Sunday, December 28, 2014

Mr. Awesome Guy

Posted by Hajar at 8:00 AM 0 comments
Tajuk: Mr. Awesome Guy
Penulis: Anastasia Qirana
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  513 mukasurat
ISBN: 9789673651931

Tak dinafikan, Mr. Chyrill memang awesome! ;)

26-12-2014

Kata Chyrill sewaktu melamar Fitrah:

I have 10 reasons for marrying you
I want to be your lover
I want to be your best friend
I want to be your brother
I want to be your teacher
I want to be your entertainer
I want to be your driver
I want to be your chef
I want to be your gardener
I want to be your waiter
I want to be your plumber
I want to be your carpenter
I want to be your mechanic
I want to be your pest exterminator
I want to be your electrician
I want to be your decorator
I want to be your stylist
I want to be your gynaecologist
I want to be your healer
I want to be your psychiatrist
I want to be your organizer

Namun kata Fitrah pula, "Cintai pemilik hati saya terlebih dahulu dan saya akan pertimbangkan lamaran Mr. Chyrill tu."

Seperti yang dipinta, Chyrill berusaha mencari cinta pemilik hati Fitrah dan setelah cinta hakiki itu ditemui, Chyrill kembali untuk menuntut janji Fitrah.

Setelah melalui pelbagai ujian demi ujian, Chyrill dan Fitrah akhirnya disatukan. Sungguh pun sudah bergelar suami, cabaran untuk Chyrill tak pernah putus. Fitrah yang dikenali sangat berbeza dengan Fitrah yang dinikahi. Persamaan antara mereka hanyalah sikap yang suka menguji. Apakah yang telah terjadi sehingga membuat Fitrah seolah-olah mempunyai dua personaliti? Dan mampukah Chyrill mempertahankan ikatan perkahwinan mereka bila Fitrah terus-terusan menguji?

Komen saya:

1. Kisah ini masih lagi berpaksikan kisah perkahwinan tanpa rela cuma disampaikan dengan cara berbeza di samping pelbagai input yang disertakan. :)

2. Jujurnya kalau wujud lelaki macam Chyrill ni memang makcik tak fikir dua kali nak cakap ya, saya setuju! Haha. Realitinya? Sendiri mau ingatlah. :P

3. Agak geram dengan kedegilan dan keegoan watak Fitrah / Nura tu. Rasa macam nak sekeh-sekeh bagi dia sedar kedudukan dia sebagai seorang isteri. Grrr..

4. Cerita ni sangat kurang adegan manis bergula okayyy? Bak kata K, sesuai dibaca waktu cuaca redup dan mendung macam sekarang ni. Hikhikhik...

5. Tahniah buat penulis. Walaupun mengikut katanya beliau tiada asas penulisan, hasilnya tak menghampakan. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)

Saturday, December 27, 2014

Yang Seperti Dia

Posted by Hajar at 2:30 PM 0 comments
Tajuk:  Yang Seperti Dia
Penulis: Hani Fazuha / Syeena Hamdan
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman:  588 mukasurat
ISBN: 9789670718118


22-12-2014

Asalkan Dia Bahagia (3*)

Hidup seorang Adira mula jadi huru-hara bila tiba-tiba dijodohkan dengan Haris Aryan (Haris), sahabat karib Ikmal, abang angkatnya. Puas ditolak dengan alasan tiada rasa cinta, namun Haris tetap berkeras untuk memperisterikan Adira. Menjelang perkahwinannya, Adira dikejutkan dengan hakikat perasaan Ikmal terhadapnya. Namun semuanya sudah terlambat. Adira dan Haris tetap disatukan.

Malam pernikahan mereka mencatatkan kisah pedih buat Adira bila Haris mengakui yang dia sudah pun beristeri. Heh. Sabar jela. Mampukah Adira bertahan bila perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta ini diuji dengan pelbagai dugaan?

Komen saya:
1. Manis dan macam dejavu sebab kemiangan Haris ni mengingatkan saya kepada seseorang yang dikenali. Erk!
2. Kesian kat Ikmal walaupun geram dengan apa yg dia buat pada Haris dan Adira.Tapi kisah dia macam tergantung. Apa cerita dengan kekasih gelapnya itu ek?
3. Kisah yang mudah dan tak memeningkan kepala untuk dihadam. Cuma itulah, manis sangat untuk orang macam saya. :p
4. Apa pun, tahniah Kak Hani. Moga terus menulis.

23-12-2014

Langit Biru Yang Sama (3*)

Kata Ainun antara dirinya dan Alzam itu seumpama langit dan bumi. Seumpama enggang dan pipit. Terlalu jauh berbeza dan mustahil untuk bersatu.

Kata Alzam pula selagi mereka masih memandang langit biru yang sama, tiada apa yang membezakan mereka. Mungkin kelebihan rezekinya itu untuk dikongsi bersama orang lain dan Ainunlah salah seorang darinya. :)

Dapatkah Alzam memiliki hati seorang Ainun setelah pelbagai dugaan melanda dalam hubungan mereka?

Komen saya:
1. Bahagian prolog sudah menggambarkan perjalanan cerita - kisah cinta antara dua darjat.
2. Suka watak Alzam. Walaupun gambaran awalnya nampak macam gaya tipikal anak orang kaya tapi sebenarnya lelaki ini sangat manis dan merendah diri. Dengan Ainun je dia suka cari fasal. Haha.
3. Walaupun kisah ni agak manis, saya sukakan gaya bahasa penulis dan peringatan yang diselitkan dalam penulisannya.
4. Tahniah juga buat Kak Syeena. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. 

Catatan Matluthfi

Posted by Hajar at 11:27 AM 0 comments
Tajuk: Catatan Matluthfi
Penulis: Mat Luthfi
Penerbit: Puteh Press
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak:28.00
Halaman: 241 mukasurat
ISBN: 9789673692798

Bak kata Dyh, kalau kumpul status fb, tweet dan juga blog post kita yang tak berapa nak ada tu pun boleh cetak jadi buku. Tapi sebab nama tak ada commercial value maka faham-faham sahajalah kan? Lol

Banyak catatan yang buat kita senyum dan ketawa. Ada juga yang buat kita rasa tersindir. Dan ada juga yang buat kita berfikir panjang. Terserah kepada penafsiran dan penerimaan masing-masing. :)

Tapi saya lebih suka baca catatan tentang Mama, Ali, Anis dan Aina. Entah. Mungkin sebab kisah-kisah seputar keduniaan dan sejagat itu terlalu melelahkan untuk difikirkan. :)

Apa pun, baca dan nilaikan sendiri. Moga dapat manfaat disebalik senyum dan gelak ketawa itu. ;) 

Monday, December 22, 2014

Cinta Sufi

Posted by Hajar at 12:30 PM 1 comments
Tajuk: Cinta Sufi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  509 mukasurat
ISBN: 9789831245415


Kepulangan Saifudin dari abad ke 21 melumpuhkan kudratnya. Serasa seperti sudah hilang kepahlawanannya. Namun kekuatan imannya tidak bisa dipertikaikan sungguh pun ditimpa ujian sebegini. Dalam ketidakupayaan Saifudin inilah Melaka ditawan oleh Portugis.

Kedatangan rombongan penjajah dari Portugis itu juga turut disertai oleh Catalina, balu pahlawan Portugis yang gugur di medan peperangan. Kedatangannya ke Melaka hanya kerana mahu mencari lelaki bertanduk dua seperti digambarkan oleh Maryam yang ditemui dalam mimpinya. Pertemuannya dengan Saifudin bagaikan memberi petunjuk kepada kebuntuannya. Lalu Saifudin dijadikan hamba sahayanya dan perjalanan ke Hulu Melaka pun diteruskan untuk mencari Maryam.

