dan patut kita beri lebih perhatian.

6. Yang di sekeliling jangan pula tinggalkan orang yang bersedih tu sendiri. Kena pandai cari kesempatan dan kaedah untuk memulihkan kesedihannya.

7. Kesusahan dan kesempitan orang lain bukan tiket untuk kita ambil kesempatan. Jadi, saya benci Delisha. Titik! :P

8.Saya rasa kisah yang dibawa penulis kali ni agak ‘berat’ berbanding kisah-kisah terdahulu. Ke saya yang terlebih menjiwai ni? Haha. Apa pun tahniah Kak Hezzy sebab berjaya juga buat saya sob sob (sikit) bila membaca kisah ni. Hehe. Harapnya tahun depan bakal ada buku baru lagi. ;) 

Saturday, January 18, 2014

Berikan Cintamu

Posted by Hajar at 9:47 PM 3 comments
Tajuk: Berikan Cintamu
Penulis: Rose Harissa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  499 mukasurat
ISBN: 9789831242650

Pertemuan secara tak sengaja antara Eza Nylea (Eza) dan Azalan ketika keduanya berdepan dengan konflik bersama pasangan masing-masing secara tak langsung merapatkan hubungan mereka. Azalan selalu menjadi tempat Eza berkongsi segala cerita dan hal yang berlaku dalam hidupnya termasuklah tentang masalahnya dengan Rizal, teman lelaki Eza. Keintiman hubungan mereka berdua kerap jadi perhatian teman-teman serumah Eza sehingga ada yang sanggup menyampaikan cerita buruk tentang Eza kepada Rizal. Alahai...

Kadang-kadang rasa Eza ni terlampau setia. Atas sebab itu, Rizal selalu ambil mudah tentang perasaan Eza. Kesian. Eza ni dah macam tersua-sua risaukan tentang Rizal yang jauh di mata sedangkan Rizal bukan main seronok menjalani hidup dia sendiri tanpa hiraukan perasaan Eza. Selama Eza menghabiskan pengajiannya yang berbaki tak sampai setahun di UTM tu boleh kira dengan jari berapa kali mereka bertemu berbanding kekerapan Eza bertemu Azalan. Jadi jangan pelik bila Azalan lebih memahami dan mengetahui seelok-belok hal yang terjadi dalam hidup Eza berbanding Rizal.

Hubungan mereka berterusan on-off begitu sehinggalah Eza sudah bekerja. Peliklah Eza ni. Setia tahap apa entah. Masa tengah belajar bolehla bagi alasan, tak mahu ganggu tumpuan Eza yang masih belajar. Ini dah kerja pun perangai tu tetap begitu. Dan Eza masih tetap bertahan walau Rizal dah banyak beralasan bila dia bertanya arah hubungan mereka. Hmm...

Kemunculan kembali Azalan menggembirakan Eza. Hubungan mereka makin erat sehingga menjadi bahan untuk Syella (bekas teman serumah Eza) memfitnah Eza sekali lagi. Haish. Bila kesetian diragui sekali lagi, patutkan Eza pertahankan hubungannya dengan Rizal atau menerima saja lamaran cinta Azalan?

Komen saya: Syella ni mengingatkan saya pada Firdaus dalam Wasilah Cinta Weera. Keji. Sanggup burukkan kawan sendiri sebab cemburu. Memang meningkatkankan kadar emosilah senang cerita. Heh. Hakikatnya ramai je manusia perangai begini kan? What goes around comes around. Setiap perbuatan baik atau buruk tetap ada balasannya. Jadi, sendiri mau ingatlah kan? :P Tahniah buat penulis atas garapan yang berjaya meningkatkan kadar emosi ni. Haha. Cuma saya rasa penamatnya agak tergesa-gesa dan ‘terlebih gula’ untuk pembaca macam saya. :P

Sunday, December 8, 2013

Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa

Posted by Hajar at 11:00 PM 6 comments

Tajuk: Mulanya Satu Cinta
Penulis: Rose Harissa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  483 mukasurat
ISBN: 9789831244050

