Friday, January 31, 2014

Isteriku 19 Tahun

Posted by Hajar at 8:45 PM 2 comments
 
Tajuk: Isteriku 19 Tahun
Penulis: CikGadis
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 587 mukasurat
ISBN: 9789670246642

Akif dan Zuyyin tak pernah sangka mereka akan disatukan atas permintaan datuk mereka. Hubungan mereka tak pernah aman sedari awal. Lebih-lebih lagi Zuyyin ni memang jadi kebencian ibu Akif sedari dulu. Sejarah hitam yang berlaku dalam keluarga mereka menjadi penyebab kebencian. Jadi, memang nampak mustahil sangat penyatuan mereka berdua ni.

Bagi Akif pula, bukan setakat perasaan ‘tak suka’nya pada Zuyyin yang memustahilkan hasrat datuknya. Tapi lebih pada menjaga perasaan Aiman, abang kesayangannya yang memang sukakan Zuyyin. Namun, atas dasar menghormati permintaan datuk yang telah pergi, mereka tetap disatukan. 

Memang menjadi cabaran buat keduanya selepas berkahwin. Iyalah, macam mana gadis berusia 19 tahun nak sesuaikan diri jadi seorang isteri seorang lelaki yang tak pernah sukakan dia? Tapi lama kelamaan perasaan tak suka tu bertukar menjadi suka antara mereka. Bila masing-masing dah mula sedar perasaan sendiri memang mudahlah perjalanan hidup mereka.

Cuma yang menjadi kegusaran Akif adalah kalau-kalau Aiman menuntut janji Akif yang kononnya mahu kembalikan Zuyyin selepas keputusan peperiksaan STPM Zuyyin di kala hatinya sudah pasti dengan perasaannya terhadap Zuyyin. Berjayakah Akif mempertahankan perkahwinannya bila kebencian si ibu terhadap isterinya sangat menebal?

Komen saya: Cerita ni memang agak menarik di permulaan. Sebab seronok mengikuti perkembangan hubungan mereka yang macam anjing dan kucing sedari mula. Biarpun tak disukai, Zuyyin tetap tabah mengharungi semua kata-kata sinis Akif. Lagipun Akif ni takdelah teruk sangat pun. Jaga gengsi je lebih. Haha. Tapi graf pembacaan mula merudum bila adakalanya saya rasa Akif ni tak bertindak matang seiring usia dia. Bila ada masalah dengan Zuyyin, kena ada orang tengah yang jadi pendamai. Aduhai... Walaupun nampak kebudakan, saya masih mampu menghadamkan kisah ini dengan baik. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku ini. Terbit juga buku ni setelah sekian lama menanti. Moga lebih banyak lagi kisah lain yang bakal menyusul selepas ini. :) 

Monday, January 27, 2014

Tiada Yang Lain

Posted by Hajar at 10:22 PM 0 comments
Tajuk:  Tiada Yang Lain
Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  613 mukasurat
ISBN: 9789671226704

Pertemuannya pertama antara Atiqah dan Zharif menimbulkan sengketa. Sengketa yang bermula dengan salah sangka akhirnya merubah tanggapan Atiqah bila Zarif sudi membantunya sewaktu ditimpa musibah. Hubungan mereka makin rapat dan Zharif pun dah mula memberi isyarat yang memberi gambaran isi hatinya pada Atiqah. Malangnya, percaturan takdir memisahkan mereka. Atiqah ditunangkan dengan Afif yang juga merupakan sepupu kepada Zharif.

Atiqah yang memberontak diberi pilihan oleh kedua ibu bapanya; sekiranya Zharif sanggup bertemu kedua ibu bapa Atiqah, pertunangan Atiqah dan Afif akan diputuskan untuk menyatukan Zharif dan Atiqah. Namun, Zharif lebih rela mengorbankan perasaan sendiri berbanding melukakan perasaan keluarganya, lebih-lebih lagi Afif. Kekecewaan menyebabkan Atiqah rela menerima Afif sebagai suami manakala Zharif pula mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya.

