Tuesday, March 31, 2015

(Siri Bercakap-cakap Dengan....) Pilo Toq

Posted by Hajar at 9:05 PM 0 comments
Pilo ToqPilo Toq by Sindiket Sol-Jah
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Puteh Press
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 20.00
Halaman: 251 mukasurat
ISBN: 9789673692897

29-03-2015

Buku yang baru dibeli semalam dan terus dibaca. Haha. Alhamdulillah, memang terapi untuk saya yang sedang berperang dengan macam-macam kerenah di dunia realiti ni. Tersenyum-senyum saya membaca anekdot yang dicatatkan oleh ketiga-tiga penulis ini tentang pengalaman mereka dengan isteri masing-masing. :)

Disebabkan belum berpengalaman, saya selalu tertanya-tanya macam mana pasangan suami isteri mengekalkan apa yang mereka rasa di sepanjang tempoh perkahwinan mereka? Buku ni beri sedikit gambaran 'realiti'nya hidup berumahtangga. Ehem, jangan fikir yang manis bergula aja macam dalam novel yang dibaca tu tau? Realitinya memang jauh dari fantasi. Sungguh pun disampaikan dalam gaya bahasa yang santai, ada ketikanya apa yang dikatakan itu bagaikan terpercik ke muka sendiri. Hihi.

Memetik kata-kata Puan Mulan (isteri Op Zaharin);

"Perkahwinan, jangan jadi seperti bunga api. Cantik tapi sekejap. Biarlah jadi seperti lilin. Sederhana tapi terangnya lama."

Betullah tu. Orang kata nak sustain tu yang payah. Tapi as long as sama-sama usaha, insya-Allah dipermudahkan. :)

Tahniah buat team penulis dan penerbit atas usaha menerbitkan buku sebegini. Harap dapat baca lebih banyak buku sebegini untuk ubati kerinduan membaca blook. Hihi.

View all my reviews

Blues Amni : Cik Propagandis

Posted by Hajar at 7:38 AM 0 comments
Blues Amni: Cik PropagandisBlues Amni: Cik Propagandis by Rose Harissa
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga: RM16.50
Sabah/ Sarawak: RM 18.50
Halaman:  281 mukasurat
ISBN: 9789674080426

29-03-2015

Buku ini merupakan kesinambungan kisah Blues Amni: Oh Kerja!

Amni masih lagi terbelenggu dengan masalah kerenah Mr Phua dan rakan-rakan sekerja yang suka mengambil kesempatan atas sifat tolak ansur Amni. Cuma kali ni yang sadisnya, muncul pula watak yang suka tikam belakang macam Syura tu. Kuat propa dan sungguh pandai berpura-pura semata-mata mahukan perhatian pihak atasan.

(Huh, realitinya saya pun pernah berdepan dengan rakan sekerja 'spesies' begini. Sadis. Kesian pun ada.)

Sekali lagi watak Adam dan Bern muncul untuk menenangkan Amni. Hehe. Adam pun dah mula menunjukkan minat untuk berhubungan serius dengan Amni. Manakala Bern pula banyak menegur dan menggalakkan Amni untuk memperbaiki diri.

Tapi apa pula tindakan Amni untuk menangani kerenah bos dan rakan sekerja yang kuat propa tu?

Untuk siri kali ini banyak tips dan panduan yang dikongsi oleh penulis untuk rujukan terutamanya tips berdepan dengan kerenah bos dan teman sekerja yang kuat propa macam Syura tu.

Haish, tak sabar pulak nak baca kesudahan kisah Amyra dalam Proposal Cinta Selamanya

View all my reviews

Monday, March 30, 2015

Blues Amni: Oh, Kerja!

Posted by Hajar at 10:31 PM 0 comments
Blues Amni: Oh Kerja!Blues Amni: Oh Kerja! by Rose Harissa
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga: RM17.00
Sabah/ Sarawak: RM 19.00
Halaman:  311 mukasurat
ISBN: 9789675783630

29-03-2015

Terpanggil untuk membaca buku ni gara-gara terpandang disclaimer penulis bahawa karya terbaharunya (Proposal Cinta Selamanya) adalah revamp version of Blues Amni. Jadi dengan gigihnya saya memesan buku ini melalui MPH Online. :)

Sememangnya kisah Amni ini untuk bacaan remaja. Tapi remaja 'klasik' macam saya ni masih mampu menghadam kisah ini biar pun gaya bahasanya sangatlah skema. Bayangkan berbual dengan kawan serumah pun guna bahasa buku? Hikhik.

Kisahnya mudah dan berkisar tentang pekerjaan Amni sebagai seorang pereka besi. Bagaimana Amni berdepan dengan kerenah bos dan rakan sekerja. Dari satu sudut, kita nampak karakter Mr. Phua tu sebenarnya bertujuan mendidik Amni. Tapi dari sudut yang lain nampak macam membuli pulak. Ish!

Kemunculan karakter Adam dan Bernard juga turut mewarnai kisah ini. Watak mereka sedikit sebanyak membantu Amni berdepan dengan kerenah Mr. Phua yang selalu buat Amni stress.