Eddy Ezli (Ezli) gigih membesarkan Afizan (Afi) setelah berpisah dengan Khairina, isteri yang pernah dinikahinya ketika masih bergelar pelajar. Pengalaman perit ditinggalkan isteri curang itu membuatkan Ezli sangat berhati-hati dengan wanita. Selama membesarkan Afi, Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya berhasrat untuk tinggal di kampung Ezli mula kelam kabut. Dia tak mahu ada pembantu rumah apatah lagi menghantar Afi ke pusat asuhan. Tapi siapa pula yang mahu menjaga Afi kalau dia masih berkeras? Tiada pilihan, Ezli akur dengan kehendak ibunya. Cari seorang pembantu rumah!

Sebuah kemalangan kecil menemukan Ezli dan Iryanie. Siapa sangka rupanya Iryanielah pembantu rumah yang telah dipilih oleh ibunya? Hehe. Iryanie ni sebenarnya masih bergelar pelajar UiTM. Dia terpaksa mengulang satu subjek matapelajaran kerana masalah peribadinya. Disebabkan tak mahu terlalu bergantung dan terhutang budi pada Zamri, bekas abang iparnya, Iryanie mencari peluang pekerjaan untuk menampung kos sara hidupnya. Lagi pun waktu kerjanya di rumah Ezli tidak begitu bercanggah dengan waktu kuliah. Memang memudahkan Iryanie untuk menjaga dan mengasuh Afi.

Bukan mudah menjadi pembantu rumah Ezli walaupun Afi tak banyak kerenah. Sikap Ezli yang sinis dan garang macam singa tu kadang-kadang buat Iryanie kecut perut. Namun, memikirkan keseronokan bekerja mengasuh si cilik, digagahkan jua bekerja di situ. Apatah lagi hubungannya dengan Afi sudah semakin mesra sehingga Afi memanggil Iryanie 'mama'. Kesian Afi. Memang sedih bila rasa diri 'kekurangan' berbanding kawan-kawan seusia yang lain.     

Melihatkan keakraban Afi dan Iryanie, lama-kelamaan tumbuh juga 'rasa' dalam hati Ezli. Lebih-lebih lagi bila ibunya turut menyukai Iryanie. Kemunculan Khairina mula membimbangkan Ezli. Pelbagai cara digunakan Khairina untuk mendapatkan semula Afi. Sayangnya Khairina lupa yang selepas mereka bercerai, dia telah bersetuju dengan perintah arahan kadi untuk memberi hak penjagaan Afi kepada Ezli. Kesian memang kesian tapi nampak sangat Khairina ni pentingkan diri sendiri. Heh.  

Dalam tempoh mereka mula menyulam rasa dugaan datang menimpa. Tegakah Iryanie meninggalkan Ezli untuk bersama Zamri bila budi yang ditabur Zamri menjadi taruhan?

Komen saya: Suka kisah ni. Agak lain walaupun terselit plot 'kena paksa kahwin' di tengah-tengah jalan cerita. Haha.  Lagi pun jarang jumpa (atau tak ada?) bapa tunggal yang jadi hero kan? Kali ni penulis bawa kita selami dunia bapa tunggal yang sanggup korbankan keseronokan hidup zaman muda untuk membesarkan anaknya. Haish. Ni kes terpencil kot? ;) Apa pun, tahniah Kak Rose. Moga dikurniakan lebih ilham supaya rajin update cerita-cerita kat blog tu. Hehe. :)

Tuesday, October 8, 2013

Cintaku Bukan Murah - Aleya Aneesa

Posted by Hajar at 11:01 PM 2 comments
Tajuk: Cintaku Bukan Murah
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  620 mukasurat
ISBN: 9789831248805

Perkahwinan Nadra dan Raqib bukanlah atas sebab cinta. Mereka bermula sebagai teman rapat dan kemudian hubungan mereka dinaiktaraf kepada hubungan suami isteri. Itu pun gara-gara Nadra tak mahu dijodohkan dengan Ghazlan, calon pilihan abangnya. Jadi, Nadra memberanikan diri melamar Raqib. :)

Perkahwinan mereka memang tampak bahagia. Lebih rapat berbanding waktu mereka berteman. Memang tak nampak cacat cela lebih-lebih lagi Raqib memang pandai mengambil hati Nadra. Cuma mungkin Raqib lupa, layanan baiknya pada Nadra bukan bermakna Nadra telah maklumi isi hatinya, Jadi hubungan baik mereka masih terbatas bila masing-masing masih memendam rasa.

