Sunday, June 15, 2014

Yang Dia Pilih

Posted by Hajar at 1:26 PM
                       

Tajuk:  Yang Dia Pilih
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  536 mukasurat
ISBN: 9789670718033

Apa yang saya suka:

1. Hareez. Sungguh, semenjak dipertemukan dengan karakter Hareez dalam Hati Kala Cinta memang saya lebih sukakan karakternya berbanding karakter Zhafran yang macam lalang tu.

2. Hareez (lagi?) yang matang, yang penyabar, yang sengal, yang manis, yang suka menyakat Fatia, anak dan cucu yang baik, malah sanggup simpan kelukaan hati ke dalam ruang hatinya yang paling dalam hanya untuk melihat keluarganya berbahagia. (Nampak tak, betapa saya sukakan si Hareez ni? Hahaha)

3. Elemen kasih sayang dan kekeluargaan yang dipaparkan dalam kisah ini. Betapa eratnya hubungan kekeluargaan Hareez dan Fatia, walaupun kita nampak mummy Fatia terang-terang lebih utamakan status kedudukan dalam memilih menantu. Kononnya Tengku Badri itulah yang paling layak untuk jadi suami Fatia. Heh.

4. Kesabaran Lya melayan Zhafran yang hilang upaya selepas ditimpa kemalangan, cuma tak betapa gemar dengan sikap Zhafran yang masih tak matang (bak kata Kakchik Zhafran suka 'buang' masalahnya untuk diselesaikan oleh orang lain). X(

5. Kisah ni tak diakhiri dengan typical happy ending scene - mengandung / bersalin / dapat anak kembar. :P Terima kasih buat penulis atas kelainan itu. :)

6. Penulis masih mengekalkan gaya penulisan yang lembut, mudah difahami dan tak berbunga-bunga.


Apa yang saya kurang suka:

1. Sikap terburu-buru Fatia. Lebih suka simpan prasangka terhadap suami sendiri daripada berterus terang.Communication breakdown antara mereka berdua ni teruk sangat. Dahla suka berprasangka lepas tu dok simpan sendiri. Bukannya nak tanya terus. Mujurlah dipertemukan dengan Hareez yang penyabar tu. Haish.. :-|

2. Sikap Hareez yang terlampau berlembut dengan Fatia. Memang tujuan asalnya nak beri ruang dan masa buat Fatia, tapi akhirnya keadaan jadi makin memburuk disebabkan sikapnya tu. Kesian Hareez. (Ish..ish..bias betul. :P)

3. Sikap Fatia yang lebih percayakan kawan berbanding suami sendiri yang akhirnya memakan diri. Ha, padan muka. :P

4. Adegan 'lepas kahwin' yang agak melemaskan (bagi saya). Jadi, ibu-ibu dan kakak-kakak, sila jauhkan buku ini dari jangkauan adik-adik di bawah umur ya? :)

Tahniah buat penulis atas kelahiran karya ke 6 dan karya kedua dibawah penerbitan sendiri. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)

P/s: Lepas baca selitan kisah Zahim + Tasya rasa macam nak sambung baca Mengukir Bahagia pulak. :D

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review