Showing posts with label Mazni Aznita. Show all posts
Showing posts with label Mazni Aznita. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Di Bibirnya Ada Cinta

Posted by Hajar at 9:40 AM 0 comments

Tajuk: Di Bibirnya Ada Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM 8.90
Sabah/ Sarawak: RM 11.90
Halaman:  126 mukasurat
ISBN: 9789833880614

1. Kisah yang mudah dan manis. Tak banyak drama di sana sini.Straight forward and nothing unexpected. Yalah, nama pun mini novella kan? :)

2. Kael - seorang penyelidik kosmetik. Sangat taksub dengan lipstik dan ada satu tabiat suka memerhati bibir wanita yang memakai lipstik. Sampaikan gadis penghias banner yang tergantung di kawasan tempat kerjanya pun ditenung setiap setiap hari kerana tertawan dengan bibir gadis itu. Huhu. Sentiasa bertekak dan tak pernah sebulu dengan rakan sepasukan penyelidiknya yang bernama Widuri.

3. Kael ni juga selalu jadi mangsa blind date aturan ibunya yang risau bila Kael tak tunjuk minat untuk berkahwin. Taksub sangat dengan lipstik sampai si ibu takut anak jadi songsang. Nauzubillah..

4. Widuri - juga seorang penyelidik kosmetik cuma dia lebih suka jika dapat menumpukan kajian untuk menghasilkan lipstik yang bebas bahan kimia. Tak pernah sebulu dengan Kael. Digelar ugly duckling kerana penampilannya namun Widuri tak pernah peduli. Dia lebih selesa berpenampilan begitu walaupun hakikat sebenarnya dia mempunyai dua personaliti. Hmm..

5. Walaupun tak pernah sebulu, Kael sentiasa beri perhatian terhadap Widuri kerana dia rasa Widuri ada menyimpan suatu rahsia sebab Kael pernah terserempak dengan Widuri versi transformasi. :)

6. Mereka terlibat dalam satu kajian yang memerlukan mereka bekerja bersama dan terpaksa masuk ke hutan untuk mencari tumbuhan bagi kajian mereka. Keramahan Kael buat Widuri rasa pelik sebab mereka memang tak pernah mesra selama ini. Kael tu bukan apa, dia dah mula rasa suka pada Widuri tapi sebab Widuri banyak menyimpan rahsia Kael pun jadi berprasangka. Suka-suki dia aje ingat Widuri tu jual diri. Ish..ish..!

7. Bila segala kebenaran tentang Widuri terbongkar, memang malu besarlah Kael. Widuri pun turut menanggung malu dengan sikap terburu-buru Kael. Mujurlah urusniaga antara syarikat ibu Kael dan pelanggan penting yang mahukan Widuri sebagai model lipstik mereka tak terbatal. Fuh.

8. Oh ya, Kael akhirnya dapat tahu yang gadis penghias banneryang tergantung di kawasan tempat kerjanya yang ditenung setiap setiap hari itu adalah Widuri.

9. Keesokan harinya bila ke pejabat, Kael telah diberitahu yang Widuri telah meletak jawatan tapi sebenarnya prank je sebab rakan-rakan sepasukan mereka mahu Kael berterus terang tentang perasaannya.

10. Akhirnya mereka saling bertukar luahan perasaan. The end:)

P/s: Buku ni dapat percuma masa pesta buku tahun bila ntah. Lepas baca review Sue dan baca Venom Suria terus rasa nak baca. Alhamdulillah, dah kurang buku pending dalam simpanan. :P

Thursday, May 29, 2014

Venom Suria

Posted by Hajar at 1:09 PM 0 comments
Tajuk: Venom Suria
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM25.90
Sabah/ Sarawak: RM 28.90
Halaman: 700 mukasurat
ISBN: 9789670342405

Suria Baharom (Suria) merupakan seorang wartawan jenayah. Seorang gadis yang ceria, periang dan pastinya sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Kejadian penculikan dan pembunuhan gadis-gadis secara misteri yang berlaku sangat menarik minat Suria untuk mengikuti dan mengupas kes ini. Rasa seperti ada sesuatu yang mengikatnya. Tapi apa? Tak lama kemudian Suria kerap mengalami mimpi-mimpi pelik dan yang paling menarik, Suria menerima email misteri berupa gambar-gambar di tempat kejadian pembunuhan yang sedang disiasat oleh pihak polis. Siapa yang menghantarnya sedangkan pihak polis sendiri tidak mempunyai gambar-gambar itu? Walaupun ditentang keras oleh ayahnya, Suria tetap berdegil mahu mengikuti kes ini.

