Monday, December 17, 2012

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad

Posted by Hajar at 10:44 PM

Tajuk: Untuk Semua Dosaku
Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  618 mukasurat
ISBN: 9789675067327

Kalau anda mengharapkan kisah kahwin paksa dengan pengakhiran tipikal, ini bukanlah buku yang patut anda baca okay? Tapi kalau anda mencari sesuatu intipati berlainan dengan kisah tipikal yang berlambak di pasaran, bolehla cuba untuk membaca kisah ini.

Nur Lisa dan Syed Azri  bertemu di Jerman sewaktu Nur Lisa melarikan diri daripada Tengku Akhbar yang juga digelar 'payung emas made in Malaysia' oleh Nur Lisa. Bayangkan, ada ke lelaki yang menabur budi tanpa mengharap balasan? Tengku Akhbar ni memang baik, tak pernah ambil kesempatan pada Nur Lisa walaupun Nur Lisa banyak mempergunakan dia. Cuma bila Tengku Akhbar dah mula tunjukkan ciri-ciri nak menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Nur Lisa, haruslah Nur Lisa cepat-cepat angkat kaki.

Pelawaan si adik, Nur Lili  untuk mencarikan rumah disambut baik tanpa menyedari niat si adik di sebalik kebaikan yang ditabur. Huh. Rupanya, lepas keluar dari lindungan payung emas, Nur Lisa terperangkap dalam mulut naga pulak. Sharifah Azrina rakan sebiliknya dah bertukar menjadi Syed Azri. Haru! Haish. Apa punya adik ntah. Sebab nak mengorat Tengku Akhbar tu, sanggup menganiaya kakak sendiri. Bila menyedari diri dah jadi mangsa adik sendiri, memang terhentilah maklumat berkaitan Tengku Akhbar yang disalurkan kepada Nur Lili yang berada di Malaysia.

Bila dah tertipu dengan 'kebaikan' yang ditabur dek Nur Lili, nak tak nak terpaksalah Nur Lisa terima hakikat yang kawan sebiliknya adalah seorang lelaki. Memang berani dan selamba sungguh Nur Lisa ni. Berani juga mencabar keegoan seorang Syed Azri sehingga terpatrinya hubungan antara keduanya. Memang nampak sangat tak wajar dengan pergaulan bebas antara keduanya. Mujur juga Syed Azri dah ambil langkah pencegahan awal untuk berpindah keluar selepas terpatrinya hubungan mereka. Kehidupan mereka berdua yang bergelar pelajar di Jerman memang penuh warna-warni sehinggalah Nur Lisa  bertemu jalan 'kembali' ke paksi sebenarnya.

Siapa sangka Octoberfest yang dihadiri bersama Syed Azri dan Sharifah Azra (adik Syed Azri) menemukan kembali Nur Lisa dengan penciptanya? Waktu ini segala dosa-dosa semalam bagai menghambat dirinya. Biar pun Syed Azri tak merestui pilihannya, Nur Lisa tekad untuk berubah.

Pertemuan kembali antara keduanya di Malaysia ditambah pula dengan fitnah yang ditabur oleh si adik akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan mereka. Memang cabaran buat Nur Lisa untuk menyesuaikan diri dengan Syed Azri setelah sekian lama terpisah. Ditambah lagi dengan cara hidup Syed Azri yang tak 'selari' dengan Nur Lisa. Bagaimana cara Nur Lisa menghadapi dugaan hidupnya ini?  


Komen saya: Buku ni memang bakalan buat kita banyak berfikir. Memang betul bak kata Nur Lisa, kalaulah hidayah semudah membeli barang di ebay, tentu kita takkan hargainya. Nak berubah, memang susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlu mengubah perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. Tapi pada saya, paling susah adalah nak mengekalkan perubahan tu. Sejauh mana kita mampu menahan diri daripada godaan hawa nafsu untuk buat perkara-perkara yang patut ditinggalkan bila kita nak berubah. Phew. Mungkin terdapat kesukaran untuk sesetengah pembaca menghadamkan kisah ini disebabkan susun atur jalan cerita dengan flashback scene serta penggunaan bahasa Jerman yang banyak. Yang juga mungkin bakal mengganggu tumpuan pembacaan. Cuma bagi saya, tumpuan pembacaan saya agak terganggu bila saya nampak banyak kesilapan atau mungkin kealpaan semasa proses pengeditan. Sayang sungguh. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku pertama ini. Moga lebih banyak lagi ilham untuk karya seterusnya. :)   

13 comments:

mizz acu said...

