Showing posts with label Jemari Seni. Show all posts
Showing posts with label Jemari Seni. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

...Dan Angin Pun Berbisik

Posted by Hajar at 7:30 AM 1 comments
...Dan Angin Pun Berbisik...Dan Angin Pun Berbisik by Adileah
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  480 mukasurat
ISBN: 9789670851044
3.5*

17-05-2015:

Bagi saya kisah ini adalah pengubat kekecewaan untuk penamat kisah Pada Angin Aku Berpesan. Jarang sebenarnya saya nak baca sequel novel yang dah tamat. Tapi untuk kisah ini saya boleh baca sampai penamatnya kerana kisahnya tidak melibatkan konflik yang bakalan buat kita rasa nak lempar buku ke dinding. Haha. Hiperbola. :P

Suka dengan kematangan Ariel dalam sambungan kisah ini. Setelah tahu kedudukan sebenar Yasmeen yang baru kehilangan suami, khidmat Munira, adik kesayangannya dipergunakan sepenuhnya. Kelahiran si kecil bernama Nur Tasnim pula bagaikan memberi lesen untuk Ariel mula mendekati Yasmeen kembali. Cuma itulah, kadangkala dalam keghairahannya menabur kasih sayang buat Nur Tasnim dan memancing perhatian Yasmeen, Ariel terlupa yang Yasmeen masih ada hak untuk menentukan arah tuju hidupnya sendiri. Yang bagusnya Ariel tak segan nak mengaku perasaan sayangnya terhadap Yasmeen masih seperti dulu. Jadi, macam mana gaya agaknya si kasanova pencen ni nak tawan hati Yasmeen semula?

Yasmeen pula tak pernah berniat untuk mencari pengganti selepas pemergian Adam. Namun kebaikan Ariel sukar untuk ditolak. Lebih-lebih lagi Nur Tasnim bagaikan mengiktiraf kewujudan Ariel sebagai 'bapa'nya. Tak sangka pula Ariel berani menghantar kedua ibu bapanya untuk melamar Yasmeen sekali lagi. Dalam hati berbolak balik tu, datang pula langau yang terang-terang mengaku sukakan Ariel. Ha, jadi antara menurut kehendak hati sendiri dan trauma dengan kenangan lalu (semasa jadi isteri Ariel), mana satu yang jadi pilihan Yasmeen?

Saya suka cara Yasmeen menangangi langau yang menempel di sisi Ariel tu. Kata Yasmeen, "Saya tak kesah pun siapa pilihan Ariel. Awak, saya atau sesiapa saja yang dia nak. Hidup ini ada banyak pilihan dan dia berhak untuk memilih siapa yang dia nak." (m/s 444)

Suka dengan kesudahan kisah mereka ni. Dan saya harap adalah nanti terselit kat mana-mana kisah Munira dan jiran sebelah rumahnya tu, kan? :)

View all my reviews

Saturday, May 23, 2015

Poskad

Posted by Hajar at 9:58 PM 0 comments
PoskadPoskad by Ednin
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  480 mukasurat
ISBN: 9789670851020
3.5*

02-05-2015

Menjadi anak kepada isteri kedua bagaikan suatu bebanan buat Nurmaisa (Maisa). Walaupun dibenci oleh ibu dan kakak tirinya atas dasar kebencian mereka terhadap arwah ibunya, Maisa tetap berusaha untuk jadi seorang anak yang baik terhadap keluarganya.

Rasa rendah diri itu tetap menghantuinya bertahun-tahun hingga menjadi penyebab Maisa jadi pemendam dan menyendiri biar pun dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Perkenalannya dengan Ahmad Redha Ihsan (Ihsan) membuat Maisa menyimpan perasaan sukanya dalam-dalam. Maisa sedar kedudukan dirinya. Ihsan itu ibarat seperti matahari yang sentiasa dikelilingi oleh planet yang mengorbitnya. Perempuan keliling pinggang! Sesuailah dengan gelaran Sun of SOE (School of Engineering) yang dipegangnya itu.

Disebabkan poskad yang dikirim oleh kawan-kawan Maisa kepada Ihsan, Maisa di gelar perampas oleh teman wanita Ihsan. Dan kerana gelaran itu juga Maisa membawa diri selama bertahun-tahun. Melarikan diri daripada keluarga dan teman-teman.

Sejauh mana Maisa mampu berlari dan menyimpan rasa jauh hatinya itu?

Komen saya:
1. Ini kisah bagaimana Maisa berdepan dengan kebencian dan kemarahan ibu tirinya yang kecewa bila bapa Maisa berkahwin untuk kali kedua.

2. Ini juga kisah bagaimana Maisa berdepan dengan masa lalu yang cuba dibuang daripada sudut ingatan.

3. Walaupun tersisih daripada keluarga, Maisa bertuah dikelilingi kawan-kawannya yang pelbagai ragam tu. Sengal macam mana pun itulah kawan yang ada waktu susah senang. Hehe.

4. Suka dengan input yang ditekankan oleh penulis. Memang betul, dendam dan sakit hati takkan bawa kita ke mana-mana. Cuba berlapang dada menerima setiap apa yang berlaku, insya-Allah segala kesakitan akan beransur pergi.

5. Tahniah E untuk garapan yang kemas ini. Moga diberi kesempatan dan ilham untuk terus menulis. :)

View all my reviews

Monday, April 20, 2015

Demi Waktu Demi Nina

Posted by Hajar at 9:28 PM 0 comments
Demi Waktu Demi NinaDemi Waktu Demi Nina by Nisyah
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  455 mukasurat
ISBN: 9789670508900

Terngiang-ngiang lagu Hajat nyanyian Haida usai menutup buku ni. :(

"Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga kau tahu
Tidak semua cinta bersatu"

T_____T

19-04-2015

Dah kebah sikit kesedihan baru boleh menaip. Phew.

1. Saya suka kisah ni sebab sangat realistik dengan kehidupan harian kita.

2. Tak ada langsung unsur-unsur fairy tales yang buat kita terbuai-buai dengan karakter yang dipaparkan. :)

3. Zahruddin Zaki (Din) cumalah seorang bekas penagih yang mencari jalan pulang. Perjalanan itu menemukannya dengan Nina, sukarelawan yang menjadi kaunselor di pusat pemulihan yang menempatkan Din.

4. Hubungan yang pada awalnya cumalah berlandaskan hubungan antara kaunselor - pelatih akhirnya berubah arah bila Din mula menyedari cinta pandang pertamanya terhadap Nina.

5. Tanpa ayat berbunga-bunga dan 'terlebih gula' pun kita dapat rasa betapa manisnya hubungan cinta mereka berdua ni. Ini baru betul gaya orang dewasa bercinta, kan? ;)

6. Tragedi yang menimpa Din membuat mereka terpisah walaupun Nina yakin yang Din akan 'kembali'. :(

7. Realitinya, seteliti / secantik mana pun susunan perancangan kita, penentu kesudahannya bukanlah di tangan kita. Redha dan tawakal insya-Allah akan jadi ubat kekecewaan.

8. Tiada siapa yang patut dipersalahkan. Takdir dan ketentuanNya buat mereka terpaksa beralah. :(

9. Tahniah dan terima kasih buat penulis atas garapan kisah penuh realistik. Sesekali dihidangkan dengan kisah begini mampu buka mata kita dari sudut pandang yang berbeza. :)

10. Rasa macam nak sambung nangis. Uwaaaaa! T___T

View all my reviews

Sunday, March 29, 2015

Bougainvillea

Posted by Hajar at 5:12 PM 0 comments
BougainvilleaBougainvillea by Packy Sidique
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  595 mukasurat
ISBN: 9789670508047


29-03-2015
 
Kehilangan Nina setelah bertahun-tahun tidak pernah mematahkan semangat Hakimi (Kimi) untuk mencari punca kehilangan teman rapatnya itu. Kerana terbelenggu dengan kehilangan dan kenangan silam itu, Kimi tak pernah membuka hatinya untuk mencari pengganti Nina. Sebaliknya hanya menumpukan usaha untuk menyelesaikan misteri kehilangan Nina sehingga sanggup memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Deena memberi sedikit harapan namun tetap hampa kerana Deena bukannya orang yang dicari.