Dalam perjalanan ke Hulu Melaka, rombongan Catalina diganggu oleh makhluk penghisap darah yang juga merupakan makhluk tunggangan Taghut. Kemunculan mereka semestinya untuk menghapuskan Saifudin. Dalam ketidakupayaannya itu Saifudin telah diselamatkan oleh bangsa Polip, makhluk bersayap yang pernah membantunya semasa berperang dengan Maharani Kerajaan Pulau Utara tidak lama dahulu. Saifudin di bawa pulang ke tempat mereka untuk proses pemulihan.

Rupanya dalam diam Saifudin diintai oleh Luna, serikandi bangsa Polip. Kematian suami akibat terkorban semasa berperang dengan Raja Roman membuat dirinya lebih suka mengembara. Dalam pengembaraannya itulah Luna bertemu Saifudin dan mula jatuh hati dengan keperibadian dan akhlak mulia Saifudin. Namun, mana mungkin bangsa Polip dan manusia bersatu?

Setelah pulih Saifudin dihantar kembali ke Hulu Melaka untuk meneruskan perjalanan mengiringi Catalina menjejaki Maryamnya. Dapatkan Catalina menemui Maryam di kala Saifudin bersama-sama Hang Tuah bersaudara bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Portugis yang bersekutu dengan Taghut?

Komen saya:
1. Saya bersetuju dengan resensi teman-teman lain yang mengatakan Cinta Sufi ini menunjukkan sisi lemah Saifudin. Hakikatnya dia juga manusia biasa, ada waktunya dia memerlukan sokongan orang lain untuk terus berdiri. :)

2. Tiba-tiba saya sukakan watak Hang Tuah dalam siri ini. Terserlah gaya kepahlawanan Melayunya itu. Hikhik..

3. Aksi-aksi perang dan pertempuran dalam siri ini memang agak mengujakan. Buat saya rasa tak senang duduk di kala membacanya. :)

4. Pengakhiran kisah ni memang buat pembaca tertanya-tanya. Mujurlah saya dah ada koleksi lengkap. Kalau tidak ada kemungkinan boleh meroyan nak tunggu sambungannya. :P 

Sunday, December 21, 2014

Antologi Cerpen Cinta Pertama

Posted by Hajar at 8:49 PM 0 comments

Tajuk: Antologi Cerpen Cinta Pertama
Penulis:  -
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 38.00
Sabah/ Sarawak: RM 41.00
Halaman: 695 mukasurat
ISBN: 9789670757018

Habis juga pembacaan. Alhamdulillah.

Puas hati walaupun ambil masa yang agak lama untuk sudahkan pembacaan.

Seperti antologi cerpen terdahulu, antologi cerpen ini juga tidak hanya tertumpu kepada kisah cinta pertama terhadap individu berlainan jantina. Malah pengertian cinta pertama diceritakan dalam perspektif yang lebih meluas.

Secara peribadinya dengan kekangan masa untuk membaca seperti sekarang, saya lebih gemar membaca kisah-kisah pendek sebegini untuk melepaskan tekanan seharian.

Terdapat 44 buah cerpen yang (bagi saya) setiap satunya mempunyai ‘rasa’nya yang tersendiri.

Antara cerpen yang masih melekat dalam pemikiran adalah;

Quadratik Cinta - Ika Madera:
Kerapkali kita dihadapkan dengan kisah skandal pasangan yang sudah berkahwin. Alasan mereka, pasangan mereka tidak seperti yang mereka impikan dan pelbagai lagi alasan untuk meng’halal’kan perbuatan terlarang mereka itu. Namun bagi Maisarah, sungguh pun kenangan cintanya bersama Iqram masih segar di ingatan, keluarga bahagia yang dimilikinya terlalu ‘mahal’ untuk ditukar ganti. :)

Dia, Lelaki Pertama - Wan Malini:
Kisah kekesalan Aina Najiha yang telah mengecewakan seorang bapa gara-gara cinta pertamanya. Lumrah kebanyakan manusia bila dibutakan oleh cinta, terlupa siapa yang perlu diutamakan. Tapi mujurlah masih sempat memohon keampunan si bapa. Cuma mungkin dia tak sedar yang si bapalah lelaki pertama dan yang utama dalam hidupnya. Kisah yang simple tapi sangat mendalam maknanya, terutamanya untuk anak-anak gadis. :)

Monolog Negatif 30 - Shirod Shukri:
Bila Hashira mula memberontak dan meminta sesuatu yang tak sanggup dilakukan olehnya, Budi memberi tempoh ‘bertenang’ selama 30 hari buat mereka berdua. Di samping itu dibekalkan buku catatan untuk Hashira mencatat apa yang dirasainya sepanjang tempoh perpisahan mereka. Sebenarnya tujuan Budi adalah untuk buat Hashira sedar dan bermuhasabah diri tentang tujuan perkahwinan dan apa yang dimahukan dalam perkahwinan mereka. Hasilnya? Kenalah baca. :P

P/s: Kudos untuk jiran taman sebelah.(Haha) Keep it up! Masih sabar menanti novel pertama penulis. :)

Kawan Pena Selamanya - Ain Sabrina:
Cerita yang saya rasa paling comel dalam antologi ini. Hehe. Kisah persahabatan antara Amar dan Safiya yang berjiran semenjak kecil. Uniknya kisah ini disampaikan dalam bentuk balasan surat dan email antara kedua mereka. Persahabatan yang berlanjutan dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Dan yang comelnya sebab dari awal lagi Amar memang dah suka Safiya. Kisah yang cukup manis dan tak terlebih gula. :)

Rasanya cukuplah 4 cerpen. Nak baca selebihnya kenalah dapatkan antologi cerpen ini tau. ;) 

Sunday, December 14, 2014

Mutiara Hatiku Rafflesia

Posted by Hajar at 11:04 PM 0 comments

Tajuk:  Mutiara Hatiku Raflesia
Penulis: Bill Bora
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  502 mukasurat
ISBN: 9789670718101

Anis Sophea (Anis):
Si cantik manis yang datang ke ibu kota dengan tujuan untuk mencari rezeki dan membantu keluarga di kampung. Hidupnya yang biasa-biasa bertukar jadi luar biasa selepas berkenalan dengan si kacak bernama Haris Ilham (Haris) . Hidup Anis berubah seumpama kisah dongeng selepas itu. Dikelilingi segala kemewahan dan keindahan yang didamba oleh setiap gadis. Namun halangan keluarga Haris membantutkan hasrat Anis untuk menanam impian. Dalam masa yang sama Anis turut diintai oleh 3 jejaka lain yang menyimpan rasa terhadap Anis. Antara Haris, Andrian, Ikmal dan Zarul siapa akhirnya yang bakal jadi pilihan Anis?

Haris Ilham (Haris):
Pertemuan pertamanya dengan Anis berlaku sewaktu Haris menemankan Puan Zaitun, ibunya memilih aksesori di butik Rafflesia. Haha, masa ni bukan Anis je, saya pun ingat Haris tu ‘anak ikan’. :P Rupanya Haris ni putera idaman. Tertarik dengan si gadis membuatkan Haris tekad untuk mendekati Anis. Sungguh pun Haris nampak berjaya mendahului para pesaingnya, halangan si ibu membantutkan hasrat Haris untuk memperisterikan Anis. Haish. Lemahnya Haris bila berdepan dengan perancangan licik ibunya buat saya reject Haris ni awal-awal lagi. :P

Ikmal Reza (Ikmal) :
Seorang selebriti yang ditemui Anis semasa penggambaran di butik Rafflesia. Dan semestinya sebagai seorang selebriti, sikap perasan tak bertempat tu mesti ada. Ikmal ni fikir bila perempuan rapat dengan dia sebab nak tumpang glamour. Ish, tolonglaa... Yang sebenarnya Anis pergunakan Ikmal untuk mengelakkan diri daripada Haris. Watak Ikmal ni tak begitu menonjol sangat berbanding tiga watak lelaki lain ni.

