Showing posts with label Syah Shah. Show all posts
Showing posts with label Syah Shah. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Lelaki Sedingin Dia

Posted by Hajar at 10:23 PM 2 comments


Tajuk:  Lelaki Sedingin Dia
Penulis: Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  508 mukasurat
ISBN: 9789670718026

Fawwaz Hakim (Fawwaz ) :
1. Bad boy yang nakalnya memang tahap buat kita beristighfar dan mengucap berkali-kali. Dialah kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan etc. dan segala kaki yang jahat tu memang serah pada dialah. Haha.
2. Si Iceberg tahap kutub. (Nasiblah tak jadi beruang kutub. :P)
3. Ego tahap langit
4. Biadap sampai tahap Anakku Sazali.

Bagaikan sudah tersurat, Fawwaz dan Andria bertemu kerana keengganan mereka untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga masing-masing. Kedua-dua mereka bertembung semasa melarikan diri ke Cameron Highland di hari pertunangan mereka. Mereka jadi akrab di sepanjang percutian itu dan nyaris terlanjur. Fuh. Bagus juga pendirian Fawwaz ni. Katanya, dia takkan ambil kesempatan terhadap perempuan innocent macam Andria. Heh, ada ke lelaki nakal yang boleh fikir macam ni sekarang? *garu kening*

Pulang ke Kuala Lumpur mereka selalu bertembung secara kebetulan sehinggalah membawa kepada pertemuan Fawwaz dengan ibu Andria. Bila mengetahui hakikat yang Fawwaz adalah bakal tunangan 'tak jadi' nya, Andria kaget lalu tercetuslah kata-kata yang membuat Fawwaz rasa tercabar. Fitnah yang dicetuskan oleh Fawwaz pula membuat Andria jadi lelah untuk mempertahankan maruahnya di mata ibu dan bapa tirinya.

Keegoan seorang Fawwaz membuatnya tekad untuk memperisterikan Andria.

Katanya: I'll make you regret saying all those words you said, Andria. You just wait and see, you little miss goodie two-shoes... - m/s 159

Perkahwinan mereka tetap dilangsungkan atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga Andria. Namun bagi Fawwaz, perkahwinan itu hanya untuk membalas dendam terhadap keangkuhan kata-kata Andria. Jadi, ke manakah arah tuju perkahwinan mereka berdua ini?

Komen saya:
1. Fawwaz ni memang ikon anak terpinggir yang suka jadikan alasan mereka jadi nakal dan jahat untuk raih perhatian ibu bapa.

2. Saya memang tak boleh tolerate lah dengan tahap biadap orang macam ni. Rasa nak kasi jurus serangan Laksamana Sunan (eh?) kat dia. Dan saya rasa nak bersorak bila dia kena belasah dengan Uncle Jalil, bapa tiri Andria tu. Huh. Rasakan! *ketawa jahat*

3. Ni pesanan khidmat masyarakat untuk adik-adik (untuk kakak-kakak pun applicable juga ni); tak payahlah nak jadi peramah sangat dengan strangers eh? Kang kalau kena bawa lari ke sempadan, naya je. Tengok macam si Andria ni, tak fasal kena paksa kahwin sebab kononnya dah terlanjur. Pfft!

4. Tak rasa terkesan sangat dengan turning point si mawasFawwaz ni sebab bukan Fawwaz yang bercerita apa yang terjadi kepadanya sepanjang tempoh dia tak sedarkan diri tu. Kalau Fawwaz yang bercerita sendiri harus kita lagi rasa terkesan dengan perubahannya.