Deena, si gadis periang dan lincah ini dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan wajah Nina. Rupanya pertemuan Deena dengan Kimi turut menimbulkan rasa senang di hati Deena. Perpindahannya ke Rumah Bougainvillea milik keluarga Nina mula mengubah hidupnya. Deena mula didatangi oleh mimpi-mimpi pelik yang seolah-olah memberi petunjuk di mana Nina berada. Kegusaran itu Deena kongsikan dengan Kimi yang akhirnya membongkar misteri kehilangan Nina dan turut membawa hubungan kedua mereka setapak ke hadapan. :)

Komen saya:

1. Satu kisah yang patut dibaca oleh penggemar kisah berunsurkan misteri dan thriller.

2. Unsur suspensnya memang menjadi sehingga saya tertanya-tanya siapa agaknya dalang di sebalik kehilangan Nina tu? Mula-mula saya memang dah syak Zekri, tapi rupanya tekaan saya meleset. Cis! :P

3. Penulis membayangkan rupa Kimi tu macam Rashidi Ishak. Uiii, pujaan hati masa zaman sekolah menengah tu. Haha. Bukannya apa, ketika penulis lain sibuk membayangkan hero-hero ciptaan mereka kacak dan tampan setanding bintang Hollywood, masih ada rupanya penulis yang kekal berpijak di bumi yang nyata. ;)

4. Tahniah buat penulis kerana berjaya mengekalkan momentum keterujaan saya sepanjang pembacaan. Moga terus berkarya. Nampaknya buku kedua penulis sudah termasuk senarai panjang yang bakal diborong di PBAKL (mungkin?). :)

View all my reviews

Wednesday, July 30, 2014

Semusim Di Divonne

Posted by Hajar at 9:38 PM 0 comments


Tajuk: Semusim Di Divonne
Penulis: Ika Madera
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  391 mukasurat
ISBN: 9789670508658

Hanya berada selama semusim di Divonne Mira mengenali :

1. Marc Francois (baca: Fran-suah), lelaki yang digelarnya hantu mi suah kerana Marc suka sangat muncul secara tiba-tiba.

2. Suasana dan permandangan indah sekitar Divonne.

3. Lelaki warga emas yang duduk menyendiri di bangku yang ditemui Mira dalam perjalanannya ke pekan. Rupanya lelaki tersebut adalah datuk Marc.

4. Sisi lain keluarga Aliah dan Jeremy. Selama ini Mira sangka kakak dan abang iparnya sudah jauh meninggalkan agama. Rupanya, selepas kehamilan Aliah, mereka berdua berdikit-dikit belajar dan berusaha kembali ke landasan yang benar. Mereka sedar dan mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak mereka. Dan, individu yang banyak membantu mereka kembali ke jalan lurus itu adalah Marc. Mengejutkan, bukan?

Ingat tu, jangan mudah sangat berprasangka. Tak tahu, tanya. Jangan suka hati nak buat assumptions.

Bagi Marc pula, kedatangan Mira ke Divonne memang dinantikan semenjak dia terpandangkan foto Mira di kediaman Jeremy dan Aliah. Katanya, dia jatuh hati dengan senyuman Mira dalam foto itu. Jadi, bila Mira tiba ke Divonne, memang Marc tak melepaskan peluang untuk beramah mesra (sambil cucuk jarum. Haha) dengan Mira. Cuma itulah, mungkin perbezaan budaya (atau mungkin terlampau excited) buatkan Marc ni suka muncul secara mengejut laksana hantu. :D Suka sangat mengusik Mira sehingga berjaya buat Mira melancarkan konfrontasi disebabkan provokasi berunsur keagamaannya terhadap Mira. Haish. Bila mereka sudah berdamai, Mira pula sudah mahu pulang ke Singapura dan mahu berkahwin dengan pilihan hatinya. Jadi, macam mana dengan Marc? :'(

Komen saya:

Suka kisah ni sebab:

1. Ringkas dan tak memeningkan kepala dengan macam-macam konflik. Memang bacaan santailah senang cerita. :D

2. Suasana di sekitar Divonne yang digambarkan oleh penulis. Boleh bayangkan sendiri sebab saya sendiri bekerja di kawasan yang menghijau macam tu. (Syukur Alhamdulillah dapat tengok pemandangan hijau hampir setiap hari. :D) Cuma takde lembu je dekat kawasan tempat kerja saya tu. Haha.

3. Ada peringatan dan teguran yang diselitkan. Terutamanya tentang berprasangka. Ehem!

4. Family bonding antara Mira dan Aliah. Mereka hanya dua beradik dan mereka sedar yang mereka sentiasa ada untuk menyokong antara satu sama lain.

5. Ada watak macam Marc. Eh? Haha.

Buat yang rindukan Wawa dan Encik Abu, mereka sekeluarga juga ada terselit dalam kisah ini. Hehe. Hannah pun dah besar nampaknya. Encik Abu pun dah nak terima menantu tak lama lagi agaknya. :D

Tahniah dan terima kasih Kak Ika untuk cerita yang simple dan manis ni. ;)

Sunday, June 29, 2014

Ku Tunggu Pinanganmu

Posted by Hajar at 11:22 PM 2 comments

Tajuk: Ku Tunggu Pinanganmu
Penulis: Fisha
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  527 mukasurat
ISBN: 9789670508597

Eh, macam kebetulan pula kan? Buku sebelum ni yang saya baca bertajuk Kahwin Dengan Saya? Then, buku ini pula menyusul. Hehe.

Qistina Nur (Nana) pernah kecewa. Hubungan cintanya dengan Khairy yang berlangsung selama bertahun-tahun selama ini rupanya tidak direstui oleh keluarga Khairy. Buktinya, emak Khairy dah siap melamar calon menantu pilihan untuk dijodohkan dengan Khairy. Kecewa memanglah kecewa, tapi Nana redha dengan ketentuanNYA. Mungkin Khairy bukanlah calon yang terbaik buatnya. :)

Perkenalan dengan Fawwaz (yang menggunakan ID sepupunya yang bernama Amir) di laman sosial mula membuat Nana selesa untuk berkawan. Bila hati dah mula terusik, tiba-tiba kenalan mayanya menghilangkan diri. Nana dikecewakan sekali lagi.

Kemunculan Fawwaz sebagai cucu angkat kepada datuk dan nenek Nana tetap dilayan dengan baik. Fawwaz yang memang dah jatuh hati sepanjang perkenalan secara maya dengan Nana mengambil inisiatif untuk mengenali Nana secara serius. Sanggup tinggalkan ternakan di kampungnya untuk bekerja di sawah milik keluarga Nana.

Dalam tempoh yang singkat saja Fawwaz dah berjaya tawan hati hampir seluruh keluarga Nana. Cuma yang jadi masalahnya sekarang, macam mana Fawwaz nak berterus-terang dengan Nana tentang penyamarannya itu? Lepas tu macam mana nak berdepan dengan penerimaan Nana pula? Haish, susah...susah..

Komen saya:
1. Kisahnya sangat santai. Mudah. Hati pun tenang je membacanya. Tiada konflik dan stress. Sama macam karya terdahulu penulis. Mula-mula memang saya fikir Idayu, bekas tunangan Helmi, kawan rapat Fawwaz tu akan jadi pengganggu hubungan Fawwaz-Nana. Rupanya dia cuma tumpang lalu je. Phew..

2. Idea Fawwaz nak mengembara tu memang dah macam cerita Musang Berjanggut dah. :) Lepas sampai ke kampung Nana macam tau-tau aja terus menuju ke rumah datuk Nana. Senang sungguh perjalanan Fawwaz. Rupanya datuk Nana dah tau siapa Fawwaz. Pandai dia berlakon sampai Fawwaz berterus terang. :)

3. Suka Fawwaz. Sebab dia lelaki minimalis dan realistik. Tanpa ayat-ayat manis dan berbunga tahap 'potong kaki' pun kita boleh nampak perasaan dia terhadap Nana.

4. Suka bila penulis tunjukkan betapa eratnya hubungan kekeluargaan dalam keluarga Nana dan juga keluarga Fawwaz. Sungguh pun Fawwaz tu anak tunggal dan selalu bertingkah dengan mamanya, hubungan mereka tetap erat.

5. Tahniah buat penulis. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya.

Saturday, May 17, 2014

Dari Mata Turun Ke Hati

Posted by Hajar at 10:16 PM 0 comments
Tajuk: Dari Mata Turun Ke Hati
Penulis: Naurah Iman
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  549 mukasurat
ISBN: 9789670508641

Comel. Walaupun rasa macam gedik je bila kecik-kecik lagi Emir Eshan (Eshan) dah sibuk nak chup anak dara orang. Haish. Ni gara-gara Ben, abang Eshan yang suka menakut-nakutkan Eshan. Katanya, disebabkan badan Eshan yang gempal tu nanti susah nak dapat jodoh. Jadi kena chup jodoh cepat-cepat. Haila.. Pemikiran kanak-kanak. Tanpa berlengah Eshan terus jumpa Pakcik Salman semata-mata untuk ‘melamar’ Nur Zaara Aimy (Zaara). Eshan fikir ‘lamaran’ itu hanya diketahui oleh Ben dan Pakcik Salman, tapi rupanya turut diketahui kedua ibu bapanya. Jadi bila Eshan belum menunjukkan tanda mahu berumahtangga walaupun usia dah semakin meningkat, kedua ibu bapanya bercadang untuk meneruskan ‘hasrat’ Eshan itu. Hehe.

