Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis:Nuriffa
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 656 mukasurat
ISBN: 9789670567051
Akibat kesilapan menghadiri temuduga, Nurul Izyanie (Yanie) terpilih sebagai calon akhir untuk mencari calon isteri seorang jutawan muda. Memang pelik, dalam ramai-ramai calon yang dipilih oleh jutawan muda yang bernama Izzad Daniel (Izzad) tu, cuma Yanie seorang saja yang agak 'semenggah' berbanding calon-calon yang lain. Dari awal memang dah nampak Yanie jadi calon paling layak, tapi peraturan tetap peraturan. Mereka tetap kena bersaing secara sihat.
Bagi Yanie pula, penyertaannya sebagai calon isteri jutawan hanya dengan niat untuk membantu kakaknya, Ifti yang sedang dilanda masalah. Ini kerana Izzad dah berjanji untuk berikan Yanie jawatan pembantu setiausaha di pejabatnya selepas tamat pemilihan. Bagi Yanie, itulah satu-satunya cara untuk membantu Ifti yang terbelenggu dengan masalah kewangan selepas abang ipar Yanie kehilangan kerja. Yanie dan Ifti cuma dua beradik. Mereka cuma ada antara satu sama lain bila kedua ibu bapa mereka meninggal dunia.
Pelbagai ujian yang telah pun diatur untuk calon-calon isteri jutawan muda ni. Siap ada bantuan skuad tambahan dari nenek Izzad lagi. Hehe. Tapi akhinya kita tetap nampak hanya seorang yang layak untuk memegang title sebagai isteri jutawan muda itu, iaitu Yanie.
Yanie memang tak bersetuju untuk terima Izzad sebagai suami. Yelah, banyak sangat perselisihan faham antara mereka ni sampai Yanie dah cop si Izzad ni tak sesuai dibuat suami. Tapi berkat pujukan Mek Yah (nenek Izzad), Mak Ngah Yanie dan juga tindakan gila Izzad melamar guna lori apek surat khabar lama, akhirnya terbuka juga hati Yanie untuk bertunang dan seterusnya menerima Izzad dalam hidupnya.
Perkahwinan mereka nampak membahagiakan pada awalnya. Mereka saling belajar menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Cuma badai melanda bila Izzad disahkan menghidap penyakit leukimia. Rupanya bila mengetahui tentang penyakitnya itu, Izzad pernah berjanji sesuatu denggan Adam, teman baiknya sebelum berkahwin dengan Yanie. Bila Adam menuntut janjinya dan Tengku Fathiah (salah seorang calon yang gagal dalam ujian calon isteri Izzad) pula mula menabur fitnah tentang Yanie pada Izzad, mampukah Izzad dan Yanie mempertahankan rumahtangga mereka?
Komen saya: Cerita ni buat saya teringat rancangan realiti tv. Tapi pencarian Izzad ni taklah jadi rancangan realiti tv. Hehe. Kisah yang agak santai dan tak meleret sebab konflik cuma muncul di penghujung cerita. Tahniah ye Afifah. Moga terus berkarya selepas ini. :)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
4 comments:
ehhh..rupanya Afifah Yusuf penulisnya.TAHNIAH untuk buku terbaru saya suka Jodoh Kau Dan Aku juga
belum baca lagi bukuni,nampaknya lepasni kena cari dalam kotak labalik sbb hr tu pindah dah paking masuk kotak
Alhamdullilah. Terima kasih banyak sudi mndapatkan buah tangan kedua saya ni. Terima kasih di atas reviewnya :) insyaAllah saya cuba perbaiki lagi di masa akan datang :)
Nak tanya novel ni still dijual ke . Nak sangat novel ni .tp dkat book store dah takde . Please reply ASAP
Cuba cari kat mphbookstore order secara online
Post a Comment