Atiqah sangka Afif ikhlas menerimanya sebagai isteri. Tapi rupanya Afif menyimpan dendam bila mengetahui kebenaran di sebalik penyatuan mereka sebagai suami isteri. Aduhai, susah sangat ke nak berbincang dan menjernihkan keadaan? Lebih malang bila Afif lebih suka jadikan Atiqah seperti punching bag untuk melepaskan kemarahan dan dendam yang terbuku. Sampai trauma Atiqah jadinya. Haish.

Kepulangan Zharif mula menimbulkan syak wasangka Afif. Lebih-lebih lagi bila Afif mengetahui hubungan yang pernah terjalin antara Zharif dan Atiqah. Tegakan Afif melepaskan Atiqah untuk membahagiakan Zharif?

Komen saya: Bunyi macam kisah tipikal je kan? Tapi sebenarnya penulis pandai sembunyikan konflik di pertengahan cerita bila Atiqah terpaksa berdepan dengan trauma selepas berkahwin buat kali kedua. Mujurlah dapat suami yang penyabar. Phew. Jujurnya saya sangatlah tak suka dengan karakter mak Atiqah tu. Nampak sangat bias dan materialistik. Ya, tak dinafikan memang setiap ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kalau sampai sanggup memaksa tanpa berbincang dengan anak-anak pun tak guna juga. Sebab belum tentu anak-anak akan patuh macam Atiqah tu. Heh. (Ingatan untuk diri sendiri juga bila jadi emak suatu hari nanti. *Ehem* Insya-Allah)

Sebenarnya kisah ini sudah pun ditamatkan di blog penulis tak lama dulu dan Alhamdulillah ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kak Sofi. Lepas ni tunggu Amar dengan Erina pula :) Kalau buku Sampai Bila saya suka watak Alisa yang tabah tu tapi untuk kisah ini saya kagum dengan tahap kesabaran Zharif. Sangat gentleman dan penyabar. Dan tak segan silu mengaku kekhilafan diri. Alahai, ini spesies satu dalam seribu kot? :P

Mencari Mr. Charming

Posted by Hajar at 10:15 PM 0 comments
Tajuk: Mencari Mr. Charming
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  662 mukasurat
ISBN: 9789673651887

Perbezaan antara Mr Charming dan Prince Charming pilihan Lara Alisya a.k.a Indah Lara :

Mr Charming

1. Tipikal lelaki Melayu.

2. Berterus terang dan tak hipokrit (contohnya hal berkaitan penampilan wanita yang disukai mereka)

3. Misteri dan penuh teka teki untuk di terokai. (Ceh, ayat...)

4. Bertanggungjawab.

5. Berhati-hati sebelum meluahkan perasaan.

6. Romantik bertempat.

7. Ego bertempat.

8. Lebih gentleman sebab tak bertangguh untuk jumpa keluarga wanita yang disukainya.

9. Tak bermulut manis. (Atau boleh kita kata lebih praktikal dan lebih realistik dalam perhubungan?)

10.Sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan mereka (tapi bukan slow motion okay?)

Prince Charming

1. Semestinya kaya dan tak kedekut berbelanja dan berhabisan untuk wanita yang disukai mereka.

2. Matang.

3. Romantik tahap pencair hati.

4. Bermulut manis.

5. Suka buat kejutan.

6. Agak gopoh sewaktu meluahkan peras aan (tanpa peduli perasaan pihak yang satu lagi – atau mungkin juga terlampau yakin?)

7. Kadangkala lebih suka melebihkan ego berbanding merasionalkan diri.

Jadi, berjayakah Indah Lara dalam pencariannya? Antara Mr Charming dan Prince Charming, siapakah yang berjaya menambat hati Lara Alisya?