Zaara pula digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Sejak kecil sudah disemat dalam hatinya bahawa dia mahu bergelar jutawan suatu hari nanti. Namun cita-citanya selalu dipandang rendah disebabkan kegagalannya di dalam bidang akademik. Sedih. Rasa rendah dirinya masih terbawa-bawa hingga dewasa walaupun dia sudah berjaya sebagai seorang usahawan. Dan itu juga yang ditekankan kepada kedua ibu bapanya semasa menimbangkan untuk menerima lamaran Eshan.

Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Eshan dan Zaara akhirnya disatukan dengan restu kedua-dua buah keluarga. Memang nampak betapa kekoknya mereka berdua ni nak memulakan hidup bersama sebab mereka memang tak pernah kenal antara satu sama lain. Berkat toleransi dan kesabaran antara keduanya mereka mampu hidup secara harmoni. Cuma itulah, bila si isteri sudah pasti dengan perasaan terhadap suami, si suami pula bermasam muka kerana berasa tertipu dengan hakikat kerjaya isteri. Aduhai, rasa nak luku laju-laju je Eshan ni. Sebelum kahwin tak mahu siasat habis-habisan. Bila dah tahu hakikat sebenar mulalah nak rasa rendah diri, konon tak mahu dikata mengikis harta isteri. Dia tak fikir pula yang dia dah sakitkan hati isteri sendiri? Huh! Uish, ter‘emo’... :P

Nasihat Ameer Hakimi kepada Eshan , “Cinta itu bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta itu bukan menyedihkan tapi menggembirakan dan cinta itu bukan memiliki tapi membebaskan kerana cinta itu datang bersama tanggungjawab.”

Komen saya:

1. Suka dengan keazaman Zaara. Kegagalan akademik tak bermakna kita gagal dalam hidup. Ilmu Allah tu luas dan kita digalakkan untuk cari ilmu sepanjang hidup. Yang bagusnya Zaara tak pernah gunakan alasan kegagalan akademiknya itu untuk berputus asa daripada mencapai impiannya. :)

2. Saya turut tersentuh bila Pakcik Salman kesal dengan apa yang diluahkan kepada Zaara setiap kali Zaara gagal dalam peperiksaan. Disebabkan kata-katanya itu rasa rendah diri Zaara tak pernah surut walaupun sudah bergelar usahawan berjaya. Aduhai, ingat tau ibu dan ayah sekalian, patutnya doakan yang baik-baik je untuk anak-anak. Jangan sampai jadi macam Zaara ni. Rasa terkilan dan rendah dirinya terbawa-bawa sampai dewasa. :(

3. Penulis masih lagi mengekalkan suasana kekeluargaan dan persahabatan yang harmoni di kalangan watak yang ditampilkan. Hubungan Zaara dan adik-adiknya sangat erat biar pun jurang pendidikan mereka berbeza. Manakala hubungan Eshan dan Ben pula memang rapat semenjak kecil walaupun selalu dibuli Ben. Haha.

4. Kagum dengan tahap kesabaran Eshan. Rela jadi mangsa buli Ben. Jarang nampak dia marah. Entah kenapa tiba-tiba sifat penyabarnya hilang bila dapat tahu isteri lebih berharta daripada dirinya. Ego mungkin? Siap merajuk sampai sebulan. Huh. Mujurlah dikurniakan pasangan yang penyabar dan tak berkira macam Zaara tu. :) Tapi kan, macam ada yang tergantung bila teringat tentang cincin Eshan yang tercicir di rumah tu. Hmmm...

5. Kemunculan Sara dan Ameer (Kalau Jodoh Tak Ke Mana) bersama anak-anak kembar mereka pasti mengubati kerinduan anda. :)

6. Sebuah bacaan santai untuk yang tak gemarkan konflik berat. Memang ala-ala angin sepoi-sepoi bahasa bertiup aja. Hahah :) Tahniah buat penulis atas kelahiran karya kedua ini. Moga dilimpahi ilham untuk terus berkarya. :) 

Saturday, May 10, 2014

Tic Tac Toe

Posted by Hajar at 9:49 PM 1 comments
Tajuk: Tic Tac Toe
Penulis: Jill Naura
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  477 mukasurat
ISBN: 9789670508535

Perkahwinan memang belum ada dalam agenda hidup Fikhri. Apatah lagi bergelar suami kepada wanita yang sepatutnya menjadi kakak iparnya.

Disebabkan kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Fikhri memberi kata dua kepada Afrina sama ada untuk mengaku kesalahannya atau Fikhri menerima cadangan kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan calon pilihan mereka sekaligus menamatkan hubungan cinta mereka.

Sandiwara Fikhri akhirnya jadi kenyataan bila dia terpaksa menggantikan tempat Fakhri untuk berkahwin dengan Zhila. Keluarga mereka menganggap Fakhri melarikan diri kerana tak mahu berkahwin dengan Zhila. Hakikatnya Fakhri diculik oleh orang upahan Afrina. Part ni memang macam kartun sikit sebab cerita Fakhri tentang dia diculik tu memang tak logik. Penculik tak minta tebusan dan kemudian tinggalkan orang yang diculik untuk melepaskan diri sendiri. Haha. Tapi, cakap apa pun dah tak guna sebab Fikhri dah selamat jadi suami Zhila.

Bermulalah hidup baru Fikhri dan Zhila. Awalnya memang nampak Fikhri ni okay, layan Zhila dengan baik walaupun kadangkala datang juga angin membulinya tu. Zhila pun sabar je layan kerenah Fikhri di samping cuba untuk terima sekaligus menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka ini. Tapi bila Fikhri mula berbaik-baik dengan Afrina, segalanya jadi kucar-kacir. Hidup mereka memang dah macam permainan tic tac toe gara-gara kedangkalan pemikiran Fikhri. Rasa nak luku je Fikhri ni. Dah dapat isteri yang baik macam Zhila tu pun ada hati nak cari Afrina yang hampeh tu. Haish.

Jadi, adakah salah seorang daripada mereka beralah atau kedua-duanya menyerah kalah kepada perasaan mereka?

Komen saya:

1. Sangat tak suka Fikhri. Ego, perasan bagus dan asyik nak menang. Lagi menyampah bila ego dia naik menjulang sebab Zhila selalu beralah dengan sikap dia. Hish! Mujurlah, dia akhirnya sedar juga tentang perasaannya sendiri.

2. Suka Zhila. Sebab karakter dia yang lembut tapi tegas. Sungguh pun suami buat hal, dia masih mampu berdiri teguh tanpa tunjuk kelemahan sebagai seorang perempuan.

3.Suka karakter Datuk Fakhrul, ayah Fakhri sebab dia pandai memanipulasi kelemahan Fikhri. Haha. Anak dia kan? Mestilah dia tahu tang mana kelemahan anak dia.

4. Suka Gebu-Gebu. Ehhh? Haha

5. Cerita ni agak keanak-anakkan sedikit. Bukan apa, memang terserlah sisi tak matang Fikhri tu bila dok bertarik tali dengan Zhila. Patutnya sebagai suami dialah yang kena jadi pemimpin kan? Ini dia pula yang tolong melingkupkan rumah tangga sendiri. Haish.

6. Saya belum berkesempatan untuk baca karya pertama penulis, maka tak dapatlah nak bandingkan keduanya. Apa pun, tahniah untuk kelahiran karya kedua ni. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)

Saturday, May 3, 2014

3 Ceritera Dalam Sebuah Rasa

Posted by Hajar at 11:03 PM 1 comments

Tajuk: 3 Ceritera Dalam Sebuah Rasa
Penulis: Amany / Nirrosette / Faziela
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman:  539 mukasurat
ISBN: 9789670508665


Ceritera 1 : Kimbap Si Kurung Firus - Amany

Memang sakit bila menyimpan rasa dalam diam. Lagi sakit bila perasaan itu diketahui oleh pihak satu lagi tapi tak diendahkan. Adoi!

Sepuluh tahun Dayang Nuramalia (DG) menyimpan rasa terhadap Izzat Hafeez (Izzat) sampai dicop sebagai stalker terulung oleh teman-teman mereka. Apa tidaknya, memang nampak ketara sangat DG ni jadi stalker sampai Izzat sendiri tahu hakikat kewujudan DG. 

Kemunculan Izzat sebagai penyelamat mama DG yang nyaris rebah di lapangan terbang menemukan mereka kembali. Bukan mudah DG nak berpura-pura yang dia sudah tiada ‘rasa’ terhadap Izzat lebih-lebih lagi bila hubungan Izzat dan mama DG bertambah erat disebabkan peristiwa itu. 

Teman-teman rapat DG pula memang tak menggalakkan DG menyimpan harapan terhadap  Izzat setelah  Mimi, salah seorang teman rapat DG (yang juga merupakan rakan kongsi di firma guaman Izzat) bercerita yang Izzat mungkin sudah menemui seseorang selepas dia ternampak seorang perempuan menunggu di dalam kereta Izzat. Sebenarnya  kejadian tu berlaku pada hari Izzat membantu mama DG dan Izzat pula singgah ke pejabat untuk melunaskan tugasnya dalam perjalanan menghantar DG pulang ke rumah. Haha. Kesian DG. Taman dalam hati terus kuncup lepas dengar cerita Mimi.

