Showing posts with label April Snow. Show all posts
Showing posts with label April Snow. Show all posts

Sunday, August 3, 2014

Kerana Aya Sofya

Posted by Hajar at 8:35 PM 3 comments

Tajuk: Kerana Aya Sofya
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  716 mukasurat
ISBN: 9789670448589


Kerana si cilik yang bernama Aya Sofya (Sofi), dunia Fahratul Laila (Laila) berubah 100%. Banyak yang dikorbankannya semata untuk si kecil yang tidak berdosa itu. Demi memegang janji untuk melindungi aib seorang yang pernah bergelar sahabat, Laila dibuang keluarga dan pertunangannya juga putus di pertengahan jalan. Kata Tengku Huzair (Huzair), Laila bukan perempuan yang baik untuk dirinya yang kononnya daripada keturunan baik-baik. Ya, mungkin silap Laila tidak berterus terang, tapi lelaki matang sepatutnya tidak akan bertindak terburu-buru. Period!

Setelah 5 tahun, Aliyana datang kembali menuntut haknya terhadap Sofi. Zahwan Wazif (Wazif) telah diamanahkan sebagai peguam bagi pihaknya untuk menuntut Sofi daripada Laila. Walaupun kecewa dengan tindakan Aliyana yang memungkiri janji, Laila akhirnya beralah untuk serahkan hak penjagaan Sofi kepada Aliyana. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. Sofi kemalangan dan menemui ajalnya pada hari yang sepatutnya diserahkan kepada Aliyana. Kesedihan dan kekecewaan membuat Laila membawa dirinya jauh daripada insan-insan di sekelilingnya.

Rasa bersalah yang menghantui diri selepas pemergian Sofi membuatkan Wazif mencari Laila untuk memohon kemaafan. Lebih-lebih lagi bila tau kebenaran tentang Sofi daripada Aliyana dan Fakhrul. Lama tau Wazif cari Laila. Selepas hampir lima tahun baru pencariannya berakhir bila kebetulan Laila menghantar hadiah ke pejabatnya. Maka bermulalah misi melembutkan hati Laila yang dah lama terluka parah tu. Siapa yang tak cair dengan watak Wazif ni memang salute lah. Haha. Sebab dialah orangnya yang banyak membantu Laila menerima hakikat kehilangan Sofi sekaligus menyedarkan Laila bahawa itu hanyalah sebagai salah satu ujian Allah buat hamba-hambaNYA. :)

Bila hati Laila dah mula memaafkan dan menerima Wazif sebagai bakal teman hidupnya, Laila dikejutkan dengan berita pemergian walidnya dan juga hubungan pertunangannya dengan Huzair yang terjalin kembali atas kehendak arwah walid Laila. Jadi, bagaimana pula dengan rancangan perkahwinannya dengan Wazif?

Komen saya:

Suka karya ni sebab:

1. Penulis jarang recycle plot cerita dan background untuk pelakunya. Contohnya dalam kisah ni kita didedahkan dengan kerjaya Wazif sebagai peguam dan kerjaya Laila sebagai seorang pengurus pusat jualan kraftangan. Jadi, kalau cerita klise sekali pun, pembaca tak jemu dihidangkan dengan pengulangan plot dan background pelaku / cerita yang lebih kurang sama. :)

2. Gambaran watak Laila yang kuat berdepan dengan ujian walaupun disisihkan oleh ahli keluarga terdekatnya. Cuma, bila kelukaan dan kekecewaan tu disimpan lama, ia jadi dendam yang membara dalam diam. Mujurlah dipertemukan dengan Wazif yang bisa membikin hati jadi cair tu. ;)

3. Watak Zahwan Wazif yang sangat gentleman dan manis (tanpa gula tambahan). Tak malu untuk merendahkan ego untuk minta maaf atas kekhilafannya terhadap Laila. Lepas tu tengok pula macam mana dia layan emak dia. Jadi, boleh nampak kan mana datangnya sikap gentlemannya tu?

4. Family bonding yang ditonjolkan dalam kisah ini. Baik Laila mahu pun Wazif, keduanya mempunyai hubungan erat dengan kedua ibu bapa mereka. Cuma Laila pernah disisihkan keluarga disebabkan kehadiran si comel Aya Sofya.

5. Semangat setiakawan yang kuat antara Laila dan Ain. Ain tak pernah tinggalkan Laila bila Laila terpaksa berdepan dengan fasa kesukaran dalam hidupnya sampai kekadang terlupakan hal sendiri. :)

Tahniah Kak Kucc untuk Kerana Aya Sofya. Worth to readmeskipun saya dah habis baca versi blog dulu. :) Err, lepas ni giliran siapa pula agaknya eh?