Komen saya: Kisahnya ringan dan straight forward. Tak perlu konar sana sini untuk cari siapa sebenarnya Mr Charming dalam hati Lara Alisya. Tanya hati, siapa yang diingini. Kadangkala kita lebih leka dengan pesona sampai kita terlupa kehendak hati. Jadi, jangan sesekali tertipu dengan pesona sampai terlupa berpijak di bumi yang nyata. Punyalah metafora punya ulasan. Hahaha. Apa pun, tahniah Anna Lee atas terbitan garapan terbaru ini. Terima kasih juga atas perkongsian panduan ini. Haha. Moga jadi panduan (yang baik saja, tak termasuk part berpeluk dan berpegangan dengan bukan mahram tu ya) bagi anak-anak gadis memilih Mr. Charming mereka. ;) 

Saturday, January 18, 2014

Gantung

Posted by Hajar at 9:47 PM 2 comments
Tajuk: Gantung
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 293 mukasurat
ISBN: 9789670374505

Dunia mereka memang riang. Penuh warna warni. Ceria. Gibbs, Ray, Troll dan KJ (sila jangan bayangkan the real KJ. Haha). Mereka berempat adalah pelajar paling popular di sebuah sekolah berasrama elit. Berpengaruh. Sosial. Kalau tak, masakan boleh muncul ‘Musketeer Code - not all for one but one for all’ tu. Peraturan yang pada awalnya dicipta oleh Gibbs tapi akhirnya dilanggar sendiri gara-gara jatuh cinta dengan ketua pelajar, Fara.

Deepa, si gadis psiko yang juga teman sebilik Fara meminati Gibbs. Tapi sebab Gibbs memang dah aim Fara, maka kemunculan Deepa memang Gibbs ignore aja. Tapi bila Deepa mula mengugut untuk bocorkan rahsia percintaannya dengan Fara, Gibbs terpaksa juga melayan Deepa.

Kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dan inilah yang berlaku pada mereka. Oleh kerana mengikutkan rasa hati, hidup mereka berempat musnah akibat kenakalan mereka. Phew~

Komen saya: Tak tahu kenapa, towards the end of the story rasa sedih sangat walaupun mereka bertiga ni dok happy gelak-gelak bercerita perihal senior year diorang. Mungkin sebab terfikir, sedihnya bila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi orang yang memang berhubungan rapat dengan diri kita. Lagi sedih bila impian yang direncana sejak sekian lama hancur berkubur tanpa sempat dibina. Sobs. Yalah, bukan semua impian tu bisa digapai kan? Kadangkala kita perlu berkorban walaupun pengorbanan tu perit untuk dilakukan. *Tetiba keluar aura seniman. LOL .* Tapi itulah rasanya perasaan Gibbs setelah tahu kebenaran yang terlindung selama ini. Sobs lagi.

Ceritanya mudah. Tentang persabahatan. Tentang percintaan. Cuma quite creepy. Haha. Err.. Mula-mula saya fikir cerita ni adalah kesinambungan dua dimensi yang berbeza. Tapi bila baca balik, eh.. ini bukannya macam flashback scene pun. Rupanya.... Huhu.

Jujurnya saya lebih sukakan naskhah ini berbanding Kelabu sebab tak rasa tertipu masa membacanya. Kehkeh. Cuma pembacaan memang kena fokus, tak boleh skip. Boleh jadi confuse nanti. Good job Nadia Khan! Cuma saya harap saya tak dihantui Gibbs malam ni. :P 

Jangan Benci Cintaku

Posted by Hajar at 9:47 PM 0 comments
Tajuk:  Jangan Benci Cintaku
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789671192597

Rafeeqa Huda (Rafeeqa) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal Hayrat (Shahrizal), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda dan mentah. Dan oleh sebab itu, bila dapat peluang melanjutkan pelajarannya ke luar negara (Sunderland), Rafeeqa tak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. Muda lagi, haruslah masih nak enjoy kan? Walaupun Shahrizal berat hati, namun terpaksa juga dilepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, layanan Shahrizal memang first class. Apa sahaja kehendak Rafeeqa diturutkan. Iyalah, orang sayang isteri. Namun, tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland mengubah segalanya. Rupanya Shahrizal sudah temui pengganti yang ‘konon’nya lebih baik daripada Rafeeqa. Aduhai. Kepulangan Rafeeqa membongkar segala kecurangan Shahrizal. Masa ni memang dah start emosi pada Shahrizal. Bukan apa, isteri bukan main gigih menghabiskan pengajian, dia sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Grrr!