Izzat pula makin tertarik setelah mengenali peribadi DG tapi silapnya dia hanya berani memberi petunjuk tanpa berterus terang tentang perasaannya terhadap DG. Dia fikir dengan segala petunjuk tu DG boleh faham apa yang ada dalam hati dia agaknya? Haish...

Komen saya:
Suka dengan sorrounding kisah ni. Ada elemen kekeluargaan dan persahabatan. Diselitkan juga tentang kerjaya guaman yang juga turut menyelitkan Dania dari kisah Si Mata Bundar.  Kisahnya pun mudah, manis (tanpa gula tambahan tentunya) dan santai. 

Ceritera 2 : Ice - Nirrosette

Disebabkan elemen favouritism  dalam keluarga mereka, Nuraisyah (Ice) dan Iqbal sentiasa tersisih daripada perhatian kedua ibu bapa mereka. Apa sahaja yang dilakukan mereka sentiasa dapat tentangan lebih-lebih lagi bila Khairul Izwan (Kyle) sentiasa memainkan peranan utama dalam setiap penentangan itu. Huish, memang menyakitkan hati! Tapi Iqbal tak pernah berputus asa untuk dapatkan apa yang dia mahu dan itu juga yang menjadi pegangan Ice walaupun Iqbal telah lama meninggal dunia. Sobs.

Kepulangan Kyle setelah bertahun melanjutkan pelajaran di luar negara mengejutkan Ice. Lebih-lebih lagi bila Kyle sudah banyak berubah malah telah mula mahu menunjukkan kemesraan yang tak pernah wujud di antara mereka sebelum ini. Ice yang masih menyimpan dendam dengan apa yang telah dilaluinya bertahun dulu hanya memandang sepi perlakuan Kyle. Tanpa pengetahuan Ice, kepulangan Kyle sebenarnya dengan misi untuk merapatkan hubungan kekeluargaan mereka kerana Kyle merasakan tempoh hayatnya sudah tidak lama. Haish. Persoalannya, mampukah Kyle untuk menawan kembali hati Ice yang telah lama menjauh itu?

Komen saya:
Cerita ni sangatla huwaaaa :(( Memang boleh buat hujan dan ribut petir. Haha. Saya tak tahulah untuk orang lain tapi bagi saya hal-hal kekeluargaan sebegini tak pernah gagal untuk mengundang emosi. Point penting untuk dipateri dalam pemikiran; jangan suka junjung ego sebab kita sendiri tak tahu entah bila ajal kita bakal menjemput. Entahkan sempat atau tidak untuk mohon maaf dengan pihak yang lagi satu tu. Kisah yang ringkas tapi sangat menusuk ke hati. Phew..  

Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah - Faziela

Aza dan Reza Azhari (EE) dipertemukan di kala masing-masing sedang bergelut mengubati kelukaan hati masing-masing.  Jika EE dikecewakan teman wanitanya, Aza pula kematian kekasihnya. Teman-teman yang maklum dengan cerita disebalik kekecewaan EE sudah mula menjalankan misi untuk mencari jodoh untuknya. Haha. Pijie, teman serumah EE pula dah pakat nak kenalkan EE dengan jiran sebelah rumahnya tanpa menyedari yang EE sudah pun mengenali Aza. Bila dah tahu hakikat sebenarnya memang jenuhlah EE kena usik. 

Hari demi hari hubungan mereka makin erat tapi EE masih belum mahu  berterus terang tentang perasaannya hinggalah dia mendapat arahan untuk ditugaskan ke timur tengah. Ha, masa ni baru gelabah nak confess. Agak-agaknya apa reaksi Aza? Terima atau tolak?

Komen saya:
Kisah ni pun mudah je. Manis. Buat saya tergelak-gelak dengan kesengalan EE ni. Ditambah pula dengan kehadiran watak Felix si kucing gemuk dan Fattah, anak buah EE. Haha. Pendek kata memang pengubat kekecewaan saya terhadap Sandal Bunga-bunga. Walaupun dah pernah baca versi blog berulang kali, kisah ini masih tak jemu diulang baca. :)

Memang saya akui, buku ini beri ‘rasa’ yang berbeza untuk setiap kisah yang dilakarkan oleh penulis. Dimulai dengan rasa manis. Kemudian diadun dengan rasa pahit dan kelat dan pengakhirnya kita dijamu dengan masam-masam manis ala ramuan tapai. Hehe. Cukup rasa. Tapi jangan bimbang, anda boleh memilih untuk merasa yang mana satu dulu. Memang pilihan terbaik untuk orang  (macam saya) yang suka baca kisah pendek dan tanpa konflik tahap pecah kepala. :D Sekalung tahniah untuk penerbit dan penulis atas usaha menerbitkan karya ini. :)

P/s: Ubat demam saya ni. Hehe. Terima kasih Mai. :)

Friday, April 18, 2014

Detak Jantung Dia

Posted by Hajar at 10:18 PM 0 comments
Tajuk: Detak Jantung Dia
Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  402 mukasurat
ISBN: 9789670508566

Afra:
Kerana masalah kesihatan Puan Jasmine, Afra dibesarkan oleh keluarga Umi Majidah, ibu susuannya di Darul Hanan, sebuah rumah anak-anak yatim yang diusahakan oleh Umi Majidah dan suaminya, Abi Daud. Selepas beberapa tahun, Afra diambil semula oleh kedua orang tuanya. Namun, kepulangan Afra tak pernah mendapat layanan selayaknya. Puan Jasmine dan Tuan Kazim lebih suka memanjakan Hanif, sepupu Afra berbanding anak sendiri. Semakin meningkat usia, hubungan antara Afra dan kedua orang tuanya semakin jauh. Sungguh pun kedua orang tuanya tak begitu suka Afra berhubungan rapat dengan penghuni Darul Hanan, Afra lebih senang menghabiskan masanya di situ. Di situ juga Afra bertemu dengan Samir, yang sentiasa berupaya mempengaruhi debaran-denyut-detak jantungnya. Namun, bila debaran hati sudah berlagu seiring, Afra dikejutkan dengan berita rencana pertunangannya dengan Hanif yang telah diatur oleh kedua ibu bapa mereka. Jadi, jalan mana yang perlu dipilih Afra? Ikut kata hati sendiri atau akur dengan pilihan keluarganya?

Samir:
Saat pertama kali bertentang mata, memang tidak dinafikan Afra punya tarikan tersendiri. Lantas, dengan bantuan Firdaus, kawan baik yang juga merupakan abang susuan Afra, Samir memulakan langkah. Salam perkenalan yang dihulur disambut baik oleh Afra. Mereka mula mengenali diri masing-masing dengan sokongan kuat ahli keluarga Darul Hanan. Yakin dengan rasa debaran-denyut-detak jantung masing-masing, Afra dilamar. Cuma yang menjadi halangannya adalah Tuan Kazim yang terang-terangan menentang hubungan Afra dan Samir. Alasannya, mereka sudah bercadang untuk menyatukan Afra dan Hanif untuk meneruskan legasi perniagaan mereka. Kemudian, muncul pula Doktor Lalila yang tak sudah-sudah mengejar Samir. Jadi, bagaimana penyudahnya hubungan Afra dan Samir?

Hanif
:
Hubungan Hanif dan Afra memang rapat ibarat adik beradik. Ialah, mereka berdua anak tunggal dan sentiasa bersama semenjak Afra kembali bersama tinggal keluarganya. Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain memandangkan kedua ibu bapa mereka sentiasa sibuk menguruskan perniagaan. Berbeza dengan Afra, Hanif dewasa sebagai seorang lelaki yang suka bersosial dan berfoya-foya. Rancangan pertunangannya dengan Afra mula membuat Hanif memandang Afra dari sudut berbeza. Dalam diam, perasaannya terhadap Afra telah mula bertukar rentak. Namun, Hanif bukanlah orangnya yang akan mengambil kesempatan dikala peluang terbentang di depan mata. Perlukan Hanif beralah atau tetap teruskan majlis pertunangan untuk memuaskan hati keluarga mereka?

Komen saya: Indah. Rasa terbuai dengan gaya bahasa penulis ni. Puitis dan penuh metafora. Phew. Suka. Dan suka Hanif juga. Suka dengan pilihan dan apa yang telah dilakukannya. Salute dengan tindakan Hanif yang berani menegur kedua ibu bapa Afra yang dah jauh tersasar tu. Dia pandai manipulasi kelebihan dia untuk pujuk kedua ibu bapa Afra. Eh, dah bias ni. Hahaha. Tahniah buat penulis atas garapan penuh bahasa indah ni. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk berkarya.

Petikan dari halaman 375 yang saya sangat suka:-

“Tak suka dipanggil sayang?”

Afra angguk.