Zarul Hisyam (Zarul):
Rakan sekerja Anis. Sentiasa jadi bahu untuk Anis bersandar. Sentiasa ada setiap kali Anis ditimpa masalah. Zarul sebenarnya turut menyimpan rasa terhadap Anis. Cuma dia sayangkan hubungan baiknya dengan Anis yang pasti berantakan sekiranya dia menyuarakan hasrat hatinya. Fuh. Jadi ‘abang’ Anis sampai bila-bila boleh tak, Zarul? ;)

Andrian:
Kawan baik kepada Haris. Selalu jadi penyelamat Anis dalam waktu kecemasan terutamanya bila melibatkan Haris. Haih. Dahlah Andrian ni ada sejarah hidup yang sadis. Bila hati dah terbuka untuk cari pengganti tunangnya, Andrian rupanya jatuh cinta pada kekasih sahabat sendiri. Haih lagi. Kesianlah. Kalau pass Andrian ni kat saya boleh tak??? :P

Komen saya:
1. Kisah ini memang sangat klise. Kisah seputar seorang gadis jadi rebutan 4 orang jejaka. Cuma, pembacaan saya diselamatkan oleh gaya bahasa yang kemas dan membuatkan kita rasa selesa untuk meneruskan pembacaan.

2. Buku ini tiada adegan manis bergula yang akan buat kita rasa nak togak air masak bergelen-gelen. :P

3. Saya baru sedar yang saya ada sindrom suka hero kedua. Selalunya sindrom ni berlaku bila menonton drama Korea. Kali ni dalam novel la pulak. :P

4. Kena sabar menunggu sambungannya walaupun saya tak sabar nak tahu kesudahan nasib Jasmin (kawan Anis) yang busuk hati tu.

5. Tahniah buat penulis dan team penyusun kisah ini atas kemenangan dalam Anugerah Buku Negara baru-baru ini. Moga dikurniakan ilham untuk meneruskan sekuel kisah ini. :) 

Saturday, November 29, 2014

Ulu Yam Di Liverpool

Posted by Hajar at 10:46 PM 0 comments

Tajuk: Ulu Yam Di Liverpool
Penulis: Nazali Noor
Penerbit:  Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  496 mukasurat
ISBN: 9789831249000


Sesekali layan travelog best juga kan?

Niat nak membaca travelog ini akhirnya terlaksana bila dipertemukan dengan buku ni masa pesta buku Alaf baru-baru ni. Alhamdulillah.

Travelog ini membawa kita mengikuti pengalaman dan perjalanan penulis yang sebenarnya sudah lama berhajat untuk ke England setelah mendengar cerita ayahnya yang pernah ke England tak lama dulu. Tapi malangnya hasrat dan impiannya itu seringkali diperlekehkan oleh mereka yang mengenalinya. Kata mereka, mana bisa anak kampung yang dibesarkan di Ulu Yam ini mungkin mampu mencapai impian yang setinggi angkasa itu. Kata penulis, mereka ini adalah pencuri impian kerana sentiasa memandang sinis impian orang lain.

Sebenarnya janji Allah tu pasti. Datangnya cuma cepat atau lambat saja. Cuma sebagai hambaNYA kita janganlah berputus asa. Ada sebab kadangkala kenapa apa yang kita mahu tu lambat dikabulkan.

"Kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah. Ada ketikanya Allah lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana Dia mahu berikan kita sesuatu yang berlipat kali ganda kejayaannya. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani." - m/s 422

Banyak juga paparan kisah-kisah yang buatkan saya terkenang kisah hidup saya sendiri. Yang buat saya merenung kembali ke asal-usul. :) Terima kasih En Naz. Moga diberikan ilham dan kesempatan untuk meneruskan penulisan travelog ketiga. :) 


Warna Hati

Posted by Hajar at 12:20 AM 0 comments
Tajuk: Warna Hati
Penulis: Meen Zulaikha
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  499 mukasurat
ISBN: 9789831243695


Kisah dilema Zara Lisa (Zara) yang masih belum bertemu jodoh biar pun sudah mencecah usia 30-an. Seperti biasa, bila usia sudah meningkat dan si anak gadis masih bersendirian, pastilah jadi isu dan bahan bualan orang sekeliling. Disindir dan difitnah sehingga sang ibu tekad memberi kata dua; sama ada bawa pulang calon suami atau terima calon suami pilihan ibu.

Jadi untuk mengelak daripada dijodohkan dengan pilihan ibunya Zara menyertai speed dating. Penyertaannya dalam program speed dating menemukannya dengan dua calon berpotensi:

Erman Ariff (Erman) - lelaki berpakej lengkap. Ada rupa, bergaya dan gentleman sehingga buat Zara terbuai pada pertemuan pertama. Tapi biasalah, lelaki berpakej ini berkembar dengan pakej mulut manis dan pandai menabur janji palsu.

Haris Fazdilah (Haris) - lelaki yang serba serbi sederhana. Kononnya bekerja sebagai pemandu dan dia pula hanya memandu kereta kancil. Tiada yang istimewa atau boleh dibanggakan tentang Haris ni. Huluran persahabatannya disambut baik oleh Zara. Bersama Haris Zara tak perlu berpura-pura, dia hanya perlu jadi dirinya sendiri. Sangat berbeza berbanding waktu Zara bersama Erman.

Dalam pada Zara mula berteman mesra dengan Haris, rupanya ibu Zara sudah menerima lamaran keluarga Jefri yang juga merupakan sepupu Zara. Memanglah suatu masa dulu Zara pernah menaruh hati terhadap Jefri. Namun ketika luahan rasa cintanya dipersendakan, Zara telah membuang jauh Jefri daripada ingatannya. Kerana tidak mahu menghampakan hasrat kedua buah keluarga mereka, Zara merelakan diri menjadi tunangan Jefri. Cuma yang menariknya, Jefri menarik diri di saat akhir sebab rahsia gelapnya terbongkar. Haha. Selfish betul Jefri ni.

Jadi, tak susah pun nak teka siapa yang akhirnya jadi pilihan Zara kan? ;)

Komen saya:
1. Buku ini jadi pilihan saya sebab nipis dan kisahnya yang mudah dan tak rumit. :) Typo pun sangat minima. Peliklah, kenapa banyak typo dalam kebanyakan buku Alaf terbitan terbaru?

2. Suka perwatakan Zara. Tegas. Baik hati dan dia tahu apa yang dia mahu. Cuma kadangkala keliru bila kata hati dikelabui oleh mata yang memandang. :P

3. Ada selitan kisah Rita, sahabat baik Zara yang menghadapi masalah rumahtangga yang juga turut mempengaruhi pandangan Zara pada alam perkahwinan

4. Suka dengan idea luahan perasaan menggunakan tajuk novel tu. Tapi kalau dalam dunia realiti ada orang buat macam tu, errr tak sanggup kot? :P

5. Tahniah buat penulis. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :) 

Thursday, November 13, 2014

Dia...Cinta Yang Kucari

Posted by Hajar at 12:02 AM 0 comments
Tajuk: Dia...Cinta Yang Kucari
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 611 mukasurat
ISBN: 9789670246772


Luthfiya:
Luthfiya (Piya) digambarkan sebagai anak gadis yang sangatlah baik. Sentiasa redha dengan apa yang menimpa dirinya. Sentiasa positif dalam menangani musibah atau dugaan yang mendatang dalam hidupnya. Sungguh pun dibesarkan dengan limpahan kasih sayang ayah dan ibu tirinya, dia rupanya dibenci oleh saudara kandung sendiri. Kesilapan menghadiri temuduga kerja menemukannya dengan Fareed Al-Fattah (Payed), bos yang terlalu suka menduga hatinya. Biar pun selalu diduga dek perangai dan tingkahlaku Payed yang kadangkala di luar jangka, Piya tetap gagah menempuh cabaran di pejabat. Kerana bimbangkan keselamatan Piya yang mahu keluar dan tinggal menyewa, ayah dan ibu tiri Piya bercadang untuk menjodohkan Piya dengan anak kenalan mereka. Sebagai anak yang baik dah tentulah Piya bersetuju dan redha dengan pilihan kedua ibu bapanya kan? Namun, rupanya kebahagiaan yang diharap rupanya masih jauh untuk digapai bila si suami rupanya tidak bisa menerima kekurangan rupa paras si isteri. Huh. Mampukah Piya mempertahankan rumahtangganya bila dugaan demi dugaan bagaikan tak henti datang menimpa?

