Sunday, December 30, 2012

Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza

Posted by Hajar at 3:19 PM 9 comments



Tajuk: Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  517 mukasurat
ISBN: 9789831248270


Pertamanya saya baru tahu yang buku ini adalah hasil tulisan salah seorang penulis senior yang dah pun mempunyai beberapa buah buku bercetak. Haish. Jadi saya memang tak pelik bila adegan kemesraan antara suami isteri diceritakan dengan sangat terbatas. :)

Ainin Sofiya (Ainin), seorang balu yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian suaminya. Kepayahan hidup membuatkan Ainin bercadang untuk mencari peluang pekerjaan sebagai pembantu rumah kerana dia rasa waktu kerja yang fleksibel sebagai pembantu rumah itu membolehkannya berulang-alik untuk menyusukan anak kecilnya.

Kebetulan keluarga Ahmad Ziyad (Ziyad) sedang mencari pembantu rumah dan Ainin ditawarkan bekerja di rumah mereka. Pertemuan pertama antara Ainin dan Ziyad membuatkan Ziyad tertarik untuk menyiasat latar belakang Ainin. Memang nampak pelik bila Ziyad beria-ia nak menolong Ainin sedangkan Ainin bukanlah sesiapa dengan Ziyad. Tambahan pula Ziyad sudah ada Shafinaz yang kononnya sangat disayangi.

Keengganan Ainin untuk menerima bantuan kewangan membawa kepada lamaran Ziyad untuk memperisterikan Ainin semata-mata untuk membantu meringankan beban kewangan Ainin. Memang pada mulanya Ainin menolak, tapi bila didesak oleh hutang sewa rumah tertunggak (ditambah dengan gangguan daripada Hisyam, tuan rumahnya), Aini menerima lamaran Ziyad berserta syarat tambahan Ziyad yang mahu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Huh, memang makan hati Ainin dengan sikap Ziyad ni. Berat sebelah. Ainin tak boleh ambil tahu perihal hidup dia tapi dia sesuka hati menggunakan hak dia sebagai suami untuk mengongkong Ainin. Bila Ainin tak tunjuk apa-apa emosi berkaitan pertunangan Ziyad dengan Shafinaz, tahu pulak Ziyad gelabah. Yelah, kan awal-awal lagi Ziyad dah letak syarat yang Ainin tak boleh ambil tahu perihal Ziyad, jadi takkanlah Ainin nak tunjuk protes kan?

Bila berita kehamilan Ainin terbongkar ke mana agaknya arah hubungan mereka berdua ni? Adakah Ziyad meneruskan niat untuk mengahwini Shafinaz atau adakah kasihnya sudah beralih kepada Ainin yang sedang mengandungkan zuriat mereka?

Komen saya: Mesti ada yang tertanya kenapa asam pedas? Sebab asam pedas tu makanan kegemaran Ziyad. Jadi air tangan Ainin ni juga salah satu penyebab kepada ikatan mereka berdua ni. :) Saya rasa ramai yang bakal sukakan kisah ni disebabkan plot 'kahwin dengan syarat' ni. Overall kisah ni agak mudah dihadam cuma agak geram dengan Ziyad yang selfish dan pengecut tu. :P Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)

     

Sha & Shah - Sha Ibrahim

Posted by Hajar at 1:18 PM 1 comments

Tajuk: Sha & Shah
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  761 mukasurat
ISBN: 9789670448152

Kisah BFF (Best Friend Forever) yang bertukar status kepada suami isteri. Orang selalu kata, mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh 'berkawan baik' tanpa ada terselit 'perasaan' lain bersama. Mampukah mereka mengemudi rumahtangga yang berasaskan hubungan sahabat ini? 

Farisha (Sha) menerima lamaran Faiz Ameerul Shah (Shah) kerana tak tahan dengan pujuk rayu Shah yamg mahu menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Yelah, daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya, lebih baik berkahwin dengan sahabat baik sendiri kan? Sekali fikir, Shah ni sebenarnya macam selfish juga. Sebabnya, lepas berkahwin dengan Sha, dia masih tetap teruskan perangai dan tabiatnya yang suka bertukar-tukar teman wanita sama seperti sebelum berkahwin dengan Sha. Haish. Sha juga yang jadi penyelamat bila cerita-cerita tak elok tentang Shah terpapar dalam akhbar dan tabloid.

