Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

Proposal Cinta Selamanya

Posted by Hajar at 9:46 PM 0 comments
Proposal Cinta SelamanyaProposal Cinta Selamanya by Rose Harissa
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  595 mukasurat
ISBN: 9789670448978


Nyaris tergelincir dengan pesona Zaim. Phew~

05-05-2015

1. Kisah ini sebenarnya Blues Amni versi baru. Jadi pengikut kisah Blues Amni (macam saya) memang menantikan penyudah kisah ni sebab nak tau siapa pilihan si gadis bernama Amyra ni.

2. Amyra ni bukannya pereka besi, sebaliknya hanya Eksekutif Jualan yang ada latar belakang pendidikan interior design. Pekerjaannya itu memerlukannya banyak bercampur gaul dengan lelaki walaupun kadangkala pemikiran skeptikal masyarakat tetap memandang rendah keupayaan wanita untuk bekerja dalam bidang ini. Pernah bercinta bertahun-tahun namun akhirnya perhubungan itu berantakan bila si lelaki menggunakan alasan mereka tak sekufu untuk memutuskan hubungan. Huh. Memang tak boleh pakai lelaki macam ni. Perkenalan dengan si kacak dan si ganteng banyak beri impak dalam kehidupan Amyra. Kedua-duanya sama baik dan sama pentingnya buat Amyra. Tapi mana satu agaknya yang akhirnya jadi pilihan Amyra? Yang penting kan, Amyra ni agak lurus bendul dan tak menjengkelkan macam heroin ciptaan penulis terdahulu. Hahah

3. Zaim Armani Tan Sri Jailani (Zaim). Nama memang gah. Anak VVIP. Ditambah pakej rupa dan kerjaya yang cemerlang sebagai arkitek. Cuma satu je yang buat Amyra jengkel, mamat ni kerek sangat! Kali pertama jumpa Amyra, macam-macam yang disindir dan diperlekehkan. Manalah Amyra tak meluat. Tapi makin lama kenal Zaim, Amyra mula sedar yang Zaim tu taklah seteruk yang disangka. Masih ada sisi baiknya yang tak diketahui orang lain selain ahli keluarganya. Itu yang nyaris buat saya tergelincir tu! Haha. Cuma silapnya Zaim dia sangat terburu-buru. Walaupun asalnya saya agak tak berpuas hati bila pengakhir wataknya jadi sebegitu tapi bila dia sanggup bertanggungjawab atas perbuatan dia, terus rasa terkilan itu hilang begitu saja. Kalau tiba-tiba ada special entry untuk Zaim ni kan bagus? *kelip-kelip mata*

4. Leonard Raden Ryszard (Leonard). Watak kegemaran saya. Ahaks. Awal-awal dah bias. Si tukang perabot yang ganteng. Tenang dan menenangkan. Sangat menjaga pergaulan. Banyak menegur dan membantu Amyra yang ingin mula berubah dan berusaha memperbaiki diri. Siapa sangka lelaki yang lemah lembut (bukan patah okay? Haha) dan berhemah ni rupanya dalam diam menyimpan rasa buat Amyra? Tak sangka juga ada rahsia yang disimpan oleh Leonard selama ini. Patut pun gayanya tertib semacam sampai abang Amyra siap ingat Leonard ni "LGBT in the closet". Hahah. Nasib mamat ni takde aura kucing garong macam Adam walaupun namanya Raden Singa Penguasa Yang Kuat. :D

5. Suka dengan keluarga Amyra yang sempoi dan selamba. Lebih-lebih lagi abang-abang Amyra yang macam bouncer tu. Hehe.

6. Kagum dengan keluarga Tan Sri Jailani yang kaya tapi tak jadikan kekayaan mereka untuk memandang rendah orang lain sebaliknya tak segan berkongsi rahsia kejayaannya untuk panduan orang lain. Salute!

7. Tak suka dengan Mr. Chan (bos Amyra) yang cerewet tu. Nasibla Mr. Chan ni bukan super cerewet dan kerek macam Mr. Phua bos Amni tu. Mau bertambah sakit jiwa Amyra kalau dapat bos macam Mr. Phua. Hihi.

8. Suka dengan ending scene yang comel. Buat saya teringat kisah Surihani dan Ervan Prima Sakti pula. :)

9. Tanpa adegan manis bergula pun, banyak momen manis yang buat saya teringat-ingat walaupun saya dah tutup buku. Antaranya? Scene Leonard payungkan Amyra di tengah panas waktu Amyra singgah Bukit Rimau. Betullah kata orang, kadangkala hal yang sekecil itu pun mampu menyentuh hati perempuan. Hikhik..

10. Puas hati sebenarnya bila dah dapat baca kesudahan kisah ni. Tak sia-sia menunggu. :) Terima kasih Kak Rose untuk kesudahan yang saya mahu. Ahaks.

View all my reviews

Friday, April 10, 2015

Arluna

Posted by Hajar at 10:24 PM 0 comments
ArlunaArluna by Rin Ahmad
My rating: 3 of 5 stars


Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  448 mukasurat
ISBN: 9789670448596


3.5*

05-04-2015

Habis juga baca buku ni setelah lebih setahun tersimpan. Lol. Bukan apa, cerita ini pernah dibaca di blog hingga penamatnya, jadi saya tak mengharap sesuatu yang lebih. Cuma buku ini saya capai kerana saya mahu memotivasikan diri yang sedang dilanda stress sepanjang minggu. :)

Sebenarnya saya dah pernah review Arluna di beberapa tahun lepas. Review ada kat sini

Walau sudah membaca berkali-kali, saya masih sukakan watak Arluna yang digarap. Sungguh pun kadangkala Arluna masih bersikap keanakan, dia masih mampu bertindak rasional most of the time (tapi tak termasuk mensabotaj bekalan elektrik ke rumah sendiri kerana marahkan suami ye? Haha).

Terima ajelah hakikat yang kebanyakan lelaki kurang sensitif dengan perasaan perempuan terutamanya isteri. Kadang-kadang niatnya memang baik, macam Johan yang kononnya tak berterus terang dia pergi melawat Fazleen sebab tak mahu Arluna terluka. Tapi dia tak fikir apa pula tanggapan Arluna bila dia melawat Fazleen secara sembunyi tu? Hmmm...

Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Apa yang penting??? Komunikasi berkesan. Bukan komunis. Lol.


View all my reviews

Saturday, January 31, 2015

Bimbo

Posted by Hajar at 9:08 PM 0 comments
BimboBimbo by Rin Ahmad
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  570 mukasurat
ISBN: 9789670448879


Buku kedua yang buat saya sayang nak habiskan baca tahun ni. And kudos untuk diri sendiri sebab tak selak belakang sebelum baca. :P

20-01-2015

Bertahun-tahun Elsuraya menyimpan dendam terhadap Azad yang kononnya jadi penyebab kematian kedua orang tuanya.

Kata Azad, "Su, if only you knew. You will laugh little and weep much."

Sebenarnya Azad bukanlah lelaki yang sepatutnya didendami Elsuraya, sebaliknya Dani Ikram (Dani) , lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Biarpun perkenalan mereka bermula dengan kisah Bimbo - Mr. Douchebag, Elsuraya senang berhubungan dengan Dani. Namun bila kebenaran terbentang di depan mata, mampukah Elsuraya mempertahankan rasa dalam hatinya atau tunduk kepada dendam yang dipendam sekian lama?

Komen saya:

1. Mula-mula saya memang rasa perwatakan Elsuraya ni agak kebudakan. Ialah, mana tidaknya. Simpan dendam bertahun-tahun bila jumpa Azad dia cuma mampu calarkan kereta kesayangan Azad je? Like seriously??? Haha. Tapi sebenarnya kalau kita mampu selami apa yang nak disampaikan, dendam kesumat tak bawa kita ke mana pun. Bila kebenaran terbukti, Elsuraya cuba sebaik mungkin untuk memaafkan dan melupakan. Biar pun kesabaran teruji sewaktu pemergian ayah mertuanya, Elsuraya masih mampu dan setia berdiri di sisi suami. Tabik!