Kebanyakan menantu perempuan yang kita tahu mesti bermasalah dengan ibu mertua. Berbeza dengan Nadra, cabaran hebatnya adalah bila terpaksa berdepan dengan Idlan, adik ipar yang terang-terang menganggap Nadra 'perampas' abang kesayangannya dan datuk juga Raqib, Leftenan Kolonel (B) Tuan Haji Yunus. Datuk Raqib ni tak habis-habis mengungkit dan mengutuk Nadra. Tak pandai buat kopilah, pucatlah. Pendek kata ada saja yang tak kena dengan Nadra setiap kali dia datang bertandang. Tapi dalam tegasnya tu, Nadralah cucu menantu yang diiktirafnya. Dia takkan approve isteri lain untuk Raqib. Tuan Haji Yunus ni memang cool!

Bagi Idlan pula, Nadra harus diperangi habis-habisan. Dia tak rela berkongsi kasih dengan Nadra. Err, bunyinya macam bermadu kan? Hehe. Tapi hakikatnya lebih kurang begitulah. Depan Raqib dan ahli keluarga yang lain, Idlan pandai berlakon dan pandai memutar fakta sehingga tercetusnya pergaduhan antara Raqib dan Nadra. Memang bertepuk tanganlah Idlan jawabnya. Huh.

Ketabahan Nadra mengharungi semua dugaan di rumah mertuanya ranap sekelip mata bila diketahui yang Raqib tak pernah ada sedikit pun perasaan untuknya. Tambah memilukan lagi Nadra turut kehilangan abang dan anak yang dikandungnya pada hari yang sama. Bila Nadra mula menjauhkan diri, mampukah Raqib untuk memujuk hati Nadra yang terluka parah itu?

Komen saya: Seperti biasa, penulis tak pernah lupa menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Konflik antara Nadra-Idlan-Tuan Haji Yunus memang nampak cantik aturannya sampai buat saya rasa geram teramat dengan Idlan tu. Kalau ada depan mata memang dah kena luku agaknya. Huh. Nadra pun bukan jenis melawan. Pasrah je menelan ayat-ayat pedas Tuan Haji Yunus tu. Kalau orang lain yang duduk tempat Nadra tu mungkin dah berperang agaknya. :) Apa pun tahniah buat penulis atas garapan terbarunya ini. Moga makin banyak kisah-kisah menarik yang bakal dilakarkan selepas ini. :)  

Saturday, September 28, 2013

Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi

Posted by Hajar at 11:44 PM 2 comments
Tajuk: Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi
Penulis: -
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  423 mukasurat
ISBN: 9789831248805


Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi ini menghimpunkan karya-karya yang pernah tersiar di laman sesawang penulisan kreatif Ilham Kreatif Karangkraf. Ada 25 cerpen semuanya dalam ini. Kebanyakannya bertemakan cinta dan setiap satunya ada kisah yang tersendiri. Cuma ada beberapa cerpen yang agak 'luar kotak' dan menarik untuk saya ulaskan di sini: -

1. Diari Umi Untuk Anakku - Diyana Farah
Pemergian Umi tersayang akibat penyakit kanser menyedarkan Sumayyah tentang kasih sayang si ibu. Diari yang ditinggalkan banyak mencoret tentang perasaan si ibu dari Sumayyah kecil hingga remaja. Gembira, kecewa, sedih semuanya tercoret dalam diari itu. Malangnya Sumayyah sudah terlewat bila menyedari teguran dan kemarahan kedua ibu bapanya adalah untuk kebaikannya. Dalam diam Sumayyah berjanji untuk menghadiahkan kejayaan buat ibunya walaupun ibu sudah tiada di sisinya.