Namun, segala-galanya berubah bila Shah mula menyedari yang dia mula jatuh hati kepada isterinya sendiri. Maka bermulalah sesi  memikat si isteri. Sha pula sebenarnya memang dah lama menyimpan perasaan pada Shah, cuma sebab dia sayangkan persahabatannya dengan Shah, perasaan tu disimpan elok-elok dalam hatinya. Cuma bila Shah dah mula memikat, takkanlah nak terus cair kan? Haruslah main tarik tali juga. :)

Bila hubungan suami isteri sebenar telah terpatri, bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Berjayakah mereka menongkah arus cabaran dan dugaan selepas bertukar 'status' ini?

Komen saya: Jujurnya saya seronok baca kisah ini. Plot yang mudah tanpa banyak konflik yang menyakitkan hati. Cuma awal-awal pembacaan, saya memang banyak sakit hati dengan perangai Shah. Hehe. Tahniah buat penulis. Moga bakal lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya.


 

Monday, December 17, 2012

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad

Posted by Hajar at 10:44 PM 13 comments

Tajuk: Untuk Semua Dosaku
Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  618 mukasurat
ISBN: 9789675067327

Kalau anda mengharapkan kisah kahwin paksa dengan pengakhiran tipikal, ini bukanlah buku yang patut anda baca okay? Tapi kalau anda mencari sesuatu intipati berlainan dengan kisah tipikal yang berlambak di pasaran, bolehla cuba untuk membaca kisah ini.

Nur Lisa dan Syed Azri  bertemu di Jerman sewaktu Nur Lisa melarikan diri daripada Tengku Akhbar yang juga digelar 'payung emas made in Malaysia' oleh Nur Lisa. Bayangkan, ada ke lelaki yang menabur budi tanpa mengharap balasan? Tengku Akhbar ni memang baik, tak pernah ambil kesempatan pada Nur Lisa walaupun Nur Lisa banyak mempergunakan dia. Cuma bila Tengku Akhbar dah mula tunjukkan ciri-ciri nak menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Nur Lisa, haruslah Nur Lisa cepat-cepat angkat kaki.

Pelawaan si adik, Nur Lili  untuk mencarikan rumah disambut baik tanpa menyedari niat si adik di sebalik kebaikan yang ditabur. Huh. Rupanya, lepas keluar dari lindungan payung emas, Nur Lisa terperangkap dalam mulut naga pulak. Sharifah Azrina rakan sebiliknya dah bertukar menjadi Syed Azri. Haru! Haish. Apa punya adik ntah. Sebab nak mengorat Tengku Akhbar tu, sanggup menganiaya kakak sendiri. Bila menyedari diri dah jadi mangsa adik sendiri, memang terhentilah maklumat berkaitan Tengku Akhbar yang disalurkan kepada Nur Lili yang berada di Malaysia.

Bila dah tertipu dengan 'kebaikan' yang ditabur dek Nur Lili, nak tak nak terpaksalah Nur Lisa terima hakikat yang kawan sebiliknya adalah seorang lelaki. Memang berani dan selamba sungguh Nur Lisa ni. Berani juga mencabar keegoan seorang Syed Azri sehingga terpatrinya hubungan antara keduanya. Memang nampak sangat tak wajar dengan pergaulan bebas antara keduanya. Mujur juga Syed Azri dah ambil langkah pencegahan awal untuk berpindah keluar selepas terpatrinya hubungan mereka. Kehidupan mereka berdua yang bergelar pelajar di Jerman memang penuh warna-warni sehinggalah Nur Lisa  bertemu jalan 'kembali' ke paksi sebenarnya.

Siapa sangka Octoberfest yang dihadiri bersama Syed Azri dan Sharifah Azra (adik Syed Azri) menemukan kembali Nur Lisa dengan penciptanya? Waktu ini segala dosa-dosa semalam bagai menghambat dirinya. Biar pun Syed Azri tak merestui pilihannya, Nur Lisa tekad untuk berubah.

Pertemuan kembali antara keduanya di Malaysia ditambah pula dengan fitnah yang ditabur oleh si adik akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan mereka. Memang cabaran buat Nur Lisa untuk menyesuaikan diri dengan Syed Azri setelah sekian lama terpisah. Ditambah lagi dengan cara hidup Syed Azri yang tak 'selari' dengan Nur Lisa. Bagaimana cara Nur Lisa menghadapi dugaan hidupnya ini?  