Aikkk... Kata super dupeer bz.. Dann lg review.. ;)
Ai like it tooo (wlpn xkhatam lg)
Bc bkn utk ss+lovey dovey je ye x?

Hajar said...

mizz acu:
Haha. Dh lama habis bc buku ni. Cuma mlm td baru betul2 free nak menaip. :)

zakiah halim said...

betul ckp hajar... kena betul2 fokus baca baru blh faham jalan ceritanya yg bnyk flashback dan penggunaan bahasa jerman...mula2 sy baca pun agak pening juga...

ALONG NANI said...

saya sokong kena fokus baca buku ni memang best cerita dia lain dari yang lain, baca buku ni macam saya ada kat jerman pula penulis buat cerita tentang jerman tu macam saya pula berada kat sana jejak kaki kat jerman hehehe, tahniah buat penulis...tunggu buku dia yang akan datang pula

Cerita Hanina said...

one of the best novels of 2012!!

Unknown said...

sokong. bg kita, nak istiqamah dgn perubahan yg kita bt sgt2 mencabar!slalu kecundang!uhuk..uhukk.. :(
belum abis bc. so far, sgt enjoy!

Unknown said...

Unknown tu, kita = sufi (",)

جزمين @ ملور said...

since i've followed this novel from the blog - i don find any difficulty or distraction to read the finale of USD in printed version! A great novel prettily blended with rich information n knowledge. Flashback and Deutsch (German Language) is smthing new tat 'highlighted' USD is different from others. Coolio! "Like or Lump it!"

I've reread USD several times NOT bcos i could not digest it BUT bcos USD is such a compelling novel! Nur Lisa is a perfect role-model for anyone who decided to embrace a better path of life - untuk terus kekal mendekatkn diri pada Maha Pencipta --- to love the Creator of Love!
New readers please don be scared to read USD - coz USD is not tat 'heavy or difficult to understand' but it's gonna a 'squander' to skip such a great novel.

be7369b0-ed83-11e1-8f28-000bcdca4d7a said...

Novel yg paling best di pasaran bagi tahun 2012.
5 stars to USD.
Kudos to the writer Rin Ahmad yg dpt menghasilkn novel luar biasa not only it is a love story but terlalu banyak pengajaran di dlm buku yg nipis dengan harga yg sgt murah, jauh teratas if compared to other novels yg ada di pasaran masa kini.

ImaAn ar-RahmaAn said...

Novel terbaik USD.
bace from page1 smpai to the last page, tak ade masaalah pening, confused, susah, bercelaru dan ape saja! dapat faham dengan mudah and really enjoy reading USD.Bahasa jerman pon dh di buat translation so tak ade masaalah nk hadam.
terima kaseh dan tahniah buat Rin Ahmad- teruskan menulis Rin.

Ayu dzulkarnain said...

Kita SUKA novel nih!!!
Kagum dengan semangat Nur Lisa. Tak semua org mampu buat mcm lisa..tgh bahagia berkasih tetiba lisa buat keputusan yg drastik.. Perghhh tabik kat lisa..
Banyak pengisian /ilmu dlm novel ni.. Tak sia2 simpan 2copy ^_^
Tahniah Rin Ahmad..

Hajar said...

Thanks all. I'm sure the writer will be more than happy to read all ur sincere comments. :)

Ayu dzulkarnain: babe, satu lagi copy tu nk simpan utk anak cucu ka? ;)

Ruunna Qizbal said...

dah baca dah.. BEST2

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review