Fareed Al-Fatah:
Fareed Al-Fatah (Payed) boleh disama tarafkan dengan Fawwaz (Lelaki Sedingin Dia), cuma watak Payed ni tak adalah kurang ajar sangat macam si Fawwaz tu. Suka sangat bersosial sehingga aktivitinya yang satu itu turut membimbangkan keluarganya. Sekilas pandang pertamanya tatkala Piya datang menziarahi keluarga Payed menimbulkan satu perasaan halus dalam hati Payed. Kedatangan Piya untuk temuduga tak lama kemudian rupanya membawa satu lembaran baru dalam hidup Payed. Antara tergoda dengan kecantikan dan tercabar dengan sikap ‘jual mahal’ Piya, Payed nyaris menodai Piya. Mujurlah kewarasan akalnya masih mendahului kehendak nafsu. Bila Payed sudah mula ‘jinak’ hasil tarbiah berterusan Piya, Payed dikejutkan dengan berita pertunangan antara Piya dan adiknya, Palee. Kecewa jangan cakaplah. Rupa-rupanya rancangan keluarga mereka untuk menyatukan Luthfiya dan Palee hanyalah sandiwara. Payed akhirnya dinikahkan dengan Piya. Namun, bila mengetahui tentang kekurangan isterinya, Payed rasa bagai tertipu. Sungguh pun perasaan cintanya wujud terhadap Piya, rasa ego Payed mengatasi segalanya. Mampukah Payed memenuhi janjinya seperti yang diucapkan pada malam pertama mereka untuk melepaskan Piya setelah nyata Piya sanggup berkorban untuk membahagiakan dirinya dan keluarga mereka?

Komen saya:

1. Sekali lagi kita dihidangkan dengan watak utama wanita yang kuat dan tak mudah goyah dengan dugaan mendatang. Jyeah!

2. Kali ini tiada pengulangan perkataan yang bisa buat saya rasa jengkel. :D

3. Turning point Payed boleh nampak secara berperingkat dan bukannya mendadak. Iya, hidayah tu milik Allah. Memang tak mustahil manusia boleh berubah mendadak. Tapi, lagi moleklah kalau buat step by step, ye tak? Takkanlah semalam baru belajar solat, hari ni dah nak ke Mekah, kan? :D

4. Tak gemar dengan sikap prasangka dan suka buat andaian sendiri pasangan ini. Andai mereka lebih bijak menyusun komunikasi dah tentu hubungan mereka mampu diselamatkan sedari awal. :)

5. Tahniah buat RM atas kelahiran karya terbaru ini. Moga terus berkarya. :)

6. Terima kasih buat tuan punya buku. Buku dah selamat dipulangkan barulah datang kerajinan nak menaip review. :P

Monday, October 6, 2014

#Cerita Seram 1 dan 2

Posted by Hajar at 8:00 AM 0 comments
Tajuk: #Cerita Seram
Penulis: Jarr Najmuddean
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 124 mukasurat
ISBN: 9789671105788

Saya pun tak pasti macam mana boleh tergerak hati nak baca buku ni. Hehe. Mungkin sedang cuba untuk menguji tahap keberanian agaknya. :P

#Cerita Seram merupakan kompilasi cerita-cerita seram yang pernah dipaparkan oleh penulis di laman twitternya. Kebanyakan kisah yang dipaparkan dialami sendiri oleh penulis dan juga diceritakan kembali oleh penulis.

Seram? Bagi saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya rasa macam duduk di sebelah penulis dan mendengar dia bercerita. Tapi, kalau anda penggemar kisah-kisah sebegini pasti naskhah ini tidak akan dilepaskan. :)

Tajuk: #Cerita Seram 2: Angker
Penulis: Jarr Najmuddean
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM15.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 104 mukasurat
ISBN: 9789671169797

Siri kedua pula melibatkan perkongsian cerita-cerita pembaca #Cerita Seram dan juga penulis sendiri.

Walaupun agak seram berbanding #Cerita Seram, tapi bagi saya tahap keseramannya masih tidak dapat menandingi keseraman Dari Zon Angker hasil karya Rose Harissa. :)

Apa pun, penggemar kisah seram tak seharusnya melepaskan peluang untuk membaca kedua-dua siri # Cerita Seram ini.

Sunday, October 5, 2014

Kompilasi Hatiku Dicuri Lanun

Posted by Hajar at 8:54 PM 1 comments

Tajuk: Kompilasi Ceritera Fantasi Hatiku Dicuri Lanun
Penulis: Que Sera Sera, Fara H, Izza Hani
Penerbit:  Melarik Enigma Publications
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  447 mukasurat
ISBN: 9789671137680


Kompilasi ini menghimpunkan ceritera bergenre fantasi hasil karya 3 penulis. Bagi saya kompilasi sebegini ini adalah pilihan alternatif kepada kisah-kisah yang sedia ada di pasaran. ;) Saya sukakan kesemua cerita yang terkandung dalam buku ni. Cuma adakalanya sesebuah cerita diakhiri dengan terlalu pantas. Tak sempat nak feel pun. :P Ada juga yang berjaya memangkin rasa teruja, tapi sebab cerita pendek, maka keterujaan tu pun tak sempat nak berkembang. Hehe. Apa pun tahniah atas usaha penerbit dan penulis untuk menghidangkan cerita bergenre alternatif sebegini buat pembaca. Mudah-mudahan usahanya tidak terhenti di sini sahaja. :)

Ada 6 buah cerita yang terkandung dalam buku ini:

1. Hatiku Dicuri Lanun - Que Sera Sera
Setiap kali bulan mengambang penuh, ada suatu misteri yang menghantui Danika Mae (Danika). Pastinya Kapten Ken yang baru dikenalinya itu jadi penyebab kepada segala misteri yang berlaku kepadanya kerana setiap kali bulan mengambang, Danika akan dibawa menaiki Mumba Hitam merentasi gelombang jingga untuk bertemu Kapten Ken. Dan bila sedar keesokan harinya Danika bagaikan terlupa apa yang telah berlaku kepadanya sebelum itu. Kemudian muncul pula Dr. Eskandryan yang mirip Kapten Ken dalam kehidupan nyatanya. Siapa agaknya mereka berdua ni dan apakah yang dimahukan daripada Danika?

2. Ada Dia - Fara H
Night Crawlers kembali lagi! Bagi yang sudah membaca The Untold Story, ini adalah kesinambungan kisah Aidan and the gang. Kali ini mereka kembali dengan cabaran untuk menyelamatkan Nael dan Amy (seorang penulis kisah fantasi yang secara tak sengaja telah menemui kisah di sebalik kewujudan Gardian). Pihak Gardian memburu mereka untuk mendapatkan kembali jurnal tentang Gardian yang berada di dalam simpanan Amy. Berjayakah Aidan menyelamatkan mereka berdua tanpa merisikokan hubungan cintanya dengan Aira?

