Showing posts with label Afifah Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Afifah Yusuf. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Calon Isteri Jutawan - Nuriffa

Posted by Hajar at 6:59 PM 4 comments
Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis:Nuriffa
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 656 mukasurat
ISBN: 9789670567051

Akibat kesilapan menghadiri temuduga, Nurul Izyanie (Yanie) terpilih sebagai calon akhir untuk mencari calon isteri seorang jutawan muda. Memang pelik, dalam ramai-ramai calon yang dipilih oleh jutawan muda yang bernama Izzad Daniel (Izzad) tu, cuma Yanie seorang saja yang agak 'semenggah' berbanding calon-calon yang lain. Dari awal memang dah nampak Yanie jadi calon paling layak, tapi peraturan tetap peraturan. Mereka tetap kena bersaing secara sihat.

Bagi Yanie pula, penyertaannya sebagai calon isteri jutawan hanya dengan niat untuk membantu kakaknya, Ifti yang sedang dilanda masalah. Ini kerana Izzad dah berjanji untuk berikan Yanie jawatan pembantu setiausaha di pejabatnya selepas tamat pemilihan. Bagi Yanie, itulah satu-satunya cara untuk membantu Ifti yang terbelenggu dengan masalah kewangan selepas abang ipar Yanie kehilangan kerja.  Yanie dan Ifti cuma dua beradik. Mereka cuma ada antara satu sama lain bila kedua ibu bapa mereka meninggal dunia.

Pelbagai ujian yang telah pun diatur untuk calon-calon isteri jutawan muda ni. Siap ada bantuan skuad tambahan dari nenek Izzad lagi. Hehe. Tapi akhinya kita tetap nampak hanya seorang yang layak untuk memegang title sebagai isteri jutawan muda itu, iaitu Yanie.

Yanie memang tak bersetuju untuk terima Izzad sebagai suami. Yelah, banyak sangat perselisihan faham antara mereka ni sampai Yanie dah cop si Izzad ni tak sesuai dibuat suami. Tapi berkat pujukan Mek Yah (nenek Izzad), Mak Ngah Yanie dan juga tindakan gila Izzad melamar guna lori apek surat khabar lama, akhirnya terbuka juga hati Yanie untuk bertunang dan seterusnya menerima Izzad dalam hidupnya.

Perkahwinan mereka nampak membahagiakan pada awalnya. Mereka saling belajar menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Cuma badai melanda bila Izzad disahkan menghidap penyakit leukimia. Rupanya bila mengetahui tentang penyakitnya itu, Izzad pernah berjanji sesuatu denggan Adam, teman baiknya sebelum berkahwin dengan Yanie. Bila Adam menuntut janjinya dan Tengku Fathiah (salah seorang calon yang gagal dalam ujian calon isteri Izzad) pula mula menabur fitnah tentang Yanie pada Izzad, mampukah Izzad dan Yanie mempertahankan rumahtangga mereka?

Komen saya: Cerita ni buat saya teringat rancangan realiti tv. Tapi pencarian Izzad ni taklah jadi rancangan realiti tv. Hehe. Kisah yang agak santai dan tak meleret sebab konflik cuma muncul di penghujung cerita. Tahniah ye Afifah. Moga terus berkarya selepas ini.  :)

Sunday, January 15, 2012

Jodoh Kau Dan Aku - Afifah Yusuf

Posted by Hajar at 9:03 PM 2 comments

Tajuk: Jodoh Kau Dan Aku
Penulis: Afifah Yusof
Penerbit: Fajar Pakeer
Harga : RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
Halaman: 370 mukasurat
ISBN: 9789673650965

Satu lagi novel kahwin paksa di pasaran. Tipikal, tapi memang ramai yang gemarkan genre sebegini. :)

