Sunday, December 9, 2012

The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Posted by Hajar at 8:45 PM

Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 642 mukasurat
ISBN: 9789670246369

Sebelum buku ni keluar, saya dah ada tanggapan negatif dalam kepala. Buku ni mesti akan end up sama dengan kisah-kisah 'tipikal' yang saya dah baca sebelum ni. Tapi rupanya tanggapan saya silap. Maafkan saya. :)

Ariana Rose (Ariana) diupah oleh Juwita untuk menjadi petualang yang bakal membuatkan perkahwinan Juwita dan Tengku Adam Kamil (Adam) terbatal. Juwita, yang juga sepupu Adam tak rela untuk bersuamikan Adam sebab Adam ni memang tipikal lelaki kaya dan berkuasa. Arak dan wanita memang sentiasa ada dalam senarai agenda hidupnya. Jadi, bila Juwita tak mahu memperjudikan hidupnya dengan lelaki sebegitu, Ariana diupah untuk memporak-perandakan majlis pernikahan mereka. 

Bila diaibkan sebegitu, tak dapat tidak keegoan Adam tercalar juga. Habis status dan reputasinya jatuh merudum akibat perbuatan Ariana. Dia tekad untuk membalas dendam pada Ariana kerana disangkanya Ariana ni orang upahan Ramzul, musuhnya. Hasil siasatan kuncu-kuncu Adam, akhirnya Ariana berjaya dijejaki. Harga yang Ariana terpaksa bayar memang mahal bila terpaksa melibatkan maruahnya. Bila menyedari yang Ariana bukanlah 'stok' perempuan yang biasa didampinginya, Adam tekad untuk mengejar Ariana. Masa ni memang terserlah sungguh aura bad boy Adam ni.

Ariana pun tekad menjauhkan diri daripada terlibat dengan Adam mahu pun mana-mana lelaki lain. Yelah, bila maruah dah tercalar mesti rasa rendah diri menguasai. Pertemuan kembali dengan Adam selepas beberapa bulan memang menampakkan perubahan Adam, cuma Ariana tak mahu rasa tertipu. Satu sikap buruk Adam ni, dia terlampau cemburu. Jadi bila dia nampak Ariana bersama Ramzul, Ariana nyaris menjadi mangsa rogol Adam sekali lagi. Haish. Terus Ariana melarikan diri ke kampung. Adam pun tak dapat nak jejak.

Bila Ariana dapat Adam jejaki semula, semuanya dah terlambat. Ariana sudah pun bertunang dengan pilihan keluarganya. Siapa tunangan Ariana?  Ha, yang ni kenalah baca sendiri. :)

Komen saya : Bukan senang nak berubah. Tapi Tengku Adam Kamil berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Memang mula-mula kita nampak dia berubah sebab Ariana, tapi akhirnya dia sedar yang dia patut berubah untuk dirinya sendiri. Saya suka dengan gaya penulisan Evelyn Rose ni.  Minus bahagian lovey-dovey Adam dan Ariana, pengisian dalam kisah ni memang patut dipuji. Bukan setakat hidangan yang manis bergula aje, tapi banyak info dan ilmu berguna juga. Tahniah Eve. Keep it up. Moga ada lebih banyak lagi ilham untuk berkarya selepas ni. Ops, tak lupa terima kasih juga untuk si pemberi buku ini. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin! :)

20 comments:

Unknown said...

Kita bg 5 bintang haja!! Best & byk info!!

Sufi (",)

Unknown said...

Dah baca, best sgt, tq tuliskan buku yg amat bermakna utk saya, memikirkan ada org yg macam Adam dlm dunia ini boleh berubah apatah lagi diri saya

Unknown said...

Salam, saya dah memiliki dan membaca novel ni, berinformasi dan memberi banyak pengajaran. Tahniah kepada penulis dan saya beri 5 bintang.

Unknown said...

SAYA BACA 1 MALAM AJE TAU SEBAB X SABAR NAK TAHU ENDING MACAM MANA,SAYA BAGI 5 BINTANG JUGA.

My Beadz World said...

Saya memang dah berbintang2 sejak mula baca dr blog:-)

zm said...

saya nk adam!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hajar said...

zm:
hep, mana boleh? Adam tu Datin Rose yang punyalah! :P

Unknown said...

dah beli melalui online pasal tak sabar nak tunggu kat kedai buku dah lama habis baca hehe tunggu hajar masukkan dalam blog ja nak juga komen....best cerita dia cuma kalau penulis tambahkan konflik lagi selepas dia orang kawin pasal ramzul,adik ramzul,mak tiri dan adik tiri ariana kalau kembangkan lagi cerita mereka pasti menarik..apa pun tahniah buat penulis banyak info dalam ni..nak tunggu buku dia akan datang ;)

Yang said...

ada dua perkara yg menjadikan TWB special

1. someone bg saya..lalalala...lebiu muchas chas chas
2. hadith dlm tu...MASYAALLAH
3. ceritanya???...emmmm

zaitul akma dolla said...

sokong best saya kasi 4.9 bintang

Evelyn Rose said...

wah canteknya blog ni! hehe. thanks kak Hajar for the lovely review, mmg complete reviewnya.lol.

Hajar said...

Evelyn Rose:

Eve, thanks for dropping by. Congrats and thanks for this wonderful story. :)

Unknown said...

I'm already exhausted read the weeding breaker, it is the best novel. The complete story with religion, prayer is good for me to remember and continue to pray. novelist writes from the heart that hook into my soul. I was so touched by this story. :)

Unknown said...

A highly recommended novel...cuma Ada grammartical error sikit2 and speling. It should be read as London School of Economics instead of Economy. And my personal view, "the ovum" part should not be exaggerated. Good storyline unlike other typical Malay novels, other ala2 fairy tale which sometimes rasa madam it's too good be true in a real world. But overall, a very entertaining novel. The write up also very modern and tak "Meleweh"..keep on writing eve.

Love 4 ever said...

Best sgttttttttt novel nie.. Sy pinjam dr kwn.. tp lepas baca terus nk beli.. and search nk tahu pasal penulis nyer.. Hebat!! I'm sure penulis nye bukan sebarang org.. Banyak ilmu about pyschology yg diselitkannyer.. and taste dia.. Plus about yg kelakar2.. Mmg kelakar yg selamba and fresh.. LoVe it..

Unknown said...

awesome plus walaweh lah! dahlah banyak hadith dekat dalam tuh. nak bagi five star jugaklah! hik3.

Unknown said...

Mdm Evelyn Rose,i love this book so much..the second BM novel that i have read after Perempuan Lindungan Kaabah....it was such a beautiful book..all this while i have been readingenglish novels...now i am addicted to BM novel and i hope your next novel will be as wonderful as The wedding Breaker....pliz write more...and i cant wait.....BIG CONGRATS to you....

Unknown said...

buku ni best...ada pengisian.....mmg romantik....tak meleweh...tak sabar nak tunggu buku yg baru tulisan Evelyn Rose

Unknown said...

Saya nak beli novel ni. Ada sesiapa yg nk jual tak?

Unknown said...

Saya nak beli novel ni. Ada sesiapa yg nk jual tak?

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review