Tak puas baca kisah ni. Lebih-lebih lagi bila ada terselit prolog Hikayat Gardian tu. Baru rasa teruja nak melompat dah kena potong. Ish...

3. Skypirate - Izza Hani
Setelah kemusnahan Kerajaan Illyra, Mireya mendapat suaka politik untuk menetap di bawah lindungan Kerajaan Amaranth. Walaupun layak mendapat pelbagai layanan istimewa, Mireya lebih rela hidup sebagai rakyat biasa. Memegang janji yang pernah dipatri sewaktu bersama Zander, Mireya nekad untuk memilih kerjaya sebagai tentera udara Kerajaan Amaranth. Cuma bila dirinya menjadi rebutan antara Kapten Luke dan Putera Ziyad, Mireya bertindak memilih untuk menyertai Skypirate yang kemudian menemukannya dengan seseorang yang telah dinanti sejak sekian lama. 

4. Cinta Sayap Hitam - Que Sera Sera
Ruqya Amni (Kea), merupakan anak gadis kepada Rihanna dan Addi (Kau Kekasih Gelapku). Sejak kecil, hidupnya sentiasa dilindungi oleh individu di sekelilingnya kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpanya disebabkan keistimewaannya itu. Kemunculan Rif Aryan, lelaki bersayap makin menyukarkan hidup Kea. Sekalipun Rif Aryan sudah berterus terang tentang tujuan kemunculannya untuk melindungi Kea, tegakah Kea meninggalkan kehidupannya untuk bersama Rif Aryan?

Cerita ni pun kalau dapat dikembangkan lagi pun bagus. At least, terubat rindu kat Ryu. Eh. Kenapa Ryu yang diingati ni? Hahaha. 

5. Butterfly-X - Fara H
Bila kemakmuran dan kekayaan Elipsie musnah di tangan pemimpin korup dan kotor, muncul kumpulan pemberontak yang menggelarkan diri mereka Butterfly-X. Mereka berhasrat untuk memusnahkan barisan kepimpinan korup dan mengembalikan kemakmuran Elipsie seperti 20 tahun lalu. Namun bila kenangan lampau muncul Airis harus membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perjuangannya atau akur dengan permintaan Kyrian yang mahukan mereka kembali seperti dahulu. 

6. Hessa My Roses
Cerita pertama yang saya baca dalam buku ni. Semuanya gara-gara Mejar Razien. Hehe. Hessa, salah seorang perisik puak pembebasan berhasrat untuk menyelamatkan Putera Hayden, yang juga merupakan abang kandungnya. Pertemuannya dengan Mejar Razien, salah seorang pemimpin tentera Ilunati bagaikan pembuka jalan buatnya menyiasat tentang kedudukan Putera Hayden. Berjayakah Hessa menyempurnakan misinya?


Sunday, September 28, 2014

...dan Cinta Pun Tersenyum

Posted by Hajar at 6:10 PM 2 comments

Tajuk: ...dan Cinta Pun Tersenyum
Penulis: Nora Ismail
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.90
Sabah/ Sarawak: RM 26.90
Halaman: 630 mukasurat
ISBN: 9789675229213

Ervan Prima Sakti (Ervan), model kelahiran Indonesia. Half Malaysian sebab ibunya berasal dari Pulau Besar, Mersing. Merupakan penyandang gelaran Most Eligible Bachelor di negaranya. Kerana bimbang Ervan jadi lupa daratan, ibu bapanya sepakat menghantar Ervan ke Malaysia untuk menguruskan resort milik keluarga mereka di Mersing. Sungguh pun berat untuk meninggalkan kehidupan mewah penuh sosialnya di Jakarta, Ervan tetap akur kerana hormat dengan permintaan kedua ibu bapanya. Ketibaannya di Pulau Besar menemukannya dengan Surihani. Ervan pelik, anak-anak gadis lain bukan suka kalau dapat jumpa Ervan. Tapi Surihani ni sikit pun tak heran dengan kehadiran si cowok ganteng ni ke Pulau Besar. Itu yang buat Ervan rasa sangat tercabar dan kerap berlaku pertelingkahan antara mereka. Lebih-lebih lagi perbezaan bahasa menyebabkan banyak salah faham berlaku antara mereka.

Pertemuan Ervan dengan Hizar, abang Surihani membuat Ervan lebih mengerti hakikat kehidupan sebenar. Ervan turut menyedari yang Surihani tu tidaklah seteruk yang difikirkan. Sikap Surihani yang garang dan suka marah melulu tu sebenarnya hanyalah satu mekanisma untuk melindungi diri. Dari situ hubungan mereka makin membaik, lebih-lebih lagi bila Hizar jatuh sakit. Bantuan yang dihulur Ervan secara sembunyi akhirnya diketahui oleh Surihani gara-gara mulut tempayan si Akhil. Heh. Nyaris hubungan mereka berantakan sekali lagi. Mujur Ervan dah ‘pandai’ membaca emosi Surihani. Jadi, hubungan mereka masih kekal neutral tanpa berantem (bak kata Ervan). Hehe.

Hubungan baik mereka akhirnya turut membuahkan ‘rasa’ di antara keduanya. Sebagai penyandang gelaran Most Eligible Bachelor haruslah Ervan bertindak gentleman meluahkan perasaannya kepada Surihani. Cuma bagi pihak Surihani, tentulah rasa rendah diri mengatasi rasa hatinya terhadap Ervan. Tapi, takkanlah Ervan nak mengalah sebegitu mudah, kan? 

Rupanya hubungan baik antara Ervan dan Surihani dicemburui oleh Akhil yang dah lama menyimpan perasaan terhadap Surihani. Walaupun pelbagai usaha dilakukan Akhil untuk memusnahkan hubungan yang baru bertunas itu, ternyata hubungan mereka bertambah rapat. Setelah pasti dengan perasaan masing-masing Ervan tekad untuk menikahi Surihani. Malangnya dalam kegembiraan mereka membuat persiapan, suatu kecelakaan menimpa hingga menyebabkan Ervan mengalami kecederaan parah yang membawa kecacatan. 

Lalu bagaimana penyudahnya hubungan mereka bila Ervan bertindak menyembunyikan diri setelah kecelakaan menimpa dirinya?

Komen saya:

1. Seronok baca kisah mereka ni. Adegan pergaduhan antara si Cowok Super Pongah (sombong/ kerek) dan Cewek Norak (kampungan) plus Jutek (suka marah-marah) yang sentiasa buat saya tergelak dan tersengih sendirian. Ialah, perbezaan bahasa membuat mereka ni macam ayam dengan itik. Asyik doksalah faham yang akhirnya buat kedua-duanya terdiam akibat malu. :D

2. Di awal cerita memang rasa nak luku je si Surihani ni. Asyik nak sentap je. Kesian Ervan. Haha. Dahlah suka marah-marah. Lepas tu ego. Dah tau salah tak mau mintak maaf. Aduhai...

