Showing posts with label Nadia Khan. Show all posts
Showing posts with label Nadia Khan. Show all posts

Saturday, April 18, 2015

Pakar

Posted by Hajar at 9:49 PM 0 comments
PakarPakar by Nadia Khan
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 9.90 (e-book)

Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman: 209 mukasurat
ISBN: 9789670750712


15-04-2015

Gara-gara tak yakin dapat pergi PBAKL tahun ni, dengan gigihnya saya beli ebook buku terbaharu Nadia Khan ni. Hikhik. Maafkan saya rakan-rakan sebonet, saya tak mampu untuk menahan diri daripada 'membakar' kalian. :P

Untuk buku ini ada dua buah cerita pendek tentang 'pakar' dalam bidang masing-masing. Dan seperti mana yang tercatat dalam blurb buku ini, apa akan jadi sekiranya pakar itu (yang sepatutnya membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka) sendiri yang bermasalah? :)

Agensi Curi Jodoh

1. Saya suka dgn kesudahan yang buat Liya sedar tentang risiko terhadap keinginan dan kehendaknya yang teringin bersuami berkedudukan dan stabil. Lebih-lebih lagi bila sejarah keluarga Khairy jelas menunjukkan ada sesuatu yang tak beres.

2. Kata Liya; Kebenaran itu memang pahit. Dan kebenarannya - apa yang seorang lelaki buat pada perempuan lain untuk bersama kita , dia juga boleh buat perkara yang sama pada kita untuk bersama dengan perempuan lain. BINGO!

3. Kisah Erin - Ben - Julia tu kalau dapat dikembangkan lagi pun menarik sebenarnya. :) Tapi tak suka Ben. Selfish. Tapi memang hakikatnya perangai kebanyakan lelaki macam tu kot? :P

Pakar Sakit Hati

1. Dr Max dan Dr Sandra, berdepan dengan masalah pasangan yang mendapatkan khidmat nasihat mereka tak sesukar berdepan dengan masalah individu dengan pasangan halimunan.

2. Kisah ni fast paced. Yelah, cerita pun pendek aje kan? Cuma mungkin pengakhirnya buat kita rasa tertipu seperti mana Dr Max dan Dr Sandra. Haha.

3. Rupanya ada beza antara psychologist dan psychiatrist. Hmm, baru tau. Bukan sekadar beza ejaan saja ya? Terima kasih penulis untuk pencerahan.

Komen saya:

1. Worth buying and worth reading .
2. Bahan bacaan pilihan untuk pembaca yang cari kelainan sebab 2 kisah ni memang non-cliche.
3. Seperti biasa penulis akan 'menutup' ceritanya dengan persoalan yang akan buat kita terfikir sendiri.
4. Tahniah buat penulis sebab masih kekalkan identiti dan momentum yang sama. :)
5. Selamat membeli dan membaca (terutamanya untuk geng sebonet. :) )

View all my reviews

Tuesday, June 24, 2014

Cerpen

Posted by Hajar at 9:36 PM 0 comments
Tajuk: Cerpen
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 18.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 263 mukasurat
ISBN: 9789670374154

Hajat nak memiliki buku ni akhirnya jadi nyata bila MPH tawarkan diskaun 20% untuk buku-buku alternatif terpilih. Dan inilah salah satu buku yang terpilih tu. Haha. Macam biasa, karya Nadia Khan bukan karya kosong semata. Kebanyakan karya yang dimuatkan dalam Cerpen ini adalah karya yang pernah diterbitkan di majalah dan juga pernah memenangi beberapa pertandingan.

Saya suka semua cerpen dan skrip filem pendek yang terkandung dalam ni. Tapi yang betul-betuk terkesan untuk saya adalah yang ini : -

Puaka Pak Jaha 
Sungguh bak kata penulis, ini bukan kisah mistik. Tapi tentang sikap 'kebanyakan orang kita' yang lebih suka judging berdasarkan cerita (dan semestinya dengan tokok tambah) dari orang lain. Jarang kita nak siasat kebenaran, malah kita lebih suka menokok tambah cerita yang sedia ada. Namun bagi Pak Jaha sendiri, dia lebih rela dianggap memelihara 'belaan' daripada mendedahkan kekurangan isterinya kepada orang lain.

Pinjam Masamu, Kak
Kadangkala kehidupan ini bukan kita yang punya. Jantung yang berdegup ini bukan milik kita. Setiap langkah pelu difikir dan diteliti terlebih dahulu. Meski otak kata boleh dan hati kata ya, tidak cukup untuk memenuhi erti sebuah kehidupan. - m/s 42

Cikgu Din
Suka cerpen ni. Cikgu Din pendidik yang menekankan kerasionalan dalam setiap pengajarannya. Tapi malangnya ada ibu bapa yang tak boleh menerima cara pengajaran Cikgu Din sehingga dia terpaksa berpindah sekolah. Agaknya kalau cikgu sejarah saya dulu macam Cikgu Din, harus sejarah dapat A aja agaknya. :P

Anak Dinihari 
Memang seronok kalau dapat buat apa yang kita suka tanpa fikirkan penilaian dan tanggapan orang lain. Kadangkala kerja yang nampak berprofil tinggi tu bukanlah gah mana pun, kan? :)

Kopi Tiga Suku (skrip filem pendek) 
Shah : Awak sedar tak...setiap kali awak buat air, awak buat untuk saya je. Awak tak pernah buat untuk awak sekali. Kenapa?
Hana : (terdiam) Entah ya! Kenapa?
Shah : (senyum) Awak selalu dulukan saya dalam hidup awak, sampai awak lupa pasal diri sendiri. Jadi, setiap kali saya minum air kopi yang awak buat, saya tetap akan tinggalkan sedikit...untuk awak. (m/s: 145)