Memang tak mudah menjadi seorang Rafeeqa. Dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan (sepupu Rafeeqa) yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. Kalau bukan Rafeeqa rasanya orang tu dah selamat bertarik rambut dengan Husna. Iyalah, suami kot. Takkanlah nak biarkan orang rampas suami sendiri? Huish.

Cuma bagi Rafeeqa, dia sedar kedudukan dirinya di sisi Shahrizal. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Mungkin Shahrizal tak pernah cintakan dirinya seperti mana dia mencintai Shahrizal. Huhu. Sedih. Jadi, mungkinkah perkahwinan mereka berjaya diselamatkan atau Rafeeqa terpaksa mengalah dengan kehendak Shahrizal?

Komen saya: Saya suka watak wanita survivor dan diva macam Rafeeqa ni. Tak mudah rapuh dan goyah dengan dugaan yang mendatang. Ya, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk jadi positif daripada menangisi nasib sendiri. Masalah utama mereka berdua ni sebenarnya komunikasi je. Kalau dari awal keduanya berterus terang memang Shahrizal tak sempat mengayat orang lain dan Husna takkan muncul antara mereka. Dan semestinya tak jadi cerita dah kot? Haha. Oh, lupa pulak. Mia Shaza yang comel tu ada juga terselit dalam kisah ini. Yippie! Tapi kesian Uncle Sawi. Asyik tersalah jatuh cinta je. Bilalah dia nak jumpa jodoh dia pulak ni? Hihi. Apa pun tahniah Emy untuk JBC. Hope this is not the final book from you. Moga lebih banyak ilham untuk berkarya. Also thanks for the book. Lama peram sebab dah pernah khatam versi blog. Rupanya banyak penambahbaikan dalam versi buku. Rugi peram! :)

Berikan Cintamu

Posted by Hajar at 9:47 PM 3 comments
Tajuk: Berikan Cintamu
Penulis: Rose Harissa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  499 mukasurat
ISBN: 9789831242650

Pertemuan secara tak sengaja antara Eza Nylea (Eza) dan Azalan ketika keduanya berdepan dengan konflik bersama pasangan masing-masing secara tak langsung merapatkan hubungan mereka. Azalan selalu menjadi tempat Eza berkongsi segala cerita dan hal yang berlaku dalam hidupnya termasuklah tentang masalahnya dengan Rizal, teman lelaki Eza. Keintiman hubungan mereka berdua kerap jadi perhatian teman-teman serumah Eza sehingga ada yang sanggup menyampaikan cerita buruk tentang Eza kepada Rizal. Alahai...

Kadang-kadang rasa Eza ni terlampau setia. Atas sebab itu, Rizal selalu ambil mudah tentang perasaan Eza. Kesian. Eza ni dah macam tersua-sua risaukan tentang Rizal yang jauh di mata sedangkan Rizal bukan main seronok menjalani hidup dia sendiri tanpa hiraukan perasaan Eza. Selama Eza menghabiskan pengajiannya yang berbaki tak sampai setahun di UTM tu boleh kira dengan jari berapa kali mereka bertemu berbanding kekerapan Eza bertemu Azalan. Jadi jangan pelik bila Azalan lebih memahami dan mengetahui seelok-belok hal yang terjadi dalam hidup Eza berbanding Rizal.

Hubungan mereka berterusan on-off begitu sehinggalah Eza sudah bekerja. Peliklah Eza ni. Setia tahap apa entah. Masa tengah belajar bolehla bagi alasan, tak mahu ganggu tumpuan Eza yang masih belajar. Ini dah kerja pun perangai tu tetap begitu. Dan Eza masih tetap bertahan walau Rizal dah banyak beralasan bila dia bertanya arah hubungan mereka. Hmm...