Jodoh Kau Dan Aku (JKDA) ni sebenarnya antara novel yang saya ikuti di blog penulisnya dulu. Saya tau ramai yang agak bengang dengan endingnya. But hey, that's her first attempt. So, jangan mengharapkan sesuatu yang sempurna. Doakan karyanya yang akan datang akan lebih baik daripada yang ini. Mudah-mudahan.:)

JKDA ni mengisahkan Natasya yang merupakan anak gadis kepada seorang usahawan berjaya bergelar Datuk. Natasya mempunyai seorang kakak sebapa bernama Hana. Natasya merupakan seorang graduan dalam bidang fesyen tapi dipaksa oleh Datuk Hasnol untuk bekerja di syarikatnya untuk mempelajari seelok-belok tentang perniagaan. Natasya ni selalu saja dibandingkan dengan Hana sehinggakan untuk mencari jodoh pun disuruhnya Natasya mencari jodoh yang sepadan dengan kekayaan mereka sekaligus mencontohi kakaknya yang sedang bercinta dengan Raja Farhan.

Hinggalah suatu hari kedatangan Ashraf ke rumah mereka membongkar rahsia Hana. Ashraf merupakan kekasih Hana tapi dinafikan oleh Hana. Hana berjaya memutarbelitkan fakta, mengatakan yang Ashraf merupakan kekasih Natasya. Datuk Hasnol yang memang terlalu mempercayai Hana memarahi Natasya kerana berani bercinta dengan orang yang tak sepadan dengan kedudukan mereka oleh kerana Ashraf hanyalah seorang peguam yang makan gaji.

Ashraf yang rasa marah dan tercabar dengan Hana meminang Natasya hanya kerana mahu membalas dendam di atas penghinaan keluarga Natasya kepadanya. Datuk Hasnol yang berang kerana Natasya tak mahu menurut kata-katanya terpaksa menikahkan Natasya dan Ashraf. Selepas pernikahan mereka Natasha dihalau keluar dari rumah agam keluarganya. Natasya juga dibuang kerja serta-merta.

Ashraf yang merasa bersalah dengan Natasya berusaha untuk menyediakan kediaman yang selesa untuk Natasya walaupun kediaman mereka tidaklah semewah dan seagam rumah keluarga Natasya. Tanpa pengetahuan keluarga Natasya, keluarga Ashraf juga merupakan usahawan berjaya. Cuma Ashraf tak suka menumpang kekayaan keluarganya sebagai memberontak sebab ibu bapanya kerap sibuk dengan kerjaya hingga mengabaikan Ashraf. Mujurlah keluarga ibu susuannya sangat menyayangi Ashraf.

Beberapa hal yang berlaku akhirnya merapatkan hubungan Ashraf dan Natasya. Natasya juga membantu merapatkan hubungan Ashraf dan ibu bapanya. Dalam masa yang sama, Ashraf juga membantu Datuk Hasnol menyiasat dan menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku di dalam syarikat angkara Hana. Datuk Hasnol yang menyesal dengan perbuatannya telah meminta maaf dengan Natasya dan Ashraf.

Memang tak sangka Hana sanggup mengkhianati bapa sendiri untuk membolot syer supaya dapat menguasai syarikat. Konon dengan menyebelahi bakal bapa mertuanya, Raja Fariuddin, Hana akan memiliki dan berkuasa dalam syarikat kepunyaan bapanya itu. Tapi akhirnya Hana juga disingkirkan oleh Raja Fariuddin dengan mudah.

Apa yang bakal berlaku kepada Hana? Adakah Datuk Hasnol memaafkan Hana atas apa yang telah dilakukannya? Berjayakan Natasya mengekalkan perkahwinannya dengan Ashraf? Semuanya akan terjawab dalam JKDA. ;)

Komen saya: JKDA merupakan sebuah kisah tipikal tanpa konflik berat yang akan membuat emosi menjadi roller coaster. Senang cerita, buku ini tak membuatkan kita berfikir banyak. Just a nice story for a beginner. ;)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review