Thursday, May 28, 2015

Kekasih Cadangan Hati

Posted by Hajar at 9:00 PM 0 comments
Kekasih Cadangan HatiKekasih Cadangan Hati by Anggerik Mahwa
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  530 mukasurat
ISBN: 9789670718354


16-05-2015

Zehra dan Raimi pernah menjalinkan hubungan cinta. Namun entah di mana silapnya, Zehra menghilangkan diri sehingga Raimi menyimpan rasa sakit hatinya bertahun-tahun. Pertemuan kembali mereka selepas 7 tahun menyemarakkan kembali rasa sakit hati Raimi terhadap Zehra. Kebetulan pula berjiran. Memang kerapla mereka terserempak lebih-lebih lagi bila anak-anak mereka (Iman dan Reha) mula bersahabat baik sejak berkenalan.

Tasya (isteri Raimi yang juga merupakan teman baik Zehra) pula selalu menjemput Zehra ke rumahnya dengan alasan untuk mengeratkan silatulrahim yang telah lama terputus. Tragedi yang menimpa Zehra dan Iman angkara Khalil (suami Zehra) akhirnya membebaskan Zehra daripada ikatan perkahwinan yang sudah menyeksanya bertahun-tahun. Alasan tipikal wanita macam ni, mereka bertahan sebab anak. Haih.

Keadaan kesihatan Tasya yang semakin merosot pula memaksa Zehra dan Raimi berjanji dengan Tasya untuk berkahwin selepas pemergian Tasya. Zehra yang masih trauma dengan pengalaman perkahwinan pertamanya menolak cadangan itu. Namun bila Khalil terus-terusan mengganggu, Zehra akhirnya mengalah dan menerima lamaran Raimi.

Macam mana agaknya Zehra nak hidup sebumbung dengan Raimi yang sinis tu ya? Konon tak cintakan Zehra tapi bila Khalil terus-terusan mengganggu tahu pulak rasa cemburu kan?

Komen saya:

1. Kisah ni memang nampak berat di permulaan cerita. Lebih-lebih lagi bila penulis gambarkan bagaimana Zehra di dera dek suami psiko secara fizikal dan emosi. Fuh. Tapi pengakhirnya mampu buat kita sengih sampai ke telinga dengan kerenah keluarga mereka ni.

2. Raimi. Nak kata suka sangat pun tak, nak kata menyampah pun tak. Tapi saya suka wataknya yang protective terhadap keluarga. Iman yang anak tiri tu pun di layan macam anak sendiri. Cuma sikap sinis dan perangai sengalnya tu yang kadang-kadang buat saya rasa nak luku mamat ni. Hahaha.

3. Zehra. Saya cuma tak suka wataknya yang rela jadi punching bag suami bertahun-tahun. Agaknya inilah nasib orang yang baik hati macam Zehra ni. Rela je diperlakukan macam mana pun, janji orang yang disayanginya tak terluka / cedera. Raimi yang ditinggalkan bertahun-tahun dulu pun sebab alasan itulah. Dia mahu gembirakan Tasya tapi dalam masa yang sama dia tak tahu Raimi menderita. Hmm..

4. Suka dengan keletah dan kerenah Iman dan Reha. Mereka ni memang polos tau. Suka-suka aja tanya soalan yang boleh buat mak ayah diorang terkedu. Hahaha. Tapi dah nama pun budak kan, apalah yang diorang tahu tentang masalah orang dewasa?

5. Selesa dengan gaya bahasa yang digunakan. Cuma, banyak sangat typo sepanjang pembacaan. Mungkin boleh diperkemaskan untuk cetakan seterusnya. :)

View all my reviews

Sunday, May 24, 2015

Selamat Pagi Cinta

Posted by Hajar at 1:00 PM 0 comments
Selamat Pagi CintaSelamat Pagi Cinta by Aidah Bakri
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM29.00
Sabah/ Sarawak: RM 32.00
Halaman:  602 mukasurat
ISBN: 9789670757032


Suka Teacher Ulfah. Suka Wadi Shafy. Diorang berdua ni memang serasi sangat. Macam buku bertemu ruas. Hihi.

