Showing posts with label Dubook Press. Show all posts
Showing posts with label Dubook Press. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Desaturasi Merah Jambu

Posted by Hajar at 9:28 PM 0 comments
Desaturasi Merah JambuDesaturasi Merah Jambu by Ladynoe Mohamed
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Dubook Press
Harga: RM20.00
Halaman: 158 mukasurat
ISBN: 9789671209455

3.5*

21-04-2015

Satu lagi blook yang dah lama duduk terperuk dalam kotak telah berjaya dikhatamkan. Yay. Hihi

Ini cumalah catatan perjalanan sang Hawa sedari waktu kecilnya hingga ke dewasa. Bagaimana beliau mendepani segala jerih payah sepanjang hidupnya. Jerih payah tu bukanlah maknanya penulis banyak mengeluh. Tidak. Cuma kebanyakan catatannya itu memang untuk di ambil perhatian dan juga pengajaran.

Speechless sebenarnya bila sampai ke bahagian catatan yang mencoret musibah yang melanda kehidupan rumahtangga penulis. Fuh. Ya, bukan semua benda yang kita harapkan itu bakal kita dapat keseluruhannya. Mungkin ada sebahagian harapan dan permintaan kita itu Sang Pencipta belum mahu beri agar kita selalu meminta dan terus mengingatiNYA selalu.

Jujurnya saya tak pernah mengikuti blog penulis. Tapi, suka susunan entri dalam buku ini. Boleh dikatakan berturutan walaupun mungkin timeline berbeza. Memang dah macam baca travelog. Dan saya harap penulis terus tabah dan kuat untuk berdepan dengan segala dugaan mendatang. :)

View all my reviews

Monday, October 6, 2014

#Cerita Seram 1 dan 2

Posted by Hajar at 8:00 AM 0 comments
Tajuk: #Cerita Seram
Penulis: Jarr Najmuddean
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 124 mukasurat
ISBN: 9789671105788

Saya pun tak pasti macam mana boleh tergerak hati nak baca buku ni. Hehe. Mungkin sedang cuba untuk menguji tahap keberanian agaknya. :P

#Cerita Seram merupakan kompilasi cerita-cerita seram yang pernah dipaparkan oleh penulis di laman twitternya. Kebanyakan kisah yang dipaparkan dialami sendiri oleh penulis dan juga diceritakan kembali oleh penulis.

Seram? Bagi saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya rasa macam duduk di sebelah penulis dan mendengar dia bercerita. Tapi, kalau anda penggemar kisah-kisah sebegini pasti naskhah ini tidak akan dilepaskan. :)

Tajuk: #Cerita Seram 2: Angker
Penulis: Jarr Najmuddean
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM15.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 104 mukasurat
ISBN: 9789671169797

Siri kedua pula melibatkan perkongsian cerita-cerita pembaca #Cerita Seram dan juga penulis sendiri.

Walaupun agak seram berbanding #Cerita Seram, tapi bagi saya tahap keseramannya masih tidak dapat menandingi keseraman Dari Zon Angker hasil karya Rose Harissa. :)

Apa pun, penggemar kisah seram tak seharusnya melepaskan peluang untuk membaca kedua-dua siri # Cerita Seram ini.

Thursday, July 31, 2014

Bercakap Dengan Jun

Posted by Hajar at 6:22 PM 0 comments

Tajuk: Bercakap Dengan Jun
Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 184 mukasurat
ISBN: 9789671209462

Bila baca tajuk, bunyinya memang macam buku misteri Tamar Jalis yang pernah disebut-sebut suatu ketika dulu. :) Namun, bila dibaca isinya ternyata sangat jauh dengan kisah misteri. Bukunya memang nipis dan kisahnya mudah tapi penuh pengisian kasih sayang dan sindiran buat masyarakat.

Junaidi Bin Banin, atau lebih selesa dipanggil Jun. Seorang pencopet bertaraf profesional. Siapa pun tak menyangka penampilan kemasnya setiap hari itu cuma bekerja sebagai pencopet. Hidup di kawasan perumahan terbengkalai bertemankan Saigon, seekor anjing yang setia. Putaran hidupnya statik, dari pagi hingga ke malam. Pengulangan putaran yang sama setiap hari hanya untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup.

Namun, putaran hidupnya berubah 180 darjah selepas kehadiran si keletah yang bernama Ranum.

