Showing posts with label Ridhya Iman. Show all posts
Showing posts with label Ridhya Iman. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Temuduga Cinta

Posted by Hajar at 10:27 PM 1 comments
Temu Duga CintaTemu Duga Cinta by Ridhya Iman
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  640 mukasurat
ISBN: 9789670718040


07-03-2015

Menarik juga kisah ni. Tak terlalu tipikal. Cuma kekangan masa buatkan saya lambat nak habiskan pembacaan. :)

Apa yang saya suka:

1. Watak utama tak digambarkan terlalu sempurna. Hero bukanlah lelaki berjawatan CEO yang memandu pelbagai kereta mewah dan pastinya tak bermulut manis. Uzair tu sangatlah sinikal orangnya. Haha.

2. Watak Uzair ni macam guardian angel buat Qurratul 'Ain ('Ain). Tak kelihatan tapi selalu ada untuk 'Ain. Watak sinis dan sarkastik tu hanya nak 'cover' perasaannya terhadap 'Ain. Anak yang baik sebab dia tak pernah berdendam dengan emak sendiri selepas kedua ibu bapanya berpisah disebabkan masalah kewangan. (Eh eh, macam bias dah ni.. :P)

3. 'Ain pun bukan jenis watak heroin yang sempurna segala segi. Fresh graduates yang tak kisah pun jadi pekerja bawahan semata kerana tak mahu menyusahkan emak di kampung. Kalut. Tapi kekalutannya itulah yang mengikat hati Uzair.

4. Adanya watak macam Makcik Lijah. Hehe. Ini antara watak kegemaran saya selepas Makcik Sari (Suami Yang Kubenci) dan Makcik Umi (Guy Next Door). :D

5. Peringatan-peringatan kecil yang diselitkan. Terutamanya tentang kemarahan dan dendam terhadap kedua ibu bapa. Walau macam mana teruk pun, mereka tetap insan yang patut kita hormati.

6. Tiada watak antagonis yang buat kita rasa stress sampai tahap nak campak buku ke dinding. Haha. Baik punya analogi. Pendek kata memang tenang-tenang je perasaan masa baca buku ni.

7. Masih lagi selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Tahniah buat penulis. :)

Apa yang saya kurang gemar:

1. Watak orang kampung yang lupa asal usul macam si Gayah tu. Lepas tu ada hati pulak nak menganiaya 'Ain. Grr!

2. Sisi gelap 'Ain yang terlalu lama menyimpan kemarahan terhadap keluarga sendiri. Mujurlah berjodoh dengan Uzair yang cool tu. Eh eh? :P

3. Kesalahan ejaan yang boleh diperbaiki. Bukan apa, makin banyak typo kadang-kadang boleh mendatangkan rasa jengkel nak membaca.

Oh, lupa pulak. Buku ini sebenarnya hadiah untuk review contest sempena PBAKL tahun lepas. Terima kasih IKP. :)

View all my reviews

Sunday, October 27, 2013

Titian Cinta - Ridhya Iman

Posted by Hajar at 11:21 PM 2 comments

Tajuk: Titian Cinta
Penulis: Ridhya Iman
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM30.00
Sabah/ Sarawak: RM 33.00
Halaman:  841 mukasurat
ISBN: 9789671192542

Kepulangan Rahadatul 'Aisy ('Aisy) setelah empat tahun berkelana di bumi asing bukan setakat membawa segulung ijazah kejayaannya tapi turut pulang dengan nekad untuk menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh Umayr Harris (Harris), suami yang banyak melukakan hati 'Aisy.

Angkara fitnah yang ditabur oleh Sofia (bekas tunangan Harris dan juga kawan baik 'Aisy), Harris menghalau 'Aisy umpama kucing kurap. Kesian 'Aisy. Anak dalam kandungannya tak berjaya diselamatkan bila dia terlibat dalam kemalangan. Bertambah malang lagi bila kemalangan itu turut meragut sebahagian kesempurnaannya sebagai seorang wanita. Kekecewaannya membawa 'Aisy merantau jauh ke bumi London.

Sebenarnya kebenaran telah lama terbongkar. Cuma Harris tak berani untuk memunculkan diri di depan 'Aisy bila dinasihatkan oleh Sakeena, sahabat baik 'Aisy. Katanya 'Aisy perlu diberikan ruang setelah lama menderita dan terluka dengan perbuatan Harris.

Kepulangan 'Aisy ke tanah air rupanya telah diketahui Harris. Walau segigih mana pun 'Aisy menolak, Harris sentiasa ada jalan untuk mendekati isterinya. Berkat kesungguhan Harris akhirnya hati 'Aisy yang keras berjaya dilembutkan.  Saya suka bila penulis tak memanjangkan scene tarik tali 'Aisy dan Harris. Tak payah nak cerita panjang bila 'Aisy sendiri sedar di mana kedudukan dia sebagai isteri.    

Namun, kebahagiaan mereka masih banyak liku dan ranjau yang perlu ditempuhi. Kekurangan 'Aisy dijadikan alasan oleh Puan Sri Nora (ibu mertua 'Aisy) untuk menjodohkan Sofia dan Harris. Haish. Nasiblah Harris tu bukannya bodoh nak mengikut telunjuk ibu kesayangannya walaupun Sofia nampaknya belum berputus asa untuk menggoda Harris. Tak cukup dengan itu, Puan Sri Nora mula membuka aib yang disembunyikan 'Aisy daripada pengetahuan keluarganya sehingga menyebabkan kematian ayah 'Aisy. Haila, banyak sungguh halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Siapakah sebenarnya dalang di sebalik fitnah yang menimpa 'Aisy? Berjayakah mereka memutuskan titian cinta Harris dan 'Aisy?
 
Komen saya: Satu yang saya suka tentang naskhah ini adalah gaya bahasanya yang tersusun walaupun konfliknya bertimpa-timpa. Susun atur jalan cerita juga digarap dengan baik terutamanya untuk babak flashback. Saya rasa pengikut kisah Harris dan 'Aisy di blog dulu pasti bakal terkejut dengan pengakhir kisah mereka. Ya, tiada yang mustahil dengan keizinanNYA selagi kita tak lupa berdoa dan berusaha. :) Tahniah buat Ridhya Iman atas kelahiran naskhah bercetak sulung ini dan juga atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat PHDnya. Phew. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review