Komen saya: Buku ni memang bakalan buat kita banyak berfikir. Memang betul bak kata Nur Lisa, kalaulah hidayah semudah membeli barang di ebay, tentu kita takkan hargainya. Nak berubah, memang susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlu mengubah perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. Tapi pada saya, paling susah adalah nak mengekalkan perubahan tu. Sejauh mana kita mampu menahan diri daripada godaan hawa nafsu untuk buat perkara-perkara yang patut ditinggalkan bila kita nak berubah. Phew. Mungkin terdapat kesukaran untuk sesetengah pembaca menghadamkan kisah ini disebabkan susun atur jalan cerita dengan flashback scene serta penggunaan bahasa Jerman yang banyak. Yang juga mungkin bakal mengganggu tumpuan pembacaan. Cuma bagi saya, tumpuan pembacaan saya agak terganggu bila saya nampak banyak kesilapan atau mungkin kealpaan semasa proses pengeditan. Sayang sungguh. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku pertama ini. Moga lebih banyak lagi ilham untuk karya seterusnya. :)   

Sunday, December 9, 2012

The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Posted by Hajar at 8:45 PM 20 comments

Tajuk: The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman: 642 mukasurat
ISBN: 9789670246369

Sebelum buku ni keluar, saya dah ada tanggapan negatif dalam kepala. Buku ni mesti akan end up sama dengan kisah-kisah 'tipikal' yang saya dah baca sebelum ni. Tapi rupanya tanggapan saya silap. Maafkan saya. :)

Ariana Rose (Ariana) diupah oleh Juwita untuk menjadi petualang yang bakal membuatkan perkahwinan Juwita dan Tengku Adam Kamil (Adam) terbatal. Juwita, yang juga sepupu Adam tak rela untuk bersuamikan Adam sebab Adam ni memang tipikal lelaki kaya dan berkuasa. Arak dan wanita memang sentiasa ada dalam senarai agenda hidupnya. Jadi, bila Juwita tak mahu memperjudikan hidupnya dengan lelaki sebegitu, Ariana diupah untuk memporak-perandakan majlis pernikahan mereka. 

Bila diaibkan sebegitu, tak dapat tidak keegoan Adam tercalar juga. Habis status dan reputasinya jatuh merudum akibat perbuatan Ariana. Dia tekad untuk membalas dendam pada Ariana kerana disangkanya Ariana ni orang upahan Ramzul, musuhnya. Hasil siasatan kuncu-kuncu Adam, akhirnya Ariana berjaya dijejaki. Harga yang Ariana terpaksa bayar memang mahal bila terpaksa melibatkan maruahnya. Bila menyedari yang Ariana bukanlah 'stok' perempuan yang biasa didampinginya, Adam tekad untuk mengejar Ariana. Masa ni memang terserlah sungguh aura bad boy Adam ni.

Ariana pun tekad menjauhkan diri daripada terlibat dengan Adam mahu pun mana-mana lelaki lain. Yelah, bila maruah dah tercalar mesti rasa rendah diri menguasai. Pertemuan kembali dengan Adam selepas beberapa bulan memang menampakkan perubahan Adam, cuma Ariana tak mahu rasa tertipu. Satu sikap buruk Adam ni, dia terlampau cemburu. Jadi bila dia nampak Ariana bersama Ramzul, Ariana nyaris menjadi mangsa rogol Adam sekali lagi. Haish. Terus Ariana melarikan diri ke kampung. Adam pun tak dapat nak jejak.

Bila Ariana dapat Adam jejaki semula, semuanya dah terlambat. Ariana sudah pun bertunang dengan pilihan keluarganya. Siapa tunangan Ariana?  Ha, yang ni kenalah baca sendiri. :)

Komen saya : Bukan senang nak berubah. Tapi Tengku Adam Kamil berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Memang mula-mula kita nampak dia berubah sebab Ariana, tapi akhirnya dia sedar yang dia patut berubah untuk dirinya sendiri. Saya suka dengan gaya penulisan Evelyn Rose ni.  Minus bahagian lovey-dovey Adam dan Ariana, pengisian dalam kisah ni memang patut dipuji. Bukan setakat hidangan yang manis bergula aje, tapi banyak info dan ilmu berguna juga. Tahniah Eve. Keep it up. Moga ada lebih banyak lagi ilham untuk berkarya selepas ni. Ops, tak lupa terima kasih juga untuk si pemberi buku ini. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin! :)

Kau Yang Ku Sayang - Fieyza Fadlina

Posted by Hajar at 6:48 PM 1 comments




Tajuk: Kau Yang Kusayang
Penulis: Fieyza Fadlina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  559 mukasurat
ISBN: 9789673651405

Syazril dan Syafiza, tak pernah bertemu dalam keadaan yang baik. Setiap pertemuan memang akan disulami kejadian malang. Hehe. Rupanya itulah jodoh mereka.