5. Ending yang agak rushing dan berkait dengan point no 4. :D

6. Keseluruhannya saya puas hati dengan kisah Fawwaz walaupun ada rasa tak selesa dengan beberapa adegan yang dipaparkan. Pesanan penaja untuk adik-adik; sila pastikan anda dapat bimbingan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa semasa membaca buku ini. Jangan salah fahaman pula nanti :) Tahniah buat penulis. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik. :)

Sunday, December 15, 2013

Yang Luar Biasa

Posted by Hajar at 10:50 PM 0 comments

Tajuk: Yang Luar Biasa
Penulis:  Hani Fazuha, Farah Husain, Anna Lee, Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman:  636 mukasurat
ISBN: 9789671226728

Salah satu buku hasil 'tuaian' saya di PWTC Jumaat lepas dan antara buku yang memang dinanti kemunculannya. :) Sekali lagi penerbit ambil langkah berani menghasilkan kompilasi mini novel yang dilabelkan sebagai Edisi Emas hasil karya 4 penulis. Cetakan terhad yang hanya diterbitkan sempena Pesta Buku 1 Malaysia baru-baru ini. Ada empat kisah pendek hasil nukilan empat orang penulis  : -

1. Yang Luar Biasa - Hani Fazuha
Hubungan antara Zhariz dan Arissa memang rapat. Lebih-lebih lagi kerana mereka bersaudara. Sikap Zhariz yang over protective memang dimaklumi dan Arissa menganggap itu hanyalah sikap melindungi seorang abang pada seorang adik tanpa menyedari bahawa Zhariz sebenarnya sudah lama menyimpan rasa pada Arissa. Lama kelamaan Arissa juga turut tergoda dengan karisma yang ditunjukkan oleh Zhariz. Masalahnya sekarang Zhariz tu tunang Ryana, kakak Arissa. Tegakah Arissa dan Zhariz membelakangkan keluarga mereka semata-mata kerana untuk memenuhi kehendak hati mereka? Atau Arissa lebih rela memilih Adam, teman yang setia mengejar Arissa semenjak belum bergraduat, atau Harraz si buaya tembaga? Entah kenapa saya rasa kisah ni macam tak cukup eh? Pendek sangat. Haha. ;)

2. Diari Mrs. Ben - Anna Lee
Ben dan Sofia bersahabat baik semenjak mereka di tadika. Pertemuan kembali mereka selepas berbelas tahun terpisah akhirnya menyatukan mereka dalam sebuah ikatan. Memang pada awalnya hubungan cinta yang direka itu hanyalah sebagai 'sebuah drama' bagi menyelamatkan kerjaya Ben sebagai seorang pelakon. Namun, lama kelamaan Ben merasakan inilah peluang untuk dia merealisasikan impian cintanya terhadap Sofia semenjak zaman remaja. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah, Fiona teman wanita Ben yang tak habis-habis menempel di antara mereka bagi memastikan yang Sofia dan Ben takkan pernah bersatu sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Haish.

3. My Slurpee Slurps - Syah Shah
Memang betullah penulis ni sangat sinonim dengan tajuk makanan / minuman. Heh.  Kerana sebuah kemalangan kecil, Damien bertemu Vina. Semenjak itu, setiap kali pertemuan mereka tak pernah berakhir dengan aman. Ada saja pertelingkahan yang  akhirnya membawa kepada pertumpahan Slurpee. Hahah. Hubungan mereka akhirnya makin jernih bila mereka terlibat dalam sebuah urusniaga. Namun, perangkap Mike, sepupu Damien membuatkan hubungan baik yang mula terjalin kembali keruh. Apakah tindakan Damien untuk menjernihkan kekeruhan? Kerana habit yang suka selak bab paling belakang, nyaris-nyaris saya tertipu dengan penamat kisah ni. Cis.. :P

4. Dear Cinta - Farah Husain
Kekecewaan cinta mendorong Tasneem untuk memotivasikan diri sendiri. Cabaran teman-teman akrab membuatkan Tasneem mendaftarkan diri di sebuah fitness centre walaupun masih teragak-agak dengan keputusan yang dibuat. Perkenalannya dengan Ariff tuan punya gym merubah segalanya. Oleh kerana pernah mengalami fasa yang sama, Ariff tidak keberatan untuk membantu Tasneem  mendapatkan kembali keyakinan dirinya. Hubungan baik yang terjalin akhirnya merubah perasaan masing-masing. Mampukah Ariff menjadi penyembuh luka Tasneem?