Kemunculan kembali Azalan menggembirakan Eza. Hubungan mereka makin erat sehingga menjadi bahan untuk Syella (bekas teman serumah Eza) memfitnah Eza sekali lagi. Haish. Bila kesetian diragui sekali lagi, patutkan Eza pertahankan hubungannya dengan Rizal atau menerima saja lamaran cinta Azalan?

Komen saya: Syella ni mengingatkan saya pada Firdaus dalam Wasilah Cinta Weera. Keji. Sanggup burukkan kawan sendiri sebab cemburu. Memang meningkatkankan kadar emosilah senang cerita. Heh. Hakikatnya ramai je manusia perangai begini kan? What goes around comes around. Setiap perbuatan baik atau buruk tetap ada balasannya. Jadi, sendiri mau ingatlah kan? :P Tahniah buat penulis atas garapan yang berjaya meningkatkan kadar emosi ni. Haha. Cuma saya rasa penamatnya agak tergesa-gesa dan ‘terlebih gula’ untuk pembaca macam saya. :P

Friday, January 17, 2014

Dia... Isteri Luar Biasa

Posted by Hajar at 11:32 PM 1 comments
Tajuk: Dia... Isteri Luar Biasa
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 616 mukasurat
ISBN: 9789670567150

Haih, lama betul saya peram review buku ni. Haha. Bukan apa, semangat membaca sedang berkobar-kobar, jadi mood  nak menaip jadi ke laut. :P Waktu saya baca buku ni memanglah dok tertanya, apalah yang luar biasanya si Dewi Yusra (Dewi) ni? Dan bila saya baca, rasanya antara ke'luar biasa'an si Dewi ni adalah:

1. Independent. Dialah satu-satunya pewaris tunggal Cik NAB (Nasi Ayam Bonda) hasil usaha dan penat lelah arwah ibunya. Kerana itulah dia perlu jadi seberdikari mungkin.

2. Berani. Dengan selambanya Dewi pernah belasah Idham, suami kepada Eda, teman baiknya ditengah kesesakan jalanraya bila dia nampak Idham bercengkerama dengan perempuan lain di dalam kereta. Err, agak mengerikan di situ. :P

3. Unpredictable. Sebab teringin mahukan zuriat sendiri, sanggup jumpa doktor untuk buat IVF. Betul sengal! Belum kahwin abis nak dapat benih dari mana? Aduhai... 

4. Penyayang. Sanggup berhabis untuk Nina (anak Eda) walaupun terpaksa melayan mulut Nina yang ala bertih jagung tu.

5. Pemurah. Nampak je Dewi ni sombong dan kerek. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya Dewi amat pemurah dan tak lokek membantu bila diperlukan. :)

6. Determined dan juga degil. Kerana mahukan suami calon suami berkualiti macam Raden Amzar, Dewi sanggup bersekongkol dengan Kamarul (juga teman baiknya) buat perancangan untuk memerangkap dirinya dengan Raden Amzar.
 
7. Kalau perempuan lain, dah dapat suami dengan pakej yang hampir sempurna macam Raden Amzar tu mesti dah pegang kuat-kuat tak mahu lepas, tapi Dewi selamba je boleh 'lelong' suami sendiri pada perempuan lain sebab dia berkahwin hanya sebab mahukan zuriat. Ish, kot ye pun pemurah...*tepuk dahi*

8. Tabah. Walau teruk dikutuk oleh Kak Long Zahra sebab berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa dengan adik kesayangannya, Dewi cool aja dengar caci maki Kak Long Zahra yang hampa tak dapat beradik-iparkan Nurul Fatiha yang kononnya sempurna dari segala segi. Heh!

9. Pemaaf. Dewi jugalah yang banyak menyokong dan membantu Kak Long Zahra bila abang ipar Raden Amzar tu buat perangai. Huh, ingat baik sangat. Rupanya..... Memang tak sangka sungguh!

