Showing posts with label Hanina Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Hanina Abdullah. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Seteguh Fayqa

Posted by Hajar at 11:26 PM 2 comments

Tajuk: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM29.00
Sabah/ Sarawak: RM 32.00
Halaman: 776 mukasurat
ISBN: 9789670567358

Fayqa Lara Lyana (Fayqa) muncul sebagai penyelamat kawan baiknya, Dzahim yang teruk dibelasah. Kerana bimbangkan keselamatannya, Fayqa diajak untuk tinggal di rumah keluarga Haji Dzulkarnain. Kehadirannya di situ membuatkan Fayqa banyak terkenangkan keluarga sendiri lebih-lebih lagi bila Haji Dzulkarnain dan Hajah Azimah menganggap Fayqa seperti anak mereka sendiri. Namun, latar belakang Fayqa yang kabur membuat Dzariff, si abang sulung selalu berprasangka terhadap Fayqa. Sindrom abang sulungnya turut tertempias kepada Fayqa. Ish ish.. Manalah Fayqa tak gelarkan dia jeneral sengal?

Tapi dalam sengalnya si Dzariff, rupanya dalam hatinya ada taman. Hihi. Tak sangka dalam diam rupanya Fayqa diintai si jejaka. Sungguh pun terkejut dengan lamaran Dzariff, Fayqa akhirnya menerima lamaran itu atas nasihat si ibu yang mahukan kebahagiaan anak yang telah lama menjauhkan diri. Dan bermulalah kehidupan Fayqa sebagai seorang isteri. Sungguh pun masih terasa kekok dengan status perhubungannya dengan Dzariff, Fayqa cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri terbaik buat suami.

Sikap Fayqa yang naif, tak pernah cemburu dan tak pernah berprasangka buruk terhadap suami akhirnya memakan diri. Selepas peristiwa hitam yang menimpa dirinya, Fayqa mula memikirkan jalan terbaik untuk memperbaiki kepincangan rumahtangganya. Sungguh pun suami bermati-matian mengatakan hubungannya dengan rakan niaga hanyalah setakat di pejabat, curiga tetap menghantui Fayqa lebih-lebih lagi bila si rakan niaga mula menunjukkan petanda untuk 'berkongsi'. Huh! Jadi, apa agaknya yang Fayqa buat untuk menghalau 'langau' yang menempel di sisi suaminya itu? *Grin*

Komen saya:

1. Mula-mula baca buku ni memang saya dok sengih-sengih je bila terbayangkan gelagat Jeneral dan Prebet sengal yang suka menghuru-harakan hidup Fayqa.

2. Tapi fasa lepas perkahwinan Fayqa buat saya stress membaca. Sebab saya stress dengan Dzariff. Gila kerja sampai terlupa tanggungjawab hakiki terhadap isteri. Ghairah kejar peluang perniagaan sampai terlupa perasaan isteri sendiri. Betullah kata Cik Pah, lelaki dan perasaan kesian tak dapat dipisahkan. Kesian punya fasal, perasaan isteri terabai. Grrr! Memanglah Dzariff anggap Musyrifah tu hanya sebagai rakan niaga, tapi dia tak fikir hati perempuan ni lembut, mudah terusik dengan perhatian yang diberikan. Itu sebabnya Musyrifah tak jemu 'mengendeng' Dzariff walaupun dah terang yang Dzariff dah beristeri.

Haish, buat malu orang perempuan aje. Jagalah gengsi tu sikit. *facepalm*

3. Poligami tu sepatutnya persetujuan ketiga-tiga pihak, bukannya persetujuan suami dan pihak ketiga kemudian paksa pihak isteri bersetuju dengan keputusan suami dan pihak ketiga. - Fayqa.

Fuh! Sokong 100%. Tapi, mana ada perempuan waras yang boleh mengikhlaskan diri untuk dimadukan? Haaa...