Komen saya: Saya suka kesemua kisah dalam Yang Luar Biasa ni. Sebab kisahnya mudah dan tak meleret-leret. :) Masih manis tapi saya rasa tahap 'gula'nya masih terkawal berbanding Kisah Dari Hati. Tahniah buat kesemua penulis dan juga penerbit. :)

Sunday, November 17, 2013

Awek Pisang Goreng - Syah Shah

Posted by Hajar at 9:36 PM 2 comments
Tajuk: Awek Pisang Goreng
Penulis: Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  504 mukasurat
ISBN: 9789671192573

Bila dah masuk umur 30-an dan masih bujang memang 'masak'lah nak menjawab soalan-soalan cepumas. Lebih-lebih lagi daripada ibu sendiri. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh si Firdaus Hamizan a.k.a Daus. Hidupnya memang berteman kerja yang tak pernah habis. Sampai kadangkala nak balik kampung pun tak sempat. Haish. Manalah mak dia kat kampung tu tak risau?  

Tapi, pertemuan pertamanya dengan Husna, si gadis penjual pisang goreng merubah segalanya. Siapa sangka 'awek pisang goreng' yang berpenampilan biasa-biasa tu mampu membuat Daus jatuh cinta pandang pertama? Phew. Pertemuan demi pertemuan selepas itu membuatkan Daus mengambil tindakan drastik. Ibu bapa Husna ditemui untuk meminta izin berkawan. Memang gentleman tapi Husna yang terkejut haruslah menolak mentah-mentah hasrat Daus ni. Hish, memang kerja gila!

Bila dah suka Daus peduli apa. Diatur rancangan untuk ibunya datang merisik Husna. Husna yang panik dan mula tertekan dengan kata-kata orang sekeliling mendesak Daus untuk melamar salah seorang kakaknya. Malulah, macam tak sabar nak bersuami sedang kakak-kakaknya masih belum berumahtangga. Husna lupa agaknya hakikat jodoh dan rezeki tu. Hmm.. Berkat pujukan kakak-kakak Husna, akhirnya lamaran Daus diterima.

Saat Husna dah mula lembut hati untuk menerima Daus dalam hidupnya, datang pula si pembawa onar yang membawa kisah lampau yang agak kurang enak didengar. Hish. Walaupun sudah diasuh hatinya untuk percaya dengan 'petunjuk' yang diberikan, Daus tetap curiga dengan apa yang disampaikan ke telinganya. Jadi, jalan manakah yang harus dipilih Daus?

Haish, bunyi macam sadis. Tapi percayalah, tak sadis mana pun. :P

Komen saya: Comel. Tapi sweet overdose. Dah lama saya tak baca buku yang boleh buat saya tersengih-sengih sendiri. Hihi. Rasanya kali terakhir buat kerja macam ni masa baca Baju Melayu Hijau Serindit. Kisah biasa yang santai tapi bisa buat kita tersenyum sendiri. Hihi.  Suka dengan ayat-ayat hiperbola dalam buku ni. Antaranya:

"Aku bg senyuman paling manis yang aku boleh bagi. Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka,sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis." - m/s 39

"Ah, belasah! Janji sweet. Sweetla sangat... Kalau aku dengar orang lain cakap macam ni, mesti aku dah muntah warna-warni tujuh baldi." - m/s 208

LOL. Tahniahlah Encik Penulis atas kelahiran buku bercetak pertama ini. Lepas ni kami menanti si bad boy Fawwaz pulak. :)

Tuesday, October 15, 2013

Kisah dari Hati

Posted by Hajar at 11:12 PM 4 comments

Tajuk: Kisah dari Hati
Penulis:  -
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  602 mukasurat
ISBN: 9789671192566

Kisah Dari Hati terdiri daripada 15 cerita-cerita pendek hasil gabungan 7 orang penulis. Kebanyakan kisah dalam ini adalah lanjutan daripada kisah-kisah yang pernah dilakarkan penulis dalam novel-novel mereka yang pernah dan bakal diterbitkan. Antaranya  Dia Random Guy (Farah Husain), Pergi Tanpa Alasan dan Harga Sebuah Cinta (Hani Fazuha), Dekat Padamu dan Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya), Romeo Vs Juliet (Que Sera Sera) serta Awek Pisang Goreng (Syah Shah). Oh, satu lagi buku ini adalah edisi terhad. Belian hanya secara online kerana cetakannya terhad. Maka, cepat-cepatlah dapatkannya sementara stok masih ada. Ceh, dah macam tukang promosi pula. :P

Okay, macam biasa saya cuma pilih cerpen-cerpen yang saya suka untuk diulas. Hihi.

