Saturday, January 31, 2015

Saranghaeyo Arumi

Posted by Hajar at 10:06 PM 0 comments
Saranghaeyo, ArumiSaranghaeyo, Arumi by Rose Harissa
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 20.00
Halaman:  365 mukasurat
ISBN: 9789674080914


Sekarang barulah saya tau kenapa anak-anak remaja dok meroyan bila Kak Rose tak sambung lagi cerita ni. Hikhik..

31-01-2015

Sebagai pelajar baru di kolej Aiyani terpaksa menghadapi cabaran dan denda daripada pelajar senior atas kesalahan yang dilakukannya. Salah satunya adalah Aiyani terpaksa mendapatkan tandatangan Arumi Aisy (Arumi) pelajar lelaki terhangat (dan bersikap dingin) di kolej tersebut. Tanpa Aiyani sedar, rupanya Arumi adalah pelajar yang telah dilanggarnya ketika kalut untuk menghadiri minggu orientasi.

Rentetan peristiwa itu, pertemuan mereka berdua tak pernah berlangsung dalam keadaan aman. Arumi pula seolah-olah seronok dapat ‘membuli’ Aiyani. Walaupun dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, Arumi sebenarnya berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Jadi, ramai yang cemburu bila Aiyani selalu dapat ‘perhatian’ Arumi. Haha.

Perkenalan Arumi dengan keluarga Aiyani mula mengubah perspektif Aiyani terhadap Arumi. Nampak sangatlah si Arumi ni kurang kasih sayang bila mak Aiyani pun dibolot macam emak sendiri. Haha. Hubungan mereka juga makin rapat tak lama kemudian. Namun, bila Aiyani sudah bersedia untuk menerima Arumi sebagai teman istimewa, Arumi kehilangan sebahagian memorinya. Aduhai, memang drama Korea habis. :P

Komen saya:

1. Saya kira ini adalah percubaan berani penulis menulis kisah sebegini di tengah kehangatan gelombang hallyu di kalangan anak-anak remaja. Jadi tak pelik bila anak-anak gadis itu ‘meroyan’ bila Kak Rose belum sambung lagi kisah Arumi ni. Hikhik..

2. Kisah ini mengingatkan saya kepada drama bersiri Korea. Sebab adegan-adegan yang dipaparkan memang sangat familiar untuk penggemar drama Korea seperti saya. Ahaks.

3. Suka elemen kekeluargaan dan persabahatan yang diterapkan. Juga semangat juang untuk menggapai apa yang diimpikan.

4. Saya dok tertanya-tanya ni, siapa agaknya pengirim surat hitam yang diterima Arumi tu?

5. Mari kita sama-sama bertabah menantikan sambungannya ya? Moga penulis dikurniakan ilham dan kesempatan untuk menyambung kembali kisah ini ;)

View all my reviews

Bimbo

Posted by Hajar at 9:08 PM 0 comments
BimboBimbo by Rin Ahmad
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  570 mukasurat
ISBN: 9789670448879


Buku kedua yang buat saya sayang nak habiskan baca tahun ni. And kudos untuk diri sendiri sebab tak selak belakang sebelum baca. :P

20-01-2015

Bertahun-tahun Elsuraya menyimpan dendam terhadap Azad yang kononnya jadi penyebab kematian kedua orang tuanya.

Kata Azad, "Su, if only you knew. You will laugh little and weep much."

Sebenarnya Azad bukanlah lelaki yang sepatutnya didendami Elsuraya, sebaliknya Dani Ikram (Dani) , lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Biarpun perkenalan mereka bermula dengan kisah Bimbo - Mr. Douchebag, Elsuraya senang berhubungan dengan Dani. Namun bila kebenaran terbentang di depan mata, mampukah Elsuraya mempertahankan rasa dalam hatinya atau tunduk kepada dendam yang dipendam sekian lama?

Komen saya:

1. Mula-mula saya memang rasa perwatakan Elsuraya ni agak kebudakan. Ialah, mana tidaknya. Simpan dendam bertahun-tahun bila jumpa Azad dia cuma mampu calarkan kereta kesayangan Azad je? Like seriously??? Haha. Tapi sebenarnya kalau kita mampu selami apa yang nak disampaikan, dendam kesumat tak bawa kita ke mana pun. Bila kebenaran terbukti, Elsuraya cuba sebaik mungkin untuk memaafkan dan melupakan. Biar pun kesabaran teruji sewaktu pemergian ayah mertuanya, Elsuraya masih mampu dan setia berdiri di sisi suami. Tabik!

