Tuesday, June 24, 2014

Cerpen

Posted by Hajar at 9:36 PM
Tajuk: Cerpen
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 18.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 263 mukasurat
ISBN: 9789670374154

Hajat nak memiliki buku ni akhirnya jadi nyata bila MPH tawarkan diskaun 20% untuk buku-buku alternatif terpilih. Dan inilah salah satu buku yang terpilih tu. Haha. Macam biasa, karya Nadia Khan bukan karya kosong semata. Kebanyakan karya yang dimuatkan dalam Cerpen ini adalah karya yang pernah diterbitkan di majalah dan juga pernah memenangi beberapa pertandingan.

Saya suka semua cerpen dan skrip filem pendek yang terkandung dalam ni. Tapi yang betul-betuk terkesan untuk saya adalah yang ini : -

Puaka Pak Jaha 
Sungguh bak kata penulis, ini bukan kisah mistik. Tapi tentang sikap 'kebanyakan orang kita' yang lebih suka judging berdasarkan cerita (dan semestinya dengan tokok tambah) dari orang lain. Jarang kita nak siasat kebenaran, malah kita lebih suka menokok tambah cerita yang sedia ada. Namun bagi Pak Jaha sendiri, dia lebih rela dianggap memelihara 'belaan' daripada mendedahkan kekurangan isterinya kepada orang lain.

Pinjam Masamu, Kak
Kadangkala kehidupan ini bukan kita yang punya. Jantung yang berdegup ini bukan milik kita. Setiap langkah pelu difikir dan diteliti terlebih dahulu. Meski otak kata boleh dan hati kata ya, tidak cukup untuk memenuhi erti sebuah kehidupan. - m/s 42

Cikgu Din
Suka cerpen ni. Cikgu Din pendidik yang menekankan kerasionalan dalam setiap pengajarannya. Tapi malangnya ada ibu bapa yang tak boleh menerima cara pengajaran Cikgu Din sehingga dia terpaksa berpindah sekolah. Agaknya kalau cikgu sejarah saya dulu macam Cikgu Din, harus sejarah dapat A aja agaknya. :P

Anak Dinihari 
Memang seronok kalau dapat buat apa yang kita suka tanpa fikirkan penilaian dan tanggapan orang lain. Kadangkala kerja yang nampak berprofil tinggi tu bukanlah gah mana pun, kan? :)

Kopi Tiga Suku (skrip filem pendek) 
Shah : Awak sedar tak...setiap kali awak buat air, awak buat untuk saya je. Awak tak pernah buat untuk awak sekali. Kenapa?
Hana : (terdiam) Entah ya! Kenapa?
Shah : (senyum) Awak selalu dulukan saya dalam hidup awak, sampai awak lupa pasal diri sendiri. Jadi, setiap kali saya minum air kopi yang awak buat, saya tetap akan tinggalkan sedikit...untuk awak. (m/s: 145)

Kopi Kola
Mulai sekarang, saya jadi Kopi, awak jadi Kola. Kopi melambangkan jiwa marhaen saya yang sejati, Kola nak melambangkan jiwa awak yang ala hipster tu. - m/s 199
Cute. Tapi kenapa ending macam tu? Adeh deh...(Kalau penulis memang ada hajat nak sambung dalam bentuk novel memang sangatlah dialu-alukan. :D)

Dah, cukup. Nak baca selebihnya sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. :D


0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review