Saturday, February 28, 2015

... dan Dafodil pun Berbunga Lagi

Posted by Hajar at 8:40 PM 0 comments
... dan Dafodil pun Berbunga Lagi... dan Dafodil pun Berbunga Lagi by Diya Nordin
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  598 mukasurat
ISBN: 9789670201979


22-02-2015

Phew, setelah hampir setahun saya ‘memeram’ buku ini akhirnya tamat juga pembacaan. Rugi sebenarnya tak baca dari awal sebab kisahnya terselit banyak pengajaran walapun menitis juga air mata nak menamatkan pembacaan. Hihi..

Setelah putus tunang Alia bertekad membawa diri ke Tanah Ratu untuk menyambung pengajiannya. Kehadiran Ikhwan, anak kepada kenalan keluarga Alia banyak membantu Alia menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di rantauan. Seringkali hubungan erat mereka disalah erti. Bagi Alia, Irwan hanyalah kenalan yang telah diamanahkan oleh keluarga Alia untuk ‘menjaga’nya di sana. Lagi pula Alia masih belum bersedia untuk memulakan hubungan dengan lelaki setelah dikecewakan oleh tunangnya.

Kemudian muncul pula Aiman, teman siber Alia yang berniat untuk berkenalan secara serius dengan Alia. Dalam masa yang sama, Kak Ain, kenalan Alia di Durham pula mahu menjodohkan Alia dengan adiknya yang bekerja di Jepun. Ramai sungguh yang prihatin dengan Alia ni kan?

Kesungguhan Aiman akhirnya berjaya membuka hati Alia. Walaupun Alia kaku dan sedikit dingin sepanjang pertunangan mereka, dia tetap berusaha untuk menerima Aiman dalam hidupnya.

Dugaan bagaikan tak putus menghambat hidup Alia bila munculnya orang ketiga yang berjaya menggugat ketenangan rumah tangga Alia-Aiman Kehadiran Akmal Hani, cinta pertama Aiman ditambah dengan desakan faktor persekitaran termasuk isu zuriat telah memburukkan lagi masalah mereka. Walaupun terluka, Alia berusaha untuk menerima perkahwinan kedua Aiman seikhlasnya. Namun siapa sangka kerana salah faham dan sikap terburu-buru Aiman, Alia akhirnya diceraikan.

Sedih? Memang sedih. Tapi Alia redha dan berusaha untuk jadi kuat semata kerana zuriat yang sedang dikandungkannya. Kuatkah Alia menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang ibu tunggal?

Komen saya:

1. Zarif Aiman - entah kenapa saya memang 'tak selesa' dengan watak ini sedari awal. Mungkin kerana sikapnya yang suka memaksa dan agak diktator. Kata orang, yang susah nak dapat tu patutnya kita hargailah sebaiknya. Tapi Aiman ni boleh pulak terbuai dengan sejarah cintanya dengan Akmal Hani. Baik tak bertempat. Heh. Dah hilang baru nak menyesal. Baru sedar yang mana kaca, yang mana permata. Padan muka!

2. Akmal Hani - watak ini memang mengingatkan saya kepada Wairah (Lelaki Januari). Watak yang mengundang trauma orang perempuan. :( Ingatan untuk diri sendiri; kalau boleh orang perempuan ni janganlah suka gunakan kelemahan diri mereka untuk tarik perhatian lelaki. Taktik yang sangat murah okay? :(

3. Ikhwan - ini watak kegemaran saya. Tiba-tiba jadi bias. Haha. :P Bagi saya watak Ikhwan sangat gentleman. Dia yakin dengan percaturan Allah. Kemudian bila peluang kali kedua datang dia tak bertangguh sebab tak mahu terlewat bertindak lagi. Untung kan? Betullah kata orang, sabar itu indah. :)

4. Alia - saya suka watak Alia. Tegas. Tetap pendirian. Tak mudah kalah pada tekanan. Buruk macam mana pun layanan suami tetap disimpan kukuh dari pengetahuan keluarga. Cuma itulah, jodohnya bersama Aiman memang tak panjang. Dan watak Alia ni sebenarnya mengajarkan kita erti ketabahan dan tak mudah putus asa.