2. Dani Ikram memang bermulut 'longkang'. Kepantangannya adalah perempuan gedik yang mahu menempel di sisinya. Siapa sangka Elsuraya yang digelarnya Bimbo mampu meruntuhkan tembok hatinya yang selama ini kukuh berdiri? Lebih memeritkan bila ada sejarah pahit yang mungkin memisahkan mereka bila kebenaran terbongkar. Bila diuji dengan penyakit, Dani lebih banyak bermuhasabah diri untuk jadi insan lebih baik. Terkesan dengan kata-kata ni : orang yang baik, objektifnya nak jadi lagi beriman. Orang beriman, objektifnya nak masuk syurga. Ingat mudah? Ingat semua orang yang nampak baik tu beriman? *Dush!*

3. Kesian juga dengan Azad. Cuma tahap kesiannya tak sampai macam tahap kesian kat Tengku Akbar la.. Ahaks. Tapi nak puji dia juga sebab dia rela di'kambinghitam'kan atas kesalahan orang lain. Semangat setiakawan punya fasal, sanggup jadi kambing hitam. Fuh, mujur ketemu juga kebahagiaan sendiri. :)

4. Kali ni macam banyak pulak cameo watak-watak yang dikenali yang pastinya bakal mengubati kerinduan. ;)

5. Dah lama tak rasa perasaan macam ni bila membaca - rasa tenang dan tak rasa nak habiskan cepat-cepat. :) Terima kasih + tahniah buat penulis. Your writing skills really improved. Kudos! Kena bertabah tunggu sampai tahun depanla gamaknya utk next book. ;)

P/s: Lepas ni baru nak baca Arluna. :P


View all my reviews



Lebih Indah

Posted by Hajar at 9:07 PM 0 comments
Lebih Indah Lebih Indah by Fatrim Syah
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Rizque Publishing
Harga: RM30.00
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman:  453 mukasurat
ISBN: 9789671279007


28-01-2015

Membaca kisah cinta daripada perspektif lelaki? Hmm, not bad!

Sejujurnya saya membaca buku ini tanpa mengharap apa-apa. Jadi, bila baca cerpen yang menghampakan pun saya masih mampu meneruskan pembacaan sehingga ke ayat terakhir. Yay, syabas untuk diri sendiri. :P

Memang tak dinafikan kita dapat merasai pelbagai 'rasa' dalam setiap cerpen yang dipaparkan. Ada yang manis, ada yang cheesy meleleh (haha), ada yang pahit, ada yang masam-manis dan macam-macam rasa lagilah. Dah nama pun kisah cinta, kenalah rasa sendiri, ye tak?

Cuma kelemahan sangat ketara untuk pengeditan, terutama dari segi typo dan english grammar. Mungkin boleh diperbaiki sekiranya ada cadangan untuk reprint.

Apa pun tahniah buat para penulis dan penerbit atas usaha menerbitkan kompilasi hasil tulisan penulis lelaki sebegini.


View all my reviews

Malam

Posted by Hajar at 9:06 PM 1 comments
MALAMMALAM by Lokman Hakim
My rating: 3 of 5 stars




Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM
8.00
Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman:  174 mukasurat
ISBN: 9789670750408


24-01-2015

Memang ada rasa sangat win bila dapat baca buku edisi terhad ni. Haha. Terima kasih kepada tuan punya buku. :)

Antologi cerpen edisi terhad terbitan Fixi ini adalah sempena BBW. Kebanyakan kisah-kisah pendek yang disajikan berkisar dan berpaksikan tentang waktu MALAM dan selitan tentang pesta buku BBW.

Sedikit catatan dan komen ringkas untuk mengingatkan saya apa yang telah dibaca:-

Revolusi! Revolusi! Revolusi! - Lokman Hakim
Lepas ni bila rasa gatal tangan nak tambah stok buku je mesti teringat teletubbies. Terima kasih atas peringatan wahai tuan penulis. LOL.

Janji - Dayang Noor
Bila janji yang ditabur menuntut untuk dilunaskan, memang boleh bikin trauma macam Kartini juga. Phew.. Sila shopping buku secara berhemah mulai sekarang. :P

Jemputan Makan Malam - Faizal Sulaiman
Niat untuk berkenalan dengan jiran baru bawa padah bila jiran mereka rupanya psiko! Ngeri!