4. Fayqa beruntung sebab dikelilingi keluarga dan adik-adik ipar yang supportive. Jadi, dia tak pernah bersendiri waktu konflik melanda. Dan saya suka watak Fayqa ni sebab bukan tipikal heroin yang akan melarikan diri waktu masalah menimpa rumahtangga. Siap bawa suami dia merempit lagi. Haha. Cuma at certain point Fayqa memang mengingatkan saya kepada Arluna. Mereka berkahwin dalam usia yang muda tapi matang dalam menghadapi masalah rumahtangga. :D

5. Typo dan proses pengeditan yang tak konsisten. Contohnya Fayqa bahasakan dirinya Lara bila dengan keluarga sendiri. Tapi dalam dialog sekejap Fayqa, sekejap Lara. Pening sekejap. Mungkin boleh dikemaskan untuk cetakan berikutnya nanti. :)

6. Tahniah buat Puan Penulis atas kelahiran Pekah dan Jeneral Sengal. Walaupun stress tapi tetap enjoy baca sehingga penamat. Hihi. Moga diberikan kesempatan untuk menzahirkan idea-idea yang terperuk dalam kepala tu ya? All the best! :)


Monday, February 11, 2013

Kisah Naz Dan Khaalish - Hanina Abdullah

Posted by Hajar at 8:50 AM 8 comments

Tajuk: Kisah Naz Dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 533 mukasurat
ISBN: 9789670246413

Buku kedua penulis ni tidaklah se-ekstrim kisah PMS. Tapi masih mampu buat kita tersenyum dan ketawa dengan pelbagai gelagat Nazrahani Idora (Naz) dan Zaim Khaalish (Khaal).

Naz dan Khaal bertemu di Bali semasa percutian mereka. Naz masih mampu mengecam lelaki yang pernah menjadi tunang olok-oloknya itu. Berlainan pula dengan Khaal, pertemuannya dengan Naz umpama magnet yang menariknya untuk mengenali peribadi si gadis. Peribadi Naz yang sungguh misteri menggamitnya untuk mengenali si gadis dengan lebih dekat. Bila mengetahui yang si gadis rupanya pernah jadi tunangan, memang mudahlah Khaal menyusun strategi kan?

Tapi malangnya tak semudah itu. Naz ni ibarat merpati. Nampak jinak tapi bila mendekat cepat dia lari. Mana tidaknya, pertunangan olok-olok yang berlangsung empat tahun dulu begitu memberi impak dalam hidup Naz. Kepahitan yang terpaksa diharungi akibat pertunangan yang diatur tu berjaya buatkan Naz mengepung hatinya daripada diceroboh oleh Khaal. Bukan senang nak bina kembali keyakinan diri setelah peristiwa pahit itu.

Namun, sejauh mana pun dia berusaha menolak dan menjauhi Khaal, si jejaka tak putus asa mencari dan mengejarnya. Sebenarnya kalau ikutkan perjalanan mereka ni senang bila ikatan pertunangan mereka sebenarnya tak pernah terputus. Cuma yang jadi masalah bila ada ibu dan bapa yang terlalu mengongkong ni. Puan Sri Freida, ibu Khaal yang cerewet tu memang tak setuju bila Khaal bersungguh mengejar Naz. Baginya Naz tak setaraf dengan Khaal. Penampilan ‘sempoi’ Naz tu tak sesuai untuk di bawa ke majlis keramaian. Adoi, betul-betul Nyonya Mansoor zaman moden ni. Manakala Dato Nazari, bapa Naz tu pula nampaknya memang jenis bapa yang mementingkan kedudukan dan kekayaan keluarga mereka berbanding kebagiaan anak-anak.

Orang kata walau sejauh mana pun pergi, tetap juga bertemu bila dah tertulis jodoh mereka. Berita yang agak mencemaskan itu rupanya membawa sesuatu petanda baik untuk hubungan mereka. Naz akhirnya menerima lamaran Khaal. Phew. Memang agak payah Puan Sri Freida nak terima Naz pada mulanya, tapi lama kelamaan boleh jadi kamceng pula sebab Naz ni jenis tak banyak membantah kehendak mertua. Siap dapat petua lagi macam mana nak halau ‘langau-langau’ yang bakal menempel pada Khaal. Cool kan? :D