Sunday, November 17, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - April Snow

Posted by Hajar at 8:37 PM 1 comments

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis
Penulis: April Snow
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  457 mukasurat
ISBN: 9789671188286

Perjalanan hidup Annur Qistina (Qistina) nyata tidak seindah namanya. Akibat salah faham dan keegoan seorang lelaki yang bergelar (bekas) tunangan membawa Qistina merantau jauh ke Manchester. Qistina bukan setakat pergi memenuhi tanggungjawab pada majikannya, tapi turut membawa hati yang luka kerana dihalau keluarga. Cerita buruk yang dibawa oleh (bekas) tunangan Qistina, Khalish Ariq (Khalish) sungguh mengecewakan keluarga lantas Qistina dihalau dari rumah oleh ayah kandungnya sendiri. Bukan mudah untuk seorang Qistina untuk bangkit dari kekecewaan. Sobs.

Kepulangan Qistina setelah 5 tahun membawa segunung harapan dan semangat untuk memulakan hidup baru di tanah air. Maruah yang sudah lama terpalit lumpur takkan sekali-kali diizinkan untuk diinjak lagi. Khalish yang kesal dengan kata-katanya setelah kebenaran terbongkar cuba mendekati Qistina. Berusaha memohon kemaafan dan mengintai ruang untuknya dalam hati Qistina. Walaupun Qistina berulang kali menolak dan menafikan perasaan yang masih bersisa, Khalish tetap degil untuk menunggu sehingga hati Qistina terbuka untuk menerimanya kembali. Heh.

Yang pasti, laluan berliku harus ditempuhi oleh Khalish. Kemunculan Fazwan Anuar, si kacak berprofil tinggi menjadi saingan utama. Abang angkat Zita (kawan baik Qistina) ni sungguh-sungguh jatuh cinta padang pertama pada pemilik nama Annur Qistina. Sanggup mendapatkan segala maklumat berkaitan Qistina daripada Zita. Haish. Memang boleh cair dibuatnyalah.

Bingung dan keliru dengan kedua-dua pilihannya, Johan Khusairy (Joe) sentiasa jadi tempat Qistina mengadu. Hubungan akrab antara mereka telah terjalin semenjak dulu sehingga menyebabkan Khalish cemburu dan akhirnya menjadi pencetus kepada tragedi hitam yang meragut kepercayaan kedua orang tua Qistina. Dalam diam rupanya Joe turut menyimpan rasa tapi terpaksa disimpan kerana tidak mahu dikatakan sebagai menangguk di air yang keruh. Antara ketiga-tiga mereka, siapakah yang benar-benar berjodoh dengan Qistina?

Komen saya: Saya kesian dengan Joe. Dapat rasa betapa patheticnya dia. Huhuk. Tapi okla, saya suka dengan pengakhiran mereka. Hihi. Terima kasih Kak Kucc sebab bagi pengakhiran bahagia untuk Joe. Eceh. :P Kisah yang menarik dan agak sadis tapi tak sinetron (meleret). Sayangnya cerita menarik macam ni dicacatkan oleh cover yang tak berapa menarik dan layout yang agak crowded. Berpinar mata saya nak membacanya. Huhu. Tapi bak kata orang, jangan nilai buku dari kulitnya. Baca dulu baru nilai. :) Apa pun, tahniah buat Kak Kucc atas kelahiran buku terbaru ini. Terima kasih juga atas goodies yang diberikan bersama pesanan buku ini. Moga makin maju jaya untuk karya-karya seterusnya. :) 

Friday, May 24, 2013

Mr. Sirap Bandung - Nadra Yasmina

Posted by Hajar at 10:03 PM 4 comments


Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  660 mukasurat
ISBN: 9789673651603

Perkenalan Teja dan Thaqif secara tidak sedar banyak membawa impak positif dalam hidup Thaqif.  Teja ni diibaratkan bagai penunjuk jalan bagi Thaqif yang dah jauh tersesat jalan. Pertemuan mereka pada awalnya cumalah sebagai rakan sejawat tanpa Teja mengetahui  bahawa 'teman rapatnya' itu adalah CEO Kiara Arena, tempat Teja mencari rezeki selama ini.

Thaqif ada sebab untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Dia mahu Teja selesa berkawan dengannya. Yelah, bayangkan betapa rasa rendahnya diri Teja kalau awal-awal lagi dia tahu Thaqif tu CEO. Dah sah-sahlah dia tak mahu bergaul dengan Thaqif atas alasan dia cuma seorang kerani stor. Bila itu terjadi dah tentulah Thaqif tak dapat nak mendekatkan diri dengan Teja kan? :)

Atas kesedaran diri yang jahil ilmu agama, Thaqif tidak malu untuk belajar asas agama melalui bapa Teja. Thaqif rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki jalan hidup keluarganya yang agak 'keduniaan' selama ini. Kehadiran Thaqif diterima baik oleh bapa dan ahli keluarga Teja yang lain. Lebih-lebih lagi bila Thaqif ni sangat pandai mengambil hati adik-adik Teja. Makin terbentang luaslah jalan nak mendekatkan diri dengan keluarga Teja.

