Sunday, August 31, 2014

Seteguh Fayqa

Posted by Hajar at 11:26 PM

Tajuk: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM29.00
Sabah/ Sarawak: RM 32.00
Halaman: 776 mukasurat
ISBN: 9789670567358

Fayqa Lara Lyana (Fayqa) muncul sebagai penyelamat kawan baiknya, Dzahim yang teruk dibelasah. Kerana bimbangkan keselamatannya, Fayqa diajak untuk tinggal di rumah keluarga Haji Dzulkarnain. Kehadirannya di situ membuatkan Fayqa banyak terkenangkan keluarga sendiri lebih-lebih lagi bila Haji Dzulkarnain dan Hajah Azimah menganggap Fayqa seperti anak mereka sendiri. Namun, latar belakang Fayqa yang kabur membuat Dzariff, si abang sulung selalu berprasangka terhadap Fayqa. Sindrom abang sulungnya turut tertempias kepada Fayqa. Ish ish.. Manalah Fayqa tak gelarkan dia jeneral sengal?

Tapi dalam sengalnya si Dzariff, rupanya dalam hatinya ada taman. Hihi. Tak sangka dalam diam rupanya Fayqa diintai si jejaka. Sungguh pun terkejut dengan lamaran Dzariff, Fayqa akhirnya menerima lamaran itu atas nasihat si ibu yang mahukan kebahagiaan anak yang telah lama menjauhkan diri. Dan bermulalah kehidupan Fayqa sebagai seorang isteri. Sungguh pun masih terasa kekok dengan status perhubungannya dengan Dzariff, Fayqa cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri terbaik buat suami.

Sikap Fayqa yang naif, tak pernah cemburu dan tak pernah berprasangka buruk terhadap suami akhirnya memakan diri. Selepas peristiwa hitam yang menimpa dirinya, Fayqa mula memikirkan jalan terbaik untuk memperbaiki kepincangan rumahtangganya. Sungguh pun suami bermati-matian mengatakan hubungannya dengan rakan niaga hanyalah setakat di pejabat, curiga tetap menghantui Fayqa lebih-lebih lagi bila si rakan niaga mula menunjukkan petanda untuk 'berkongsi'. Huh! Jadi, apa agaknya yang Fayqa buat untuk menghalau 'langau' yang menempel di sisi suaminya itu? *Grin*

Komen saya:

1. Mula-mula baca buku ni memang saya dok sengih-sengih je bila terbayangkan gelagat Jeneral dan Prebet sengal yang suka menghuru-harakan hidup Fayqa.

2. Tapi fasa lepas perkahwinan Fayqa buat saya stress membaca. Sebab saya stress dengan Dzariff. Gila kerja sampai terlupa tanggungjawab hakiki terhadap isteri. Ghairah kejar peluang perniagaan sampai terlupa perasaan isteri sendiri. Betullah kata Cik Pah, lelaki dan perasaan kesian tak dapat dipisahkan. Kesian punya fasal, perasaan isteri terabai. Grrr! Memanglah Dzariff anggap Musyrifah tu hanya sebagai rakan niaga, tapi dia tak fikir hati perempuan ni lembut, mudah terusik dengan perhatian yang diberikan. Itu sebabnya Musyrifah tak jemu 'mengendeng' Dzariff walaupun dah terang yang Dzariff dah beristeri.

Haish, buat malu orang perempuan aje. Jagalah gengsi tu sikit. *facepalm*

3. Poligami tu sepatutnya persetujuan ketiga-tiga pihak, bukannya persetujuan suami dan pihak ketiga kemudian paksa pihak isteri bersetuju dengan keputusan suami dan pihak ketiga. - Fayqa.

Fuh! Sokong 100%. Tapi, mana ada perempuan waras yang boleh mengikhlaskan diri untuk dimadukan? Haaa...

4. Fayqa beruntung sebab dikelilingi keluarga dan adik-adik ipar yang supportive. Jadi, dia tak pernah bersendiri waktu konflik melanda. Dan saya suka watak Fayqa ni sebab bukan tipikal heroin yang akan melarikan diri waktu masalah menimpa rumahtangga. Siap bawa suami dia merempit lagi. Haha. Cuma at certain point Fayqa memang mengingatkan saya kepada Arluna. Mereka berkahwin dalam usia yang muda tapi matang dalam menghadapi masalah rumahtangga. :D

5. Typo dan proses pengeditan yang tak konsisten. Contohnya Fayqa bahasakan dirinya Lara bila dengan keluarga sendiri. Tapi dalam dialog sekejap Fayqa, sekejap Lara. Pening sekejap. Mungkin boleh dikemaskan untuk cetakan berikutnya nanti. :)

6. Tahniah buat Puan Penulis atas kelahiran Pekah dan Jeneral Sengal. Walaupun stress tapi tetap enjoy baca sehingga penamat. Hihi. Moga diberikan kesempatan untuk menzahirkan idea-idea yang terperuk dalam kepala tu ya? All the best! :)


2 comments:

Cerita Hanina said...

alah, sampai stres? he he he 'menzahirkan idea yang terperuk dalam kepala'? I betcha citer Yah & Azhari akan lebih menyetreskan (oh pemusnah bahasa!). Tapi Melin n Tareq dulu. TQVM Dear Hajar for your cool-headed review. Re: Arluna, I pm-ed Rin Ahmad after I finished reading it, sebab isu sama dan watak muda tapi matang. Looking forward to your review of Dia Seadanya (oh writer perasan minta pelempang) :)

Hajar said...

Hanina Abdullah:
Jenuh tahan rasa nak luku si Dzariff tu. Perangai tipikal kebanyakan lelaki : suka take for granted perasaan isteri. Grr! Wah, adakah Melin +Tareq sudah hampir siap? Yay! Patutnya saya yg ckp, looking fwd to read Dia Seadanya ni dah terbalik? Haha. Anyway, good luck + all the best. Moga tercapai target tahun ni.

P/s: selalu baca all yr ramblings kat fb cuma tak rajin nk komen. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review