2. Dani Ikram memang bermulut 'longkang'. Kepantangannya adalah perempuan gedik yang mahu menempel di sisinya. Siapa sangka Elsuraya yang digelarnya Bimbo mampu meruntuhkan tembok hatinya yang selama ini kukuh berdiri? Lebih memeritkan bila ada sejarah pahit yang mungkin memisahkan mereka bila kebenaran terbongkar. Bila diuji dengan penyakit, Dani lebih banyak bermuhasabah diri untuk jadi insan lebih baik. Terkesan dengan kata-kata ni : orang yang baik, objektifnya nak jadi lagi beriman. Orang beriman, objektifnya nak masuk syurga. Ingat mudah? Ingat semua orang yang nampak baik tu beriman? *Dush!*

3. Kesian juga dengan Azad. Cuma tahap kesiannya tak sampai macam tahap kesian kat Tengku Akbar la.. Ahaks. Tapi nak puji dia juga sebab dia rela di'kambinghitam'kan atas kesalahan orang lain. Semangat setiakawan punya fasal, sanggup jadi kambing hitam. Fuh, mujur ketemu juga kebahagiaan sendiri. :)

4. Kali ni macam banyak pulak cameo watak-watak yang dikenali yang pastinya bakal mengubati kerinduan. ;)

5. Dah lama tak rasa perasaan macam ni bila membaca - rasa tenang dan tak rasa nak habiskan cepat-cepat. :) Terima kasih + tahniah buat penulis. Your writing skills really improved. Kudos! Kena bertabah tunggu sampai tahun depanla gamaknya utk next book. ;)

P/s: Lepas ni baru nak baca Arluna. :P


View all my reviews



Sunday, August 3, 2014

Kerana Aya Sofya

Posted by Hajar at 8:35 PM 3 comments

Tajuk: Kerana Aya Sofya
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  716 mukasurat
ISBN: 9789670448589


Kerana si cilik yang bernama Aya Sofya (Sofi), dunia Fahratul Laila (Laila) berubah 100%. Banyak yang dikorbankannya semata untuk si kecil yang tidak berdosa itu. Demi memegang janji untuk melindungi aib seorang yang pernah bergelar sahabat, Laila dibuang keluarga dan pertunangannya juga putus di pertengahan jalan. Kata Tengku Huzair (Huzair), Laila bukan perempuan yang baik untuk dirinya yang kononnya daripada keturunan baik-baik. Ya, mungkin silap Laila tidak berterus terang, tapi lelaki matang sepatutnya tidak akan bertindak terburu-buru. Period!

Setelah 5 tahun, Aliyana datang kembali menuntut haknya terhadap Sofi. Zahwan Wazif (Wazif) telah diamanahkan sebagai peguam bagi pihaknya untuk menuntut Sofi daripada Laila. Walaupun kecewa dengan tindakan Aliyana yang memungkiri janji, Laila akhirnya beralah untuk serahkan hak penjagaan Sofi kepada Aliyana. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. Sofi kemalangan dan menemui ajalnya pada hari yang sepatutnya diserahkan kepada Aliyana. Kesedihan dan kekecewaan membuat Laila membawa dirinya jauh daripada insan-insan di sekelilingnya.

Rasa bersalah yang menghantui diri selepas pemergian Sofi membuatkan Wazif mencari Laila untuk memohon kemaafan. Lebih-lebih lagi bila tau kebenaran tentang Sofi daripada Aliyana dan Fakhrul. Lama tau Wazif cari Laila. Selepas hampir lima tahun baru pencariannya berakhir bila kebetulan Laila menghantar hadiah ke pejabatnya. Maka bermulalah misi melembutkan hati Laila yang dah lama terluka parah tu. Siapa yang tak cair dengan watak Wazif ni memang salute lah. Haha. Sebab dialah orangnya yang banyak membantu Laila menerima hakikat kehilangan Sofi sekaligus menyedarkan Laila bahawa itu hanyalah sebagai salah satu ujian Allah buat hamba-hambaNYA. :)

Bila hati Laila dah mula memaafkan dan menerima Wazif sebagai bakal teman hidupnya, Laila dikejutkan dengan berita pemergian walidnya dan juga hubungan pertunangannya dengan Huzair yang terjalin kembali atas kehendak arwah walid Laila. Jadi, bagaimana pula dengan rancangan perkahwinannya dengan Wazif?

Komen saya:

Suka karya ni sebab:

1. Penulis jarang recycle plot cerita dan background untuk pelakunya. Contohnya dalam kisah ni kita didedahkan dengan kerjaya Wazif sebagai peguam dan kerjaya Laila sebagai seorang pengurus pusat jualan kraftangan. Jadi, kalau cerita klise sekali pun, pembaca tak jemu dihidangkan dengan pengulangan plot dan background pelaku / cerita yang lebih kurang sama. :)

2. Gambaran watak Laila yang kuat berdepan dengan ujian walaupun disisihkan oleh ahli keluarga terdekatnya. Cuma, bila kelukaan dan kekecewaan tu disimpan lama, ia jadi dendam yang membara dalam diam. Mujurlah dipertemukan dengan Wazif yang bisa membikin hati jadi cair tu. ;)

3. Watak Zahwan Wazif yang sangat gentleman dan manis (tanpa gula tambahan). Tak malu untuk merendahkan ego untuk minta maaf atas kekhilafannya terhadap Laila. Lepas tu tengok pula macam mana dia layan emak dia. Jadi, boleh nampak kan mana datangnya sikap gentlemannya tu?

4. Family bonding yang ditonjolkan dalam kisah ini. Baik Laila mahu pun Wazif, keduanya mempunyai hubungan erat dengan kedua ibu bapa mereka. Cuma Laila pernah disisihkan keluarga disebabkan kehadiran si comel Aya Sofya.

5. Semangat setiakawan yang kuat antara Laila dan Ain. Ain tak pernah tinggalkan Laila bila Laila terpaksa berdepan dengan fasa kesukaran dalam hidupnya sampai kekadang terlupakan hal sendiri. :)

Tahniah Kak Kucc untuk Kerana Aya Sofya. Worth to readmeskipun saya dah habis baca versi blog dulu. :) Err, lepas ni giliran siapa pula agaknya eh?

Tuesday, April 29, 2014

Akadku Yang Terakhir

Posted by Hajar at 10:10 PM 0 comments
Tajuk:Akadku Yang Terakhir
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM37.00
Sabah/ Sarawak: RM 40.00
Halaman:  957 mukasurat
ISBN: 9789670448657


Setelah melalui kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri (Irham) dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Dan ditakdirkan Rania Baheera (Rania) pula yang ditugaskan untuk menjadi pakar psikoterapi untuk memulihkan Irham. Memang jadi satu tanggungjawab yang besar buat Rania untuk menggali dan mengkaji permasalahan peribadi klien yang seorang ini lebih-lebih lagi bila Irham sendiri enggan memberikan kerjasama dalam setiap sesi terapi yang telah diatur.

Pelbagai helah diatur oleh Irham untuk buat Rania berputus asa daripada meneruskan sesi terapi sehingga sanggup buat perancangan untuk 'merosakkkan' Rania. Haih. Mujurlah Irham ni masih waras. Hari demi hari hubungan mereka makin baik lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam. Sungguh pun hubungan mereka semakin menunjukkan perubahan positif, Irham masih enggan berkongsi masalahnya dengan Rania sepanjang menjalani tempoh terapi itu.

Namun, segalanya berubah selepas pertemuan Rania dengan Puan Badariah, ibu Irham. Selama ini Rania memang berselindung di sebalik status seorang isteri untuk meraih kepercayaan Irham. Kedatangan Puan Badariah pula membongkar status sebenar Rania sekaligus memberi peluang kepada Irham untuk mendekati Rania. Bimbang dengan perubahan Irham (dan mungkin juga perasaan sendiri) buat Rania mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur dan menyerahkan kes Irham kepada ketuanya. Mampukah Rania menolak kehadiran lelaki yang mula mendapat tempat di hatinya itu. Dan yang paling penting, mampukah Rania membantu memulihkan masalah psikologi yang dihadapi oleh Irham?

Komen saya:

1. Seperti biasa, penulis sentiasa menjaga penggunaan bahasa dalam penulisannya. Saya suka! :)

2. Seperti biasa juga, hero mesti 'ganteng' dan ada aura kerek yang akhirnya akan jatuh cinta tergolek-golek kepada heroin. Oh, jangan lupa. Ayat-ayat mesti manis bergula untuk tawan hati heroin. :D (Definitely not my type. Ngee...)

2. Heroin kedua yang bertudung selepas Imanina (Pelangi Cinta Buat Suami, yang saya belum berkesempatan untuk baca). Suka watak Rania ni sebab dia tegas dan tak mudah berputus asa. Dia tau apa yang dia mahu, cuma ketegasannya sedikit turn-off waktu dia hadapi masalah rumahtangga.

