Tuesday, October 15, 2013

Kisah dari Hati

Posted by Hajar at 11:12 PM

Tajuk: Kisah dari Hati
Penulis:  -
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  602 mukasurat
ISBN: 9789671192566

Kisah Dari Hati terdiri daripada 15 cerita-cerita pendek hasil gabungan 7 orang penulis. Kebanyakan kisah dalam ini adalah lanjutan daripada kisah-kisah yang pernah dilakarkan penulis dalam novel-novel mereka yang pernah dan bakal diterbitkan. Antaranya  Dia Random Guy (Farah Husain), Pergi Tanpa Alasan dan Harga Sebuah Cinta (Hani Fazuha), Dekat Padamu dan Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya), Romeo Vs Juliet (Que Sera Sera) serta Awek Pisang Goreng (Syah Shah). Oh, satu lagi buku ini adalah edisi terhad. Belian hanya secara online kerana cetakannya terhad. Maka, cepat-cepatlah dapatkannya sementara stok masih ada. Ceh, dah macam tukang promosi pula. :P

Okay, macam biasa saya cuma pilih cerpen-cerpen yang saya suka untuk diulas. Hihi.

1. Maaf Tak Indah - Emy Roberto.
Walaupun dah pernah baca di blog penulis dulu, saya tetap baca kisah ni tanpa skip. :) Kisah Syazan Shahira (Syazan) yang dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Kebaikan yang ditabur Raimi dijadikan tiket untuk mengambil kesempatan sehingga tergamak untuk membunuh zuriat sendiri. Kesilapan Syazan menyebabkan dirinya dimusuhi Raimie sehingga anak mereka dilahirkan. Adakah kemaafan buat Syazan setelah dia benar-benar menyesali perbuatannya dahulu?

2. Rahsia Kita - Anna Lee  
Nuha yang sedang buntu dengan masalah hidupnya tiba-tiba rasa dilimpahi cahaya bila terbaca iklan mencari jodoh di ruangan iklan dalam suratkhabar. Tanpa berlengah, Nuha menghantar resume permohonan dan diterima untuk proses saringan. Tak lama selepas perkenalan dengan Nuha, Amri bersetuju untuk bernikah walaupun  agak hairan bila gadis secantik Nuha rela untuk bernikah dengannya. Rupanya ada rahsia yang disembunyikan Nuha. Apakah tindakan Amri selepas mengetahui rahsia yang disembunyikan Nuha? Sungguh, cerpen ini memang jadi pengubat kekecewaan saya pada novel Terukir Cinta. Terima kasihlah wahai penulis. :)

3. Romeo Vs Juliet - Que Sera Sera
Permusuhan antara abang-abang mereka (Rashdan dan Adnan) merapatkan hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi yang dipanggil Mr. Panda oleh Serafina. Izz Rizqi umpama penyelamat untuk Serafina. Cuma bila Adnan dan Rashdan bergaduh besar disebabkan mereka, Rashdan dan Serafina terpaksa bertukar sekolah. Terputus sudah hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi.  Siapa sangka Mr. Panda yang gemuk suatu waktu dulu sudah bertukar rupa? Pertemuan kembali bila Serafina menyambung pengajiannya di Surrey merapatkan kembali hubungan mereka. Siap bernikah lagi tanpa pengetahuan keluarga mereka. Haish. Entah berjaya entah tidak mereka ni damaikan Rashdan dengan Adnan tu. Kena bersabar tunggu sambungan dalam novel la agaknya. :)

4. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
Irdina Hanani (Din) dan Faizul Shah (Fai) bersatu selepas dianiaya oleh Fawwaz, adik Fai. Fawwaz ni sebenarnya kecewa sebab Din menolak hasrat hatinya. Jadi, termetrailah ikatan antara Fai dan Din angkara Fawwaz. Din yang kekok dengan status barunya memang susah nak terima Fai. Fai pun tabah aja melayan kerenah Din yang kasar ni. Lembut-lembut Fai ni pun, dia sangat protective. Lebih-lebih lagi bila Fawwaz mula membuat onar dalam perkahwinan mereka. Kuatkah mereka berdepan dengan cabaran ini? Tercapai tak agak-agaknya misi mereka nak jadi isteri soleh dan suami solehah tu? Ahaha. Saya suka tajuk cerita ni yang catchy. Kata salah seorang teman saya, lepas baca kisah ni kena terjun telaga. Manis sangat! :P

Komen saya: Memang diakui, himpunan cerpen dalam ni manis-manis belaka. Kena sediakan bekalan air masak secukupnya sesudah baca Kisah Dari Hati ni. :P Tahniah dan terima kasih buat penerbit atas usaha menerbitkan himpunan kisah-kisah yang manis ini. Selamat maju jaya juga untuk kesemua penulis yang terlibat dalam Kisah Dari Hati ni. Saya suka baca kisah-kisah pendek ni sebab kebanyakkan kisahnya senang dan mudah hadam. Tak perlu nak  stress dengan macam-macam konflik seperti dalam novel. :) 

4 comments:

Cheerybell said...

Untuk kisah yang merupakan sambungan novel, boleh enjoy tak kalau tak baca novelnya lagi? Ada ape2 effect tak? Dah beli tapi x baca lagi. Hehe.

Hajar said...

Cheerybell:
Pada saya ok je even ada juga novel yang saya belum baca. Sebab, kebanyakan ceritanya mudah, tak perlu pening kepala nak fikir. Yelah, nama pun cerpen kan? Hehe. Selamat membaca Cheerybell.:)

Fara said...

nak jual tak novel ni kat saya..serius buyer..i really need.

Hajar said...

Fara Izzati :
Maaf, buku ni koleksi peribadi. Saya memang tak jual. Tapi awak boleh beli thru ejen IKP. Insya-Allah stok masih ada. :) Boleh contact thru email ini : ayu.ideakreatif@gmail.com

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review