Lost - Muhammad Fatrim
Erk, betullah kata orang, orang tamak selalu rugi. Tak pasal terperangkap. *Kena setepek lagi atas kepala. Dush!*

Ah, Sudah! - Syahmi Hafizuddin
Cerita budak-budak nakal yang pecah masuk bilik guru waktu malam sebab nak curi skema jawapan peperiksaan.

Hubungan Berhipotesis - Syaihan Syafiq
Terkedu bila sampai ke pengakhir cerita. Ingatkan hubungan normal, naluri songsang rupanya.

Kebayan - Neesa Jamal
Permulaan memang rasa menarik tapi bawa ke penghujung buat saya rasa macam tengah menonton cerita kartun. Lebih-lebih lagi bila ayat terakhirnya berbunyi, "mereka dikurniakan anak yang comel - comel. " *facepalm*

Magis - John Norafizan
Setuju dengan pendapat penulis. Memang adakalanya sesebuah buku yang dibaca boleh jadi remedi atau penyelesai kebuntuan yang menimpa.

Sesudah Subuh - Mohd Azmen
Mungkinkah akan ada kesinambungan kisah mereka seusai subuh menjelma?

Misi Mustahil - Azura Mustafa
Cabaran untuk selebriti media sosial mencari teh halia di restoran Cina. Benda yang mustahil kadang-kadang boleh jadi nyata kalau kena gayanya. Ye tak?

Pondan Di Pandan Indah - Nami Cob Nobbler
Errr, yang ni no comment. :-/

Malam Yang Merangkak - Azrin Fauzi
Macam real pulak bila watak imaginasi penulis boleh dizahirkan secara nyata. Tapi dari sudut yang lain macam ngeri pulak ye?

Kekasih Bibliophile - Shafaza Zara Syed Yusof
Suka cerpen ni. Mungkin sebab gaya bahasa dan susunan ceritanya yang teratur. Harap dapat baca karya penulis yang lain. Dan saya sangat berharap bakal pasangan saya nanti juga seperti Luth, yang memahami kegilaan Lana terhadap buku. Minus part serigala tu la. :P

Kelab Malam - Mim Jamil
Kesatuan Kelab Malam? Sungguh advance pemikiran anak-anak sekarang..

Chempaka - Julie Anne
Bayangkan bila mimpi jadi nyata. Mimpi ngeri pulak. Huish!

Gelap - Saat Omar
Kegelapan itu begitu menginsafkan dan aku kagum dengan kebesaran Tuhan yang menciptanya. Pandangan itu sangat mengujakan. Dalam masa yang singkat itu aku akur, tiada yang lebih hebat dan besar dari ruang yang kosong itu. - m/s 153

10:15 - Inawza Yusof
Speechless. Fuh. Kena cari Suspek juga suatu masa nanti.

Ya - Shaz Johar
La, macam tu je ke? Punyalah susah payah kawan tu bimbang mesej tak sampai. Akhirnya jawapannya cuma itu je? Haish..

View all my reviews

Satukan Hati Kami

Posted by Hajar at 9:06 PM 0 comments
Satukan Hati KamiSatukan Hati Kami by IKP Writer
My rating: 3 of 5 stars
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM15.00 (e-book)
Sabah/ Sarawak: RM-
Halaman:  572 mukasurat
ISBN: 9789670718231

28-01-2015

Syabas buat team IKP untuk penerbitan bertujuan amal sebegini.

Banyak cerpen menarik yang dimuatkan dalam e-book ini. Ada juga cerpen ulangan yang pernah dibaca di blog penulis dan juga antologi cerpen yang lain.

Cuma secara peribadi saya lebih gemarkan cerpen Noktah (Suzana Sulaiman) dan G-Factor (Shirod Shukri).