2. Misteri Nenek Tua - Wanzz Aprilzz
Farah baru berpindah ke kawasan kampung untuk mencari ilham untuk menulis. Ketenangan kawasan tempat tinggalnya itu diharapkan dapat membantu memberi ilham untuknya berkarya. Namun, kehadiran seorang nenek tua yang di kawasan rumahnya itu mengundang persoalan. Siapa sebenarnya nenek tua itu? Setahu Farah, rumah sewanya itu satu-satunya rumah yang ada di kawasan itu. Hish, rupanya nenek tua itu sedang mencari 'pewaris'nya. Haish..

3. Psiko - Syafeza Sauli
Aha, ini salah satu cerpen yang agak lain dalam naskhah ini. Sutera, seorang pesakit mental dikatakan telah membunuh kedua ibu bapa angkatnya. Kerana trauma dengan masa lalunya, Sutera banyak berkomunikasi dengan monolog dalaman dirinya. Doktor yang merawat Sutera cuba untuk membantunya keluar dari tahanan. Tapi Sutera masih berteka-teki walaupun dia sudah mula mahu untuk membongkarkan dalang di sebalik pembunuhan itu. Heh. Saya pun sebenarnya agak kabur dengan situasi sebenarnya sebab pengakhir kisah ini penulis tinggalkan kita dengan persoalan. Adeh..

4. Sketsa Pendek [Hero Mati]- Cikgooden
Ini cerpen yang berjaya buat saya gelak di tengah-tengah malam. Haha. Ada 17 sketsa dan kesemua sketsa di akhiri dengan ayat 'mati'. Sebab hero dalam setiap sketsa tu bertemu ajalnya di setiap pengakhiran cerita. Memang menghiburkan walaupun sadis. Buat saya terasa macam membaca blook. Hihi.  

Komen saya : Kadangkala, bila agak tepu dengan kerja / study, saya lebih suka membaca kisah-kisah pendek sebegini sebagai escapism. Yelah, nak baca novel kadangkala perlu ambil masa yang panjang, jadi kisah-kisah pendek sebegini sangat membantu waktu otak saya tepu. :) Terima kasih atas usaha penerbit mengangkat kisah-kisah pendek ini dalam bentuk naskhah terbitan. Dan selamat maju jaya juga untuk penulis-penulis yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi cerpen ini. :)

Sunday, June 30, 2013

Di Hatiku Kau Di Situ - Nureen Mirza

Posted by Hajar at 9:03 PM 0 comments
Tajuk: Di Hatiku Kau Di Situ
Penulis: Nureen Mirza
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  497 mukasurat
ISBN: 9789831248683

Haifa, gadis polos menyimpan kekecewaan akibat ditinggalkan oleh Iman, si kekasih hati. Dia sangka Iman benar-benar ikhlas dengan perhubungan mereka walaupun darjat mereka berbeza. Rupanya impian yang dicipta hanyalah mimpi semata bila Iman meninggalkannya tanpa alasan munasabah. 

Kekecewaan membawa Haifa bekerja di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka. Sangkanya dunia akan lebih bersinar tanpa bayangan Iman tapi Haifa silap. Kecantikan Haifa menimbulkan fitnah bila ahli keluarga majikannya mengeji Haifa kerana mereka beranggapan yang Haifa menjadi perempuan simpanan majikannya. Haih, malang sungguh nasib Haifa ni. 

Tertekan dengan situasi yang membelenggu, Haifa nekad meletak jawatan dan mencuba nasib untuk bekerja di pejabat. Terpikat dengan Haifa pada pertemuan pertama mereka itu membuat Nazim mengambil Haifa bekerja serta-merta. Bukan main lagi Nazim memujuk rayu Haifa. Bukan Haifa tak tahu Nazim tu siapa sebelum ni. Ramai je yang rajin jadi informer tak bergaji sebab tak mahu Haifa terperangkap dan menjadi mangsa buaya tembaga macam Nazim tu. Tapi Nazim bukannya manusia yang mudah mengalah. Selagi Haifa tak berkata Ya, selagi itulah dia memburu. 