Benar, Jun hanyalah seorang pencopet. Tapi naluri kemanusiaannya masih tinggi untuk membiarkan seorang anak kecil dibiar kelaparan setelah ditinggalkan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab. Beruntungnya Ranum dikurniakan seorang babah yang penuh kasih sayang begini.

Kisahnya memang mudah. Tapi 'rasa' yang tertinggal selepas menutup buku ini yang buat saya tersedu sendiri. Hakikat nilai kasih sayang sebenar memang tak ternilai dengan wang ringgit. :'(

Tahniah buat penulis atas perkongsian 'rasa' ini. Terima kasih untuk Mai yang meminjamkan naskhah ini. :)

Wednesday, December 25, 2013

Dari KLCC Ke Tanjung Malim - Fdaus Ahmad

Posted by Hajar at 6:34 PM 0 comments

Tajuk: Dari KLCC Ke Tanjung Malim
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 160 mukasurat
ISBN: 9789671169735

Ini pula sambungan blook Dari Tanjung Malim Ke KLCC.

Masih lagi berpaksikan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan harian penulis termasuk hal kekeluargaan dan persabahatan. Dan masih juga berjaya membuatkan saya tersengih setiap kali teringat entri-entri yang dimuatkan dalam blook ini. Oh tak lupa, ada juga entri yang buat kita rasa sentap dan berfikir sejenak.

Antara entri yang buat saya tersengih-sengih termasuklah:

Makan Di Kedai Makan - relevannya memang orang kita ni suka bertanya banyak kali walhal kalau buat kerja secara sistematik mesti tak payah nak bertanya dua - tiga kali.

Misteri Batuk - misteri sangat penyakit batuk Fateem yang tak baik-baik. Mana tidaknya, ayah dia sendiri jadi pembekal minuman berais. Hahaha

Status Facebook - yang ni memang sentap habis sebab kebanyakan daripada kita mesti ada buat juga. lol

Seorang Makwe Membuat Aduan Di Maybank - err, ada juga orang macam ni eh? Buat cash deposit guna cheque deposit machine? lol

Pulang - bila kita kalut perkara yang dah biasa kita buat hari-hari pun boleh tersilap. Contohnya tersilap naik tren. Heh. Lepas tu nak salahkan siapa? Sengih ajela kan? :D

Haish, banyak lagi sebenarnya entri-entri menarik. Kalau nak senarai satu-persatu memang sampai esok tak habis menaip. Haha. Jadi nak tau apa yang menariknya kenalah baca sendiri kan? ;)

Dari Tanjung Malim Ke KLCC - Fdaus Ahmad

Posted by Hajar at 4:27 PM 0 comments
Tajuk: Dari Tanjung Malim Ke KLCC
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 228 mukasurat
ISBN: 9789671105740

Setelah sekian lama tak membaca blook, nah! Akhirnya jumpa juga blook yang memikat hati. Haha. Terima kasih kepada Dyh atas perkongsian tentang blook comel ini. 

Buat yang tertanya, sebenarnya blook ini adalah himpunan entri-entri blog Sembang Kencang milik penulis yang dibukukan. Memang bukan novel ya anak-anak? Hehe. Bagi yang ingin mencari kelainan, bolehlah cuba membaca blook sebegini. Bukan apa, sesekali membaca kisah daripada real life experience ni lebih realistik untuk mengingatkan kita tentang realiti hidup kan? ;)

DTMKK ni memang hanya berkisar pada kehidupan penulis. Kisah menyeluruh dari zaman kanak-kanak membawa ke zaman remaja seterusnya membawa ke alam pekerjaan. Dan sebahagian kisah dalam ini memang menceritakan perjalanan penulis dari Tanjung Malim ke KLCC untuk mencari sesuap nasi.

Gaya penulis yang bersahaja mampu buat kita tersenyum dengan kisah-kisah yang dilakarkan. Lebih-lebih lagi bila melibatkan anak kecil bernama Fateem tu. Hahaha. Memang tak kering gusi dibuatnya. Dan saya tak pelik bila Fateem tu pun banyak 'onar'nya bila kita hubungkaitkan dengan kisah-kisah yang dilakarkan oleh penulis. :P

Banyak kisah yang buat kita rasa, "Eh, ini aku pun pernah buat dulu." Hahaha. Seumpama dejavu. Memang buat kita terkenang-kenang zaman-zaman 'berhingus' dulu. 
 
Tengah taip entri ni pun dok tersengih tak habis lagi. Hish, parah! Tahniah buat penulis sebab berjaya buat saya tersengih sampai ke sudah. :P
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review