Kalau nak request versi panjang (baca: versi novel) untuk kedua-dua kisah ni agak-agaknya boleh dapat tak? :D

Oh ya, kalau ada yang masih berminat untuk dapatkan ebook ini sambil menderma bolehla hubungi pihak penerbit ya? :)


View all my reviews

Friday, January 30, 2015

Sepetang Di Kafe Biblioholic

Posted by Hajar at 10:27 PM 0 comments
Sepetang di Kafe BiblioholicSepetang di Kafe Biblioholic by Ainunl Muaiyanah Sulaiman
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  406 mukasurat
ISBN: 9789670201771


Tak sangka buku nipis ni ambil masa hampir seminggu untuk disudahkan. Bukan sebab kisahnya tak kena dengan selera, tapi sebab sayang nak habiskan pembacaan. Sebab apa? Jarang ketemu dengan buku yang nipis tapi padat dengan kisah dan perkongsian daripada penulis. Kadangkala kita tak perlukan buku setebal kamus atau ayat berbunga-bunga untuk terus setia dan kekal membaca sesebuah buku sehingga penamatnya, bukan? ;)

30-01-2015

Apa yang boleh saya katakan tentang buku ini adalah:

1. Jalan ceritanya memang plain, tak ada heavy conflict, tak ada kisah kahwin paksa / kontrak dan juga tiada kisah cinta ‘meleleh’ yang tipikal.

2. Sungguh pun nipis, isi kandungannya padat. Banyak perkongsian info yang dimuatkan tanpa meleret-leretkan cerita. Even cara membancuh teh dan kopi pun ada diselitkan juga tau? :)

3. Suka bila penulis tak menggambarkan watak secara berlebihan. Watak-wataknya sangat sederhana. :)

4. Kamellia - walaupun seorang anak yatim, wataknya bukanlah sadis dan perlu dikasihani. Dia wanita berpendirian hasil didikan arwah ibunya. Yang dia mahu cuma menumpang kasih bapa yang pernah terpisah lama. Cuma itulah, tak sangka kehadirannya tidak disenangi oleh ibu dan adik tirinya.

5. Reza - pengurus kafe yang berhati dingin. Juga sempoi. Apa tidaknya, dia lebih selesa berbasikal ke tempat kerja. Sangat mencintai alam, bukan? Pencinta teh dan juga pencinta buku. Rupanya ada kisah sedih di sebalik kedinginannya itu. Hmm.

6. Umair - ketua yang tegas di tempat kerja. Penggila kopi atau lebih tepatnya espresso. Kata Umair pahitnya espresso yang diminum itu ibarat hukuman atas kesilapan lampaunya.

7. Sangat terkesan dengan ayat-ayat sinis Reza. Uhuk-uhuk. Salah satunya:-

“Ramai orang yang membaca tetapi berapa orang yang benar-benar membaca?" - m/s 185

8. Suka keindahan bahasa yang diterapkan. Jadi tak hairan bila karya ini diangkat sebagai pemenang sebuah anugerah sastera baru-baru ini. Tahniah buat penulis dan team penerbit. Moga dikurniakan ilham dan kesempatan untuk melakarkan kisah-kisah seterusnya. :)

View all my reviews

Wednesday, January 7, 2015

Yang Aku Cinta

Posted by Hajar at 9:46 PM 0 comments
Yang Aku CintaYang Aku Cinta by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars
Penulis: Farah Husain / Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  427 mukasurat
ISBN: 9789670718118


03-01-2015

Dear Cinta - Farah Husain (3*)

Kesinambungan kisah Tasneem dan Ariff Hakimi (Ariff) di dalam Yang Luar Biasa.

Kalau dalam Dear Cinta kita dihidangkan dengan penamat kisah mereka yang manis dan membahagiakan, hakikatnya, laluan untuk mereka berdua mengecap happily ever after itu penuh ranjau dan likunya.

Masing-masing punya kisah silam yang memeritkan. Dan bila kepercayaan dan keyakinan terhadap hubungan mula goyah, bagaimana mereka berusaha untuk mempertahankannya?

Komen saya:
1. Suka kelainan yang ditampilkan. Kalau biasanya sekuel sesebuah kisah akan menampilkan konflik yg melanda selepas perkahwinan, kisah ini pula membawa kita ikuti liku-liku perjalanan kisah Ariff-Tasneem sebelum mereka berkahwin.

2.Geram juga dengan sikap Tasneem tapi bila terkenangkan apa yang pernah dilaluinya, tak mustahil rasa insecurities tu ada dalam hubungan mereka. Dan sekiranya Ariff berterus terang dari awal, mungkin Tasneem tak akan bersikap kebudakan seperti itu.