Ketenangan hidup Haifa tak bertahan lama bila Iman turut muncul kembali. Tak sangka rupanya Iman dah jadi bos besar di tempat kerja Haifa dan kebetulan, Iman adalah abang ipar Nazim. Patut pun Haifa kena tinggal. Sobs. Pertemuan kembali dengan Haifa menyemarakkan kembali rasa yang ditinggalkan dulu. Tak sedar diri betul Iman ni. Dah ada isteri tapi sibuk nak kejar Haifa juga. Kesian Haifa, tersepit di antara keduanya. Haih.. 

Komen saya: Cerita ni mampu buat saya melekat hingga ke mukasurat terakhir. Hehe. Bukan apa, emosi betul dengan Nazim tu. Haish. Kenapalah penulis ni suka create watak lelaki yang buat kita rasa macam nak luku berkali-kali? Haha. Tapi sebenarnya kesian dengan Haifa yang tersepit dengan keegoan dua orang lelaki ni. Heh. Pada saya Iman ni agak selfish sebab tinggalkan Haifa hanya kerana dia perlu akur dengan jodoh yang diaturkan oleh keluarganya. Walhal sebenarnya dia berkehendakkan jawatan tinggi tu. Huh. Walaupun agak beremosi, saya suka gaya penulis yang agak straight forward dan tak berbunga-bunga. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku terbarunya ini. Moga terus berkarya. :)

Friday, March 8, 2013

Semerah Red Velvet - Hezzy Azra

Posted by Hajar at 10:43 PM 2 comments

Tajuk: Semerah Red Velvet
Penulis: Hezzy Azra
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  518 mukasurat
ISBN: 9789831248461

Akhirnya, terjawab juga status Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril. Haha. Eh, buku ni bukan sambungan kisah Melodi Kasih ya, cuma kebetulan watak utamanya Emir Hadhri (Emir) adalah sepupu EJ. Maka adalah selingan kisah mereka ni. :)

Seperti kisah terdahulu, kisah Emir dan Raina ni juga bermula dengan cara yang simple. Secara tak sengaja, Emir terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Kafe Boraque, tempat kerja Raina. Akibat malu, Raina mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia juga khuatir akan bertembung dengan Emir dan khuatir sekiranya Syahir mengganggunya lagi. Tapi, siapa yang mampu menghalang takdirNYA kan?

Selepas insiden di Kafe Boraque Emir memang tercari-cari Raina sehinggalah mereka bertemu kembali di karnival yang berlangsung di kolej tempat Emir mengajar. Peluang yang terbentang di depan mata memang tak di sia-siakan Emir. Raina pula yang kalut. Nak mengelak akhirnya bertemu juga. Namun sempat juga Raina titipkan kek cawan red velvet air tangannya untuk Emir pada pertemuan terakhir mereka.

Siapa sangka hanya kerana kek cawan red velvet hasil air tangan Raina, hubungan mereka berterusan ke jinjang pelamin. Di sinilah letaknya konflik dan cabaran dalam hubungan mereka. Banyak perbezaan yang wujud antara mereka akibat jurang pendidikan (Emir bakal graduan PhD, Raina cuma lepasan SPM) dan juga pelbagai isu yang sebenarnya dapat diselesaikan sekiranya mereka berkomunikasi dengan baik. Emir ni banyak sangat pantang larangnya sampai kadang-kadang Raina pun jadi macam robot. Terpaksa akur dengan kehendak suami.

Bila rasa tak puas hati disimpan lama, ditambah pula dengan 'sejarah silam' Emir yang hanya diketahui Raina setelah Raina mengemas barang-barang lama Emir membuatkan Raina mula memberontak. Haish. Macam manalah mereka ni nak selesaikan masalah ketidaksefahaman mereka ni kan?

