Tajuk: Untuk Semua Dosaku
Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 618 mukasurat
ISBN: 9789675067327
Kalau anda mengharapkan kisah kahwin paksa dengan pengakhiran tipikal, ini bukanlah buku yang patut anda baca okay? Tapi kalau anda mencari sesuatu intipati berlainan dengan kisah tipikal yang berlambak di pasaran, bolehla cuba untuk membaca kisah ini.
Nur Lisa dan Syed Azri bertemu di Jerman sewaktu Nur Lisa melarikan diri daripada Tengku Akhbar yang juga digelar 'payung emas made in Malaysia' oleh Nur Lisa. Bayangkan, ada ke lelaki yang menabur budi tanpa mengharap balasan? Tengku Akhbar ni memang baik, tak pernah ambil kesempatan pada Nur Lisa walaupun Nur Lisa banyak mempergunakan dia. Cuma bila Tengku Akhbar dah mula tunjukkan ciri-ciri nak menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Nur Lisa, haruslah Nur Lisa cepat-cepat angkat kaki.
Pelawaan si adik, Nur Lili untuk mencarikan rumah disambut baik tanpa menyedari niat si adik di sebalik kebaikan yang ditabur. Huh. Rupanya, lepas keluar dari lindungan payung emas, Nur Lisa terperangkap dalam mulut naga pulak. Sharifah Azrina rakan sebiliknya dah bertukar menjadi Syed Azri. Haru! Haish. Apa punya adik ntah. Sebab nak mengorat Tengku Akhbar tu, sanggup menganiaya kakak sendiri. Bila menyedari diri dah jadi mangsa adik sendiri, memang terhentilah maklumat berkaitan Tengku Akhbar yang disalurkan kepada Nur Lili yang berada di Malaysia.
Bila dah tertipu dengan 'kebaikan' yang ditabur dek Nur Lili, nak tak nak terpaksalah Nur Lisa terima hakikat yang kawan sebiliknya adalah seorang lelaki. Memang berani dan selamba sungguh Nur Lisa ni. Berani juga mencabar keegoan seorang Syed Azri sehingga terpatrinya hubungan antara keduanya. Memang nampak sangat tak wajar dengan pergaulan bebas antara keduanya. Mujur juga Syed Azri dah ambil langkah pencegahan awal untuk berpindah keluar selepas terpatrinya hubungan mereka. Kehidupan mereka berdua yang bergelar pelajar di Jerman memang penuh warna-warni sehinggalah Nur Lisa bertemu jalan 'kembali' ke paksi sebenarnya.
Siapa sangka Octoberfest yang dihadiri bersama Syed Azri dan Sharifah Azra (adik Syed Azri) menemukan kembali Nur Lisa dengan penciptanya? Waktu ini segala dosa-dosa semalam bagai menghambat dirinya. Biar pun Syed Azri tak merestui pilihannya, Nur Lisa tekad untuk berubah.
Pertemuan kembali antara keduanya di Malaysia ditambah pula dengan fitnah yang ditabur oleh si adik akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan mereka. Memang cabaran buat Nur Lisa untuk menyesuaikan diri dengan Syed Azri setelah sekian lama terpisah. Ditambah lagi dengan cara hidup Syed Azri yang tak 'selari' dengan Nur Lisa. Bagaimana cara Nur Lisa menghadapi dugaan hidupnya ini?
Komen saya: Buku ni memang bakalan buat kita banyak berfikir. Memang betul bak kata Nur Lisa, kalaulah hidayah semudah membeli barang di ebay, tentu kita takkan hargainya. Nak berubah, memang susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlu mengubah
perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. Tapi pada saya, paling susah
adalah nak mengekalkan perubahan tu. Sejauh mana kita mampu menahan diri
daripada godaan hawa nafsu untuk buat perkara-perkara yang patut
ditinggalkan bila kita nak berubah. Phew. Mungkin terdapat kesukaran untuk sesetengah pembaca menghadamkan kisah ini disebabkan susun atur jalan cerita dengan
flashback scene serta penggunaan bahasa Jerman yang banyak. Yang juga mungkin bakal mengganggu tumpuan pembacaan. Cuma bagi saya, tumpuan pembacaan saya agak terganggu bila saya nampak banyak kesilapan atau mungkin kealpaan semasa proses pengeditan. Sayang sungguh. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku pertama ini. Moga lebih banyak lagi ilham untuk karya seterusnya. :)