Monday, May 11, 2015

September

Posted by Hajar at 10:03 PM
SeptemberSeptember by Farah Husain
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  501 mukasurat
ISBN: 9789670718316


Errr, ni buku Farah Husain ke?

09-05-2015

Fuh, akhirnya tamat juga dibaca. Macam tak sangka pulak penulis berani mengeksperimentasikan kisah begini untuk penulisannya kali ini.

Hanya kerana salah sangka dan salah faham, hubungan yang terbina antara Zayn dan Jazleen musnah di pertengahan jalan.

Yang Zayn tak tahu; Jazleen buat begitu kerana nak menutup aib kakaknya.
Yang Zayn tak tahu; Jazleen dibuang keluarga hanya kerana mahu mempertahankan darah daging sendiri yang tak diiktiraf keluarga.
Yang Zayn tak tahu; Jazleen sanggup mengorbankan masa remajanya untuk memberi kehidupan sempurna kepada darah dagingnya itu.

Yang Zayn tahu? Membenci Jazleen yang kononnya hipokrit dan curang di belakangnya. Heh.

Pertemuan kembali dengan Jazleen bagaikan memberi peluang buat Zayn untuk menghambur kemarahan yang tersimpan terhadap Jazleen. Yang dia tak sedar sebenarnya, sedalam mana pun kebenciannya terhadap Jazleen, perasaannya terhadap Jazleen tak pernah berubah.

Bila segala kebenaran mula tersingkap, mampukan Zayn menahan keinginannya untuk bersama Jazleen?

Komen saya:

1. Cik Farah memang berjaya buat saya kabur baca kisah kali ini sebab storylinenya yang tak dijangka. Sejak dari awal pembacaan kita dok tertanya-tanya, apa agaknya rahsia yang Jazleen sembunyikan hingga Zayn membencinya sebegitu sekali?

2. Sungguh, seorang perempuan memang boleh jadi kuat bila libatkan orang yang disayanginya. Macam Jazleen. Dia tak kisah korbankan perasaan sendiri dan masa mudanya hanya untuk memberi kegembiraan dan kesenangan untuk mereka yang disayanginya. Cuma yang saya tak gemar bila ada orang yang suka pergunakan kelebihan orang macam Jazleen ini untuk kepentingan diri. Macam Jazmeen yang suka guna emotional blackmail bila nak minta pertolongan Jazleen. Haish.

3. Mengenali sisi kerek Zayn Akmal memang boleh kita rasa menyampah. Tapi bila fikir balik, rasa kecewa terhadap Jazleen buatkan dia membeku sebegitu. Salah sendiri juga, kenapa tak nak siasat, kan? Pandangan mata boleh menipu, encik. Jadi, janganlah cepat buat anggapan sendiri. Lain kali kalau tak tahu kena tanya. Bukan terus hukum. Tengok, kan dah jangkit virus bebel Achik K? Ahaks.

4. Sungguh pun Jazleen disisihkan oleh kedua ibu bapanya, Jazleen tetap beruntung sebab masih ada saudara mara yang sudi menghulurkan tangan sewaktu dia terkapai-kapai. Untung ada juga ahli keluarga yang tak cepat menghukum macam keluarga Aryan. Iyalah, kan kata pepatah air dicincang takkan putus?

5. Secara keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan perjalanan kisah ini. Suka dengan isu yang diketengahkan. Agak berat tapi tak buat kita stress membaca. Cuma ada sedikit kabur pada bab-bab terakhir kisah ini dan beberapa typo, kehilangan perkataan di pertengahan ayat serta editing yang boleh diperkemaskan untuk cetakan seterusnya. :)

6. Akhir sekali nak tanya, Farah Husain dah kena culik ke? Hahah. Bukan apa, rasa macam orang lain yang tulis kisah ni. Aura manis bergula penulis ni makin hilang (atau dia sebenarnya dah pandai seimbangkannya untuk gaya hidup sihat? Hikhik). Apa pun, tahniah Farah. Moga makin melimpah ruah ilham untuk terus berkarya. :)

View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review