Komen saya: Kisah ni memang simple dan straight forward. Konflik pun tak serius sampai kita rasa macam nak terjun lombong. Haha. Hiperbola. Kredit untuk input yang cuba diketengahkan penulis. Macam yang saya pernah terbaca sebelum ni, sebenarnya hubungan suami isteri tu bergantung pada mereka sendiri untuk menjayakannya.Sama-sama berusaha. Bukan mengharap satu pihak saja yang berusaha. Bila tak berjaya mulalah nak menuding jari tapi tak mahu muhasabah diri. Heh. Ops, tak boleh komen lebih-lebih, sebab pengalaman saya masih zero. ;)  Apa pun, terima kasih dan tahniah untuk Kak Hezzy Azra atas kelahiran buku terbarunya ini. Lepas ni dengar-dengarnya turn Raif Imran pula yang jadi hero ya? :)

Monday, February 4, 2013

Jangan Ganggu Lenaku - Haiza Najwa

Posted by Hajar at 10:47 PM 4 comments

Tajuk: Jangan Ganggu Lenaku
Penulis: Haiza Najwa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  568 mukasurat
ISBN: 9789831247532

Kalau anda seorang pembaca (macam saya) yang suka membelek ending sesebuah buku, saya nasihatkan jangan buat macam tu bila baca buku ni. Sebab kisah yang terkandung dalam buku ni memang unpredictable. Jadi, silalah baca dari awal. :P

Kesepian dan kesunyian memang dah seumpama kawan baik kepada Atira. Pemergian ibu tersayang ketika dia masih di tingkatan satu betul-betul membawa impak besar dalam hidupnya. Syed Azmi Kelana (bapa Atira) juga turut larut dalam kesedihan sehingga mengabaikan Atira. Cuma kehadiran Asfahul banyak mengisi kekosongan hidup Atira. Bila Asfahul melanjutkan pelajaran ke luar negara, hidup Atira kembali sunyi. Memang nampak naif sangat Atira ni. Ramai orang anggap dia masih terperangkap dalam usia 13 tahunnya termasuklah Asfahul.

Kepulangan Asfahul ke Malaysia menyatukannya dengan Atira. Atira memang gembira bila akhirnya Asfahul kembali ke sisinya. Tapi tidak bagi Asfahul. Perkahwinannya dengan  Atira hanya kerana mahu menyempurnakan amanah arwah Syed Azmi yang mahukan Asfahul menjaga Atira hanya kerana Asfahul satu-satunya lelaki yang dipercayai untuk menjaga Atira.

Kehadiran Emalin di antara Atira dan Asfahul sangat menggugat keyakinan diri Atira. Memang kesian sangat bila Atira dibuli oleh Emalin ni. Memang tak sedar diri. Dahlah menempel di rumah orang, nak berlagak jadi tuan. Belum kahwin dengan Asfahul dah tunjuk belang. Bila dah kahwin lagilah menjadi-jadi belangnya. Haish. Untungnya Atira ni dikelilingi oleh individu yang menyayanginya disebabkan sikap naifnya tu.

'Kekosongan' yang ditinggalkan oleh Asfahul inilah yang mengundang 'pendamping' dalam setiap lena Atira. Bahagia yang dicari oleh Atira cuma ditemui dalam lenanya. Lebih-lebih lagi bila Atira keguguran bayi sulungnya angkara perbuatan Emalin. Ditambah pula dengan layanan dingin Asfahul yang kerap berprasangka pada Atira. Kontra sungguh dengan layanan Asfahul yang ditemui dalam setiap mimpi-mimpinya. Asfahul yang ditemui dalam mimpi begitu membahagiakannya. Menyebabkan Atira sentiasa mahu dibuai lena angkara rindukan belaian mesra seorang suami. Haish. Dari manalah agaknya datang si Asfahul dalam mimpi Atira tu ya?

Komen saya: Kisah ini sangat padat. Plotnya bersambung-sambung sampai kita tak sangka sebenarnya rumah kosong di sebelah Teratak Asfalin (rumah Atira dan Asfahul) sebenarnya ada kaitan dengan Emalin. Heh. Pertama kali baca kisah paranormal yang buat saya rasa teruja nak habiskan pembacaan. Kisah ni juga buat kita lebih mengagumi kebesaran Allah. Yelah, setiap kejadian dalam dunia ni mesti ada signifikannya kan? Dan kita juga kena ingat, dalam dunia ni bukan hanya tergolong daripada manusia je, ada juga makhluk-makhluk yang kita tak nampak dengan mata kasar. 'Kekosongan' dalam diri itulah yang biasanya akan mengudang 'mereka' ni dalam hidup kita. Jadi, jangan biarkan diri larut dalam perasaan 'kosong' tu. :) Watak antagonis Emalin juga berjaya dilakarkan dengan baik sampai kita rasa; Ya Allah, kenapalah jahat sangat perempuan ni? Pembuli, penganiaya semua serah kat dialah. Haha. Nasiblah takde rasa nak campak buku. :P Apa pun, sekalung tahniah untuk penulis sebab buat saya berjaya khatamkan kisah 'sebegini' dalam tempoh dua hari. Oh, tak lupa juga terima kasih buat kawan-kawan saya nun jauh di Rusia dan Puchong yang dok menggoda saya untuk baca buku ni. It's really worth to read.  Tak rugi okay? :)       