Oh, saya pro-Bern. :P

View all my reviews

Biarkan Aku Menangis

Posted by Hajar at 9:29 PM 0 comments
Biarkan Aku MenangisBiarkan Aku Menangis by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.50
Sabah/ Sarawak: RM-
Halaman:  563 mukasurat
ISBN: 9789834211523

29-03-2015

Akhirnya tamat juga membaca buku pinjam ni. Hihi. Kisah ini agak mengganggu emosi. Itu sebabnya lama sangat buku ni tersimpan dalam senarai pending. :)

Perkahwinan Sarah dan Amrin memang nampak bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata setelah 7 tahun berkahwin. Sungguh pun Amrin tak pernah kisah dengan situasi keluarga kecilnya, namun bila selalu diasak oleh ibu sendiri tentang anak, sedikit sebanyak terusik juga keegoannya sebagai seorang lelaki. Lebih-lebih lagi kata Amrin, mustahillah dia itu mandul kerana adik beradiknya sebelas orang. Ergh, tipikal lelaki ego!

Kerana keegoannya itu juga Amrin bersetuju untuk menerima cadangan ibunya untuk berkahwin dengan Kartika. Haish. Kesian Sarah. Kerana hormatkan suami dan ibu mertua yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu, diturutkan juga walau hatinya terluka.

Setelah berkahwin baru Amrin sedar bahawa bukan mudah nak mengurus dua isteri. Kartika yang kononnya sanggup beralah mula menunjukkan belang selepas berkahwin dengan Amrin. Makin naik tocang pula bila Wan Khatijah sentiasa jadi penyokong kuat atas setiap permintaan dan kehendaknya. Huh. Mujurlah Sarah ni jenis wanita berdikari. Sentiasa beralah. Namun, sampai bila agaknya Sarah mampu bertahan dengan kerenah madu dan ibu mertua yang tak pernah mahu mengalah tu?

Komen saya:

1. Jujurnya kalau diikutkan sisi hati yang jahat ni saya harapkan kesudahan yang lebih membahagiakan buat Sarah. Biar Amrin tu pulak yang sengsara. :P

2. Tapi mujurlah diselamatkan oleh kesudahan yang setimpal buat Kartika. Inilah agaknya balasan untuk orang yang suka permainkan hukum. Ingat gelaran ustazah tu lesen untuk permainkan hukum Allah ke?

3. Wan Khatijah tu pun 'sekapal' je dengan Kartika. Tak tahu nak bersyukur. Tak reti nak hormat suami. Alahai. Sekali dapat balasan 'cash' baru tahu langit tu tinggi ke rendah. X(

4. Seperti biasa penulis tak pernah lupa menerapkan unsur-unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Kita dapat lihat yang hubungan kekeluargaan antara keluarga Sarah dan keluarga Amrin (terutamanya Haji Kasman) tetap terjalin dengan baik walaupun Wan Khatijah tak pernah mengiktiraf Sarah sebagai menantu.

5. Apa pun terima kasih buat penulis atas garapan penuh emosi ni. Lepas ni tak tahulah sanggup lagi atau pun tidak nak membaca kisah sebegini. Hihi. :P

6. Terima kasih daun keladi tuan punya buku. Lain kali boleh pinjam lagi. ;)

View all my reviews

Sunday, March 29, 2015

Bougainvillea

Posted by Hajar at 5:12 PM 0 comments
BougainvilleaBougainvillea by Packy Sidique
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  595 mukasurat
ISBN: 9789670508047


29-03-2015
 
Kehilangan Nina setelah bertahun-tahun tidak pernah mematahkan semangat Hakimi (Kimi) untuk mencari punca kehilangan teman rapatnya itu. Kerana terbelenggu dengan kehilangan dan kenangan silam itu, Kimi tak pernah membuka hatinya untuk mencari pengganti Nina. Sebaliknya hanya menumpukan usaha untuk menyelesaikan misteri kehilangan Nina sehingga sanggup memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Deena memberi sedikit harapan namun tetap hampa kerana Deena bukannya orang yang dicari.

Deena, si gadis periang dan lincah ini dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan wajah Nina. Rupanya pertemuan Deena dengan Kimi turut menimbulkan rasa senang di hati Deena. Perpindahannya ke Rumah Bougainvillea milik keluarga Nina mula mengubah hidupnya. Deena mula didatangi oleh mimpi-mimpi pelik yang seolah-olah memberi petunjuk di mana Nina berada. Kegusaran itu Deena kongsikan dengan Kimi yang akhirnya membongkar misteri kehilangan Nina dan turut membawa hubungan kedua mereka setapak ke hadapan. :)

Komen saya:

1. Satu kisah yang patut dibaca oleh penggemar kisah berunsurkan misteri dan thriller.

2. Unsur suspensnya memang menjadi sehingga saya tertanya-tanya siapa agaknya dalang di sebalik kehilangan Nina tu? Mula-mula saya memang dah syak Zekri, tapi rupanya tekaan saya meleset. Cis! :P