“Pelik”

“Suka sayang yang hati rasa. Tak perlu jadi sebutan di bibir...tapi hati dapat rasa. Sayang di mulut kadangkala sekadar sebutan tak bermakna. Lagipun kalau sayang selalu sangat diucap, manisnya akan hilang.”

Self note: Untuk memaknakan rasa sayang tu tak perlu diucap selalu. Nanti manisnya cepat hilang. Takut daripada manis terus rasa tawar bila dah selalu sebut. ;)

Saturday, April 12, 2014

Cooper - K

Posted by Hajar at 10:15 PM 0 comments

Tajuk: Cooper - K
Penulis: RodieR
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  564 mukasurat
ISBN: 9789670508580

Perkenalan secara tak sengaja antara Amilia Aisya (Mia) dengan Muhamad Khairul Fairuz (Cooper) telah membawa banyak perubahan dalam dirinya. Daripada seorang perengus dan suka menyumpah, perlahan-lahan Mia berubah ke arah yang lebih positif. Kalau ikutkan, mereka ni bukan dari kursus yang sama pun. Tapi entah macam mana si Cooper ni putar belit ayat sampai Mia setuju untuk belajar bersama dengan Cooper. Walhal sebenarnya Mia ni bukan jenis berkawan rapat dengan lelaki pun. Mereka saling membantu dan saling menyokong dalam hal pelajaran mahu pun hal peribadi. Namun, hubungan baik yang sedia terjalin tercalar bila Cooper meluahkan hasrat hati. Kemarahan Mia menyebabkan Cooper hilang daripada hidup Mia. Hilang tanpa dapat dikesan pula tu. Walaupun kesal dengan apa yang telah diucapkannya, Mia terpaksa akur yang Cooper sudah tidak mahu menghubunginya.

Lima tahun berlalu, mereka ditemukan kembali di bawah satu bumbung. Mia pelik bila Cooper seolah-olah tidak pernah mengenalinya. Takkan sebab penolakan Mia Cooper terus lupakan Mia? Hubungan yang dah sedia keruh antara mereka berdua makin terasa menyesakkan bila tiba-tiba keluarga bercadang untuk menjodohkan mereka berdua. Walaupun agak keberatan, mereka akhirnya setuju dengan perancangan keluarga mereka. Cooper bersetuju hanya kerana tak mahu kesihatan ibunya terganggu sementara Mia pula mahu memberi peluang kedua kepada mereka berdua dalam sebuah hubungan. Yang penting hubungan yang halal.

Malangnya perkahwinan yang diharap dapat merapatkan jurang tidak pernah berlaku. Mereka tetap seperti orang asing. Seorang ke timur dan seorang ke barat. Namun, bila menyedari perasaan sendiri, Mia mula bertekad untuk mengubah suasana rumahtangga mereka. Mampukah Mia mengecap bahagia bila anak dalam kandungannya menjadi taruhan? Dan, apakah sebenarnya yang terjadi kepada Cooper sehingga dia disahkan amnesia?

Komen saya: Bagi yang telah membaca kisah Is dan Ain pasti dah dapat gambaran tentang Mia dan Cooper ni kan? Watak mereka pernah diselitkan dalam Nyanyian Hati. At first, memang saya tak suka karakter Mia. Macam tak seimbang. Ialah, jaga pergaulan, jaga aurat tapi tutur kata tak dijaga. Realitinya memang ramai macam tu kan? Hmm... Kemudian karakternya makin seimbang selepas bertemu Cooper. Memang tak dinafikan Cooper memang banyak bawa impak positif kepada hidup Mia. Jadi memang tak mustahil kehilangan Cooper sangat mempengaruhi emosi Mia. Seperti Nyanyian Hati, kisah ini juga turut menyelitkan tentang hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Cuma jujurnya, bagi saya, penulis perlu create identiti sendiri dalam penulisan agar tak dibayangi cara penulisan orang lain. Bukan apa, ada ketikanya waktu saya membaca Cooper-K ni saya rasa seperti membaca karya penulis lain. Atau, adakah sebenarnya mereka individu yang sama? (Ehhh, tiba-tiba nak berspekulasi pula ya? Hehe..) Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran naskhah ini dan yang terbaru, One Fine Day (yang bakal diterbitkan sempena pesta buku akan datang ini). Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)

Sunday, March 30, 2014

1, 2, 3... Bintang Di Langit

Posted by Hajar at 12:08 AM 2 comments
Tajuk: 1, 2, 3... Bintang Di Langit
Penulis: Bidayatul H.
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  514 mukasurat
ISBN: 9789670508573

Kerap kali kita diingatkan, antara seorang lelaki dan seorang perempuan bila berkawan baik, pasti ada salah seorang di antara mereka yang tergelincir perasaan. Begitu juga yang terjadi kepada Nur Farha (Ji’a). Rupanya dalam meniti usia remajanya, Ji’a mula mengagumi Ahmad Farhan (Pa’an). Siapa sangka Pa’an yang manja kededek (manja teramat) dan selalu menjadikan Ji’a sebagai pelindung di kala dibuli Malik, teman sekelas mereka mampu memikat hati seorang Nur Farha? Namun, rasa yang dialami Ji’a hanya disimpan rapat dalam hatinya sehinggalah rasa hatinya terbongkar bila Pa’an menemui buku catatan Ji’a.

Hubungan rapat mereka terputus kerana insiden itu. Masing-masing tidak berusaha memulihkan hubungan yang tercalar sehinggalah Pa’an mendengar berita yang Ji’a bakal dilamar. Hubungan yang sedia retak bertambah retak bila Pa’an menentang hasrat Ji’a untuk menerima lamaran Hardi. Huh, kalau saya pun hangin. Sudahlah kes dulu tak selesai, lepas tu suka-suki nak halang keputusan saya. Eh, emo pulak. :P

Lapan tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali di tempat kerja yang sama. Sungguhpun kisah zaman hingusan mereka itu telah lama berlalu, mereka tetap rasa kekok. Biarpun Pa’an selalu berusaha untuk mendekati, Ji’a tetap kekal menjauh. Last resort, Pa’an terpaksa menggunakan media sosial untuk mendekati Ji’a. Misi utamanya untuk memohon maaf atas keterlanjuran katanya pada Ji’a dulu. Antara Pa'an dan Ji'a, ada kenangan yang mengikat mereka. Mampukah Ji’a memaafkan Pa’an seikhlas hatinya? Dan mampukah hubungan mereka kembali seperti bertahun-tahun dulu?

Komen saya:

1. Kisahnya sangatlah mudah. Santai. Manis. Lebih-lebih lagi penamatnya. Buat saya rasa nak dengar lagu M Nasir berkali-kali. Hihi. ;)

2. Rasanya ramai je di antara kita pernah lalui kisah sebegini kan? Kadang-kadang ada yang bermasam muka sampai bertahun-tahun hanya kerana sebab yang kecil. Puncanya? Ego!

3. Memetik kata-kata Ustaz Pahrol, “Memaafkan itu memerlukan kasih sayang. Melupakan itu pula memerlukan masa.” Maaf. Perkataan yang mudah tapi payah untuk diungkapkan. Lebih-lebih lagi bila sikap ego beraja dalam dada. Percayalah, bila kita memohon maaf dan ikhlas memaafkan, hati akan jadi tenang tanpa rasa dendam di hati. :)

4. Suka dengan persekitaran yang ditonjolkan dalam kisah ini. Suasana kampung. Bendang. Anak-anak kampung yang bermain selut dan lumpur. Wah, tiba-tiba rindu nak balik kampung. :)

5. Suka dengan unsur kekeluargaan dan persahabatan yang ditampilkan dalam naskhah ini.

6. Tak sangka kisah yang pernah saya ikuti di blog penulis ni dah jadi karya bercetak. Tahniah buat penulis atas kelahiran karya sulungnya ini. Maaf, bukan sengaja melambatkan review. Cuma belum ketemu waktu sesuai untuk menaip. :) Selamat maju jaya untuk karya seterusnya. We want moreee. Hahaha. :P 

Sunday, March 2, 2014

Lelaki Januari

Posted by Hajar at 10:48 PM 2 comments
Tajuk: Lelaki Januari
Penulis: Hafizah Iszahanid
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  419 mukasurat
ISBN: 9789670508528

Bagi saya buku ini memang bermain dengan emosi. Jadi memang kena bertabah waktu membacanya. Dan 3 watak yang bikin emosi saya mencanak naik semasa membaca kisah ini adalah:

Ali Syukri 
Perkahwinan di usia muda memang banyak mengundang masalah sekiranya suami isteri tak mampu berkomunikasi dan bertoleransi dengan baik. Begitulah yang terjadi dengan perkahwinan Ali Syukri dan Delaila Azilah (Delaila). Masing-masing lebih mengutamakan kehidupan dan keperluan sendiri tanpa memikirkan kepentingan bersama. Lebih kronik bila ada yang suka mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Huh. Ali Syukri pula lebih percayakan kata-kata Wairah (yang kononnya kawan baiknya semenjak zaman persekolahan) berbanding Delaila. Aduhai. Manalah Delaila tak makan hati? Kemuncak emosi saya kepada Ali Syukri adalah apabila dia sanggup meninggalkan Delaila yang sedang hamil hanya untuk memancing bersama rakan-rakannya termasuk Wairah. Grrrr!!

