Tajuk: Kahwin Dengan Saya?
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman: 662 mukasurat
ISBN: 9789831249406
Yang saya suka tentang kisah ini:
1. Kisah kekeluargaan yang dipaparkan. Macam dah jadi trademark untuk penulis memasukkan unsur ini dalam setiap karyanya. :)
2.
Qara Nisa (Qara) yang sangat lembut hatinya. Tak pernah berdendam walau
sejahat dan seteruk mana layanan yang diterimanya. Baginya, kekurangan
dirinya sebagai seorang anak yatim piatu membuatkan dia dibenci oleh
kedua ibu bapa Dhia, kawan baiknya. (Macam kelakar bila fikir ada ibu
bapa yang begini, memusuhi seorang anak kecil yang konon bawa pengaruh
buruk kepada anaknya hanya kerana anak kecil itu seorang anak yatim
piatu. Hmm, mungkin ada, cuma saya yang tak jumpa manusia spesies ni)
3.
Persahabatan antara Qara dan Dhia yang kekal utuh semenjak sekolah
rendah walau diancam dengan pelbagai ugutan daripada kedua ibu bapa
Dhia.
4. Umair Haq (Haq) yang tak kisah jadi bapa tunggal hanya
kerana tak mahu anak sekecil Irham Firdaus disia-siakan oleh seorang ibu
yang tidak menghargai kehadiran seorang anak. Dia tak kisah dimarahi
uminya asalkan si kecil Irham tidak dilukai.
5. Kisah ini memang
libatkan watak yang ramai dalam penceritaannya tapi kita tak hilang
fokus kerana setiap watak ada perkaitan antara satu sama lain.
Yang buat saya geram:
1.
Syahil. Sungguh saya tak suka spesies lelaki sebegini. Tiada pendirian.
Macam lalang. Sanggup ketepikan pendirian sendiri hanya kerana takut
dengan ugutan keluarga yang kononnya tidak akan mewariskan harta
sekiranya Syahil tetap bercadang untuk teruskan hubungan dengan Qara.
Lelaki macam ni ke yang nak dijadikan calon suami? Hmmph!
2.
Datuk Kamil dan Datin Jalilah. Memang padan sangatlah. Dua-dua
materialistik. Atas alasan Qara tu anak yatim piatu, anak gadis itu
dimusuhi dan dihalang daripada berkawan dengan dengan Dhia. Malah
hubungan cinta Qara dan Syahil juga tidak direstui. Haish.
3.
Hajah Yasirah yang mudah sangat termakan hasutan Datin Jalilah. Patutnya
sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia boleh nilaikan sendiri
sikap Qara sebagai menantu berdasarkan layanan Qara kepada Haq dan ahli
keluarga yang lain. Ini siap boleh halau Qara keluar dari rumah pulak tu lepas dapat tahu kebenaran tentang Irham. *Geleng kepala*
4. Bila Dhia pun mula beri layanan ‘bahu sejuk’ gara-gara Qara tidak
mahu ikut kehendaknya. Sungguhla pentingkan diri Dhia ni. Boleh pulak dia nak mintak
Qara tinggalkan Haq dan kembali pada Syahil. Katanya Syahil perlukan
Qara untuk memulihkan semangatnya selepas bercerai. Apakah???
5. Haq yang termakan
kata-kata fitnah Syahil yang berniat untuk memisahkan Haq dan Qara.
Sampai terkeluar kata-kata yang buat Qara terluka parah. Huwaaaa, kesian
Qara tau! Mujur ada Maksu Razita. Kalau tidak Qara dah naik
penerbangan tambang murah entah ke mana-mana agaknya. :P
Komen saya:
Sungguh
pun kisah ni agak beremosi, saya sukakannya. Mungkin disebabkan
perjalanan kisah yang agak pantas dan tak meleret-leret dengan hal yang
tidak-tidak. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya ke-12 ini. Fuh,
kena kira berapa banyak buku AA yang ada dalam rak buku saya ni untuk
cukupkan koleksi. :D
MENGUKIR BAHAGIA- HANI FAZUHA
5 years ago
1 comments:
Penulis ni selalu buat saya baca buku ni mesti akan happy mula2 tu pastu mesti akan menangis sebelum happy balik huhu
Post a Comment