Kopi Kola
Mulai sekarang, saya jadi Kopi, awak jadi Kola. Kopi melambangkan jiwa marhaen saya yang sejati, Kola nak melambangkan jiwa awak yang ala hipster tu. - m/s 199
Cute. Tapi kenapa ending macam tu? Adeh deh...(Kalau penulis memang ada hajat nak sambung dalam bentuk novel memang sangatlah dialu-alukan. :D)

Dah, cukup. Nak baca selebihnya sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. :D


Saturday, January 18, 2014

Gantung

Posted by Hajar at 9:47 PM 2 comments
Tajuk: Gantung
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 293 mukasurat
ISBN: 9789670374505

Dunia mereka memang riang. Penuh warna warni. Ceria. Gibbs, Ray, Troll dan KJ (sila jangan bayangkan the real KJ. Haha). Mereka berempat adalah pelajar paling popular di sebuah sekolah berasrama elit. Berpengaruh. Sosial. Kalau tak, masakan boleh muncul ‘Musketeer Code - not all for one but one for all’ tu. Peraturan yang pada awalnya dicipta oleh Gibbs tapi akhirnya dilanggar sendiri gara-gara jatuh cinta dengan ketua pelajar, Fara.

Deepa, si gadis psiko yang juga teman sebilik Fara meminati Gibbs. Tapi sebab Gibbs memang dah aim Fara, maka kemunculan Deepa memang Gibbs ignore aja. Tapi bila Deepa mula mengugut untuk bocorkan rahsia percintaannya dengan Fara, Gibbs terpaksa juga melayan Deepa.

Kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dan inilah yang berlaku pada mereka. Oleh kerana mengikutkan rasa hati, hidup mereka berempat musnah akibat kenakalan mereka. Phew~

Komen saya: Tak tahu kenapa, towards the end of the story rasa sedih sangat walaupun mereka bertiga ni dok happy gelak-gelak bercerita perihal senior year diorang. Mungkin sebab terfikir, sedihnya bila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi orang yang memang berhubungan rapat dengan diri kita. Lagi sedih bila impian yang direncana sejak sekian lama hancur berkubur tanpa sempat dibina. Sobs. Yalah, bukan semua impian tu bisa digapai kan? Kadangkala kita perlu berkorban walaupun pengorbanan tu perit untuk dilakukan. *Tetiba keluar aura seniman. LOL .* Tapi itulah rasanya perasaan Gibbs setelah tahu kebenaran yang terlindung selama ini. Sobs lagi.

Ceritanya mudah. Tentang persabahatan. Tentang percintaan. Cuma quite creepy. Haha. Err.. Mula-mula saya fikir cerita ni adalah kesinambungan dua dimensi yang berbeza. Tapi bila baca balik, eh.. ini bukannya macam flashback scene pun. Rupanya.... Huhu.

Jujurnya saya lebih sukakan naskhah ini berbanding Kelabu sebab tak rasa tertipu masa membacanya. Kehkeh. Cuma pembacaan memang kena fokus, tak boleh skip. Boleh jadi confuse nanti. Good job Nadia Khan! Cuma saya harap saya tak dihantui Gibbs malam ni. :P 

Wednesday, July 31, 2013

Kelabu - Nadia Khan

Posted by Hajar at 8:35 PM 0 comments
Tajuk: Kelabu
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 24.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 456 mukasurat
ISBN: 9789670374048


Bukan senang hidup sebagai Amir ni. Hidupnya penuh kekelabuan. Hitam atau putihnya tak berapa jelas. Dan dia pun kadangkala keliru dengan identitinya sendiri. Haih.

Perkenalan Amir dengan Jun sewaktu bertugas di event sebuah kolej membawa kepada hubungan kontrak mereka. Amir ditawarkan watak boyfriend kontrak sebab Jun nak buatkan teman lelakinya cemburu. Pelawaan Jun diterima dengan senang hati walaupun teman-teman rapat Amir tak bersetuju dengan risiko yang bakal dihadapi oleh Amir bila dia bersetuju untuk membantu Jun.

Kisahnya memang mudah. Cuma kita bakal dikejutkan di pertengahan cerita. Hehe. Rasa tertipu juga mula-mula. Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan penulis di dalam Kelabu. Bagaimana Amir membuat pilihan setelah segala kebenaran terbongkar? Hitam ataupun putih yang jadi pilihan? :)

Sebenarnya didikan ibu bapa sangat memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Kalau awal-awal lagi dah dedahkan anak-anak dengan perkara yang buruk, memang buruklah pengaruhnya. Jadi, kalau anak-anak buat hal silalah muhasabah diri dulu ye. Jangan sesuka hati nak menuding jari pada orang lain. Ops! Apa pun, tahniah buat penulis untuk cubaan berani ini.  

Komen saya: Membaca kebanyakan resensi berkaitan buku ini buat rasa ingin tahu makin membuak. Nak tahu sangat apa kelainan di sebalik plot kisah yang digarap penulis ini. Tapi malangnya rasa teruja yang saya simpan sekian lama dah tak berapa mengujakan bila saya dah terbaca kisah Suhani dalam antologi cerpen KLCC. Aiseh. Jadi bila baca buku ini saya dah tak rasa adventure dengan perjalanan kisah Amir ni. Tapi... watak Shah tu pada saya banyak jadi penyelamat kepada rasa terkilan pada diri sendiri. Hehe. Itulah, siapa suruh spoilkan diri sendiri? Cuma rasa kenapa pengakhirnya sebegitu? Siapa yang datang ke rumah Amir tu? Shah atau Amran? Recommended untuk pembaca yang mencari kelainan plot dan jalan cerita. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review