5. Terima kasih dan tahniah buat penulis untuk kisah yang penuh pengajaran (dan beremosi) ni. Moga diberikan kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi cerita dengan para pembaca. :)

View all my reviews

Sunday, February 22, 2015

Gerimis Rindu

Posted by Hajar at 4:38 PM 0 comments
Gerimis RinduGerimis Rindu by Meen Zulaikha
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  494 mukasurat
ISBN: 9789831244616


22-02-2015

Akibat dimanjakan oleh nenek sedari kecil, Ailani membesar sebagai seorang remaja yang kerap membuat onar. Darah muda yang sentiasa dahagakan cabaran membuat Ailani terjebak dengan perlumbaan haram. Malang sekali akibat menurut rasa darah mudanya Ailani kehilangan nenek kesayangannya dalam kemalangan. Seluruh keluarga menyalahkannya atas tragedi malang ni.

Perselisihan faham antara Ailani dan bapanya membawa Ailani berdikari menjalani kehidupannya sendiri. Tiada pilihan, Ailani terpaksa menjadi pemandu teksi limousin di airportbiar pun jiwanya memberontak dengan apa yang terpaksa dilaluinya.

Perkenalan Ailani dengan Dato’ Rahim bagai membawa sinar untuknya. Ailani ditawarkan jawatan pemandu peribadi dan kemudiannya diangkat menjadi pembantu peribadi Dato’ Rahim. Cuma masalah timbul bila Ailani terpaksa berdepan dengan sikap dingin dan sinis Fatimi, anak lelaki Dato’ Rahim. Heh.

Bagi Fatimi, Ailani itu hanya berminat untuk mengikis harta kekayaan bapanya. Lebih-lebih lagi bila Fatimi terjumpa keratan cek yang menunjukkan Ailani menerima sejumlah wang daripada Dato’ Rahim. Fatimi nekad untuk melakukan sesuatu agar Ailani disingkirkan. Namun dalam membenci rupanya terselit rasa halus buat Ailani. Fatimi penasaran bila Ailani meletak jawatan. Lalu bagaimanakah kesudahannya hubungan mereka?

Komen saya:

1. Suka dengan perubahan Ailani yang penulis cuba tunjukkan. Dari seorang gadis yang manja dan kuat memberontak perlahan-lahan berubah menjadi dewasa dan matang seiring usianya. Rupanya banyak hikmah yang diperolehinya selepas dihalau keluar dari rumah. :)

2. Cuma kisah ini mungkin kurang melekat di hati berbanding kisah-kisah lain yang pernah dilakarkan oleh penulis.

3 Masih ingat kisah Tim (adik angkat Zara dalam Warna Hati)? Dalam kisah ini ada kesinambungan kisah Tim dan Li. :D

4. Dan yang paling ‘mahal’ tentulah cameo Seth Tan. Haha. Sila jangan bayangkan Aaron Aziz ya? :P

5. Tahniah buat penulis. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus berkarya.

View all my reviews

Sunday, February 15, 2015

Main-main Cinta

Posted by Hajar at 1:30 PM 0 comments
Main-Main CintaMain-Main Cinta by Hana Efriena
My rating: 2 of 5 stars

Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  554 mukasurat
ISBN: 9789670718125


13-02-2015

Gara-gara inginkan duit poket lebih, Shazia Thahirah (Shazia) sanggup bersetuju dengan rancangan sahabat baiknya, Qalsum untuk menundukkan sepupu Qalsum yang kononnya seorang player.

Kata Qalsum, Raed Zayaz (Raed) yang juga merupakan bakal pensyarah gantian mereka adalah lelaki yang patut diajar agar lebih menghargai perasaan wanita.

Mengenali Raed, Shazia tercari-cari karakter player seperti yang diperkatakan oleh Qalsum, namun tak ditemui. Shazia pula yang jadi tak tentu arah dengan perhatian yang diberikan oleh pensyarah muda itu.