12-05-2015

Ulfah:
Saya sangat suka watak Teacher Ulfah ni. Selamba dan tak mudah mengalah. Biar pun pernah lalui fasa kecewa kerana putus tunang angkara orang yang dianggap sahabat karib sendiri, Ulfah tak pernah jadikan itu sebagai penghalang untuk dia meneruskan hidup. Mengendalikan kelas Wafi yang kononnya sukakan Teacher Ulfah membawa Ulfah mengenali abang Wafi yang kerek tu. Walaupun Wadi Shafy (Shafy) selalu jalankan operasi provokasi terhadapnya, Ulfah sedikit pun tak melatah. Malah setiap hujahan berjaya dipatahkan dengan baik sekali. Memang macam bertemu buku dengan ruaslah. Haha.
Kemunculan Erin, teman yang pernah 'menikam'nya itu pada mulanya agak meresahkan Ulfah. Ialah, bukan senang nak bangkit dari kesedihan lalu. Tapi Ulfah ni bukannya jenis cepat mengalah. Selamba ajalah dia 'bahasa'kan Erin bila mereka berselisih pendapat. Mampukah hubungan mereka pulih kembali seperti dulu?

Wadi Shafy:
Siapa sangka lelaki sinis dan kerek ini pernah berdepan dengan kisah perit dalam hidup? Kehilangan kedua orang tuanya dalam ditambah pula dengan pemergian insan tersayang tanpa pesan membuat Shafy tekad memulakan hidup di tempat baharu. Perkenalannya dengan Ulfah bagai memberi semangat kepada Shafy. Tapi itulah, mereka ni macam kucing dengan anjing. Pantang bertemu. Ada saja perbalahan dan perang mulut yang tercetus. Tapi kerana adik kesayangannya, Shafy terpaksa juga bertemu dengan Ulfah. Kemunculan Erin turut memberi impak terhadap Shafy. Apa tidaknya, Erinlah penyebab Shafy membawa diri selepas pemergian kedua ibu bapanya. Heh. Sibuklah merayu dengan alasan penyakit yang disembunyikan daripada pengetahuan Shafy selama ini. Tegakah Shafy untuk mengenepikan rasa indah yang berputik terhadap Ulfah semata untuk memenuhi permintaan dan rayuan Erin? Heh.

Komen saya:
1. Suka Ulfah. Lembut tapi tegas. Baik hati. Tak terlalu mementingkan diri. Masih boleh berkompromi walaupun kehadiran Erin di sekolah yang sama dengannya telah 'merampas' banyak tugas hakikinya. Tapi ada juga sikap komprominya yang buat saya rasa macam nak cepuk dia sekali terutamanya bila melibatkan Shafy dan Erin. Huh.

2. Suka dengan falsafah kasut Wadi Shafy. Unik.

"Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

3. Suka dengan Mejar (Bersara) Tuan Zakri. Luarannya nampak garang. Tapi siapa sangka dalam hati ada taman orkid. Hihi. Segarang-garang Tuan Zakri boleh ngam pula dengan Wafi dan Shafy. Manalah Ulfah tak bengang?

4. Tiba untuk watak yang saya tak gemar, Erin. Suka sangat pergunakan alasan sakit tu untuk tarik perhatian orang lain (terutamanya Shafy la). Dan gunakan kabel pakcik sendiri untuk kepentingan peribadi di sekolah baharunya. Haila Erin. Lain kali fikir panjang sikit sebelum buat keputusan ya? Tak pasal berputih mata bila tau tempat di hati Shafy sudah pun terisi dengan kehadiran gadis lain. Padanlah muka. Heh.

5. Suka gaya bahasa yang digunakan. Tak terlalu berbunga tapi rasa menyenangkan. Tahniah dan terima kasih buat penulis untuk kisah yang indah ini. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus menulis.

View all my reviews
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review