3. Kali ni saya dapat rasakan penulis buat sedikit research untuk kerjaya Rania dan Irham. Walaupun tak begitu detail, tapi usaha itu ada. Tahniah. At least, pembaca tak hanya digula-gulakan dengan kisah hero dan heroin semata. :)

4. Level 'kemanisan' juga dah semakin berkurang. Terima kasih atas usaha untuk memetaforakan adegan-adegan yang tak sesuai dibaca oleh adik-adik. Mungkin boleh cuba metaforakan dengan lebih baik untuk karya yang akan datang. :)

5. Kisah mereka ni mudah je sebenarnya. Cuma bagi saya penulis lebih suka bawa kita melalui 'jalan kampung' untuk nikmati pemandangan sedangkan kita ada pilihan untuk melalui highway yang pastinya akan lebih pantas membawa kita ke destinasi yang kita nak tuju. Haha. Maaflah. Terlebih metafora pula. :P

6. Tahniah buat penulis atas kelahiran karya terbarunya ini. Semoga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)

Friday, April 25, 2014

Guy Next Door

Posted by Hajar at 10:54 PM 2 comments

Tajuk: Guy Next Door
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  487 mukasurat
ISBN: 9789670448633

Suka:

1. Pertama sekali mestilah Encik Adam Putra Iskandar (Adam) yang supercool, anak dan adik yang baik sebab sanggup korbankan cita-cita dan impian hanya kerana nak menjaga seorang emak (ada lagi tak lelaki mcm ni? Kalau ada nak cop 1 :p). Adam ni juga merupakan seorang kawan dan jiran yang protective. Tapi tak sangka pula boleh bertukar jadi suami yang....... Ehem, orang yang baik ni pun ada sisi 'nakalnya' juga okay? :p

2. Makcik Umi The Legend. Kehkehkeh. Bukan apa, karakter makcik yang selamba dan bercakap tanpa bertapis ni mengingatkan saya kepada Makcik Sarimah (emak Uwais, Suami Yang Ku Benci). Jenis orang yang tak simpan dalam hati. Straight forward punya orang. Takde konar-konar. Sungguh pun begitu, Makcik Umi ni memang jiran yang baik. Tak pernah berkira nak membantu keluarga Adam bila mereka ditimpa musibah. Ialah, nama pun berjiran, kan? Cuma agak ralat bila watak Makcik Umi ni terhenti macam tu saja.

3. Ikatan kekeluargaan yang erat ditunjukkan dalam keluarga Adam dan Kristal. Hormat- menghormati dan bertolak ansur dapat kita lihat dlm keluarga Adam. Contohnya, kakak-kakak Adam bergilir menghantar emak mereka ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sementara Adam pula bertanggungjawab menjaga kebajikan emak mereka di rumah.

4. Semangat kejiranan yang utuh. Saling bantu membantu dan bukan hanya sibuk menjaga tepi kain orang. :D

5. Sisi watak Kristal yang teguh pendirian dan tak makan dek pujuk rayu lelaki macam Fandi tu.

Kurang gemar:

1. Kristal yang digambarkan lepas laku masa berhubungan dengan Fandi. Walaupun tak pernah terlanjur tapi tetap tak manis ya adik-adik?

2. Watak Kristal yang suka prasangka dan beremosi tak tentu fasal. Haha. Tapi, saya setuju dengan pendapat Airina, Kristal ni umpama peneutral watak Adam yang manis itu. :D

3. Ada sesetengah adegan yang pada pendapat saya, kalau tak ada pun tak mencacatkan jalan cerita. Terutamanya adegan terlebih gula. Adam tu dah cukup manis dah. Ditambah gula memang boleh diabetes jadinya. :P

Komen saya: Keseluruhannya, saya suka kisah ni. Terutamanya Adam. Eh? Haha. Terhibur. Tersengih. Tergelak. :D Tahniah dan selamat kembali menulis Kak Rose. Moga terus berkarya. :) 

Monday, March 17, 2014

Mungkinkah?

Posted by Hajar at 10:10 AM 0 comments
Tajuk: Mungkinkah?
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM32.00
Sabah/ Sarawak: RM 35.00
Halaman:  926 mukasurat
ISBN: 9789670448602

Setelah sekian lama menanti, akhirnya muncul juga karya kelima penulis ini. Saya setuju dengan pendapat seorang teman yang mengatakan bahawa kita jarang bertemu watak antagonis lelaki dalam sesebuah karya. Kali ni bukan setakat seorang, ramai pula tu. Hish!

Radhi:
Perkahwinannya dengan Arisa hanya membahagiakan di permulaan. Selepas beberapa bulan kemudiannya, Radhi mula memeras wang Arisa. Atas keyakinan yang Radhi akan berubah, Arisa mendiamkan perbuatan Radhi sehinggalah mereka terpaksa berpindah ke rumah keluarga Arisa kerana tak mampu hendak membayar sewa rumah. Belang Radhi terbongkar jua akhirnya. Namun, Radhi tak pernah kisah malah masih tega menyusahkan Arisa dan keluarganya. Sanggup pula berkahwin kali kedua walaupun dah nyata tak mampu nak menyara keluarga. Untuk melepaskan Arisa, Radhi meminta sejumlah wang untuk tebus talak. Tiada pilihan lain, Arisa terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada Encik Karim, majikannya. 

Karim:
Majikan Arisa ini memang ‘nampak’ baik. Bila tahu Arisa dalam kesusahan dia tak keberatan membantu. Sejumlah wang dipinjamkan kepada Arisa untuk membolehkan Arisa membebaskan diri daripada ikatan perkahwinannya. Namun, siapa sangka ‘kebaikan’ majikan Arisa ini dipergunakan oleh Radhi untuk memeras ugut sekaligus memfitnah Arisa? Encik Karim pula seolah-olah mengiakan hubungan ‘skandal’nya dengan Arisa. Haish. Yang paling menyedihkan bila fitnah yang ditaburkan ini turut menyebabkan ayah kesayangan Arisa meninggal dunia akibat serangan jantung. Tertekan dengan situasi dan fitnah yang membelenggu, Arisa tekad meletak jawatan dan kebetulan terus ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat keluarga Zariff.

Zariff:
Pertemuan pertamanya dengan Arisa membawa impak yang sangat besar dalam hidup Zariff. Rantai milik Arisa yang ditemui menguatkan lagi semangat Zariff untuk mencari Arisa. Rupanya pencariannya dipermudahkan bila Arisa memohon pekerjaan di syarikatnya. Tanpa berfikir panjang, permohonan Arisa diterima dan Arisa akan menjadi pembantu peribadinya. Bukan senang nak menjinakkan Arisa kerana Arisa bukanlah seperti wanita-wanita yang pernah didampinginya sebelum ini. Tapi, bila mengetahui yang Arisa terbelenggu dengan masalah hutang dengan majikan terdahulu, Zariff mula menjalankan misi untuk ‘memiliki’ Arisa. Tersepit dengan hutang dan juga ugutan Zariff, Arisa memilih untuk menikahi Zariff (semestinya tanpa pengetahuan Puan Zahra, ibu Zariff). Sungguh pun niat asal Zariff hanyalah untuk memiliki Arisa, namun lama-kelamaan Zariff akui perasaannya terhadap Arisa. Cuma, macam mana caranya nak yakinkan Arisa sedangkan Puan Zahra sudah ada rencana untuk menyatukan Zariff dengan Nabila?

Arisa:
Bagi Arisa pula, cinta tak membawa apa-apa maksud kepada dirinya selain kegagalan dan kesengsaraan. Mana tidaknya, walaupun dah bercerai, Radhi tak jemu-jemu menggangu hidupnya. Perbuatan Radhi terhadap dirinya dan keluarga bawa impak besar sehingga Arisa jadi keras hati dan kebal dengan pujuk rayu lelaki. Perkahwinannya dengan Zariff pula ibarat keluar mulut buaya masuk ke mulut naga. Hasrat Zariff untuk memilikinya terpaksa dihalalkan demi untuk melangsaikan hutang Arisa. Selagi diperlukan, Arisa masih akan bersama Zariff. Bila Zarif mula menyedari perasaannya, Arisa meragui. Sejarah warna-warni hidup Zariff terlalu payah untuk disisihkan. Ditambah pula dengan perancangan Puan Zahra untuk menyatukan Zarif dengan Nabila, menyurutkan paras keyakinan Arisa terhadap luahan perasaan Zariff. Mungkinkah hati Arisa yang beku itu bisa dilenturkan?