Pertunangan tanpa rela Syazril oleh si ibu mengundang musibah bila Celicia melarikan diri saat hampir pernikahan mereka.  Manakala Syafiza pula diberi tempoh selama dua bulan untuk mencari calon suami oleh kedua ibu bapanya sebab si adik sudah dirisik dan kakaknya pula masih tiada tanda-tanda untuk berumahtangga. Oleh kerana tak mahu keluarga mereka dijadikan buah mulut orang ramai, ibu dan ayah Syafiza meletakkan syarat sebegitu. 

Kebetulan ibu Syazril yang dipanggil Auntie Ida oleh Syafiza ni merupakan salah seorang pelanggan tetap butik Syafiza. Bila keadaan dah semakin suntuk, Syafiza yang dilamar untuk menggantikan tempat Celicia. Memang pada mulanya Syafiza berat untuk menerima Syazril bila memikirkan syarat yang dikenakan oleh kedua ibu bapanya, dia menerima lamaran ibu Syazril dengan separuh hati.

Syazril pula menerima perkahwinan mereka dengan senang hati setelah mengetahui bahawa Syafizalah gadis yang dicari selama ini. Yeah, tipikal kisah kahwin paksa mesti orang dah boleh agak kan? Hubungan yang sentiasa bergolak ala-ala anjing dan kucing ni akhirnya berbaik juga. Lebih-lebih lagi bila masing-masing sedar yang mereka sama-sama menyimpan perasaan semenjak zaman persekolahan mereka.  

Namun, kebahagiaan yang dikecapi tidak kekal lama bila Celicia datang kembali kononnya untuk menuntut janji. Lalu bagaimana kesudahan hubungan Syazril dan Syafiza?

Komen saya:  Kisah biasa dan tipikal yang saya rasa ramai yang bakal suka. Hehe. Overall cerita ni memang boleh dihadam cuma saya pening dengan point of view (POV) yang digunakan. Tak konsisten dan buat kita keliru. Apa pun, tahniah ya penulis untuk karya kedua ni. :)

Monday, November 19, 2012

Nasi Lemak Buah Bidara - April Snow

Posted by Hajar at 8:09 AM 6 comments


Tajuk: Nasi Lemak Buah Bidara
Penulis: April Snow
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  661 mukasurat
ISBN: 9789670448145

Wah, rasa macam baru je saya taip review buku penulis ni beberapa bulan lalu. Tup-tup buku kedua dah pun terbit. Tahniah Kucc. :)

Siti Nur (Siti) dibesarkan oleh Wan(nenek)nya. Status kelahirannya yang tak jelas menyebabkan dia sentiasa disisihkan, baik di sekolah mahupun di kawasan tempat tinggalnya. Wan lah yang banyak menyokong dan dan membantu bila Siti hampir rebah dengan tohmahan dan cacian orang sekeliling. Bila Wan meninggal, Siti hilang tempat bergantung dan terpaksa mengikut Datin Junainah (anak tunggal Wan) berpindah ke Kuala Lumpur. Siti berharap perpindahannya ke Kuala Lumpur dapat membongkar identitinya dengan bantuan Datin Junainah. Namun dia silap bila Datin Junainah tak pernah mengendahkan permintaannya, malah memperlakukannya seperti hamba tebusan. Kemuncak penderitaan Siti adalah bila dia dihalau keluar dari rumah agam keluarga Datuk Zainal di hari pernikahan Zurene, anak kesayangan Datin Junainah.

Pertemuan Siti dengan Puan Aishah dan juga si comel Benjamin (Ben) memang membawa sinar dalam hidupnya. Kebetulan waktu Datin Junainah diamuk kemarahan, Ben ada bersama Siti. Benlah yang berperanan menyelamatkan Siti bila dia mengadu pada Puan Aishah (neneknya) dan Akhmal (bapanya) tentang apa yang menimpa Siti. Siti kemudiannya di bawa pulang ke rumah mereka dan ditawarkan menjadi pengasuh Ben.