Makin lama makin banyak persoalan yang timbul di benak Shazia. Benarkah Raed berperangai seperti yang diperkatakan oleh Qalsum atau itu hanyalah helah untuk menjayakan rancangan Qalsum sendiri?

Komen saya:

1. Kisah ni memang mudah, tak memberatkan kepala dan sangat mudah dihadam. Stress and conflict free

2. Cuma mungkin kisah ni dibaca waktu mood membaca saya berada di tahap negatif, jadi saya rasa kisah ni terlalu plain dan mendatar untuk saya.

3. Saya cukup 'terganggu' dengan selitan hadis di awal-awal bab penceritaan kisah ini. Memang usaha yang bagus bila penulis ada inisiatif nak menyelitkan hadis dalam penulisan, cuma selitan tu biarlah berpada dan kena pada tempatnya. :)

4. Apa pun tahniah buat penulis. Moga diberikan ilham dan kesempatan untuk terus berkarya. :)


View all my reviews

Saturday, February 14, 2015

Jatuh Hati Di Paris

Posted by Hajar at 4:51 PM 2 comments
Jatuh Hati di ParisJatuh Hati di Paris by Zura Rahman
My rating: 3 of 5 stars

Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  556 mukasurat
ISBN: 9789831249277


3.5*. Not bad.

04-02-2014

Arief dan Nadia berkenalan sewaktu mereka dalam misi backpacking ke Paris bersama teman-teman. Siapa sangka Arief yang kelihatan dingin dan sombong itu rupanya menaruh hati terhadap Nadia? Misi backpacking akhirnya turut menyatukan rasa mereka berdua. Bertahun menyulam kasih namun rupanya keluarga Arief sudah ada calon isteri untuk Arief. Alahai, tipikal keluarga berada.

Kerana ingin membantah cadangan ayahnya, Arief bertekad menerima tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat. Bermula saat Arief menjejakkan kaki ke sana, Arief terputus hubungan terus dengan Nadia. Sudahlah telefon bimbitnya hilang, emelnya pula diserang virus. Macam pelik pulak bila Arief macam tak kisah je terputus hubungan dengan Nadia selama bertahun-tahun. Hmm..

Pertemuan kembali dengan Nadia membuat Arief nekad untuk kembali ke Malaysia. Tambahan pula, keadaan kesihatan Afnan, abang sulung Arief yang semakin merosot turut memaksa Arief segera kembali ke Malaysia untuk mengambil alih tanggungjawab menguruskan perniagaan keluarga mereka.

Mampukah Arief memujuk kembali hati Nadia yang masih kabur dengan tindakan Arief yang memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba?

Komen saya:

1. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas menutup naskhah ini adalah tentang Lyn, teman Nadia. Mungkinkah kisah Lyn dan bosnya yang suka membuli tu bakal jadi karya penulis seterusnya? ;)

2. Saya senang menghadam karya ini sebab ceritanya mudah. Tiada adegan manis bergula ( mungkin ini penyebab novel ini kurang dapat sambutan penggemar genre manis bergula. :P), tiada konflik yang menyakitkan hati dan watak antagonisnya pun bukan jenis watak penjahat tegar.

3. Cuma bagi saya terlalu banyak / detail perkara-perkara yang berlatarbelakang tentang perniagaan / banking / kewangan. Untuk saya yang memang daripada bidang ni memang tak ada masalah nak menghadam. Tapi untuk orang yang bukan berlatarbelakangkan bidang ini mesti akan rasa bosan dengan pelbagai istilah pelik. :)

4. Suka dengan gambaran penulis tentang keluarga Arief. Tak berlebihan menggambarkan harta dan kekayaan mereka. Keluarga mereka pun nampaknya bukan jenis keluarga yang 'jaga standard' dan mementingkan harta kekayaan semata.

5. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya pertamanya ini. Moga terus dikurniakan ilham dan kesempatan untuk terus berkarya. :)

P/s: Terima kasih juga buat si pemberi buku. Moga dimurahkan rezeki dan terus sukses. :)

View all my reviews
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review