Komen saya: Memang karya penulis tak pernah menghampakan. Walapun berpaksikan plot perkahwinan tanpa rela , garapan penulis berjaya buat kita rasa tak jemu dengan ‘cerita yang sama berulang kali’. Gaya bahasa yang biasa dan tak terlampau berbunga buat kita senang nak menghadam cerita. Satu perkara tentang karya penulis ni yang saya suka adalah penggunaan nama-nama biasa (atau nama golongan marhaen bak kata Airina) untuk watak-watak dalam kisah-kisah yang dilakarkan. Takdelah sampai tergeliat lidah nak menyebut nama watak kan? :P Dan satu lagi, saya suka metafora penulis dalam menzahirkan adegan ‘terlebih gulanya’. Yang terlampau tak jadi terlampau okay? Macam tengok cerita Melayu dulu-dululah, lepas adegan pelakon wanita dan lelaki duduk berdua, tiba-tiba muncul gambar rumput atau daun dengan titis embun. Ohh, diorang berborak sampai pagi rupanya. Hahaha. Itu pemikiran kanak-kanak seusia saya masa itulah. :P Eh, panjang pula komennya. Hahah. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Kak Hanni Ramsul. Puas hati walaupun buku cuma terbit setahun sekali. Moga dikurniakan ilham yang lebih mantap untuk karya-karya yang akan datang. :) 

Sunday, February 9, 2014

Dia Imamku

Posted by Hajar at 9:52 PM 2 comments
Tajuk: Dia Imamku
Penulis: Najwa Rahman
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  579 mukasurat
ISBN: 9789670448572

Aturan Tuhan menemukan mereka kembali selepas berbelas tahun terpisah. Siapa sangka akhirnya Naufal bertemu jodoh dengan Insyirah? Dalam diam rupanya kedua-dua mereka saling memendam rasa. Melihatkan hubungan mereka yang sentiasa bercakaran antara satu sama lain memang agak mustahil kiranya mereka berdua disatukan. Rupanya mereka telah ditunangkan sedari kecil bila Naufal sendiri pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk melamar Insyirah bila mereka dewasa nanti. Amboi, kecik-kecik dah pandai ye Naufal. Ish ish...

Sebelum tercetusnya berita tentang lamaran keluarga Naufal ni, Insyirah kerap bermimpi bertemu bakal imamnya. Cuma dia tak pasti adakah benar Naufal yang telah tersurat sebagai imam yang bakal memimpinnya? Bila banyak petunjuk yang menuju ke arah Naufal, Insyirah redha dengan ketentuan yang tersurat. Mereka kemudiannya disatukan dengan restu kedua belah keluarga. Lepas berkahwin barulah Insyirah tau yang Naufal bukanlah teruk sangat. Selama ni Naufal suka berlagak sinis dengannya sebab nak jaga gengsi. Haha.

Lumrah setiap perkahwinan pasti ada badai yang mendatang. Lebih-lebih lagi bagi pasangan muda yang berjauhan seperti mereka. Walaupun sentiasa berhubung, masih tetap ada rasa curiga dalam diri masing-masing. Yang paling menyakitkan hati bila ada yang suka mengendeng dengan Naufal walaupun tahu status Naufal yang sudah pun bergelar suami. Insyirah yang masih bersikap keanak-anakan pula selalu merajuk dan berjauh hati dengan Naufal disebabkan hal ini. Haish. 

Kehadiran si cilik Isyraf mengajar mereka untuk jadi lebih matang. Namun, mampukah Insyirah bertahan apabila sekali lagi datang penggangu yang mengendeng dan berhasrat untuk memisahkan Insyirah dan Isyraf daripada Naufal?

Komen saya:

Yang saya suka:

1. Naufal yang kerek dan kadangkala bermulut manis.
2. Insyirah yang kuat dan tak mudah mengalah.
3. Keluarga mereka yang sentiasa menyokong dalam apa keadaan.
4. Penggunaan gaya bahasa yang mudah.
5. Penceritaan yang pantas dan tak meleret-leret.
6. Ada Mika! Eh, tetiba. :P

Yang saya 'kurang' suka:

1. Naufal yang terlampau baik sampai orang lain berani ambil kesempatan atas kebaikannya tu. Kalau tak, masakan timbul dendengs berdua tu? (Nak tau dendengs ni apa dan siapa kena baca okay? :P)
2. Insyirah yang cepat melatah. Lumrah orang perempuan memang macam tu agaknya.
3. Ketidakmatangan mereka berdua dalam melayari rumahtangga. Hmm, cuma saya harus akui realitinya hal macam ni banyak berlaku terutamanya di kalangan pasangan muda.
4. Adegan-adegan manis bergula yang saya rasa kalau penulis boleh metaforakan dengan lebih baik, akan membolehkan saya tanpa ragu berkongsi bacaan buku ni dengan anak-anak buah saya. :)

Keseluruhannya, kisah ni merupakan bacaan santai walau terkadang luruh juga air mata disebabkan Naufal yang tak cuba mengerti hati Insyirah. Sobs. Tahniah ye Dik Najwa. Selamat maju jaya untuk pengajian yang berbaki dan juga untuk kisah-kisah seterusnya. :) 

Saturday, September 28, 2013

Bukan Cinta Monyet - Hasliza Ismail

Posted by Hajar at 10:46 PM 0 comments



Tajuk: Bukan Cinta Monyet
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  476 mukasurat
ISBN: 9789675067716

Saya baca buku ni sesudah saya menonton dramanya. Jadi bila baca memang terbayangkan heroinnya yang comel tu. Haha. Heroin saja ye? :P

Hubungan rapat antara Kamal Ilham dan Nurul Suhana sudah terjalin sejak sekian lama. Walaupun terpisah selama 8 tahun kerana Kamal Ilham menyambung pengajiannya, mereka tetap berhubung kerana Nurul Suhana sudah menganggap Kamal Ilham ibarat abangnya sendiri. Tapi lain pula yang terjadi bila Kamal Ilham menjejakkan kaki ke Malaysia setelah tamat pengajiannya. Pertemuan kembali setelah sekian lama itu membibitkan rasa dalam hati Nurul Suhana. Mungkinkah abang angkatnya itu sudah ditakdirkan jodohnya atau hanya gelora perasaan remaja semata?

Memang comel bila Nurul Suhana ni berusaha menarik perhatian Kamal Ilham. Lebih-lebih lagi sesudah diperkenalkan dengan Annetalia, teman wanita merangkap bakal tunangan Kamal Ilham. Ada saja akal dia nak mendekatkan diri dengan Kamal Ilham. Bila si jejaka bercadang menonton wayang bersama pujaan hati tiba-tiba Nurul Suhana juga muncul di situ. Kebetulan? Tak mungkin kebetulan bila semua aktiviti Kamal Ilham sudah diketahuinya lebih awal. Tertekan dengan situasi yang berulang ditambah lagi dengan tekanan dari Annetalia membuatkan Kamal Ilham nekad berterus terang dengan Nurul Suhana. Kamal Ilham merasakan tindakannya melukakan Nurul Suhana adalah tindakan terbaik untuk gadis remaja itu.Perjalanan hidup Nurul Suhana masih jauh dan dia tak mahu memberi harapan kosong kepada gadis itu.

Musibah yang melanda keluarga Nurul Suhana turut meragut semangat gadis periang ini. Atas rasa tanggungjawab melindungi Nurul Suhana dan ibunya, Kamal Ilham membawa kedua ahli keluarga angkatnya itu tinggal bersama di rumah keluarganya walaupun hubungannya dengan Nurul Suhana sudah semakin jauh.

Kemunculan Alvin, sepupu Kamal Ilham  banyak membantu Nurul Suhana bangkit semula dari kemurungannya.  Hubungan rapat antara Nurul Suhana dan Alvin mula buat Kamal Ilham rasa tergugat. Dalam hati rupanya sudah terdetik rasa. Walaupun Annetalia sudah jadi tunangannya, kenapa Nurul Suhana masih diingati? Ah, sudah! Macam mana ni?