1. Maaf Tak Indah - Emy Roberto.
Walaupun dah pernah baca di blog penulis dulu, saya tetap baca kisah ni tanpa skip. :) Kisah Syazan Shahira (Syazan) yang dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Kebaikan yang ditabur Raimi dijadikan tiket untuk mengambil kesempatan sehingga tergamak untuk membunuh zuriat sendiri. Kesilapan Syazan menyebabkan dirinya dimusuhi Raimie sehingga anak mereka dilahirkan. Adakah kemaafan buat Syazan setelah dia benar-benar menyesali perbuatannya dahulu?

2. Rahsia Kita - Anna Lee  
Nuha yang sedang buntu dengan masalah hidupnya tiba-tiba rasa dilimpahi cahaya bila terbaca iklan mencari jodoh di ruangan iklan dalam suratkhabar. Tanpa berlengah, Nuha menghantar resume permohonan dan diterima untuk proses saringan. Tak lama selepas perkenalan dengan Nuha, Amri bersetuju untuk bernikah walaupun  agak hairan bila gadis secantik Nuha rela untuk bernikah dengannya. Rupanya ada rahsia yang disembunyikan Nuha. Apakah tindakan Amri selepas mengetahui rahsia yang disembunyikan Nuha? Sungguh, cerpen ini memang jadi pengubat kekecewaan saya pada novel Terukir Cinta. Terima kasihlah wahai penulis. :)

3. Romeo Vs Juliet - Que Sera Sera
Permusuhan antara abang-abang mereka (Rashdan dan Adnan) merapatkan hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi yang dipanggil Mr. Panda oleh Serafina. Izz Rizqi umpama penyelamat untuk Serafina. Cuma bila Adnan dan Rashdan bergaduh besar disebabkan mereka, Rashdan dan Serafina terpaksa bertukar sekolah. Terputus sudah hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi.  Siapa sangka Mr. Panda yang gemuk suatu waktu dulu sudah bertukar rupa? Pertemuan kembali bila Serafina menyambung pengajiannya di Surrey merapatkan kembali hubungan mereka. Siap bernikah lagi tanpa pengetahuan keluarga mereka. Haish. Entah berjaya entah tidak mereka ni damaikan Rashdan dengan Adnan tu. Kena bersabar tunggu sambungan dalam novel la agaknya. :)

4. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
Irdina Hanani (Din) dan Faizul Shah (Fai) bersatu selepas dianiaya oleh Fawwaz, adik Fai. Fawwaz ni sebenarnya kecewa sebab Din menolak hasrat hatinya. Jadi, termetrailah ikatan antara Fai dan Din angkara Fawwaz. Din yang kekok dengan status barunya memang susah nak terima Fai. Fai pun tabah aja melayan kerenah Din yang kasar ni. Lembut-lembut Fai ni pun, dia sangat protective. Lebih-lebih lagi bila Fawwaz mula membuat onar dalam perkahwinan mereka. Kuatkah mereka berdepan dengan cabaran ini? Tercapai tak agak-agaknya misi mereka nak jadi isteri soleh dan suami solehah tu? Ahaha. Saya suka tajuk cerita ni yang catchy. Kata salah seorang teman saya, lepas baca kisah ni kena terjun telaga. Manis sangat! :P

Komen saya: Memang diakui, himpunan cerpen dalam ni manis-manis belaka. Kena sediakan bekalan air masak secukupnya sesudah baca Kisah Dari Hati ni. :P Tahniah dan terima kasih buat penerbit atas usaha menerbitkan himpunan kisah-kisah yang manis ini. Selamat maju jaya juga untuk kesemua penulis yang terlibat dalam Kisah Dari Hati ni. Saya suka baca kisah-kisah pendek ni sebab kebanyakkan kisahnya senang dan mudah hadam. Tak perlu nak  stress dengan macam-macam konflik seperti dalam novel. :) 
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review