Sikap Siti yang polos tu bukan sahaja berjaya menambat hati Puan Aishah, malah Akhmal juga turut tertarik hati dengan peribadi pengasuh kesayangan Ben tu. Pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun ada rahsia yang disimpan oleh Puan Aishah demi kerana bimbangkan Siti. Datin Junainah yang masih berdendam dengan kedua ibu bapa Siti pula sibuk menabur fitnah tentang latar belakang Siti pada Akhmal. Mujurlah Akhmal ni bukan jenis yang cepat termakan hasutan walaupun nyaris juga tergelincir. Pertemuan semula Siti dengan Mak Jah (pembantu rumah Datin Junainah) dan Pak Salleh (pemandu Datin Junainah) berjaya membuka rahsia dan latar belakang Siti yang tersembunyi selama ini.

Komen saya: Phew, memang macam fairy tale dah. Macam kisah Cinderella moden. Hehe. Watak Siti ni walaupun digambarkan awal 20-an tapi saya rasa dia matang. Bukan jenis heroin tipikal yang akan larikan diri bila ditimpa masalah. :P  Mungkin sebab suasana dan persekitaran yang buat dia cepat matang kot. Salute juga dengan Akhmal yang tak mudah melatah dengan kata-kata orang sekeliling. Aha, kali ni pun ada cameo watak-watak lain daripada novel dan e-novel Kucc tau. Nak tau siapa kenalah baca. ;)

Sunday, November 18, 2012

Semalam Yang Ku Tinggalkan - Laila Hanni

Posted by Hajar at 9:27 PM 4 comments

Tajuk: Semalam Yang Ku Tinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  582 mukasurat
ISBN: 9789670448121

Munirah dan Izwan berkenalan sewaktu zaman remaja mereka. Perkenalan  bermula sewaktu Munirah berada di tingkatan satu dan Izwan di berada tingkatan enam atas. Peristiwa yang berlaku semasa program orientasi pelajar tingkatan satu telah membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Hubungan mereka terputus setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya dan Munirah pula terpaksa tinggal bersama ibu saudaranya selepas kematian kedua ibu bapanya dalam suatu kemalangan.

Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali bila Azreen, kakak sepupu Munirah bakal melangsungkan perkahwinan. Rupa-rupanya Izwan ni merupakan tunangan Azreen. Pertemuan ini membongkar kembali perasaan mereka tapi sebab Munirah tak mahu menghancurkan perasaan Azreen dan Mak Ngah yang dah terlalu banyak berjasa dalam hidupnya, dia pasrah dengan takdir yang dah tersurat.

Bila Azreen disahkan tak boleh hamil, Izwan mengambil kesempatan untuk memperisterikan Munirah. Siap dapat permission Azreen lagi. Saya agak simpati dengan watak Munirah ni. Yelah, memang niat dia baik. Nak penuhi permintaan Azreen. Tapi bila fikir balik, orang sekeliling boleh faham ke kenapa dia sanggup terima Izwan? Orang sekeliling boleh terima ke status dia sebagai isteri kedua?

Memang Munirah nampak bahagia dengan Izwan. Lebih-lebih lagi bila Munirah disahkan hamil. Izwanlah manusia paling gembira. Ditatang Munirah bagai menatang minyak yang penuh. Namun, dalam kegembiraan tu, mereka tak sedar ada hati yang terluka. Pemergian Munirah ke Australia untuk menyambung pengajian membawa titik hitam dalam hubungan mereka. Akibat fitnah dan keegoan seorang suami, Munirah diceraikan dan anak kecil mereka menjadi mangsa. Haila, kesian Munirah.  

Bagaimana Munirah berjuang untuk dapatkan kembali hak penjagaan Sarah?

Komen saya: Saya agak beremosi baca kisah ini sebab saya memang agak alergi dengan lelaki ego macam Izwan ni. Dari awal lagi dah nampak keegoannya bila dia bertegas untuk  memperisterikan Munirah walaupun dia tahu dia bakal lukakan hati Azreen. Seolah-olah macam sengaja pergunakan alasan ketidakupayaan Azreen tu untuk beristeri baru. Huh. Mujur sangat Munirah tak kembali pada Izwan selepas diceraikan. Pengajaran untuk lelaki: Jangan ingat bila mampu dan boleh berlaku adil dari segi material, anda juga boleh berlaku adil pada isteri / isteri-isteri dari segi emosi. Poligami itu halal, tapi yang tak betul tu biasanya cara perlaksanaannya. :) Oh, maaf kalau terlebih emosi. Tahniah buat penulis kerana berjaya buat saya beremosi dan membuka mata membaca hasil karya anda. :) 