Komen saya:  Cinta memang tak pernah mengenal usia. Sejauh mana pun kita mengelak, kalau sudah tersurat itulah jalannya, redhalah dengan ketentuanNya. Hihi. Nak bermadah tiba-tiba. :) Buat penggemar kisah santai, ini hidangan buat anda. Kisah ni memang santai dan comel. Tak memeningkan kepala. Cuma terkejut bila tau rupanya Annetalia tu mendekati Kamal Ilham bersebab. Cis. Memang tak patut. Oh, ya. Baru saya teringat, ada cameo Suriani (heroin Kapal Terbang Kertas) juga dalam kisah ni tau. :) Tahniah buat penulis. Moga lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)

Terima Kasih Cinta - Lya Zara

Posted by Hajar at 9:56 PM 2 comments
Tajuk: Terima Kasih Cinta
Penulis: Lya Zara
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  426 mukasurat
ISBN: 9789670448343


Dah lama sebenarnya saya sudahkan bacaan buku ni, tapi tak berkesempatan nak menaip. Lama sangat 'bercuti', momentum pun dah hilang. Maaf ye kalau ada yang tertunggu-tunggu update blog ni. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini. :)

Kali ni kita menyelami kisah love-hate relationship antara Amani dan Zafran. Pertemuan pertama antara Zafran dan Amani menimbulkan rasa jengkel Zafran terhadap Amani. Mana tidaknya, penampilan Amani yang agak kekampungan menyakitkan mata Zafran. Selera Zafran dah tentulah gadis seksi dan menggoda, tapi malangnya dapat pula Amani sebagai setiausaha. Memang jadi mangsa kutukan dan kejian ajelah si Amani ni.

Tapi Amani bukan pedulikan semua itu. Janji poketnya berisi dan keluarganya di kampung dapat dibantu. Kemunculan Arisya sedikit sebanyak membantu Amani menangani kerenah bos 'singa'nya itu. Atas nasihat Arisya yang mahukan perhatian Zafran, pelbagai elaun  grooming  diberikan kepada Amani.

Bila dah cantik menawan, hati pun mulalah tercuit. Paling tak tahan Zafran sanggup menyusul Amani ke kampung semata-mata sebab rindu. Haha. Itulah, dulu mulut kemain celupar lagi. Bila dah terpaut, berjauhan sikit pun dah rindu. Sebenarnya Zafran ni masih fobia dengan kegagalan hubungan cintanya yang lalu. Penampilan naif Amani tu mengingatkan Zafran kepada Natrah yang telah mengecewakan Zafran. Jadi, kutukan-kutukan terhadap Amani tu semua untuk menafikan perasaannya sendiri. Heh.

Akhirnya mereka tetap disatukan dengan restu kedua-dua belah pihak. Kepulangan Natrah dan si keletah Emir Luqman kemudiannya sedikit sebanyak merenggut kebahagiaan yang sedang mereka nikmati. Kesian juga Amani ni bila Zafran terang-terang bermain wayang di depan mata. Tapi semuanya bersebab. Nak tau sebab apa? Kenalah baca kan? :)

Komen saya: Kalau anda rasa nak lari dari tema kahwin paksa, ini salah satu buku yang patut anda baca. Walaupun kisahnya biasa-biasa yang kita dah boleh agak jalan ceritanya, penulis berjaya melakarkan kisah ni tanpa 'tersangkut' di sana-sini. Tahniah buat penulis untuk karya sulung beliau ni. Moga maju jaya untuk karya-karya seterusnya. Terima kasih juga buat tuan punya buku yang sudi 'melambakkan' buku-bukunya untuk saya baca. Hehe. :)  

Monday, August 12, 2013

Biarkan YM Terus Berbicara - Hanni Ramsul

Posted by Hajar at 8:52 PM 1 comments
Tajuk: Biarkan YM Terus Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  624 mukasurat
ISBN: 9789670448206

Ini kesinambungan kisah Ugly Betty dan Prince Charming setelah perkahwinan mereka. Setelah berkahwin Adiya berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya. Orang kata banyak masalah bakal timbul bila tinggal dengan keluarga mertua. Tapi tidak bagi Adiya. Hubungannya dengan mertua sangat baik walaupun ada kekurangan Adiya yang kadangkala membuatnya rasa rendah diri. Sekalipun Firdaus tak pernah mempersoalkan sikap Adiya yang culas ke dapur, rasa rendah dirinya melonjak tinggi juga bila Mia selalu datang menziarahi mereka sekeluarga berbekalkan menu-menu enak hasil air tangannya.

Bila Adiya dah mula belajar memasak, Firdaus tetap mahukan air tangan Mia. Heh. Manalah Adiya tak rasa cemburu dan jauh hati? Ditambah pula dengan fitnah dan kata-kata yang mengguris hati daripada Puan Sri Ainul, ibu Mia. Puan Sri tu terkilan sebab tak dapat bermenantukan Firdaus. Dan dia fikir Mia sedih sebab tak dapat jadi isteri Firdaus walhal Mia tu sedih sebab Kamal. Tak fasal-fasal Adiya jadi tempat melampiaskan rasa terkilannya itu.

Bila Adiya suarakan pada Firdaus, memang dah tentulah Firdaus tak akan percaya dengan kata-kata Adiya kan? Jadi jalan terbaik adalah menjauhkan diri.

Pertemuan Adiya dengan Sabrina (watak dalam Pergilah Air Mata) semasa pelariannya banyak membantu Adiya mengerti hakikat sebuah perkahwinan. Lebih-lebih lagi bila Badrul sendiri mengakui akan kesilapan yang pernah dilakukan akibat keegoannya. Tapi Adiya tetap jual mahal hinggalah dia dapat tahu emaknya sakit. Hakikatnya kepulangan Adiya bawa berita baik untuk mereka sekeluarga. Dan segala konflik serta salah faham berjaya diselesaikan dengan baik.

Komen saya: Jujurnya saya kurang gemar membaca sekuel kerana kebanyakan sekuel bakal membuat saya berasa kecewa dan sakit hati akibat penambahan konflik yang sebenarnya tak perlu dipanjangkan untuk dijadikan sebuah cerita. Tapi berlainan dengan kisah ini. Penulis berjaya buat saya membaca kisah ini dengan tenang walaupun sebenarnya kita patut sakit hati dengan watak Adiya tu. Hehe. Tahniah buat Kak Hanni Ramsul. Saya suka dengan watak mak long Adiya yang sempoi tu. Untung Mia dapat bakal mak mertua yang sempoi gitu. ;) Oh, tak lupa juga terima kasih untuk tuan punya buku ini. :)

Sunday, June 16, 2013

Mencari Jalan Ke Syurga - Hasliza Ismail

Posted by Hajar at 10:25 PM 8 comments
Tajuk: Mencari Jalan Ke Syurga
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  536 mukasurat
ISBN: 9789675067457

Kemalangan yang menimpa Dayang Khirana (Khirana) 2 tahun yang lampau bukan sahaja meragut nyawa insan kesayangannya, malah turut meragut ingatan Khirana. Selepas 2 tahun koma, Khirana bangkit sebagai individu yang berbeza akibat amnesia. Hanya Ros Azura, rakan rapat  yang tak pernah berputus asa untuk melihat Khirana sembuh seperti sediakala walaupun mereka pernah bertelagah sebelum kemalangan terjadi.

Rupanya ramai yang menunggu Khirana sedar dari koma, terutamanya ahli keluarga Dato' Shamsul Ariffin (arwah teman lelaki Khirana). Mereka merasakan Khiranalah yang bertanggungjawab memporak-perandakan keluarga mereka bila Khirana mula berhubungan dengan Dato' Shamsul Ariffin yang sudah pun beristeri. Jadi, bila mereka tahu yang Khirana dah sedar dari koma, masing-masing mula menyusun rancangan untuk membalas dendam terhadap Khirana.

Ugutan dan cacian yang terpaksa dihadapi Khirana dengan tabah. Dugaan demi dugaan juga harus ditempuhi oleh Khirana lebih-lebih lagi daripada mereka yang mengenali Khirana yang 'dulu'.

Kemunculan Shahrul Azwan memaksa Khirana untuk berdepan dengan masa silamnya. Dendam dan kebencian Shahrul Azwan membuat Khirana cuba dan berusaha mengingati masa silamnya. Tanpa disedari, perempuan yang dicaci kerana memporak-perandakan keluarganya itulah yang memikat hatinya. Heh. Tak di sangka sikap dan peribadi Khirana yang 'baru' ni mampu memecahkan rasa benci yang sekian lama bertunas dalam diri Shahrul Azwan. Memilih Khirana pasti akan mengundang kebencian keluarganya sedangkan Khirana dah mula bertakhta di hati. Haish, buntunya nak buat pilihan.