Kehadiran Tuan Izwan, pegawai polis yang berpangkat inspektor itu sedikit sebanyak berjaya menghalang keghairahan Suria untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan itu. Mereka berdua ni memang tak pernah ngam. Apa tidaknya, Izwan ni sangat dingin dan adakalanya panas baran jika keinginannya tidak dipatuhi. Jadi, mereka selalu bertekak dalam menegakkan pendapat masing-masing untuk menyelesaikan kes ini. Tanpa mereka sedari kes ini sebenarnya merapatkan hubungan mereka. Dalam diam, kedinginan Izwan rupanya mengikat hati Suria walaupun dalam masa yang sama Suria berhubungan rapat dengan Nazrul, pegawai atasannya di stesen TV KZM.

Dalam masa yang sama tidak dilupakan kewujudan watak-watak lain yang ditampilkan. Setiap dari mereka ada kisah dan sejarah tersendiri yang berhubung kait dengan kes pembunuhan ini. Jadi, memang tak boleh nak buat lompat kijang masa baca buku ni. Nanti tak faham perjalanan ceritanya. :)

Kata mereka:
Mahira itu asalnya seorang wanita keturunan bangsawan Ceribon, yang tidak ingin menjadi tua atau mati. Dia mengamalkan ilmu hitam tapi termakan sumpah sendiri. Terpaksa menjadi sejenis makhluk air yang dipanggil rangau. Dia tidak boleh memijak daratan kecuali dengan merasuk tubuh manusia. - m/s 607
Fakta tambahan: tubuh yang dirasuk itu hanyalah dari susur galur keturunannya sendiri. (Tiba-tiba terbayangkan The Originals dalam drama bersiri The Vampire Diaries pulak . Ngee..)

Jadi, siapa sebenarnya Mahira? Apa pula kaitannya dengan kes pembunuhan ini? Dan apa pula kaitannya dengan Suria? Memang banyak persoalan yang akan saling berhubung kait. Hehe. Nak tahu jawapannya kenalah baca. :D

Komen saya:
Ehem. Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya membaca hasil karya penulis ini. Terima kasih atas saranan teman-teman di GR (Airina dan Kakwan) yang melobi saya untuk membeli dan membaca Venom Suria ini. Sekali baca memang susah nak letak sebab banyak rahsia di sebalik rahsia yang perlu dirungkaikan. Haaa, suspen kan? Tahniah buat penulis untuk adunan kisah yang membuat saya teruja hingga ke akhir pembacaan. :)

Suka dengan:
1. Pergerakan cerita yang pantas dan tak meleret.
2. Plot yang tersusun cantik dengan flashback yang tidak keterlaluan.
3. Rasa ingin tahu yang disemai kepada pembaca. Jadi memang tak ada rasa nak selak belakang semata-mata nak tahu penamat. (Tapi, kalau selak belakang pun tak guna sebab cerita dah habis dan penamatnya bukan typical happy ending *tangan di bahu, mata ke atas* [ampun Cik Pah!])
4. Hadif! Tak tahu kenapa saya lebih sukakan Hadif berbanding Izwan dan Nazrul. Hahaha.

Cuma, ada banyak typo dan beberapa istilah yang tak sesuai penggunaannya. Contoh yang saya jumpa adalah kegagalan penulis / editor membandingkan perkataan abad dan dekad.
Abad - jangka masa seratus tahun
Dekad - jangka masa sepuluh tahun
*Rujukan : Laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Nampaknya lepas ni kena skodenglah buku-buku lain hasil karya penulis ni eh? *pekup muka*
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review