Makin lama Teja dikenali, buat Thaqif makin tertarik hati. Namun, jalan kebahagiaan mereka tak semudah yang dijangka. Bagaimana penerimaan Teja bila kebenaran akhirnya terbongkar? Kemudian, bagaimana pula penerimaan ibu Thaqif yang sangat selektif dalam memilih menantu itu? Heh..

Komen saya: Walaupun kisah ini hanyalah sebuah kisah yang agak santai, banyak pengisian yang diselitkan oleh penulis dalam naskhah ini. Memang betul pun, kita mudah memandang enteng dalam perkara-perkara amal ibadah yang kita amalkan setiap hari sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita juga mudah untuk melakukan kesilapan dalam amal ibadah yang kita pandang enteng itu. Hmm..Terima kasih buat penulis atas ingatan serta pengisian dan tahniah juga atas kelahiran buku terbaru ini. Moga usaha dan perkongsian itu akan sentiasa berterusan. :)

Monday, November 19, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara - April Snow

Posted by Hajar at 8:09 AM 6 comments


Tajuk: Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  661 mukasurat
ISBN: 9789670448145

Wah, rasa macam baru je saya taip review buku penulis ni beberapa bulan lalu. Tup-tup buku kedua dah pun terbit. Tahniah Kucc. :)

Siti Nur (Siti) dibesarkan oleh Wan(nenek)nya. Status kelahirannya yang tak jelas menyebabkan dia sentiasa disisihkan, baik di sekolah mahupun di kawasan tempat tinggalnya. Wan lah yang banyak menyokong dan dan membantu bila Siti hampir rebah dengan tohmahan dan cacian orang sekeliling. Bila Wan meninggal, Siti hilang tempat bergantung dan terpaksa mengikut Datin Junainah (anak tunggal Wan) berpindah ke Kuala Lumpur. Siti berharap perpindahannya ke Kuala Lumpur dapat membongkar identitinya dengan bantuan Datin Junainah. Namun dia silap bila Datin Junainah tak pernah mengendahkan permintaannya, malah memperlakukannya seperti hamba tebusan. Kemuncak penderitaan Siti adalah bila dia dihalau keluar dari rumah agam keluarga Datuk Zainal di hari pernikahan Zurene, anak kesayangan Datin Junainah.

Pertemuan Siti dengan Puan Aishah dan juga si comel Benjamin (Ben) memang membawa sinar dalam hidupnya. Kebetulan waktu Datin Junainah diamuk kemarahan, Ben ada bersama Siti. Benlah yang berperanan menyelamatkan Siti bila dia mengadu pada Puan Aishah (neneknya) dan Akhmal (bapanya) tentang apa yang menimpa Siti. Siti kemudiannya di bawa pulang ke rumah mereka dan ditawarkan menjadi pengasuh Ben.

Sikap Siti yang polos tu bukan sahaja berjaya menambat hati Puan Aishah, malah Akhmal juga turut tertarik hati dengan peribadi pengasuh kesayangan Ben tu. Pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun ada rahsia yang disimpan oleh Puan Aishah demi kerana bimbangkan Siti. Datin Junainah yang masih berdendam dengan kedua ibu bapa Siti pula sibuk menabur fitnah tentang latar belakang Siti pada Akhmal. Mujurlah Akhmal ni bukan jenis yang cepat termakan hasutan walaupun nyaris juga tergelincir. Pertemuan semula Siti dengan Mak Jah (pembantu rumah Datin Junainah) dan Pak Salleh (pemandu Datin Junainah) berjaya membuka rahsia dan latar belakang Siti yang tersembunyi selama ini.