Komen saya: Tak sangka pulak Datin Zulaikha tu ada penyakit mental. Kesian arwah suaminya tu. Memang patutlah kalau dia nak tambah 'cawangan' pun bila dapat isteri yang obses dan bermasalah mental macam Datin Zulaikha ni. Kebenciannya pada Khirana memang menggunung tinggi sampai tahap sanggup membunuh. Huh, ngeri! Tahniah buat penulis sebab buku ni sudah pun divisualkan. Tapi saya baca buku ni bukan sebab drama bersiri di televisyen tu ya. Haha. Terpanggil nak baca setelah nampak buku ni terperuk lama dalam almari. Jalan ceritanya agak penuh konflik, cuma tak disampaikan dengan gaya penuh sinetron. :P Jadi saya tak rasa stress dan boleh habiskan bacaan dengan cepat. Phew~ :)

Friday, April 5, 2013

Kapal Terbang Kertas - Hasliza Ismail

Posted by Hajar at 10:50 PM 2 comments

Tajuk: Kapal Terbang Kertas
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM16.00
Sabah/ Sarawak: RM 19.00
Halaman:  349 mukasurat
ISBN: 9789675067310


Suriani dibesarkan oleh ibu saudaranya (Mak Som) setelah pemergian kedua ibu bapanya. Hidup dalam kongkongan Mak Som membuatkan Suriani terpaksa melupakan cita-citanya untuk menyertai TUDM bersama-sama Mahadi, walaupun keputusan peperiksaannya cemerlang. Dengan berat hati, Mahadi terpaksa juga meneruskan cita-cita mereka berdua walaupun tanpa Suriani. Namun Mahadi berjanji yang dia akan kembali suatu hari nanti untuk membawa Suriani keluar dari kongkongan Mak Som.

Rupanya Mak Som sudah ada rancangan sendiri. Disebabkan angan-angannya untuk hidup mewah, Mak Som berhajat untuk menjodohkan Suriani dengan Salleh, seorang lelaki yang agak berharta dan agak berumur untuk Suriani. Untuk menolak memang agak mustahil sebab Suriani terikat dengan budi baik Mak Som yang sudi untuk membesarkannya.

Bila mengetahui niat sebenar Mak Som, jiwa muda Suriani mula memberontak. Suriani mengambil keputusan untuk melarikan diri dengan niat untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga. Dia berjanji akan kembali semula ke kampung untuk membalas jasa-jasa Mak Som.

Pertemuan Suriani dengan Ian Emran di kala Suriani hilang arah waktu mula-mula sampai ke Kuala Lumpur banyak membawa perubahan dalam hidup Suriani.  Dari seorang gadis naif yang bekerja sebagai pelayan restoran akhirnya menjadi pembantu setiausaha di pejabat Ian Emran. Hubungan baik mereka juga turut jadi buah mulut kakitangan pejabat Ian Emran yang akhirnya turut membuat Ian Emran mengakui perasaanya pada Suriani. Fuh.

Jadi, siapa pilihan Suriani? Masihkan Mahadi yang ditunggu oleh Suriani atau Ian Emran si penyelamat jadi pilihan? Saya suka cara penulis menyelesaikan konflik cerita ini. Ringkas dan tak meleret-leret. :)


Komen saya: Kisah ni cuma kisah yang biasa dengan konflik yang ringan. Memang bukan pilihan buat pembaca yang gemarkan konflik tahap ekstrim. Hehe. Cuma saya agak terganggu dengan fakta yang mengelirukan. Jadi buat penulis sekalian, sekalipun anda menulis kisah fiksyen, sila pastikan fakta yang ditulis itu betul. Logik dan realistik itu harus seiring dengan fiksyen. yang ditulis. Bukan hentam keromo saja. :) Anyway, tahniah buat penulis. Saya dengar khabar yang naskhah ini juga bakal divisualkan selepas Mencari Jalan Ke Syurga. All the best untuk Kak Hasliza. :)

Sunday, February 3, 2013

Andainya Bukan Untukku - Sya Ryanna

Posted by Hajar at 10:40 PM 7 comments

Tajuk: Andainya Bukan Untukku
Penulis: Sya Ryanna
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  623 mukasurat
ISBN: 9789675067419

Saya tertarik untuk dapatkan buku ni sebab saya pernah terlepas untuk membaca versi online dulu. Dan jadi lebih tertarik bila ada review yang mengatakan kisah dalam buku ini lain daripada yang lain. Hmm...

Dania dan Faeiz terpaksa bernikah bila mereka berdua tertangkap dalam keadaan mencurigakan. Hakikat sebenarnya mereka diperangkap oleh Malim, kawan Dania yang bertanggungjawab menjebakkan Dania ke kancah penagihan dadah. Bila Faeiz, yang juga merupakan peguam keluarga Dania berhasrat untuk selamatkan Dania, dia pula yang terjebak dengan masalah Dania. Sudahlah Dania ni memang dah terpinggir daripada kasih sayang keluarga (jadi tak heranlah kan kenapa Dania sampai boleh terjebak jadi penagih dadah?), ditambah dengan peristiwa memalukan tu, Dania terus dibuang keluarga.

Selepas dibuang keluarga Dania mengikut Faeiz pulang ke Kuala Lumpur. Di sini Dania mula berubah untuk memperbaiki diri walaupun kadangkala tewas juga dengan bisikan-bisikan nakal yang sesekali datang untuk  membawa Dania kembali ke 'dunia hitam'nya itu. Bila Dania dan Faeiz dah mula rapat, Dania terpaksa berpindah ke rumah Ilyana (teman wanita Faeiz) semata-mata untuk menutup rahsia perkahwinannya dengan Dania.

Satu perkara yang saya tak berkenan tentang Faeiz ni adalah sikap dia yang sangat terburu-buru tu. Takkanlah sebab Dania pernah buat silap selama-lamanya dia akan buat silap yang sama. Patutnya sebagai suami, dialah yang kena bimbing Dania kan? Bukannya lagi condemn orang tu bila dia buat silap. Haish.

Bila menyedari hubungannya dengan Faeiz dah semakin menjauh dan Faeiz pun dah keluarkan kata-kata pemisah tanpa talak, Dania nekad untuk membawa diri. Berundur untuk memberi laluan kebahagiaan buat Faeiz dan Ilyana. Faiez pula mula menyedari kesilapannya bila Dania dah tak dapat dijejaki. Heh.

Pertemuan selepas 5 tahun mula menggoyahkan perasaan Faeiz bila menyedari yang Dania telah bertemu penggantinya. Kehadiran Firdauz nampaknya berjaya menambat hati Dania dan anak mereka, Qaseh Rania.  Tapi, takkanlah Faiez nak mengalah macam tu je? Jadi nak tau selanjutnya kenalah baca kan? :P

Komen saya:  Rasanya ramai yang dah pernah baca kisah ni dan dah tahu penamatnya macam mana kan? Plotnya dan penamatnya pun saya rasa ramai yang dah boleh agak. Takdelah unsur-unsur unpredictable pun. Cuma saya suka bila penulis tak buat kisah ni jadi meleret-leret dengan konflik berlebihan.Tahniah buat penulis. Berbaloi juga menunggu untuk dapatkan kisah ni dalam bentuk cetakan. :)
   

Sunday, December 30, 2012

Sha & Shah - Sha Ibrahim

Posted by Hajar at 1:18 PM 1 comments

Tajuk: Sha & Shah
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  761 mukasurat
ISBN: 9789670448152

Kisah BFF (Best Friend Forever) yang bertukar status kepada suami isteri. Orang selalu kata, mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh 'berkawan baik' tanpa ada terselit 'perasaan' lain bersama. Mampukah mereka mengemudi rumahtangga yang berasaskan hubungan sahabat ini? 

Farisha (Sha) menerima lamaran Faiz Ameerul Shah (Shah) kerana tak tahan dengan pujuk rayu Shah yamg mahu menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Yelah, daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya, lebih baik berkahwin dengan sahabat baik sendiri kan? Sekali fikir, Shah ni sebenarnya macam selfish juga. Sebabnya, lepas berkahwin dengan Sha, dia masih tetap teruskan perangai dan tabiatnya yang suka bertukar-tukar teman wanita sama seperti sebelum berkahwin dengan Sha. Haish. Sha juga yang jadi penyelamat bila cerita-cerita tak elok tentang Shah terpapar dalam akhbar dan tabloid.