Wairah
Title 'kawan baik' selalu dijadikan alasan untuk Wairah mendekati Ali Syukri. Sehinggakan apa yang diperkatakannya lebih dipercayai oleh Ali Syukri berbanding kata-kata Delaila. Sikapnya yang tak mahu mengalah memang buat yang membaca ni jadi menyampah. Haha. Nak menang selalu. Sampai sanggup meruntuhkan rumahtangga 'kawan baik' sendiri semata-mata kerana mahu bersuamikan Ali Syukri. Waktu ada dalam genggaman tak mahu hargai. Bila dah dilepaskan baru terhegeh-hegeh nak kembali. Terfikir juga, Wairah ni sibuk kejar dan pujuk Ali Syukri kembali sebab Haifa, anak mereka atau kerana tak mahu kalah di tangan Delaila?


Delaila Azilah
Kegagalan dalam perkahwinan membawanya jauh dari keluarga dan masa lalunya dengan harapan segala kenangan pahit itu dapat dilupakan. Namun, mana mungkin cinta pertama dilupakan dengan mudah? Saat-saat manis pertemuan dan perkenalan mereka masih basah di ingatan Delaila. Justeru Delaila tak pulang ke Malaysia bertahun-tahun hanya kerana tak mahu dihantui kenangan pertemuan dengan Ali Syukri di kampung halamannya. Siapa sangka walau jauh Delaila membawa diri, perancanganNYA menemukannya kembali dengan Ali Syukri. Mungkinkah pertemuan kali ini membawa petanda yang Tuhan sedang memberi mereka peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan lampau mereka?

Cuma saya agak terkilan bila watak Hud Sulaiman itu tidak dikembangkan sewajarnya. Sungguhpun wataknya kecil, tapi berupaya menyembuh luka. Seolah macam hujan yang turun di bumi yang ditimpa kemarau. Walaupun hujan yang turun taklah lebat mana, tapi bawa impak besar kepada bumi. Ha, nampak tak metaforanya tu? Haha.

Komen saya:

Tahniah buat penulis kerana:

1. Berjaya memancing turun naik emosi saya semasa membaca kisah Ali Syukri - Delaila - Wairah ini.

2. Berjaya memartabatkan bahasa Melayu dengan sebaiknya. Penggunaan bahasa Inggeris sangat minima walaupun hampir 50% latar penceritaannya di luar negara.

3. Berjaya membuatkan saya menyukai kisah ini walaupun saya agak beremosi bila membacanya. Phew..

4. Berjaya selang-selikan emosi pembaca dengan info-info tentang Kemboja, doctors without borders, UNESCO etc. Sekurang-kurangnya tak adalah rasa macam nak lempar buku bila rasa stress membaca. :)

Bukunya nipis dan kisahnya mudah. Tapi mampu bawa kita merenung jauh. Fuh. Memang lazimnya manusia tu tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Biasanya yang tiada tu di cari tapi yang di depan mata diabaikan. Aduhai...

"Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan...berada dalam hati, utuh dalam memori...tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati - HI"


Friday, January 10, 2014

Tunggu Aira Di Kota Bandung

Posted by Hajar at 10:26 PM 2 comments
Tajuk: Tunggu Aira Di Kota Bandung
Penulis: Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  461 mukasurat
ISBN: 9789670508368

Mahirah Zainuddin (Aira) si gadis Kota Singa yang sedang menuntut dalam kursus perguruan. Terpaksa melupakan hasrat untuk mendalami kursus bahasa atas kehendak bapanya sendiri. Tapi dalam diam Aira masih menghasilkan puisi sebagai medium untuk meluahkan rasa yang terpendam. Siapa sangka kelalaiannya meninggalkan buku catatan di atas meja memberi peluang Aira untuk ke Bandung atas tiket kemenangannya dalam sebuah pertandingan puisi yang di anjurkan pihak universiti? Di sinilah bermulanya kisah cinta Aira.

Secara fitrahnya Aira memang seorang yang anti-sosial. Cuma perkenalannya dengan Faisal mula membuat Aira keluar dari kepompongnya. Kehadiran Faisal nyata menceriakan Aira. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap puisi. Faisal pula sangat pandai mengambil hati dengan kata-kata puitisnya. Usahkan Aira, saya yang membaca ni pun cair sama! Haha. Tapi segala rasa indah yang dialami berkecai sebaik sahaja Aira dapat tahu yang Faisal rupanya sudah bertunang. Aduhai, kesian Aira.

Memang perit nak menerima kenyataan yang tersurat. Namun Aira kuatkan hati menempuh hari-hari mendatang sehinggalah Aira bertemu dengan Reza. Ketabahan dirinya bagaikan rapuh bila Reza muncul di depan mata. Apa tidaknya. Reza itu seumpama bayangan Faisal. Lebih-lebih lagi Reza juga turut meminati puisi. Setelah puas menolak akhirnya Reza tetap diterima sebagai seorang teman. Hubungan mereka tambah erat hari demi hari sehinggalah Aira dibawa bertemu dengan keluarga Reza.

Pemergian Aira ke Bandung sekali lagi menemukannya dengan Faisal. Rupanya Faisal itu abang kepada Reza. Walaupun sudah 3 tahun, perasaan Faisal masih utuh terhadap Aira. Cuma Aira yang masih lagi sakit hati ditipu Faisal. Namun, bila segala kebenaran terbongkar, siapakah yang menjadi pilihan Aira?

Komen saya: Sesekali memang seronok bila dapat baca buku dengan gaya bahasa puitis begini. Hehe. Tahniah Nirr atas garapan yang membuai perasaan ni. Cuma itulah, masih terkesan dengan kisah Faisal ni. Jujurnya saya memang lebih terkesan dengan watak Faisal berbanding Reza. Haish. Nampak sangat penulis tak mahu pembaca macam saya terlalu terbuai dengan Faisal. Hihihi. Apa pun, saya harap moga penulis dikurniakan lebih banyak ilham untuk melakarkan kisah-kisah yang lebih menarik. :)

Sunday, October 27, 2013

Jurutera Hati Saya - Normaslina Masri

Posted by Hajar at 9:08 PM 0 comments
Tajuk: Jurutera Hati Saya
Penulis: Normaslina Masri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  547 mukasurat
ISBN: 9789670508382

Melissa terlalu mengimpikan seorang jurutera sebagai suami. Tapi tak dinyatakan kenapa. (Atau saya yang terlepas pandang?) Kebetulan, Melissa bekerja sebagai pembantu peribadi  (PA) di firma milik keluarga Irfan Suhaili (Irfan), musuh tradisinya semenjak zaman persekolahan. Tragik sungguh kisah diorang ni. Selepas surat cinta Melissa dibacakan di perhimpunan sekolah, Melissa bertukar sekolah tanpa sempat Irfan memohon maaf. Bila bertemu kembali memang macam anjing dan kucing mereka berdua ni. Irfan memang kuat menyakat dan Melissa pula memang suka melawan. Elok sangatlah tu.. Ironinya, Cikgu Halimah (ibu Irfan) sangat berkenan dengan Melissa sampai sanggup merancang macam-macam untuk menyatukan mereka berdua.  Irfan pun sebenarnya dalam diam dah berkenan dengan Melissa cuma bila memikirkan Melissa yang kerap bertingkah dengannya, Irfan cuma mampu menyimpan rasa hatinya.

Taufik Daniyal (Taufik) mulanya dikenali Melissa kerana Taufik itu adalah sahabat Irfan. Mereka jadi rapat bila selalu bertemu di fitness centre tempat Melissa selalu bersenam. Hubungan rapat mereka kemudiannya membibitkan putik rasa di hati masing-masing. Kebetulan pula Taufik adalah seorang jurutera. Tercapai sudah hasrat Melissa. Cuma Melissa tak menyedari yang Taufik sebenarnya menyimpan rahsia besar daripada Melissa.

Tanpa pengetahuan Melissa, Taufik ni sebenarnya pewaris kepada perusahaan perkapalan terbesar di Malaysia. Ibu bapa Taufik memang tak ada masalah untuk menerima Melissa sebagai menantu. Cuma nenek Taufik agak keberatan untuk menerima Melissa atas sebab-sebab sejarah pahit keluarga mereka yang melibatkan seorang PA / setiausaha. Hmm, kesian Melissa. Kerana tak mahu terima Melissa sebagai cucu menantu, nenek telah melamar seorang doktor untuk ditunangkan dengan Taufik. Diktator sungguh!

Sudahnya, ke manakah hubungan mereka berdua ini? Adakah Irfan yang menjadi pilihan Melissa atau masihkah Taufik bertakhta di hatinya? Dan yang paling penting, dapatkah Melissa bersuamikan seorang jurutera?