Komen saya: Phew, memang macam fairy tale dah. Macam kisah Cinderella moden. Hehe. Watak Siti ni walaupun digambarkan awal 20-an tapi saya rasa dia matang. Bukan jenis heroin tipikal yang akan larikan diri bila ditimpa masalah. :P  Mungkin sebab suasana dan persekitaran yang buat dia cepat matang kot. Salute juga dengan Akhmal yang tak mudah melatah dengan kata-kata orang sekeliling. Aha, kali ni pun ada cameo watak-watak lain daripada novel dan e-novel Kucc tau. Nak tau siapa kenalah baca. ;)

Thursday, July 5, 2012

Dia Idaman Hati - Nadra Yasmina

Posted by Hajar at 11:36 PM 12 comments



Tajuk: Dia Idaman Hati
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  510 mukasurat
ISBN: 9789673651252

Ini sebuah lagi e-novel yang telah pun tamat di blog dan akhirnya ada rezeki untuk diterbitkan. Tahniah Kucc. :)

Siapa sangka kehidupan sederhana dan biasa-biasa boleh berubah sekelip mata? Hanya kerana pertolongan yang dihulurkan oleh Asma saat diminta oleh Jeffrey, mereka terikat ke alam perkahwinan. Oh, jangan salah faham ya? Mereka bukan terpaksa berkahwin disebabkan kes khalwat. Cuma kisah Asma ni ibarat kisah fairy tale bila si miskin bertemu si kaya dan akhirnya berkahwin.

Asma, merupakan seorang jururawat pergigian. Dan dalam masa yang sama dia turut bekerja sebagai pembantu rumah hujung minggu di rumah Jeffrey. Itu pun sebab Mariana, setiausaha Jeffrey yang recommend Asma untuk bekerja di situ. Almaklumlah, Jeffrey ni terkenal dengan sikap tegas, cerewet dan kerenah yang pelbagai. Jadi, Mariana rasa Asmalah yang paling sesuai untuk bekerja di situ. Siap dapat approval Puan Sri Aimal (mama Jeffrey) lagi.  Lagipun Asma ni memang tunggak harapan keluarga, jadi dia memang akan lakukan apa sahaja pekerjaan halal yang bakal menambah pendapatannya.

Bekerja di rumah Jeffrey memang tak sesukar mana. Walaupun nampak Jeffrey tu cerewet, tapi semua kerja rumah berjaya dilunasi oleh Asma dengan mudah. Mereka pun tak pernah bertemu langsung. Cuma berhubung menggunakan nota-nota ringkas. Namun, ketenangan dalam 'hubungan' mereka ni tak kekal lama bila tiba-tiba si Lilac (bekas teman wanita si Jeffrey) ni dok sibuk kejar Jeffrey untuk menagih cinta semula. Bila Lilac mencari Jeffrey sampai ke rumah, Jeffrey terpaksa mengaku yang kononnya Asma ni isteri dia.

Lilac yang dapat mengesan muslihat Jeffrey, mula memasang perangkap. Jemputan ke makan malam dengan rakan niaga Jeffrey, berjaya membantu Lilac menabur fitnah yang bakal menjatuhkan reputasi Jeffrey sebagai seorang tokoh korporat. Gambar-gambar Asma dan Jeffrey semasa makan malam tu telah disebar ke seluruh syarikat. Mama Jeffrey sebagai pengerusi syarikat I&P dah ambil langkah bijak untuk melamar Asma bagi pihak Jeffrey. Yelah, sebelum lebih banyak fitnah dan berita buruk tersebar, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Sebenarnya Puan Sri Aimal ni memang dah berkenankan si Asma ni. Jadi kira macam serampang dua mata jugalah kot?

Perkahwinan mereka ni bukannya atas dasar kahwin paksa. Sebelum berkahwin kedua-duanya mencari keserasian antara mereka. Bila dah yakin, baru kedua-duanya nyatakan persetujuan kepada keluarga mereka. Rupanya dalam diam Jeffrey ni pun dah jatuh tergolek-golek dengan keselambaan Asma ni. Berjayakah mereka mengemudi perkahwinan mereka? Dapatkah Lilac menerima keputusan drastik Jeffrey ni?

Puas hati juga bila Lilac (and the gang) dah terima hukuman atas niat dia nak mengaibkan Asma. Huh.

Komen saya: Lama betul rasanya nak habiskan pembacaan. Bukan sebab cerita ni bosan, cuma saya yang terpaksa berkelahi dengan masa. Hehe. Bagi yang dah biasa dengan gaya penulisan Kucc, mungkin takkan ada masalah untuk menghadamkan naskhah ini. Bukan apa, takut ada yang tak biasa sebab tak ramai rasanya penulis yang suka letak description sampai kita boleh bayangkan keadaan atau tempat yang diceritakan tu. Saya rasa dulu salah seorang penulis yang suka bagi detail description ni adalah Ahadiat Akashah. Sekarang ni dah jarang jumpa gaya penulisan macam ni. Apa pun, syabas Kucc untuk buku bercetak pertama ni. Moga ada lagi yang bakal menyusul. Aha, satu lagi saya suka sangat part cameo kemunculan hero-heroin daripada kisah-kisah e-novel yang lain tu. Teruja sekejap. Hehe. Nak tau hero-heroin yang mana kenalah baca buku ni ye? ;)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review