Tuesday, January 15, 2013

Akan Kutunggu - Sania Yasmin

Posted by Hajar at 10:16 PM 2 comments


Tajuk: Akan Kutunggu
Penulis: Sania Yasmin
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  531 mukasurat
ISBN: 9789831246078

Lama betul buku ni pending. Selain disebabkan kesibukan, saya tak sanggup nak habiskan pembacaan sebab geram dengan Syamil Bakhtiar (Syamil) ni. Heh. Tipikal lelaki ego. Maafkan saya Kak Sarnia, tapi Syamil ni memang bukan tergolong dalam hero pilihan sayalah. Ehem!

Syamil dan Ayu Rihana (Ayu) dah lama hidup berjiran. Selama ni masing-masing memang tak pernah peduli pun tentang satu sama lain. Cuma pertemuan Syamil dengan Ayu selepas beberapa tahun mula menimbulkan bibit rasa dalam hati Syamil walhal Syamil ni sedang sibuk 'berkasih' dengan Lily. Dah di angkutnya Lily tu ke sana ke mari, tup-tup Ayu yang baik tu dilamar untuk jadi isteri. Tak ke ego tu namanya?

Datin Noraini, ibu tiri Ayu ni pun nampak berkenan sangat dengan Syamil ni walaupun pelbagai cerita buruk dah dicanang oleh Nadia (kakak tiri Ayu). Disebabkan tak berapa berkenan dengan hubungan baik antara Ayu dengan Taufik (adik angkatnya), Datin Noraini ni nampak macam tergesa-gesa  terima lamaran Syamil bagi pihak Ayu. Walaupun nenek Ayu dah berkali-kali tegaskan yang Taufik tu ada ibu dan bapa kandungnya, Datin Noraini tetap beranggapan bahawa Taufik tu anak tak sah taraf yang bakal mencemarkan keturunan suaminya, Datuk Ramdzan sekiranya Ayu dan Taufik berkahwin. Heh. Kesian Taufik.

Perkahwinan Ayu dengan Syamil ni nampak sangat bahagia pada awalnya. Ayu pun dah mula menerima Syamil dalam hidupnya. Namun, panas yang disangkakan berpanjangan rupanya diganggu oleh ribut yang berpunca dari Syamil sendiri. Pergaulan bebasnya dengan Lily sebelum berkahwin dengan Ayu mengundang malapetaka. Ugutan demi ugutan yang diterima daripada Lily menjarakkan hubungan Syamil dengan Ayu. Memang sangat bengang bila baca bahagian Syamil yang tak reti nak bertegas dengan Lily ni. Kalau dari awal Syamil bertegas memang Lily pun tak berani nak mengganggu. Penyudahnya, orang kesayangan Ayu yang menjadi mangsa bila rakaman video Syamil dan Lily tersebar. :(
 
Komen saya: Tabiklah dengan karakter Ayu ni. Bukan senang nak berdepan dengan lelaki yang ego macam Syamil ni. Dah buat silap pun boleh buat muka selamba seolah-olah kesalahan yang dibuat tu tak sebesar mana. Heh. Ayu ni sangatlah menjaga air muka Syamil depan kedua-dua buah keluarga walaupun suami dok buat perangai. Haish. Saya sangat emo membaca kisah ni. Haha. Tahniahlah buat penulis sebab berjaya memanipulasi emosi pembaca macam saya ni. :) 
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review