Komen saya: Saya sedih bila Melissa tak sudi berjuang untuk bersama-sama Taufik walaupun niat dia baik. Mungkin penulis ada sebab tersendiri buat penamat sebegitu. Sobs. Agaknya kalau twist ending mesti kisah mereka jadi drama dan meleret-leret. :P Jujurnya saya suka naskhah ni sebab ia berjaya buat saya tergelak-gelak dengan gelagat Melissa dan Irfan yang kerap bertegang urat macam anjing dan kucing, Mimi yang selalu jadi pendamai bila keduanya bertegang urat dan juga Taufik si metroseksual. Hihi. Juga berjaya buat saya hanyut dalam kesedihan Melissa dan Taufik. Cuma bagi saya penamatnya nampak agak tergesa-gesa. Apa pun, saya tetap enjoy membaca hingga ke akhirnya. Tahniah buat penulis atas kelahiran buah tangan terbarunya. Semoga terus maju jaya dan terus berkarya. :)

Thursday, October 17, 2013

Sungguh, Aku Jatuh Hati - Zarra Zuyyin

Posted by Hajar at 10:56 PM 6 comments
Tajuk: Sungguh, Aku Jatuh Hati
Penulis: Zarra Zuyyin
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  749 mukasurat
ISBN: 9789670508399

Hubungan Nuradelia Hanani (Nani) dengan bosnya, Izz Harriz (Izz) bukanlah dalam keadaan baik. Nani selalu menjadi mangsa buli Izz. Izz yang sinis, Izz yang kepala angin dan segala aura negatiflah pendek katanya. Pantang nampak silap Nani, memang berasaplah Nani menelan kata-kata sinisnya. Tapi dalam sinisnya itu Izz sentiasa muncul setiap kali Nani dilanda masalah. Hmm, macam superhero.


Kemunculan Hafiz Nubhan (Yeop Apez), cinta pertama Nani menghuru-harakan hidupnya.Yeop Apez ni gaya macam orang gila talak dah. Obses teramat sampai sanggup memfitnah semata-mata kerana nak memperisterikan Nani. Dia tak kisah potong jalan orang lain pun, janji hasrat dia tercapai. Siap guna jalan pintas lagi. Hish. Tak pepasal kena paksa bertunang dengan Yeop Apez pula walaupun hakikatnya Yeop Apez ni bukanlah duda seperti yang sibuk dicanangnya. Heh.

Selepas kecewa kerana Yeop Apez berkahwin di luar negara, Nani tak pernah berhubungan rapat dengan mana-mana lelaki kerana masih trauma dengan kekecewaan lalu. Namun, perkenalannya dengan Doktor Naufal Ikram (Am), jiran depan rumahnya mula mengubah persepsinya pada lelaki. Am memang pandai ambil hati sampai kebekuan hati Nani mula mencair sedikit demi sedikit. Paling menariknya, mak Am pun dah berkenan sangat dengan Nani. Tapi, fitnah yang ditabur Yeop Apez mula merenggangkan hubungan mereka. Bila ditanya kenapa menjauh, jawapan yang diberi oleh Am sangatlah menyakitkan hati. Benarlah, kerana mulut badan binasa. Selepas kebenaran terbongkar, barulah terhegeh-hegeh nak kembali pada Nani. Apa, ingat Nani tu tak ada perasaan ke apa?

Antara ketiganya, siapakah yang bertuah menjadi pilihan Nani? Tuan doktor pilihan ibu Nani ataupun tuan insinyur yang sentiasa sinis itu?

Yang pastinya pilihan Nani ni sangatlah gentleman, setia dan penyabar. *cair*. Hahah. Sanggup tunggu bertahun-tahun tanpa pengetahuan Nani sehinggalah Nani nyatakan persetujuan untuk menghalalkan perhubungan mereka. Phew. :)


Komen saya: Sungguh, buku ni banyak beri panduan untuk isteri dan bakal isteri dalam melayari bahtera perkahwinan. Lebih-lebih lagi untuk yang baru berkahwin. Cuma saya agak jengkel dengan scene merajuk sayang inche suami Nani  tu. Saya tau darjat suami lebih tinggi daripada isteri. Tapi kalau asyik menguji aja, tak ke jenuh si isteri nak memujuk? Mungkin bagi orang lain ia nampak manis tapi bagi saya ia scene berulang dan agak drama di situ. Mujurlah tak ada scene dan konflik yang buat saya stress. Phew. :) Apa pun, syabas buat penulis untuk percubaan pertamanya ini. Semoga maju jaya dan mudah-mudahan perjuangan tak terhenti setakat ini. :)  

Tuesday, August 13, 2013

Secangkir Kopi Karamel - Ijazati Habib

Posted by Hajar at 10:49 PM 2 comments
Tajuk: Secangkir Kopi Karamel
Penulis: Ijazati Habib
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  492 mukasurat
ISBN: 9789670508290

"Seumur hidup saya, saya selalu nampak ayah kawan-kawan saya usap kepala mereka. Tapi papa saya tak pernah usap kepala saya. Boleh awak usap kepala saya macam tadi?" - m/s 160


Hidup Irdina tetap penuh warna-warni walaupun tersisih daripada perhatian seorang ayah. Kehadiran Yushah bagaikan pengganti kepada kasih sayang keluarganya. Manakan tidaknya, Yushah, senior yang dikenali sejak di sekolah menengah memang banyak membantu dan mengambil berat tentang Irdina. Disebabkan perhatian yang diberikan oleh Yushah itulah yang menyebabkan Irdina mula menyimpan rasa. Namun bila disuarakannya pada Yushah, terus kena reject. Alasannya, Yushah tak boleh terima konsep perigi cari timba ni. Huh. Dasar lelaki ego!

Perkenalan Irdina dengan Rayyan pula bermula bila Irdina tak sengaja 'menampar' Rayyan dengan pendayung kayak. Rentetan peristiwa itu Rayyan mula menjejaki Irdina untuk menuntut hutang kemaafan. Haha. Siap buli Irdina siapkan assignment dia lagi tu. Pengakhirnya Irdina tak buat pun assignment Rayyan tu dan hubungan mereka terhenti setakat itu.  

Selepas beberapa tahun Irdina bertemu kembali dengan Rayyan. Disebabkan Rayyan ni dah jadi artis popular, pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja antara Rayyan dan Irdina mula menimbulkan gosip-gosip liar di blog hiburan terutamanya di blog Kak Montel. Adoi. Geram je bila baca gosip-gosip Kak Montel tu. Penyudahnya Rayyan melamar Irdina untuk dijadikan isteri. Pada awalnya cadangan tu ditolak Irdina, namun akhirnya Irdina bersetuju juga bila dia terdengar kata-kata Yushah yang memburukkannya. Heh, ingat Irdina ni tak laku sangat?

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun Yushah dan ahli keluarga Irdina tak bersetuju dengan pilihan Irdina. Perkahwinan yang nampak agak 'terpaksa' pada mulanya ni memang membahagiakan keduanya. Tanpa pet-names yang bombastic pun hubungan mereka berdua ni tampak manis. :) Lumrahlah turun naik dalam mana-mana hubungan pun kan? Dugaan melanda bila Irdina disahkan menghidap barah otak tahap dua. Sobs. Oh, jangan bimbang. Tiada kematian dalam kisah ini. Cuma pengakhiran yang agak menduga kesabaran Rayyan sebagai seorang suami.

Komen saya: Benarlah hidup mereka ibarat kopi dan karamel. Seimbang pahit dan manisnya. Saling melengkapi.  Memang tak sangka. Permulaan kisah yang ceria rupanya berakhir sebegitu rupa. Lumrah kan? Dalam hidup kita tak semuanya bahagia dan gembira selalu. Haish. Tapi saya suka dengan cute couple ni. Tak perlu ayat-ayat manis bergula untuk buatkan mereka nampak manis. Tahniah buat penulis. Moga lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya :)  Pengakhiran cerita ni buat saya rasa nak menonton filem 50 First Dates semula. Huhu.  

Monday, August 12, 2013

Warna Hati Nurul - Shahzy Hana

Posted by Hajar at 11:22 PM 2 comments
Tajuk: Warna Hati Nurul
Penulis: Shahzy Hana
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  581 mukasurat
ISBN: 9789670508115

Nurul Hasyifa (Syifa) pernah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sebelum menamatkan pengajian. Namun, jodoh mereka tidak panjang bila Razeef meninggal dunia beberapa jam selepas bergelar suami Syifa. Kesedihan dan kemurungan Syifa meresahkan keluarganya dan juga keluarga majikan kedua ibu bapanya. Sokongan mereka amat penting untuk memulihkan semangat Syifa.