Tuesday, November 13, 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati - E-man Sufi

Posted by Hajar at 10:38 PM 6 comments

Tajuk: Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM35.00
Sabah/ Sarawak: RM 38.00
Halaman: 1050 mukasurat
ISBN: 9789670246338

Wafeen Wardah (Wafeen) dan Rayyan Raiqarl (Rayyan) bertemu pertama kalinya sewaktu zaman remaja mereka. Pertemuan yang tak disengajakan bila Wafeen memerlukan pertolongan daripada ganguan remaja nakal. Namun, hubungan mereka terputus bila Rayyan terpaksa berpindah mengikut ayahnya selepas pemergian ibunya.

Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula bila  Rayyan ada masalah dengan Valqis (adik Rayyan). Ditakdirkan Wafeen dan neneknya (Nek Jah) menjadi penyelamat Valqis yang dihalau keluar dari rumah pada masa tu. Wafeen memang bengang sungguh dengan Rayyan bila dengar cerita Valqis. Ironinya, perbalahan mereka dapat ditamatkan oleh kuih karipap pusing kegemaran Rayyan. Hmm, Rayyan ni agak panas baran juga sebenarnya. Tapi perkenalannya dengan Wafeen sedikit sebanyak dapat buatkan dia mengubah sikap panas barannya tu. Yelah, orang nak mengayat kan? Haruslah kena tunjuk perangai terpuji, tak gitu? Hehe. 

Sejak awal lagi Rayyan memang dah tau yang Wafeen ni dah ada teman lelaki. Cuma bila Rayyan tahu yang teman lelaki Wafeen adalah adik tirinya, Daniel Elhan (Daniel), dia tekad untuk memikat Wafeen sebab nak balas dendam perbuatan mak tirinya yang pernah musnahkan kebahagiaan ayah dan ibunya suatu ketika dulu. Ditambah pula dengan bantuan watak tambahan Zarynn (adik susuan Rayyan) yang berterus terang kepada Wafeen tentang status Daniel memudahkan lagi rancangan untuk memikat Wafeen. Bila Wafeen dapat tahu hakikat sebenarnya memang berperang sungguhlah. Kesian juga Rayyan masa ni. Memanglah nampak macam kejam, tapi sebenarnya niat Rayyan tu baik. Daripada Wafeen bermadu dengan Zarynn, baiklah Wafeen jadi isteri dia aje kan? Lagipun Wafeen memang dah ada perasaan pun pada Rayyan. Cuma dia je yang tak sedar.

Oh, jangan bimbang. Itu bukan  konflik sebenar. Konflik sebenar bermula selepas perkahwinan mereka. Kemalangan yang meragut nyawa ayah dan adik Rayyan telah membuatkan Rayyan cedera parah. Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua buah pinggangnya rosak teruk. Daniel yang sangat kecewa bila dapat tahu Rayyan berkahwin dengan Wafeen mengambil peluang waktu ini untuk mengugut Wafeen supaya meninggalkan Rayyan kalau mahukan Daniel menderma sebelah buah pinggangnya buat Rayyan.

Dilema sungguh kan? Apa agaknya keputusan Wafeen? Berjaya tak agaknya Daniel pisahkan Rayyan daripada Wafeen? Kalau nak tau kenalah baca eh? ;)

Komen saya:  Agak lama juga nak habiskan pembacaan buku tebal ni. Phew. Mujurlah part yang buat kita tension muncul waktu agak penghujung cerita. Hehe. Walaupun agak drama, kisah ini tak terlalu berat untuk dihadamkan. Suka dengan watak Wafeen yang tak mudah mengalah. Yelah, memang silap dia tinggalkan Rayyan untuk selamatkan nyawa Rayyan tapi dia taklah berdiam diri aje. Cuma hasil siasatan dia menemui jalan buntu bila Daniel dah merancang dengan baik tempat untuk menyembunyikan Rayyan.  Apa pun, tahniah untuk penulis untuk karya terbarunya ini. Lepas ni agaknya turn hero yang mana pula eh? Adakah Jebat atau pun Ayyad si abang manja? ;)

