Sunday, November 17, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - April Snow

Posted by Hajar at 8:37 PM

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis
Penulis: April Snow
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  457 mukasurat
ISBN: 9789671188286

Perjalanan hidup Annur Qistina (Qistina) nyata tidak seindah namanya. Akibat salah faham dan keegoan seorang lelaki yang bergelar (bekas) tunangan membawa Qistina merantau jauh ke Manchester. Qistina bukan setakat pergi memenuhi tanggungjawab pada majikannya, tapi turut membawa hati yang luka kerana dihalau keluarga. Cerita buruk yang dibawa oleh (bekas) tunangan Qistina, Khalish Ariq (Khalish) sungguh mengecewakan keluarga lantas Qistina dihalau dari rumah oleh ayah kandungnya sendiri. Bukan mudah untuk seorang Qistina untuk bangkit dari kekecewaan. Sobs.

Kepulangan Qistina setelah 5 tahun membawa segunung harapan dan semangat untuk memulakan hidup baru di tanah air. Maruah yang sudah lama terpalit lumpur takkan sekali-kali diizinkan untuk diinjak lagi. Khalish yang kesal dengan kata-katanya setelah kebenaran terbongkar cuba mendekati Qistina. Berusaha memohon kemaafan dan mengintai ruang untuknya dalam hati Qistina. Walaupun Qistina berulang kali menolak dan menafikan perasaan yang masih bersisa, Khalish tetap degil untuk menunggu sehingga hati Qistina terbuka untuk menerimanya kembali. Heh.

Yang pasti, laluan berliku harus ditempuhi oleh Khalish. Kemunculan Fazwan Anuar, si kacak berprofil tinggi menjadi saingan utama. Abang angkat Zita (kawan baik Qistina) ni sungguh-sungguh jatuh cinta padang pertama pada pemilik nama Annur Qistina. Sanggup mendapatkan segala maklumat berkaitan Qistina daripada Zita. Haish. Memang boleh cair dibuatnyalah.

Bingung dan keliru dengan kedua-dua pilihannya, Johan Khusairy (Joe) sentiasa jadi tempat Qistina mengadu. Hubungan akrab antara mereka telah terjalin semenjak dulu sehingga menyebabkan Khalish cemburu dan akhirnya menjadi pencetus kepada tragedi hitam yang meragut kepercayaan kedua orang tua Qistina. Dalam diam rupanya Joe turut menyimpan rasa tapi terpaksa disimpan kerana tidak mahu dikatakan sebagai menangguk di air yang keruh. Antara ketiga-tiga mereka, siapakah yang benar-benar berjodoh dengan Qistina?

Komen saya: Saya kesian dengan Joe. Dapat rasa betapa patheticnya dia. Huhuk. Tapi okla, saya suka dengan pengakhiran mereka. Hihi. Terima kasih Kak Kucc sebab bagi pengakhiran bahagia untuk Joe. Eceh. :P Kisah yang menarik dan agak sadis tapi tak sinetron (meleret). Sayangnya cerita menarik macam ni dicacatkan oleh cover yang tak berapa menarik dan layout yang agak crowded. Berpinar mata saya nak membacanya. Huhu. Tapi bak kata orang, jangan nilai buku dari kulitnya. Baca dulu baru nilai. :) Apa pun, tahniah buat Kak Kucc atas kelahiran buku terbaru ini. Terima kasih juga atas goodies yang diberikan bersama pesanan buku ini. Moga makin maju jaya untuk karya-karya seterusnya. :) 

1 comments:

ALONG NANI said...

Lama tak jenguk sini..hehe rindu kat blog Hajar
Kebetulan pula ada berapa buah buku sama ja yang hajar baca ni dah ada dalam simpanan
Buku ni saya belum sempat baca lagi..cuma nak cakap kat sini..betul la cakap Hajar cover dan tulisan dia pening la.. sbb baca buku yang keluaran sama ni rasa geramnya..harap mereka penerbit dapat buat yang terbaik lepas ni :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review