Namun, segala-galanya berubah bila Shah mula menyedari yang dia mula jatuh hati kepada isterinya sendiri. Maka bermulalah sesi  memikat si isteri. Sha pula sebenarnya memang dah lama menyimpan perasaan pada Shah, cuma sebab dia sayangkan persahabatannya dengan Shah, perasaan tu disimpan elok-elok dalam hatinya. Cuma bila Shah dah mula memikat, takkanlah nak terus cair kan? Haruslah main tarik tali juga. :)

Bila hubungan suami isteri sebenar telah terpatri, bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Berjayakah mereka menongkah arus cabaran dan dugaan selepas bertukar 'status' ini?

Komen saya: Jujurnya saya seronok baca kisah ini. Plot yang mudah tanpa banyak konflik yang menyakitkan hati. Cuma awal-awal pembacaan, saya memang banyak sakit hati dengan perangai Shah. Hehe. Tahniah buat penulis. Moga bakal lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya.


 

Monday, December 17, 2012

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad

Posted by Hajar at 10:44 PM 13 comments

Tajuk: Untuk Semua Dosaku
Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  618 mukasurat
ISBN: 9789675067327

Kalau anda mengharapkan kisah kahwin paksa dengan pengakhiran tipikal, ini bukanlah buku yang patut anda baca okay? Tapi kalau anda mencari sesuatu intipati berlainan dengan kisah tipikal yang berlambak di pasaran, bolehla cuba untuk membaca kisah ini.

Nur Lisa dan Syed Azri  bertemu di Jerman sewaktu Nur Lisa melarikan diri daripada Tengku Akhbar yang juga digelar 'payung emas made in Malaysia' oleh Nur Lisa. Bayangkan, ada ke lelaki yang menabur budi tanpa mengharap balasan? Tengku Akhbar ni memang baik, tak pernah ambil kesempatan pada Nur Lisa walaupun Nur Lisa banyak mempergunakan dia. Cuma bila Tengku Akhbar dah mula tunjukkan ciri-ciri nak menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Nur Lisa, haruslah Nur Lisa cepat-cepat angkat kaki.

Pelawaan si adik, Nur Lili  untuk mencarikan rumah disambut baik tanpa menyedari niat si adik di sebalik kebaikan yang ditabur. Huh. Rupanya, lepas keluar dari lindungan payung emas, Nur Lisa terperangkap dalam mulut naga pulak. Sharifah Azrina rakan sebiliknya dah bertukar menjadi Syed Azri. Haru! Haish. Apa punya adik ntah. Sebab nak mengorat Tengku Akhbar tu, sanggup menganiaya kakak sendiri. Bila menyedari diri dah jadi mangsa adik sendiri, memang terhentilah maklumat berkaitan Tengku Akhbar yang disalurkan kepada Nur Lili yang berada di Malaysia.

Bila dah tertipu dengan 'kebaikan' yang ditabur dek Nur Lili, nak tak nak terpaksalah Nur Lisa terima hakikat yang kawan sebiliknya adalah seorang lelaki. Memang berani dan selamba sungguh Nur Lisa ni. Berani juga mencabar keegoan seorang Syed Azri sehingga terpatrinya hubungan antara keduanya. Memang nampak sangat tak wajar dengan pergaulan bebas antara keduanya. Mujur juga Syed Azri dah ambil langkah pencegahan awal untuk berpindah keluar selepas terpatrinya hubungan mereka. Kehidupan mereka berdua yang bergelar pelajar di Jerman memang penuh warna-warni sehinggalah Nur Lisa  bertemu jalan 'kembali' ke paksi sebenarnya.

Siapa sangka Octoberfest yang dihadiri bersama Syed Azri dan Sharifah Azra (adik Syed Azri) menemukan kembali Nur Lisa dengan penciptanya? Waktu ini segala dosa-dosa semalam bagai menghambat dirinya. Biar pun Syed Azri tak merestui pilihannya, Nur Lisa tekad untuk berubah.

Pertemuan kembali antara keduanya di Malaysia ditambah pula dengan fitnah yang ditabur oleh si adik akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan mereka. Memang cabaran buat Nur Lisa untuk menyesuaikan diri dengan Syed Azri setelah sekian lama terpisah. Ditambah lagi dengan cara hidup Syed Azri yang tak 'selari' dengan Nur Lisa. Bagaimana cara Nur Lisa menghadapi dugaan hidupnya ini?  


Komen saya: Buku ni memang bakalan buat kita banyak berfikir. Memang betul bak kata Nur Lisa, kalaulah hidayah semudah membeli barang di ebay, tentu kita takkan hargainya. Nak berubah, memang susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlu mengubah perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. Tapi pada saya, paling susah adalah nak mengekalkan perubahan tu. Sejauh mana kita mampu menahan diri daripada godaan hawa nafsu untuk buat perkara-perkara yang patut ditinggalkan bila kita nak berubah. Phew. Mungkin terdapat kesukaran untuk sesetengah pembaca menghadamkan kisah ini disebabkan susun atur jalan cerita dengan flashback scene serta penggunaan bahasa Jerman yang banyak. Yang juga mungkin bakal mengganggu tumpuan pembacaan. Cuma bagi saya, tumpuan pembacaan saya agak terganggu bila saya nampak banyak kesilapan atau mungkin kealpaan semasa proses pengeditan. Sayang sungguh. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku pertama ini. Moga lebih banyak lagi ilham untuk karya seterusnya. :)   

Monday, November 19, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara - April Snow

Posted by Hajar at 8:09 AM 6 comments


Tajuk: Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  661 mukasurat
ISBN: 9789670448145

Wah, rasa macam baru je saya taip review buku penulis ni beberapa bulan lalu. Tup-tup buku kedua dah pun terbit. Tahniah Kucc. :)

Siti Nur (Siti) dibesarkan oleh Wan(nenek)nya. Status kelahirannya yang tak jelas menyebabkan dia sentiasa disisihkan, baik di sekolah mahupun di kawasan tempat tinggalnya. Wan lah yang banyak menyokong dan dan membantu bila Siti hampir rebah dengan tohmahan dan cacian orang sekeliling. Bila Wan meninggal, Siti hilang tempat bergantung dan terpaksa mengikut Datin Junainah (anak tunggal Wan) berpindah ke Kuala Lumpur. Siti berharap perpindahannya ke Kuala Lumpur dapat membongkar identitinya dengan bantuan Datin Junainah. Namun dia silap bila Datin Junainah tak pernah mengendahkan permintaannya, malah memperlakukannya seperti hamba tebusan. Kemuncak penderitaan Siti adalah bila dia dihalau keluar dari rumah agam keluarga Datuk Zainal di hari pernikahan Zurene, anak kesayangan Datin Junainah.

Pertemuan Siti dengan Puan Aishah dan juga si comel Benjamin (Ben) memang membawa sinar dalam hidupnya. Kebetulan waktu Datin Junainah diamuk kemarahan, Ben ada bersama Siti. Benlah yang berperanan menyelamatkan Siti bila dia mengadu pada Puan Aishah (neneknya) dan Akhmal (bapanya) tentang apa yang menimpa Siti. Siti kemudiannya di bawa pulang ke rumah mereka dan ditawarkan menjadi pengasuh Ben.

Sikap Siti yang polos tu bukan sahaja berjaya menambat hati Puan Aishah, malah Akhmal juga turut tertarik hati dengan peribadi pengasuh kesayangan Ben tu. Pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun ada rahsia yang disimpan oleh Puan Aishah demi kerana bimbangkan Siti. Datin Junainah yang masih berdendam dengan kedua ibu bapa Siti pula sibuk menabur fitnah tentang latar belakang Siti pada Akhmal. Mujurlah Akhmal ni bukan jenis yang cepat termakan hasutan walaupun nyaris juga tergelincir. Pertemuan semula Siti dengan Mak Jah (pembantu rumah Datin Junainah) dan Pak Salleh (pemandu Datin Junainah) berjaya membuka rahsia dan latar belakang Siti yang tersembunyi selama ini.

