Wednesday, January 7, 2015

Yang Aku Cinta

Posted by Hajar at 9:46 PM
Yang Aku CintaYang Aku Cinta by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars
Penulis: Farah Husain / Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  427 mukasurat
ISBN: 9789670718118


03-01-2015

Dear Cinta - Farah Husain (3*)

Kesinambungan kisah Tasneem dan Ariff Hakimi (Ariff) di dalam Yang Luar Biasa.

Kalau dalam Dear Cinta kita dihidangkan dengan penamat kisah mereka yang manis dan membahagiakan, hakikatnya, laluan untuk mereka berdua mengecap happily ever after itu penuh ranjau dan likunya.

Masing-masing punya kisah silam yang memeritkan. Dan bila kepercayaan dan keyakinan terhadap hubungan mula goyah, bagaimana mereka berusaha untuk mempertahankannya?

Komen saya:
1. Suka kelainan yang ditampilkan. Kalau biasanya sekuel sesebuah kisah akan menampilkan konflik yg melanda selepas perkahwinan, kisah ini pula membawa kita ikuti liku-liku perjalanan kisah Ariff-Tasneem sebelum mereka berkahwin.

2.Geram juga dengan sikap Tasneem tapi bila terkenangkan apa yang pernah dilaluinya, tak mustahil rasa insecurities tu ada dalam hubungan mereka. Dan sekiranya Ariff berterus terang dari awal, mungkin Tasneem tak akan bersikap kebudakan seperti itu.

3. Mujur ini cuma mini novela. Kalau novel, mungkin kisahnya akan jadi penuh sinetron. :P

4. Nampaknya Cik Penulis sudah pandai mengimbangkan rasa masam-manis-payau dalam karyanya. :) Tahniah Farah. Menanti September pula. Moga ilham mencurah-curah untuk menyudahkan kisah seterusnya. :)

Bukan Awak Tapi Dia - Anna Lee (3.5*)

Demi untuk mendapatkan perhatian Hadif, Dian Rania (Dian) akur dengan rancangan teman-teman rapatnya untuk menyertai suatu rancangan realiti tv, Mencari Dia. Rancangan realiti tv itu sebenarnya adalah untuk mencari teman hidup Nadeem, seorang penyanyi dan komposer yang sedang berusaha untuk membina kembali namanya. Dalam masa yang sama Nadeem juga sedang berusaha untuk menarik perhatian Balqis, seorang model yang sedang menempa nama.

Kalau peserta lain semuanya berusaha untuk memenangi perhatian Nadeem, Dian pula cuma jadi dirinya sendiri. Dia bukannya peminat Nadeem. Malah Dian sendiri mengakuinya semasa rakaman episod pertama rancangan itu. Tercabar dengan kenyataan Dian, Nadeem berusaha untuk menyingkirkan Dian dari rancangan itu. Namun, hakikatnya Dian tetap meraih sokongan dan terus kekal dalam rancangan realiti itu.

Dapatkah mereka menggapai impian mereka atau mereka harus akur dengan percaturan takdir yang telah tertulis buat mereka?

Komen saya:

1. Rasa macam ada terperasan komen penulis kata yang cerita ni agak sweet overdose. Tapi rasanya macam takkk je. Hihi. (Ini untuk piawaian sayalah eh, orang lain mungkin rasa cerita ni terlebih manis. :))

2. Kisah ini buat saya teringat Ben 10 (Diari Mrs Ben - Yang Luar Biasa). Haha. Mungkin sebab cerita berkisar tentang dunia artis kot?

3. Rasanya ramai yang geram kat Nadeem kan, lepas insiden yang berlaku dengan Balqis tu? Tapi untuk saya, penulis berjaya buat saya kesian kat Nadeem dengan tunjukkan turning point dan perubahan positif Nadeem.

4. Sesekali seronok baca kisah sebegini sebenarnya. Kita dapat lihat sisi 'lain' dunia glamour ni. Apa yang kita nampak dalam rancangan realiti tv tu bukan realiti sebenarnya pun, kan? ;) Tahniah buat penulis. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus menulis. :)

View all my reviews

P/s: Mulai tahun 2015 aci copy-paste review dari Goodreads je la ye? ;)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review