Monday, October 7, 2013

Terukir Cinta - Anna Lee

Posted by Hajar at 10:47 PM
Tajuk: Terukir Cinta
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  615 mukasurat
ISBN: 9789671192528

Nadia si polos yang setia dan sempoi. Dalam hidupnya, hanya dua K yang diimpikan. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Oklah, walaupun bukan kerjaya yang menjanjikan kemewahan. Tapi bagi Nadia, cukuplah bagi menampung kehidupan sehariannya. Kahwin? Inilah yang menjadi dilemanya sekarang.

Setelah lima tahun bercinta, Imran masih lagi tidak menunjukkan petanda untuk melamarnya. Jika tiada yang sibuk-sibuk mempersoalkan, memang Nadia boleh berlagak selamba. Tapi bila emak di kampung mula mendesak, serba salah jadinya. Bila diajukan kepada Imran, cuma disuruh bersabar sebab Imran kononnya sedang mengumpul modal untuk membeli rumah kediaman mereka nanti. Mula-mula memang Nadia bolehlah digula-gulakan dengan alasan tu. Bila dah kerap kena provoke  dengan emak sendiri siapa yang boleh tahan kan?

Di sinilah bermulanya adegan ala-ala Dia Random Guy. Sebab dah terlampau geram dengan Imran, Nadia menyahut cabaran Imran. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar entah siapa-siapa lelaki yang lalu di situ. Huh. Mujurlah Mr. K (Khalif)  yang lalu. Kalau mamak kedai tu yang lalu mau meraung agaknya Nadia kat situ. Hihi. Khalif yang serabai ni boleh pula melayan permintaan tak masuk akal si Nadia ni. Nadia tak pedulilah, siapa pun yang dia lamar tu. Janji misinya untuk membuat Imran cemburu tercapai. Sudahnya Imran buat tak kisah. Siap bersetuju untuk berpisah. Heh.

Yang menariknya, lepas aja putus dengan Imran Nadia kerap bertemu dengan Khalif sebab Khalif ni sentiasa je muncul waktu Nadia memerlukan. Macam stalker pun iya. Bila Maisara, teman sepejabat Nadia mula meng'gedik' dengan Imran. Khaliflah manusia yang menjadi penyelamat. Macam dirancang-rancang pula kan?  Bila dah mula serasi, sesuatu berlaku hingga membuat Nadia tersepit antara Imran dan Khalif. Siapa akhinya yang bakal jadi pelengkap K yang dicari Nadia?

Komen saya: Cerita ni memang nampak agak menarik awalnya, tapi graf suka saya makin menurun di pertengahan cerita sehingga akhir. Hmm. Mungkin rasa terganggu dengan sikap Nadia yang goyah ditambah pula bila terbongkar identiti Maisara di penghujung cerita. Bagi saya perancangan mereka nampak kejam walaupun tujuannya baik. Imran tu dah macam mangsa uji kaji pula. :P Tapi, lain orang, lain rasanya kan? Saya pasti ramai yang jatuh hati dengan Khalif ni nanti. :) Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. Moga terus maju jaya dan dilimpahi ilham untuk kisah-kisah seterusnya.  Tak lupa juga terima kasih buat si pemberi buku. Moga makin murah rezeki. Amin! :)     

4 comments:

Ryanna Ad said...

Sama la! Graf sy pun makin menurun kat pertengahan citer..

Hajar said...

Ryanna Ad:
Kadang-kadang bila dah banyak sangat baca novel memang mood boleh merudum. Lebih-lebih lagi kalau terkena novel yang tak kena selera. Bagi saya, bila dah jadi macam tu memang saya akan berhenti membaca sekejap, dapatkan mood balik. Nanti kang tak pepasal semua novel saya condemn :)

~w.t~ said...

Dah lama x membeli/membaca novel...
Sebab kalau baca pun x mampu dah nak habiskan bacaan...
Bila dihidangkan dengan benda yang sama...

Nak komen pun dah malas, nanti ada yang gantung pen lak...

Hajar said...

w.t.:
hahaha, nanti ada yang berdendam sampai ke sudah pulak. ops! :P

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review