3. Mujur ini cuma mini novela. Kalau novel, mungkin kisahnya akan jadi penuh sinetron. :P

4. Nampaknya Cik Penulis sudah pandai mengimbangkan rasa masam-manis-payau dalam karyanya. :) Tahniah Farah. Menanti September pula. Moga ilham mencurah-curah untuk menyudahkan kisah seterusnya. :)

Bukan Awak Tapi Dia - Anna Lee (3.5*)

Demi untuk mendapatkan perhatian Hadif, Dian Rania (Dian) akur dengan rancangan teman-teman rapatnya untuk menyertai suatu rancangan realiti tv, Mencari Dia. Rancangan realiti tv itu sebenarnya adalah untuk mencari teman hidup Nadeem, seorang penyanyi dan komposer yang sedang berusaha untuk membina kembali namanya. Dalam masa yang sama Nadeem juga sedang berusaha untuk menarik perhatian Balqis, seorang model yang sedang menempa nama.

Kalau peserta lain semuanya berusaha untuk memenangi perhatian Nadeem, Dian pula cuma jadi dirinya sendiri. Dia bukannya peminat Nadeem. Malah Dian sendiri mengakuinya semasa rakaman episod pertama rancangan itu. Tercabar dengan kenyataan Dian, Nadeem berusaha untuk menyingkirkan Dian dari rancangan itu. Namun, hakikatnya Dian tetap meraih sokongan dan terus kekal dalam rancangan realiti itu.

Dapatkah mereka menggapai impian mereka atau mereka harus akur dengan percaturan takdir yang telah tertulis buat mereka?

Komen saya:

1. Rasa macam ada terperasan komen penulis kata yang cerita ni agak sweet overdose. Tapi rasanya macam takkk je. Hihi. (Ini untuk piawaian sayalah eh, orang lain mungkin rasa cerita ni terlebih manis. :))

2. Kisah ini buat saya teringat Ben 10 (Diari Mrs Ben - Yang Luar Biasa). Haha. Mungkin sebab cerita berkisar tentang dunia artis kot?

3. Rasanya ramai yang geram kat Nadeem kan, lepas insiden yang berlaku dengan Balqis tu? Tapi untuk saya, penulis berjaya buat saya kesian kat Nadeem dengan tunjukkan turning point dan perubahan positif Nadeem.

4. Sesekali seronok baca kisah sebegini sebenarnya. Kita dapat lihat sisi 'lain' dunia glamour ni. Apa yang kita nampak dalam rancangan realiti tv tu bukan realiti sebenarnya pun, kan? ;) Tahniah buat penulis. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus menulis. :)

View all my reviews

P/s: Mulai tahun 2015 aci copy-paste review dari Goodreads je la ye? ;)

Sunday, January 4, 2015

Gergasi

Posted by Hajar at 10:00 PM 0 comments
Tajuk:Gergasi
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 320 mukasurat
ISBN: 9789670374178

02-01-2015

Buku pertama yang disudahkan untuk tahun 2015. Kononla, padahal baru habis baca semalam setelah beberapa hari pembacaan tertangguh. Hihi. Permulaan yang tidak menghampakan untuk tahun baru. :)

Apa yang boleh saya katakan:

1. Saya sukakan idea kisah ini. Penulis berjaya buat saya percaya tentang kewujudan Batara Waja yang kononnya pernah membantu kerajaan Melaka sewaktu diserang Portugis. 

2. Ada unsur merentasi dimensi masa; buat saya teringat kepada hero pujaan ramai - Laksamana Sunan. Hihi. Whoops, ini bukan nak membandingkan ya. Kedua-dua penulis punya stail menulis tersendiri. 

3. Perjalanan kisahnya amat perlahan kerana banyak / ramai watak yang ditampilkan. Tapi bahagian klimaks memang mengujakan. :)

4. Setuju dengan salah satu resensi yang mengatakan rupa bentuk Gergasi / Batara Waja ni tak dapat diimaginasikan. Saya cuma dok terbayang robot Transformer / Voltron. Cuma mungkin dalam versi yang lebih canggih kot? :)

5. Suka semangat setiakawan antara Rizal-Nathan, Rizal-Anwar dan juga antara Zohaimi dan rakan subahatnya yang ditonjolkan dalam kisah ini. 

6. Saya harap Kapten Aman bakal muncul dalam mana-mana buku karya penulis yang akan datang. Haha. 

7. Ini antara terbitan Fixi yang 'suci murni' setakat ini. ;)

8. Tahniah buat penulis. Mungkin boleh cuba cari buku-buku tulisannya yang pernah terbit sebelum ini. :)

P/s: Dah jadi makin malas nak menaip nampaknya. :P
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review