3. Penulis membayangkan rupa Kimi tu macam Rashidi Ishak. Uiii, pujaan hati masa zaman sekolah menengah tu. Haha. Bukannya apa, ketika penulis lain sibuk membayangkan hero-hero ciptaan mereka kacak dan tampan setanding bintang Hollywood, masih ada rupanya penulis yang kekal berpijak di bumi yang nyata. ;)

4. Tahniah buat penulis kerana berjaya mengekalkan momentum keterujaan saya sepanjang pembacaan. Moga terus berkarya. Nampaknya buku kedua penulis sudah termasuk senarai panjang yang bakal diborong di PBAKL (mungkin?). :)

View all my reviews

Tuesday, March 10, 2015

Temuduga Cinta

Posted by Hajar at 10:27 PM 1 comments
Temu Duga CintaTemu Duga Cinta by Ridhya Iman
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  640 mukasurat
ISBN: 9789670718040


07-03-2015

Menarik juga kisah ni. Tak terlalu tipikal. Cuma kekangan masa buatkan saya lambat nak habiskan pembacaan. :)

Apa yang saya suka:

1. Watak utama tak digambarkan terlalu sempurna. Hero bukanlah lelaki berjawatan CEO yang memandu pelbagai kereta mewah dan pastinya tak bermulut manis. Uzair tu sangatlah sinikal orangnya. Haha.

2. Watak Uzair ni macam guardian angel buat Qurratul 'Ain ('Ain). Tak kelihatan tapi selalu ada untuk 'Ain. Watak sinis dan sarkastik tu hanya nak 'cover' perasaannya terhadap 'Ain. Anak yang baik sebab dia tak pernah berdendam dengan emak sendiri selepas kedua ibu bapanya berpisah disebabkan masalah kewangan. (Eh eh, macam bias dah ni.. :P)

3. 'Ain pun bukan jenis watak heroin yang sempurna segala segi. Fresh graduates yang tak kisah pun jadi pekerja bawahan semata kerana tak mahu menyusahkan emak di kampung. Kalut. Tapi kekalutannya itulah yang mengikat hati Uzair.

4. Adanya watak macam Makcik Lijah. Hehe. Ini antara watak kegemaran saya selepas Makcik Sari (Suami Yang Kubenci) dan Makcik Umi (Guy Next Door). :D

5. Peringatan-peringatan kecil yang diselitkan. Terutamanya tentang kemarahan dan dendam terhadap kedua ibu bapa. Walau macam mana teruk pun, mereka tetap insan yang patut kita hormati.

6. Tiada watak antagonis yang buat kita rasa stress sampai tahap nak campak buku ke dinding. Haha. Baik punya analogi. Pendek kata memang tenang-tenang je perasaan masa baca buku ni.

7. Masih lagi selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Tahniah buat penulis. :)

Apa yang saya kurang gemar:

1. Watak orang kampung yang lupa asal usul macam si Gayah tu. Lepas tu ada hati pulak nak menganiaya 'Ain. Grr!

2. Sisi gelap 'Ain yang terlalu lama menyimpan kemarahan terhadap keluarga sendiri. Mujurlah berjodoh dengan Uzair yang cool tu. Eh eh? :P

3. Kesalahan ejaan yang boleh diperbaiki. Bukan apa, makin banyak typo kadang-kadang boleh mendatangkan rasa jengkel nak membaca.

Oh, lupa pulak. Buku ini sebenarnya hadiah untuk review contest sempena PBAKL tahun lepas. Terima kasih IKP. :)

View all my reviews

Monday, March 9, 2015

Ilusaniti

Posted by Hajar at 10:22 PM 0 comments
ILUSANITIILUSANITI by Adib Zaini
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 19.90

Sabah/ Sarawak: RM -
Halaman:  318 mukasurat
ISBN: 9789670374345


Kenapa ending diorang ni selalunya bikin orang confuse???

07-03-2015

Cerita paling mental yang pernah saya baca setakat ni. Tsk. Paling sakit hati bila ending tak cantik. Huaaaa...

Ceritanya bermula dengan pertemuan sekumpulan rakan-rakan online yang bertemu buat pertama kalinya dan mereka sepakat untuk menonton wayang bersama-sama. Selepas pertemuan itu masing-masing mula dihantui pelbagai peristiwa dan mimpi pelik. Lebih memburukkan keadaan lagi bila ada di kalangan teman-teman maya mereka ditemui mati secara mengejut. Kemisterian yang melanda membuatkan masing-masing mula menyiasat untuk merungkai persoalan yang membelenggu kehidupan mereka.

Jadi, siapa agaknya dalang yang berperanan menghuru-harakan hidup mereka ni?

Kisahnya memang pantas dan unexpected. Kadang-kadang rasa macam; eh, iya ke ni? Ke hanya ilusi semata je ni? Cuma bila terlampau banyak jargon untuk gamers saya pening. Haha. Nampak sangat buta online games. :p


View all my reviews
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review