Sunday, May 26, 2013

Si Mata Bundar - Amany

Posted by Hajar at 7:07 PM

Tajuk: Si Mata Bundar
Penulis: Amany
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 567 mukasurat
ISBN: 9789670508276

Buku ini jadi peneman saya sepanjang ditahan dalam wad minggu lepas. Satu karya yang pada saya rasa padat dengan isu persahabatan, kerjaya dan kekeluargaan. :)

Dania, si workaholic yang masih belum bertemu jodoh biarpun usia sudah menginjak ke penghujung 20-an. Atas dasar itu, keluarga Dania bercadang untuk menjodohkan Dania dengan anak kenalan neneknya. Hakikatnya, Dania lebih sukakan 'kesibukannya' itu sebab mahu melupakan kesedihan akibat kehilangan  Haikal yang dicintai sepenuh hati. Kisah sedih Dania ni tak pernah diketahui oleh keluarga Dania kecuali Amir (sepupu Dania) dan juga teman-teman rapat Dania. Sikap pemendam Dania itu turut memakan dirinya bila akhirnya dia terpaksa akur dengan pilihan keluarganya kerana dia sedar keengganannya untuk berkahwin, seumpama halangan buat Danisha, si adik kesayangan untuk mencari bahagianya. 

Kebetulan, Ahnaf yang dijodohkan dengan Dania juga kehilangan saudara kembarnya. Pemergian Aina tanpa sempat ditemui Ahnaf buat kali terakhir benar-benar memberi impak dalam kehidupan Ahnaf. Namun, pertemuannya dengan Hitomi, si pujaan hati akhirnya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aina. Gaya Dania yang menyerupai Aina benar-benar berjaya menambat hati Ahnaf.

Perkahwinan mereka akhirnya berlangsung walaupun Dania tak bersedia menerima Ahnaf dalam hidupnya. Namun, Dania cuba untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sewajarnya. Sikap Ahnaf yang selalu bersabar dan bertolak ansur juga buat Dania mula rasa selesa dengan perkahwinan mereka. Cuma bila Ahnaf mula melangkaui batas yang dihadkan, Dania mula dingin kembali dengan Ahnaf. Lalu ke mana agaknya arah perkahwinan mereka ini?

Komen saya: Memang agak tipikal, cuma kisah ni berjaya diselamatkan oleh latar belakang watak dan cerita yang jarang diketengahkan. Jarang kita jumpa cerita dengan legal background ni. Kalau ada pun, tak berapa detail. Terima kasih ya Amany sebab sudi berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca. :) Tahniah juga atas kelahiran karya sulung ni. Moga makin melimpah ruah idea untuk karya seterusnya ya? :)  

3 comments:

ALONG NANI said...

ya cerita ni agak tipikal..tp cara penulis buat olahan cerita tu yang saya suka...boleh tahu macam mana kerjaya seorang peguam...itulah salah satu keistimewaan Jemari Seni..kadang-kadang ceritanya sama tapi olahannya dan cara penceritaan berbeza sangat dari yang lain :))
*minat baca dari semua penerbit buku cuma JS ni lebih sikit hehe

Hajar said...

Along Nani:
Saya memang prefer JS sebab kebanyakan novel depa tak meleret dan kurang bergula. Input positif pun banyak. Bukan setakat kisah cinta je. :)

ALONG NANI said...

Itu la sebabnya saya suka melawat blog Hajar ni,kebanyakkan buku yang Hajar baca, banyak masuk jiwa saya. Kalau yang belum ada lagi,pas baca review kat sini pasti saya akan pergi beli. :))

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review