Tajuk: Anak Teruna Makcik Rahimah
Penulis: Sakeena
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 489 mukasurat
ISBN: 9789670508245
Ain Zahra (Ain) dan Arm Waseem (Waseem) bertemu bila Ain terlanggar Waseem yang baru lepas membeli kopi di
vending machine. Habis bertompok baju Waseem dengan kopi. Ain fikir dengan meminta maaf, segalanya selesai di situ. Rupanya tidak. Waseem yang digelar Encik Kopi oleh Ain ni bagaikan mengekori Ain ke mana sahaja sampai ahli keluarga Ain syak yang Ain sudah angau dengan Encik Kopi ni. Lebih-lebih lagi bila Ain tertangkap dengan Alongnya bila dia 'terpaksa' mencuci kemeja dan kot Waseem yang bertompok dengan kopi.
Hubungan mereka berdua memang tak pernah aman. Ada saja yang akan diperdebatkan walaupun isu kecil. Masing-masing dah dewasa tapi masih keanak-anakan. Haish. Cik Toolbag dan Encik Kopi. Memang padan sangatlah tu.
Hidup Ain semakin tertekan bila dia terikat dengan ikatan pertunangan di tanah suci. Paling tak disangka rupanya Encik Tunangnya adalah Waseem! Haish. Memang bencana bagi Ain. Waseem masih dengan sikap '
kerek'nya yang tak surut dan Ain pula dengan kedegilannya. Macam manalah nak duduk serumah ni? Hehe.
Tapi segalanya berubah bila mereka berkahwin. Waseem tiba-tiba jadi seorang sangat manis. Hehe. Buat kita rasa nak tersenyum je setiap kali datang angin nakal dia mengusik Ain. Cuma Ain sajalah yang susah nak menerima Waseem sebagai suaminya. Rupanya masih dihantui kenangan silamnya. Ain takut untuk menerima Waseem kerana bimbang akan kehilangan sekiranya dia mula menyayangi Waseem. Haila, Ain..Ain..
Komen saya: Berjaya juga saya habiskan pembacaan walaupun ramai kawan-kawan yang beri maklumbalas negatif untuk kisah ini. Tapi
saya tetap nak baca sebab saya dah pernah mengikuti hampir 90% kisah Ain dan Waseem ni di blog penulis dulu. Bagi saya, kisahnya santai dengan konflik minima (yang memang selera saya) walaupun
towards the end saya rasa macam ada sedikit persamaan dengan aA + bB. Tapi itu mungkin perasaan saya je agaknya. :) Apa pun, tahniah buat penulis untuk garapan pertama yang manis ni. Moga cepat sembuh untuk terus berkarya. :)
1 comments:
Saya suka cerita ni sbb suka kerjaya Ain,bukan wanita nak kerja macam Ain ni. Lagipun bukan senang nak jumpa watak heroin bekerjaya macam ni. ( saya memang berminat dengan kerja bahagian maintanance ni )hehe
TAHNIAH buat penulis, harap penulis dah sembuh dan sihat dari kemalangan .
Post a Comment