Tajuk: Setitis Kasih Darmia
Penulis: Naniey TJ
Penerbit: SR Publication
Harga: RM26.90
Sabah/ Sarawak: RM 29.90
Halaman: 665 mukasurat
ISBN: 9789675822094
Darmia, sempat bermanja dengan ibunya hanya seketika. Selepas pemergian ibunya, Darmia dibesarkan oleh salah seorang ibu saudaranya. Namun, nasib Darmia tidaklah sebaik mana bila dia terperangkap berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali selepas melarikan diri daripada menjadi mangsa perkosaan bapa saudaranya. Lepas bernikah, Darmia ditinggalkan.
Selepas 4 tahun baru mereka bertemu kembali bila Haliza (sepupu yang paling rapat dengan Darmia) membawa Darmia ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan sekaligus menyambung pengajian. Darmia disuruh menjadi pembantu rumah Khairul Amir. Bila mengetahui Darmia yang bekerja sebagai pembantu dirumahnya, Khairul Amir memang mengambil kesempatan untuk melunaskan dendamnya pada Darmia selama ini. Namun, tanpa disedarinya kemunculan Darmia menimbulkan bibit-bibit perasaan dalam hatinya walaupun Haliza setia menanti untuk menoktahkan hubungan mereka ke peringkat seterusnya.
Darmia rela disakiti asalkan Haliza tidak disakiti. Janji rahsia perkahwinan mereka tersimpan rapi. Baginya Haliza ibarat penyelamat dan juga seorang kakak yang tak pernah dimilikinya. Kala dirinya dibenci oleh kedua ibu saudaranya tanpa diketahui puncanya, hanya Haliza dan Opah yang teguh mempertahankan Darmia. Rahsia perkahwinan mereka tetap terjaga sehinggalah Haliza terjumpa Darmia dan Khairul Amir berduaan dalam keadaan yang agak intim. Haliza memang tak boleh terima hakikat yang Darmia dah menjadi duri dalam daging walaupun sebenarnya Darmia tak bersalah pun.
Mak Long Darmia yang memang berdendam dengan arwah adiknya sendiri memang bertekad takkan biarkan Darmia berbahagia. Dipaksanya Khairul Amir untuk menikahi Haliza walaupun dia dah tahu hubungan antara Khairul Amir dan Darmia. Namun, hikmahnya hari pernikahan Haliza dan Khairul Amir menemukan kembali keluarga Darmia dengan bapa Darmia. Terbongkarlah kembali rahsia yang disimpan selama ini. Kenapa setelah berpuluh tahun, Maryam, ibu Darmia masih didendami oleh kedua orang kakaknya.
Darmia yang sangat gembira dengan kemunculan bapa yang dinanti ditimpa kemalangan dalam perjalanan untuk menemui bapanya. Kemudian, dalam keadaan hubungan Darmia dengan Khairul Amir yang retak menanti belah, mereka dikejutkan dengan berita kehamilan Darmia. Mampukah Khairul Amir untuk menggapai setitis kasih Darmia yang didambakan?
Komen saya: Plot cerita yang agak padat dan pantas. Saya sukakan gaya penceritaan yang pantas dan tak meleret. Konflik dan segala persoalan juga berjaya dirungkaikan satu persatu. Tahniah buat Naniey untuk hasil karya bercetak pertama ini. Tahniah dan terima kasih juga buat pihak editorial SR untuk naskhah yang padat dan tidak meleret ini. :)