3. Sungguh pun Ervan suka berlagak ala superstar, dia tak malu untuk mengaku kesilapannya dan tak malu untuk berubah setelah berkali-kali ‘disekolahkan’ oleh Surihani. Haha. Cuma penat dengan perasaan inferiornya yang berlebihan selepas kemalangan itu. Nasibla sempat juga dia buat u-turn. :D 

4. Suka bahagian epilog kisah ini. Walaupun masih klise, penulis buat ia jadi menarik sebab disampaikan melalui medium berbeza. :D Tahniah Kak Rose sebab berjaya buat saya terbawa-bawa loghat si Ervan ni dalam pertuturan harian saya (buat masa ni). :P Lepas ni kena cari masa untuk berkenalan dengan Zarul dan Edrinaz pulak. :D

Sunday, September 21, 2014

Kekasih Waktu

Posted by Hajar at 8:10 PM 0 comments
Tajuk: Kekasih Waktu
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 418 mukasurat
ISBN: 9789670757001

Oleh kerana tak tahan hati tengok orang yang dah dapatkan buah tangan terbaru Kak Su ni, akhirnya selamat juga berada dalam koleksi. Terima kasih Cik Pah tolong belikan. Siap bertandatangan penulis lagi. :D

Bagi yang pernah mengikuti kisah Farhana di dalam Rindunya Kian Membara, ini adalah kesinambungan kisah keluarga mereka. Akhirnya berjodoh juga Imran dengan Farhana setelah dua kali terlepas peluang untuk memperisterikan Farhana. Sebelum ini Imran rela melepaskan Farhana ke tangan Ilham setelah membaca surat Najaah yang menulis kepada Tuhan meminta supaya Farhana menjadi ibunya.  Sayangnya, jodoh Ilham-Farhana tidak panjang bila Ilham terkorban dalam kemalangan jalanraya. Atas rasa kasihan dan tanggungjawab, Imran melamar Farhana buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, mereka berbahagia walaupun kata Imran, rasa cintanya terhadap Farhana sudah dikuburkan setelah Farhana berkahwin dengan Ilham.

Namun, selepas 13 tahun hidup bersama, rumahtangga mereka muka bergolak bila Imran jatuh cinta dengan salah seorang pekerjanya. Benarkah Imran benar-benar menemui cinta baru setelah cintanya terhadap Farhana berkubur atau hanya terpedaya dengan pesona Nik Sofea yang memang menunggu peluang untuk menggoda Tuan CEO yang masih tampak muda itu? Heh. 

Aish, nampaknya kisah Farhana-Imran lebih mendominasi berbanding kisah Zaynn-Dian. Zaynn, anak sulung Farhana ni sudah pun meningkat dewasa, bakal graduan kursus perubatan yang juga bakal menyandang gelaran seorang doktor. Hubungan dengan Dian berlangsung semenjak mereka berjiran dengan nenek Dian sehinggalah Zaynn melanjutkan pelajarannya ke Kashmir. Setelah bertahun-tahun mengatur ayat-ayat manis melalui poskad, akhirnya Zaynn memberanikan diri melahirkan hasrat hati. Ternyata, Zaynn tidak bertepuk sebelah tangan bila hati Dian turut menyanyikan irama yang sama. Cuma, bila hubungan yang mula berputik itu ditentang hebat oleh ibu Dian, mampukah mereka mempertahankan hubungan hati yang baru berputik itu?

Komen saya:

1. Buku ni walaupun nipis, tapi agak mengambil masa untuk dihabiskan bagi saya. Sebab apa, saya turut larut dengan perasaan Farhana yang di'nomborduakan' oleh Imran. Bagi yang dah membaca Rindunya Kian Membara tentu dapat merasakan bahawa Imran itu sangat menyayangi Farhana sehingga sanggup melukakan hati sendiri untuk melamar Farhana bagi pihak adiknya, Ilham demi kerana mahu Farhana jadi ibu buat anak-anak saudaranya. Namun, bila berjodoh pengakhirnya jadi begitu pula. Aduhai... :'(

2. Saya rasa kebanyakan isteri (yang senasib seperti Farhana) akan menyalahkan diri sendiri bila suami mula berpaling. Lebih-lebih lagi bila ada yang terang-terang menyalahkan Farhana yang kononnya tak pandai bergaya, terlalu percayakan suami, melebihkan anak-anak berbanding suami, etc. Secara luarannya orang mungkin mudah menilai, tapi hanya tuan punya badan yang berdepan situasi itu yang tahu cerita sebenar di sebaliknya. Jadi, sebaiknya orang luar tak perlulah jadi nasi tambah kan? ;)

3. Kesian pada Zaynn yang dapat bakal ibu mertua ala-ala Nyonya Mansoor. Hehe. Belum apa-apa lagi dah demand macam-macam. Mujurlah Pak Syeikh masih ada timbang rasa. Jadi, kedudukan Zaynn tetap selamat sehinggalah takdir memisahkan mereka. Sobs. 

4. Suka dengan watak Najaah, walaupun dalam keadaan normal kadangkala saya boleh jadi annoying dengan sikapnya tu. Hihi. Tapi sebenarnya Najaah banyak jadi penyelamat dalam kisah ni. :)

5. Buat peminat Abang Din dan Dr. Aqmar, lintasan mereka dalam kisah ini pasti menggembirakan kalian. Ahaks!

6. Saya mengharapkan moga ada penyudah kisah Farhana - Imran dan kisah bahagia buat Najaah dan Dian dalam karya seterusnya. Hihi. Tahniah buat Kak Su untuk Kekasih Waktu. Moga diberi kesempatan dan ilham mencurah-curah untuk terus berkarya. :)

Thursday, September 18, 2014

L.U.T.H (Lamaran Untuk Teman Hati)

Posted by Hajar at 10:11 PM 1 comments

Tajuk:  L.U.T.H (Lamaran Untuk Teman Hati)
Penulis: Wawa Taufik
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  534 mukasurat
ISBN: 9789670718095

Tentang L.U.T.H

1. Masih ada yang mengingati Tengku Luth Daniel (Luth) teman baik Mika dalam kisah Dia...Mr Model? Haaa, kali ni penulis bawa kita mengenali Luth pula.

2. Luth yang kita kenali dengan sikap suka bersosial tu memang dah berubah 100% selepas mengenali Safa. Dan disebabkan Safa dan jadi isteri Mika, Luth letakkan Safa as a benchmark untuk calon isterinya.

3. Pertemuan pertama antara Luth dengan Uzma Haseena (Uma) umpama cinta pandang pertama buat Luth. Apatah lagi Uma yang naif dan polos itu memang menepati ciri-ciri wanita idamannya. Biar pun diberi amaran berulang kali oleh Hasya (adik Luth), agar tidak mempermainkan perasaan teman baiknya, Luth tak peduli. Apa yang dia tahu, hati si gadis harus ditakluki.

4. Kalau saya kat tempat Uma harus saya dah lari jejauh. Telatah Luth ni mengerikan. Haha. Boleh dia nak denda Uma sebab panggil 'Tengku'? Sabar jela. Lepas tu tunjuk gaya yang errr, buat orang rasa tak nak dekat. Huhu. Tapi, yang bagusnya Luth ni memang serius untuk jadikan Uma teman hidupnya. Bukan sekadar untuk berkawan atau buat 'stok geli-geli'. :D

5. Bagi Uma pula, rasa rendah diri lebih mengatasi segalanya. Seorang anak yatim piatu dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya yang hidup secara sederhana, manalah layak nak berganding dengan Luth yang full package tu?

6. Kalau dalam kisah DMM dulu kita nampak betapa eratnya ikatan kekeluargaan dalam keluarga Mika. Namun tidak bagi keluarga Luth. Sikap Tengku Maimun, bonda mereka yang lebih memandang harta dan pangkat membuat hubungan kekeluargaan mereka berjurang. Buktinya, Hasya lebih sanggup tinggal di rumah Luth setiap cuti semester berbanding pulang ke rumah keluarga mereka.

7. Ingatkan kisah Marina yang buat onar pada Safa dan Mika tu dah berakhir. Rupanya tanpa rasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukannya dulu, Marina gigih cari peluang untuk mendekati Luth. Dan pastinya dengan bantuan kabel Tengku Maimun. Huh.

8. Kisah ni pun sebenarnya simple dan tak buat kita stress. Cuma ada unsur-unsur cinta antara dua darjat bila Tengku Maimun tak dapat terima Uma jadi isteri Luth. Ada adegan lari dan kejar-mengejar dan pastinya ada unsur-unsur sweet overdose. ;)

9. Suka sikap Luth dan Hasya terhadap bonda mereka. Walaupun mereka ni suka memberontak dengan aturan dan arahan Tengku Maimun, mereka tetap menghormati bonda mereka selayaknya.