10. Yang lain-lain tu kenalah baca sendiri. Haha. (Ni gara-gara otak dah blank, tak dapat nak recall selebihnya. :P)

Komen saya:  Bila baca kisah ni serta merta teringat kisah penyanyi Madonna yang juga berkehendakkan zuriat sendiri suatu ketika dulu. Haha. Memang betullah, kadang-kadang manusia boleh jadi obses dengan kehendak sendiri. Sanggup je buat perkara di luar norma semata-mata untuk mencapai apa yang diingini. Phew. Seronok baca kisah ni. Cuma sedikit teguran untuk penggunaan perkataan berbahasa Inggeris. Bagi saya, kalau kita sendiri tak yakin, lebih baik gunakan bahasa Melayu. Lebih molek. :) Apa pun, terima kasih dan tahniah Kak Umie Nadzimah atas kelahiran buku yang menghiburkan ini.  Moga lebih banyak lagi kisah yang bakal dilakarkan selepas ini. :)

P/s: Tahun ni saya dah mula nak cuba review gaya bebas. So please bear with me. :P  

Friday, January 10, 2014

Tunggu Aira Di Kota Bandung

Posted by Hajar at 10:26 PM 2 comments
Tajuk: Tunggu Aira Di Kota Bandung
Penulis: Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  461 mukasurat
ISBN: 9789670508368

Mahirah Zainuddin (Aira) si gadis Kota Singa yang sedang menuntut dalam kursus perguruan. Terpaksa melupakan hasrat untuk mendalami kursus bahasa atas kehendak bapanya sendiri. Tapi dalam diam Aira masih menghasilkan puisi sebagai medium untuk meluahkan rasa yang terpendam. Siapa sangka kelalaiannya meninggalkan buku catatan di atas meja memberi peluang Aira untuk ke Bandung atas tiket kemenangannya dalam sebuah pertandingan puisi yang di anjurkan pihak universiti? Di sinilah bermulanya kisah cinta Aira.

Secara fitrahnya Aira memang seorang yang anti-sosial. Cuma perkenalannya dengan Faisal mula membuat Aira keluar dari kepompongnya. Kehadiran Faisal nyata menceriakan Aira. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap puisi. Faisal pula sangat pandai mengambil hati dengan kata-kata puitisnya. Usahkan Aira, saya yang membaca ni pun cair sama! Haha. Tapi segala rasa indah yang dialami berkecai sebaik sahaja Aira dapat tahu yang Faisal rupanya sudah bertunang. Aduhai, kesian Aira.

Memang perit nak menerima kenyataan yang tersurat. Namun Aira kuatkan hati menempuh hari-hari mendatang sehinggalah Aira bertemu dengan Reza. Ketabahan dirinya bagaikan rapuh bila Reza muncul di depan mata. Apa tidaknya. Reza itu seumpama bayangan Faisal. Lebih-lebih lagi Reza juga turut meminati puisi. Setelah puas menolak akhirnya Reza tetap diterima sebagai seorang teman. Hubungan mereka tambah erat hari demi hari sehinggalah Aira dibawa bertemu dengan keluarga Reza.

Pemergian Aira ke Bandung sekali lagi menemukannya dengan Faisal. Rupanya Faisal itu abang kepada Reza. Walaupun sudah 3 tahun, perasaan Faisal masih utuh terhadap Aira. Cuma Aira yang masih lagi sakit hati ditipu Faisal. Namun, bila segala kebenaran terbongkar, siapakah yang menjadi pilihan Aira?

Komen saya: Sesekali memang seronok bila dapat baca buku dengan gaya bahasa puitis begini. Hehe. Tahniah Nirr atas garapan yang membuai perasaan ni. Cuma itulah, masih terkesan dengan kisah Faisal ni. Jujurnya saya memang lebih terkesan dengan watak Faisal berbanding Reza. Haish. Nampak sangat penulis tak mahu pembaca macam saya terlalu terbuai dengan Faisal. Hihihi. Apa pun, saya harap moga penulis dikurniakan lebih banyak ilham untuk melakarkan kisah-kisah yang lebih menarik. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review