Komen saya: Phew, memang macam fairy tale dah. Macam kisah Cinderella moden. Hehe. Watak Siti ni walaupun digambarkan awal 20-an tapi saya rasa dia matang. Bukan jenis heroin tipikal yang akan larikan diri bila ditimpa masalah. :P  Mungkin sebab suasana dan persekitaran yang buat dia cepat matang kot. Salute juga dengan Akhmal yang tak mudah melatah dengan kata-kata orang sekeliling. Aha, kali ni pun ada cameo watak-watak lain daripada novel dan e-novel Kucc tau. Nak tau siapa kenalah baca. ;)

Sunday, November 18, 2012

Semalam Yang Ku Tinggalkan - Laila Hanni

Posted by Hajar at 9:27 PM 4 comments

Tajuk: Semalam Yang Ku Tinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  582 mukasurat
ISBN: 9789670448121

Munirah dan Izwan berkenalan sewaktu zaman remaja mereka. Perkenalan  bermula sewaktu Munirah berada di tingkatan satu dan Izwan di berada tingkatan enam atas. Peristiwa yang berlaku semasa program orientasi pelajar tingkatan satu telah membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Hubungan mereka terputus setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya dan Munirah pula terpaksa tinggal bersama ibu saudaranya selepas kematian kedua ibu bapanya dalam suatu kemalangan.

Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali bila Azreen, kakak sepupu Munirah bakal melangsungkan perkahwinan. Rupa-rupanya Izwan ni merupakan tunangan Azreen. Pertemuan ini membongkar kembali perasaan mereka tapi sebab Munirah tak mahu menghancurkan perasaan Azreen dan Mak Ngah yang dah terlalu banyak berjasa dalam hidupnya, dia pasrah dengan takdir yang dah tersurat.

Bila Azreen disahkan tak boleh hamil, Izwan mengambil kesempatan untuk memperisterikan Munirah. Siap dapat permission Azreen lagi. Saya agak simpati dengan watak Munirah ni. Yelah, memang niat dia baik. Nak penuhi permintaan Azreen. Tapi bila fikir balik, orang sekeliling boleh faham ke kenapa dia sanggup terima Izwan? Orang sekeliling boleh terima ke status dia sebagai isteri kedua?

Memang Munirah nampak bahagia dengan Izwan. Lebih-lebih lagi bila Munirah disahkan hamil. Izwanlah manusia paling gembira. Ditatang Munirah bagai menatang minyak yang penuh. Namun, dalam kegembiraan tu, mereka tak sedar ada hati yang terluka. Pemergian Munirah ke Australia untuk menyambung pengajian membawa titik hitam dalam hubungan mereka. Akibat fitnah dan keegoan seorang suami, Munirah diceraikan dan anak kecil mereka menjadi mangsa. Haila, kesian Munirah.  

Bagaimana Munirah berjuang untuk dapatkan kembali hak penjagaan Sarah?

Komen saya: Saya agak beremosi baca kisah ini sebab saya memang agak alergi dengan lelaki ego macam Izwan ni. Dari awal lagi dah nampak keegoannya bila dia bertegas untuk  memperisterikan Munirah walaupun dia tahu dia bakal lukakan hati Azreen. Seolah-olah macam sengaja pergunakan alasan ketidakupayaan Azreen tu untuk beristeri baru. Huh. Mujur sangat Munirah tak kembali pada Izwan selepas diceraikan. Pengajaran untuk lelaki: Jangan ingat bila mampu dan boleh berlaku adil dari segi material, anda juga boleh berlaku adil pada isteri / isteri-isteri dari segi emosi. Poligami itu halal, tapi yang tak betul tu biasanya cara perlaksanaannya. :) Oh, maaf kalau terlebih emosi. Tahniah buat penulis kerana berjaya buat saya beremosi dan membuka mata membaca hasil karya anda. :) 

Saturday, October 6, 2012

Dah Jodoh - Iman Nizrina

Posted by Hajar at 10:58 PM 6 comments

Tajuk: Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel Enterprise.
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  434 mukasurat
ISBN: 9789670448114



Nasira dan Nuqman bertemu  sewaktu mereka berdepan krisis dengan pasangan masing-masing. Pertemuan Nasira dan Nuqman di rumah Hasni (bakal tunang Nasira merangkap kawan baik abang Nasira) membongkar cerita kecurangan Hasni dan Zura (tunang Nuqman). Namun, belum hilang kisah kecurangan Hasni dan Zura, Nasira dan Nuqman pula yang ditangkap kerana berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Kesian Nasira, belum pun sempat membela diri, keluarganya dah menghentam bertalu-talu. Mereka terlalu percayakan Hasni berbanding Nasira. Mujurlah Nuqman tak lepas tangan dalam hal ni. Dia sanggup melamar Nasira secara beradat untuk dijadikan isteri. Cuma keluarga Nasira yang agak payah nak menerima keaiban yang kononnya telah diconteng ke muka ahli keluarga mereka. Huh, memang geram juga dengan keluarga Nasira ni sebab lebih percayakan kata-kata Hasni berbanding kata-kata Nasira.

Mujurlah keluarga Nuqman memahami dan menyokong tindakan mereka berdua ni. Malah layanan mereka terhadap Nasira pun melebihi layanan keluarga Nasira sendiri. Cuma bila perkahwinan tanpa rela terjadi dalam sesebuah novel rasanya kita dah boleh agak kan ke mana arah hubungan antara kedua hero dan heroinnya?

Konflik pun tidaklah berat sampai tahap kita nak lempar buku ke longkang. Hehe. Cuma setakat gangguan-gangguan kecil daripada Hasni dan Zura yang pada pendapat saya tak beri impak pun pada hubungan antara keduanya. Sebab penulis banyak menyelitkan cara mereka menyesuaikan diri dan merapatkan hubungan mereka. Jadi bila datang 'makhluk pengacau' berdua tu tak nampak hubungan Nuqman dan Nasira bakal goyah disebabkan gangguan mereka tu.

Komen saya:  Ini pun salah satu e novel yang saya ikuti di blog penulis. Karya yang agak santai tanpa konflik yang menyakitkan kepala. Tahniah Iman untuk kelahiran buku terbaru ni. :)

Saturday, August 25, 2012

Qaseh Nuralia Imani - Arin Arida

Posted by Hajar at 11:26 PM 6 comments

Tajuk: Qaseh Nuralia Imani
Penulis: Arin Arida
Penerbit: Kaki Novel Enterprise.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  699 mukasurat
ISBN: 9789670448084

Satu lagi kisah yang pada saya biasa tapi mungkin ramai yang suka sebab banyak elemen manis bergula di dalamnya. Ehem.

Syed Iskandar Dzulkarnain (Iskandar) terpaksa akur dengan kehendak kedua ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan pilihan mereka, Nuralia Imani (Nur). Nur digelar mumia oleh Iskandar disebabkan Nur ni gemar berpakaian jubah hitam dan bertudung lengkap serta berniqab. Mana tidaknya, depan Iskandar pun Nur masih menjaga auratnya. Hehe. Sebenarnya Nur ni bertekad yang dia hanya akan buka niqabnya setelah dia jumpa pelindung dunia akhiratnya. Dan Iskandar ni memang bukan pilihanlah buat masa tu.

Berdepan dengan kebencian suami sendiri memang menyeksa mental dan fizikal Nur. Namun Nur bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Keperitan hidup yang pernah dilalui banyak mengajarnya erti tabah bila berdepan dengan cabaran hidup.  Mujurlah si Iskandar ni tak tersasar jauh sangat. Penemuan kecurangan Bella, si kekasih yang dibangga-banggakannya itu akhirnya mengubah persepsi Iskandar pada Nur. Kelembutan layanan Nur akhirnya membuat si kasanova ni kecundang. Masa ni dapatla kita tengok macam mana Iskandar gunakan skill kasanova karatnya tu untuk menawan kembali hati Nur.


Bila dah bahagia, adalah yang mula cemburu dengan kebahagiaan mereka. Bella, bekas kekasih Iskandar mula mengatur rancangan untuk memecah belahkan hubungan pasangan bahagia ni. Di bantu oleh Roy (kawan sekolah Iskandar - saya tak pasti kenapa dia berdendam dengan Iskandar ni sebenarnya) dan juga Akira-chan, kawan baik Nur semasa dia menuntut di Jepun dulu. Berjaya tak agaknya rancangan mereka tu ya?

Saya suka dengan scene Zarul yang datang menyibuk masa Iskandar mula nak tawan hati Nur. Haha. Walaupun nampak macam menyibuk tapi sebenarnya Zarul tu banyak membantu dalam merapatkan hubungan antara keduanya. 

Komen saya: Sebuah kisah dengan plot biasa yang kita dah boleh agak flow jalan ceritanya. Watak Qaseh tu pun cuma muncul di penghujung cerita. Mungkin penulis nak buat sequel agaknya kot? ;) Cuma pada saya ia suatu percubaan pertama yang patut dipuji. Tahniah ya Arin atas kelahiran buku bercetak pertama ni? Moga lebih banyak ilham untuk hasilkan karya yang lebih baik selepas ini. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review