10. Tahniah buat penulis atas kelahiran kisah ini. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)

P/s: Terima kasih buat tuan punya buku sebab bagi baca dulu sebelum sampai ke tangan tuannya. Hehe. :D

Saturday, September 13, 2014

Jangan Lupakan Aku

Posted by Hajar at 10:00 AM 0 comments

Tajuk: Jangan Lupakan Aku
Penulis: Iza Safiya
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  567 mukasurat
ISBN: 9789831248409


Anekdot tentang Jangan Lupakan Aku

1. Buku ni dibeli selepas terpengaruh dengan review yang 'kebabom' di sana-sini. Tapi saya baca buku ni lepas setahun dibeli. Uhuk!

2. Mujur kisahnya memenuhi piawaian saya - tak terlalu manis bergula dan juga tak sinetron serta meleret-leret walaupun terselit plot amnesia yang saya tak berapa gemar.

3. Suka gambaran watak Elza Zaharah (Zara) yang independent, pandai jaga maruah diri dan pandai dinding hati sendiri daripada dicerobohi oleh sang kumbang (eceh..). Matlamat hidupnya hanya mahu membahagiakan keluarga arwah suaminya.

4. Kerjaya Zara sebagai seorang pereka hiasan dalaman membawanya mengenali Tan Sri Rushdi dan kemudiannya Zara turut mengenali nama Ilham Zackry (Izack) sebagai salah seorang pelanggan terbesar bagi syarikatnya.

5. Izack yang digambarkan sebagai seorang perfectionist rupanya tak kisah 'nampak' sederhana semata-mata untuk berkenalan dengan Zara.

6. Yang saya suka Izack ni bukan jenis terlampau sweet talker sampai kita rasa nak togak air masak satu tong. :P Suka juga dengan adegan untuk adik-adik bawah umur yang dimetaforakan / digambarkan dengan baik.

7. Saya kecewa betul bila ingatan Izack pada Zara macam hilang begitu saja lepas Izack ditimpa kemalangan. Huwaaaa... Tapi, bekas teman wanitanya yang hampeh tu diingatnya pulak. Ciss! Memang sabar betul Zara melayan suami yang langsung tiada klu tentang kehidupan mereka suami isteri. Sobs.

8. Setuju dengan review seorang teman yang mengatakan elemen surprise untuk Zara di akhir cerita tak berapa menjadi disebabkan pembaca sudah dihidangkan dengan adegan penolakan Nyiela.

9. Saya agak annoying dengan pengulangan perkataan FANTASTIK. Rasanya lebih separuh buku dimulakan dengan perkataan FANTASTIK di setiap bab.

10. Tahniah buat penulis. Moga dikurniakan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya. :)

P/s: Yay! Cukup sepuluh. Haha. Ni review gaya orang malas namanya. :P 

Friday, September 12, 2014

Titik Mula Cinta

Posted by Hajar at 9:39 PM 1 comments
Tajuk: Titik Mula Cinta
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  439 mukasurat
ISBN: 9789670657158

Anis Fazila (Fazila) tak pernah fikir dia akan menamatkan zaman solonya secepat ini. Perkenalannya dengan keluarga Fauzi (teman sekuliah yang pernah menaruh hati padanya) rupanya menjadi penyambung tali silatulrahim buat 2 buah keluarga. Pertemuan kembali antara keluarga Fauzi dan keluarga Fazila membawa kepada ikatan pertunangan antara Fazila dan Faris (abang Fauzi).

Sungguh pun sudah tertarik dengan keperibadian Faris pada pertemuan pertama mereka, Fazila tidak yakin dengan kesungguhan Faris apatah lagi Faris seolah tidak mempedulikan kewujudan Fazila selepas mereka bertunang.

Perkenalan Fazila dengan Ameer Hamzah mula mengubah perasaan Fazila terhadap tunangnya. Walaupun Ameer Hamzah melayan Fazila dengan kasar pada mulanya, layanan sebegitulah yang telah berjaya menyentuh hati Fazila. Haish.

Namun, bila Faris mula menunjukkan sikap sebagaimana sepatutnya, Fazila buntu. Lebih-lebih lagi bila Ameer Hamzah turut mengakui perasaannya terhadap Fazila. Jadi, siapalah agaknya yang bakal jadi pilihan Fazila?

Komen saya:

1. Cerita ni mudah je sebenarnya tapi karakter Fazila ni buat saya geram. Jenis hati tak tetap. Dah bertunang tapi sebab tunang buat tak tahu, kemudian bila ada lelaki lain lebih ambil berat, cepat je cair. Haish. Kesian Ameer Hamzah.

2. Karakter Faris tu pun bikin orang geram juga. Kalau iya pun Fazila tu pilihan keluarga, sekurang-kurangnya tunjukkanlah kesungguhan sikit. Ini, buat assumptions sendiri sampai nyaris gigit jari. Sebenarnya kalau dari awal dia berterus terang kan lebih baik? Hmph!

3. Kisah ni memang agak perlahan pada permulaan. Itu sebab saya rasa agak 'lemau' bila baca kisah ini. Hihi.

4. Tapi, saya salute dengan pendirian Fazila yang tak sanggup melukakan kedua-dua buah keluarga sekiranya dia memilih untuk mengikut kata hatinya. :)

5. Sekali lagi penulis berjaya menulis kisah yang memancing emosi pembaca. Stress tapi tak meleret. Hihi. Tahniah buat penulis. Moga diberi ilham dan kesempatan untuk melakar kisah-kisah seterusnya. :) 

Sunday, August 31, 2014

Seteguh Fayqa

Posted by Hajar at 11:26 PM 2 comments

Tajuk: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM29.00
Sabah/ Sarawak: RM 32.00
Halaman: 776 mukasurat
ISBN: 9789670567358

Fayqa Lara Lyana (Fayqa) muncul sebagai penyelamat kawan baiknya, Dzahim yang teruk dibelasah. Kerana bimbangkan keselamatannya, Fayqa diajak untuk tinggal di rumah keluarga Haji Dzulkarnain. Kehadirannya di situ membuatkan Fayqa banyak terkenangkan keluarga sendiri lebih-lebih lagi bila Haji Dzulkarnain dan Hajah Azimah menganggap Fayqa seperti anak mereka sendiri. Namun, latar belakang Fayqa yang kabur membuat Dzariff, si abang sulung selalu berprasangka terhadap Fayqa. Sindrom abang sulungnya turut tertempias kepada Fayqa. Ish ish.. Manalah Fayqa tak gelarkan dia jeneral sengal?

Tapi dalam sengalnya si Dzariff, rupanya dalam hatinya ada taman. Hihi. Tak sangka dalam diam rupanya Fayqa diintai si jejaka. Sungguh pun terkejut dengan lamaran Dzariff, Fayqa akhirnya menerima lamaran itu atas nasihat si ibu yang mahukan kebahagiaan anak yang telah lama menjauhkan diri. Dan bermulalah kehidupan Fayqa sebagai seorang isteri. Sungguh pun masih terasa kekok dengan status perhubungannya dengan Dzariff, Fayqa cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri terbaik buat suami.

Sikap Fayqa yang naif, tak pernah cemburu dan tak pernah berprasangka buruk terhadap suami akhirnya memakan diri. Selepas peristiwa hitam yang menimpa dirinya, Fayqa mula memikirkan jalan terbaik untuk memperbaiki kepincangan rumahtangganya. Sungguh pun suami bermati-matian mengatakan hubungannya dengan rakan niaga hanyalah setakat di pejabat, curiga tetap menghantui Fayqa lebih-lebih lagi bila si rakan niaga mula menunjukkan petanda untuk 'berkongsi'. Huh! Jadi, apa agaknya yang Fayqa buat untuk menghalau 'langau' yang menempel di sisi suaminya itu? *Grin*

Komen saya:

1. Mula-mula baca buku ni memang saya dok sengih-sengih je bila terbayangkan gelagat Jeneral dan Prebet sengal yang suka menghuru-harakan hidup Fayqa.