Pulih daripada kemurungannya, Aunty Tasha (majikan kepada ibu bapa Syifa) melamar Syifa untuk Fasil, anak sulung mereka. Tak sangka dalam diam rupanya Fasil menyimpan perasaan pada Syifa. Bagi Syifa, mustahil dia nak menerima Fasil semudah itu. Kasih sayang arwah Razeef masih tersemat kukuh di hatinya. Lagipun perkenalan Fasil dan Syifa bukanlah dalam keadaan yang baik. Jadi syak wasangka Syifa memang berasas. Tak mungkin semudah itu Fasil mahu memperisterikannya. Syifa menolak lamaran Fasil atas sebab itu.

Bila Aunty Tasha jatuh sakit, Syifa terpaksa menerima Fasil untuk menyelamatkan nyawa Aunty Tasha. Walaupun Fasil berkali-kali menegaskan yang dia mahu mengahwini Syifa kerana cinta, Syifa tetap tak mampu nak menerima Fasil dalam hidupnya.

Usaha Fasil untuk menjadi sebahagian dari hidup Syifa tidak sia-sia bila Syifa mula terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Fasil. Tapi, datang pula si pengacau membuat onar. Azreen memang tak puas hati bila Fasil tega memilih Syifa dan mengenepikannya sedangkan mereka sudah lama bersahabat. Jadi, Azreen mula menabur fitnah untuk memporak-perandakan hubungan Fasil dan Syifa. Biarpun berkali-kali menafikannya, tiada siapa yang percaya dengan pengakuan Fasil termasuk ahli keluarga Fasil sendiri.

Kecewa dengan penerimaan Syifa dan keluarga, Fasil nekad menyertai misi ke Gaza. Bila kebenaran terbongkar, dapatkah Syifa memohon keampunan daripada Fasil? Masih adakah sinar bahagia untuk mereka?

Komen saya: Ish, Kak Shahzy kata tak sedih pun. Tapiiii, sedihla juga sebenarnya. Memang tabah manusia bernama Nurul Hasyifa ni walaupun hakikatnya dia sendiri rebah bila diuji dengan kehilangan suami. Sabar je menelan caci maki Azreen pengacau tu. Kalau orang lain mungkin dah bertarik rambut agaknya. Hehe. Gaya bahasa pun ada ketikanya agak membuai-buai. Tapi masih boleh difahami. :) Cuma saya agak 'terganggu' dengan penggunaan kata 'Masya Allah' berulang kali dan ada kalanya disalahguna. Hmm, mungkin artikel ini boleh dirujuk untuk penjelasan.  Oh, dan lagi satu. Ada sedikit kekeliruan pada bab 34 bila penceritaan bertukar arah daripada Syifa kepada Fasil. Bila kita baca baru tau itu sebenarnya rasa hati Fasil yang merindukan isterinya. Mungkin boleh diletakkan sedikit pencerahan untuk cetakan berikutnya nanti. :) Apa pun, tahniah buat Kak Shahzy untuk kelahiran buah tangan terbaru ini. Semoga terus maju jaya dan tak putus asa untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk pembaca. :)

Sunday, July 7, 2013

Di Ruang Itu Ada Kamu - Zulina

Posted by Hajar at 11:14 PM 0 comments
Tajuk: Di Ruang Itu Ada Kamu
Penulis: Zulina
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  540 mukasurat
ISBN: 9789670508108

Kepulangan Shahril Haidar (Shah) menemukannya dengan Nur Amira (Amy) yang di sangkakan ada hubungan dengan abang tirinya, Adam Syafiq (Adam). Rupanya Amy cumalah salah seorang peminat dan pemuja Adam dari jauh. Dengan kedudukannya sebagai usahawan muda yang berjaya, memang tak mustahillah Adam digilai oleh anak-anak gadis seperti Amira. Walaupun dah tahu yang Amy cumalah peminat abang tirinya,  Shah tetap jadi pengintip setia gerak-geri Amy. Rupanya dalam diam ada rasa yang berputik. Kalau tidak, takkanlah Shah sanggup menyewa rumah di kawasan yang sama dengan tempat tinggal Amy. :)

Shah dan Adam memang sangat berbeza perwatakannya walaupun dididik dan diasuh dalam keluarga yang sama. Adam, walaupun cumalah anak tiri tapi layanan ayah Shah pada Adam tetap sama dengan layanannya pada Shah. Cuma Shah agak tertekan bila Adam kerap dijadikan contoh oleh si ayah. Itu yang menyebabkan Shah memberontak dan bila ada peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara, Shah betul-betul menggunakan kebebasannya untuk lepas bebas daripada norma biasa kehidupannya di Malaysia.

Berbeza pula dengan Adam yang mana setelah menamatkan pengajiannya, Adam bekerja dengan ayah tirinya untuk bersama-sama membangunkan perniagaan keluarga mereka. Melihatkan kebebasan yang dikecapi oleh Shah di luar negara, Adam jadi cemburu. Kerana hormat dan terhutang budi dengan  si ayah, Adam akur dengan apa yang diaturkan oleh untuknya.

Bila mengetahui tempat persembunyian Shah selepas kepulangannya ke Malaysia, Adam telah siap sedia mengatur rancangan untuk mengumpan Shah supaya kembali ke rumah. Melihatkan keakraban hubungan antara Shah dan Amy, Adam mengaturkan supaya Amy bekerja di salah sebuah anak syarikat milik keluarga mereka. Akhirnya Shah berjaya dipujuk untuk kembali bertemu si ayah. Itu pun atas jasa baik Amy juga. Dan bila Adam juga menunjukkan minat untuk memikat Amy, Shah mula rasa tercabar sebab dia memang dah lama atur strategi untuk memikat Amy. Cuma Amy saja yang belum bagi respon. Antara Adam dan Shah, siapakah yang benar-benar layak untuk mengisi ruang hati Amy?

Komen saya:  Suka dengan watak Amy ni. Anak orang kaya tapi hidup sempoi. Shah dan Adam pun tak tahu latar belakang Amy ni sampailah keluarga mereka berkunjung ke rumah keluarga Amy untuk merisik. Kisah mereka ni agak santai dengan konflik ringan. Jadi kita takkan rasa tertekan untuk mengetahui siapa yang Amy pilih. :) Tahniah buat penulis untuk karya keduanya ini. Moga terus diberikan ilham untuk berkarya. :)

Sunday, June 9, 2013

Anak Teruna Makcik Rahimah - Sakeena

Posted by Hajar at 8:43 PM 1 comments


Tajuk: Anak Teruna Makcik Rahimah
Penulis: Sakeena
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  489 mukasurat
ISBN: 9789670508245

Ain Zahra (Ain) dan Arm Waseem (Waseem) bertemu bila Ain terlanggar Waseem yang baru lepas membeli kopi di vending machine. Habis bertompok baju Waseem dengan kopi. Ain fikir dengan meminta maaf, segalanya selesai di situ. Rupanya tidak. Waseem yang digelar Encik Kopi oleh Ain ni bagaikan mengekori Ain ke mana sahaja sampai ahli keluarga Ain syak yang Ain sudah angau dengan Encik Kopi ni. Lebih-lebih lagi bila Ain tertangkap dengan Alongnya bila dia 'terpaksa' mencuci kemeja dan kot Waseem yang bertompok dengan kopi.

Hubungan mereka berdua memang tak pernah aman. Ada saja yang akan diperdebatkan walaupun isu kecil. Masing-masing dah dewasa tapi masih keanak-anakan. Haish. Cik Toolbag dan Encik Kopi. Memang padan sangatlah tu.

Hidup Ain semakin tertekan bila dia terikat dengan ikatan pertunangan di tanah suci. Paling tak disangka  rupanya Encik Tunangnya adalah Waseem! Haish. Memang bencana bagi Ain. Waseem masih dengan sikap 'kerek'nya  yang tak surut dan Ain pula dengan kedegilannya. Macam manalah nak duduk serumah ni? Hehe.

Tapi segalanya berubah bila mereka berkahwin. Waseem tiba-tiba jadi seorang sangat manis. Hehe. Buat kita rasa nak tersenyum je setiap kali datang angin nakal dia mengusik Ain. Cuma Ain sajalah yang susah nak menerima Waseem sebagai suaminya. Rupanya masih dihantui kenangan silamnya. Ain takut untuk menerima Waseem kerana bimbang akan kehilangan sekiranya dia mula menyayangi Waseem. Haila, Ain..Ain..

Komen saya:  Berjaya juga saya habiskan pembacaan walaupun ramai kawan-kawan yang beri maklumbalas negatif untuk kisah ini. Tapi saya tetap nak baca sebab saya dah pernah mengikuti hampir 90% kisah Ain dan Waseem ni di blog penulis dulu. Bagi saya, kisahnya santai dengan konflik minima (yang memang selera saya) walaupun towards the end saya rasa macam ada sedikit persamaan dengan aA + bB. Tapi itu mungkin perasaan saya je agaknya. :) Apa pun, tahniah buat penulis untuk garapan pertama yang manis ni. Moga cepat sembuh untuk terus berkarya. :)   
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review