Komen saya: Saya memang suka dengan watak Puan Sri Freida a.k.a Nyonya Mansoor ni. Memang Nampak typical type of mak mertua yang cerewet. Logiklah. Anak dia seorang itu jelah. Mesti dia nak yang terbaik untuk anak dia kan? But I think she’s cool. Boleh selamba je dia tegur Ayman (abang ipar Naz) yang sibuk berdating dengan girlfriend sampai lupa anak isteri tu. Haha. Cuma agak tak puas hati bila kisah Ayman dan Ilyani tu hang macam tu je. Sama macam kisah Zahra dengan Husna dalam PMS dulu. Mungkin penulis ada sebab tersendiri biarkan kisah mereka tergantung begitu. Apa pun tahniah dan terima kasih ye Hanina untuk buah tangan terbaru ni. Sangat enjoy baca kisah yang santai ni walaupun ada sedikit kecacatan dalam proses editing buku ni. :)
  

Saturday, August 18, 2012

Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Posted by Hajar at 10:45 AM 16 comments
Tajuk: Projek Memikat Suami (PMS)
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 525 mukasurat
ISBN: 9789671120828

Saya kira buku ini antara e-novel yang sangat di nantikan oleh para penggemar dan pembaca e-novel tegar. Hehe. Jadi, saya cuba untuk menaip secara santai yang boleh ya. Dan saya juga rasa ada yang kata cerita ni agak over, tak logik dan tak sesuai untuk anak remaja (yup, yang ini saya setuju. Jadi adik-adik, sila cukupkan umur dulu baru baca ye?). Mungkin dari sudut pandangan kita sebagai orang timur, projek memikat suami si Husna ni agak extreme dan tak sesuai dengan budaya kita. Tapi sebab dah nama pun fiksyen, maka pepandailah distinguish antara yang baik dan buruknya ya?

Nawwal Husna (Husna) dan Zahrain Alimin (Zahrain) dijodohkan atas pilihan keluarga. Memang, kalau ikutkan kepala Husna tu memang dia tak ingin bersuamikan si mamat ketul ais beku yang ego tinggi melangit tu. Sebab bimbangkan perniagaan dan kesihatan bapanya, Husna sanggup berkorban meninggalkan keseronokan bersama 'geng kutu rayau' yang sibuk melancong selepas tamat pengajian mereka. Perjumpaan pertama dengan Zahrain, memang meranapkan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, Zahrain awal-awal lagi dah tunjuk kebenciannya pada Husna. Konon Husna bukanlah tastenya. Haish. Bila kena pujuk dan diugut oleh ibunya, pandai pula Zahrain ni mengalah.

Dari sinilah bermula peranan kakak Husna yang berdua tu dalam membentuk mentaliti Husna untuk mengharungi perkahwinannya. Banyak petua yang diturunkan oleh master-ji dan sidekicknya ni kepada Husna. Bak kata Kak Naja, kalau si ibu boleh berkenan dengan Husna, takkan Husna tak boleh buat anaknya pula jatuh suka kan?

Yang paling menyakitkan hati adalah, hari pertama berkahwin, si suami dah ada hajat nak berpoligami. Kesian Husna. Memang gigih nak tawan hati suami. Tapi suami boleh dok pertahankan ego kononnya takkan jatuh cinta pd isteri sendiri. Huh. Tapi bila nampak isteri dengan lelaki lain bukan main lagi melentingnya sampai bawa diri ke Hong Kong. Husna juga yang terpaksa mengaku salah lepas tu. Haish..

Ego Zahrain yang tinggi melangit tu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Adira, model terkenal yang pernah ada hubungan dengan Zahrain mula membuat onar dalam perkahwinan Zahrain dan Husna. Masa ni dapatlah kita tengok mamat ketul ais beku ni berusaha memikat isteri pula. Namun, berjayakah mereka menyelamatkan rumahtangga yang bila-bila masa bakal menyembah bumi tu?

Watak Husna ni memang berjaya mengubah tanggapan saya tentang heroin cerita-cerita berunsurkan kahwin paksa / kahwin aturan keluarga. Nak tahu selanjutnya kenalah baca sendiri ya? :)


Komen saya: Seronok tengok depa berdua ni main tarik tali walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak campak je mamat ketul ais beku tu dalam lombong. Haha. Overall saya berpuas hati dengan kisah ni. Plot dan konflik yang tak ada unsur sinetron. Hehe. Konflik pun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pembalasan kejahatan pd watak antagonis. Hasil yang tidak begitu mengecewakan untuk seorang penulis baru. Tahniah Hanina untuk PMS. Moga bakal ada lagi karya yang bakal menyusul lepas ni. Oh, dan terima kasih juga untuk tandangan di buku saya. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review