2. Tapi fasa lepas perkahwinan Fayqa buat saya stress membaca. Sebab saya stress dengan Dzariff. Gila kerja sampai terlupa tanggungjawab hakiki terhadap isteri. Ghairah kejar peluang perniagaan sampai terlupa perasaan isteri sendiri. Betullah kata Cik Pah, lelaki dan perasaan kesian tak dapat dipisahkan. Kesian punya fasal, perasaan isteri terabai. Grrr! Memanglah Dzariff anggap Musyrifah tu hanya sebagai rakan niaga, tapi dia tak fikir hati perempuan ni lembut, mudah terusik dengan perhatian yang diberikan. Itu sebabnya Musyrifah tak jemu 'mengendeng' Dzariff walaupun dah terang yang Dzariff dah beristeri.

Haish, buat malu orang perempuan aje. Jagalah gengsi tu sikit. *facepalm*

3. Poligami tu sepatutnya persetujuan ketiga-tiga pihak, bukannya persetujuan suami dan pihak ketiga kemudian paksa pihak isteri bersetuju dengan keputusan suami dan pihak ketiga. - Fayqa.

Fuh! Sokong 100%. Tapi, mana ada perempuan waras yang boleh mengikhlaskan diri untuk dimadukan? Haaa...

4. Fayqa beruntung sebab dikelilingi keluarga dan adik-adik ipar yang supportive. Jadi, dia tak pernah bersendiri waktu konflik melanda. Dan saya suka watak Fayqa ni sebab bukan tipikal heroin yang akan melarikan diri waktu masalah menimpa rumahtangga. Siap bawa suami dia merempit lagi. Haha. Cuma at certain point Fayqa memang mengingatkan saya kepada Arluna. Mereka berkahwin dalam usia yang muda tapi matang dalam menghadapi masalah rumahtangga. :D

5. Typo dan proses pengeditan yang tak konsisten. Contohnya Fayqa bahasakan dirinya Lara bila dengan keluarga sendiri. Tapi dalam dialog sekejap Fayqa, sekejap Lara. Pening sekejap. Mungkin boleh dikemaskan untuk cetakan berikutnya nanti. :)

6. Tahniah buat Puan Penulis atas kelahiran Pekah dan Jeneral Sengal. Walaupun stress tapi tetap enjoy baca sehingga penamat. Hihi. Moga diberikan kesempatan untuk menzahirkan idea-idea yang terperuk dalam kepala tu ya? All the best! :)


Mitos

Posted by Hajar at 9:25 PM 1 comments
Tajuk: Mitos
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: RAMFC.
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman: 242 mukasurat
ISBN: -

Mitos membawa kita mengenali makhluk pemangsa dan pemburu. Mengikut sejarah awalnya, guliran baka kedua keturunan ini berasal dari Jambi, Indonesia dan mereka ditakdirkan untuk bermusuh sejak azali. Walaupun mereka pernah memetrai perjanjian damai, pengakhirnya peperangan yang membinasakan tetap terjadi.

Haikal, anak kepada Dato' Adib pernah hilang diculik dan dibawa ke Pulau Harimau di Jambi. Hanya selepas 5 tahun barulah Haikal kembali ke pangkuan keluarganya dengan pelbagai keanehan. Selama 5 tahun itu Haikal telah mengenali dan hidup bersama Dambaki, spesies manusia harimau. Mula-mula hairan juga, kenapa Haikal tak jadi mangsa si makhluk pemangsa tu. Rupanya Haikal mula menyedari 'naluri' luar biasa yang dimilikinya semasa di Pulau Harimau.

Pertemuan dengan Umairah membuatkan Haikal ingin mendekati Umairah. Namun, mereka dihalang untuk merapati antara satu sama lain oleh keluarga masing-masing di sebabkan permusuhan keturunan mereka sejak zaman berzaman. Mungkinkah bakal terjadi peperangan sekali lagi?

Komen saya:
Kisah ringkas ini memang penuh teka teki pada mulanya. Tapi kemudian penulis membawa kita mengenali sejarah kedua guliran baka yang bertelingkah ini sekaligus membuat kita memahami punca permusuhan mereka. Cuma, tak puas hati dengan penamat kisah ini yang agak tergantung dengan persoalan. Dan saya agak kelam dengan motif kewujudan watak polis berdua tu. Agaknya bakal ada kesinambungan tak? ;) 

Aku, Dia & Pinky Promise

Posted by Hajar at 9:24 PM 1 comments


Tajuk: Aku, Dia & Pinky Promise
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  593 mukasurat
ISBN: 9789673652037

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Siti Saleha (Sal) merasakan dia belum mencapai apa-apa kejayaan dalam hidupnya. Dia hanya berkerjaya biasa-biasa dan masih belum berkahwin walaupun sudah bertunang. Justeru dia mengharapkan yang dia mampu mengubah perjalanan hidupnya daripada awal andai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu.

Tanpa disangka, suatu kejadian aneh telah berlaku selepas Sal jatuh dan pengsan. Sedar-sedar dia telah kembali ke tahun 1998. Bagaikan dejavu, Sal berusaha untuk mengubah perjalanan hidupnya. Perkara pertama yang dilakukannya tentulah menukar aliran dengan memasuki kelas sastera. Di situlah Sal mengenali Azri, teman sekelas yang kerap membuat onar daripada awal perpindahannya ke kelas sastera. Kemudian barulah Sal berusaha mencari Daniel dengan bantuan Azri. Fuh. Memang betul-betul mengimbau kenangan betul kisah ni. Banyak kisah warna warni sepanjang zaman persekolahan yang dipaparkan oleh penulis dalam kisah ini. Rasa macam nak kembali ke zaman sekolah semula pun ada. :)

Segala yang berlaku di masa lampau dapat Sal hubungkan kembali dengan memorinya bila dia sedar pada tahun 2014. Cuma yang menjadi kemusykilan, kenapa dia tak pernah ingat langsung kewujudan Azri walaupun mereka pernah ber'pinky promise' supaya Azri meminang Sal selepas 16 tahun?

Kemunculan Ray si pelukis buta yang banyak menyerupai Azri juga turut mengelirukan Sal. Takkan Sal pernah curang pada Daniel sedangkan mereka bakal berkahwin tak lama lagi?

Komen saya:

1. Bagi saya, kisah ini adalah satu eksperimentasi yang berjaya oleh penulis. Daripada pembacaan sinopsis memang kita anggap Sal betul-betul kembali ke masa lampau untuk memperbaiki jalan hidupnya. Tapi sebenarnya dia cuma ditakdirkan dapat kembali memorinya yang hilang selama sebulan 16 tahun yang lalu semasa koma. Kemudian barulah satu demi satu persoalan hidupnya terjawab.

2. Suka teknik flashback yang tidak memeningkan kepala.

3. Tiba-tiba rasa nak punggah kotak, belek gambar-gambar lama masa zaman sekolah dulu. Haha. Betullah, kisah ni banyak mengimbau kenangan zaman sekolah. Backstreet Boys, Siti Nurhaliza, 98 Degrees, SUKOM dan macam-macam lagilah. Kalau nak senaraikan memang sampai esok pun tak habis. :P

4. Saya bukan penggemar kisah yang ada plot amnesia. Tapi kisah ni berjaya ubah persepsi saya. Memang lain daripada kisah bertema tipikal di pasaran. Tahniah buat penulis. Lepas ni saya tunggu kisah Jason dengan Aria pula. :) 
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review