Saturday, November 3, 2012

Alang Rebus Tak Empuk - Aimi Shabana

Posted by Hajar at 9:59 PM 0 comments

Tajuk: Alang Rebus Tak Empuk
Penulis: Aimi Shabana
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 481 mukasurat
ISBN: 9789670201603

Membaca buku ni buat saya teringatkan kisah Nisa dan Adif dalam Tas Merah Jambu (Kompilasi Kebun Mimpi). Cuma Shifa ni agak berani sikit kot berbanding Nisa yang agak reserve tu. :)

Kisah yang agak simple, bermula dengan Shifa yang menyimpan perasaan pada Ziyad semenjak tahun pertama pengajian mereka. Shifa tak berani nak meluahkan perasaannya sebab dia sedar dirinya yang 'biasa-biasa' tu tak layak nak berganding dengan Ziyad yang kacak bergaya tu.

Akibat terlupa memadam sistem pesanan ringkas (SMS) yang tak sepatutnya dihantar pada Ziyad, adik bongsu Shifa telah TERhantar SMS tersebut pada Ziyad ketika bermain-main dengan telefon bimbit Shifa. Gelabah juga Shifa dibuatnya. Namun, dari situlah bermulanya hubungan baik antara mereka. Ziyad memang anggap Shifa tu cuma kawan baik. Tapi layanan dia pada Shifa rasanya macam lebih daripada layanan kepada seorang kawan baik. Manakan tidaknya, bila Shifa demam dia yang kelam kabut ambilkan ubat di klinik. Jari Shifa terluka sikit pun Ziyad boleh perasan. Pendek kata, Ziyad akan perasan perubahan pada Shifa walau sekecil semut sekalipun. Haish.

Dalam masa yang sama Ziyad juga menjalinkan hubungan dengan Zara Juliana (Zara) junior sepengajian mereka. Yang tak tahannya Zara ni siap warning Shifa supaya sedar diri, jangan cuba-cuba nak rapat dengan Ziyad sebab Ziyad tu kononnya teman lelaki dia. Siap kutuk-kutuk lagi fizikal Shifa. Alahai, kesian Shifa. Hilang dah semua kebaikan dan kesopanan plastik yang ditunjukkan oleh Zara selama ni. Tapi Shifa tak peduli. Selagi Ziyad tak pernah buka mulut tentang hubungannya dengan Zara, selagi itulah Shifa akan tetap jadi 'kawan baik' Ziyad.

Ziyad ni sebenarnya keliru, dia selesa berada di samping Shifa tapi dalam masa yang sama masih nak jaga ego dan gengsi sendiri. Yelah, bak kata Aiman (kawan serumah Ziyad), Ziyad cuma pandang perempuan yang cantik-cantik aje. Perempuan macam Shifa tu memang takkan masuk senarai Ziyadlah. Jadi, kena bacalah kalau nak tau siapa yang Ziyad pilih ya? :P

Oh, sebelum terlupa. Cerita ni memang tiada kaitan dengan Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) nukilan Noor Suraya tu, cuma Shifa ni sebenarnya peminat tegar Alang, watak utama dalam SUUN. Sampai dah boleh hafal agaknya bahagian demi bahagian dalam buku tu. Yang paling comel, Ziyad pun baca Baju Melayu Hijau Serindit juga tau? ;)

Komen saya: Kad jemputan di bahagian Prolog tu memang mengundang rasa suspend betul. Nasiblah bukan kad jemputan betul-betul. Hehe. Kisah mereka ni  memang manis (tanpa gula tambahan okay?) lebih-lebih lagi dengan penampilan watak-watak tambahan yang menceriakan lagi kisah ini. Suka dengan Aiman dan Sarah yang kecoh dan penuh drama tu (lebih-lebih lagi Aimanlah. Hehe). Friendship bonding  mereka ni pun memang sangat kuat.  Buat saya teringat zaman belajar dulu. Tahniah dan terima kasih buat penulis sebab berjaya menghiburkan saya dengan karya yang manis ini. Moga bakal ada lagi karya yang seterusnya selepas ini ya? :)

Sunday, October 28, 2012

Lamaran Buat Syifa - Ana Yunisza

Posted by Hajar at 10:56 PM 0 comments

Tajuk: Lamaran Buat Syifa
Penulis:Ana Yunisza
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 487 mukasurat
ISBN: 9789675118951

Pertemuan Syifa dan Sufyan pada hari pertama Syifa menjejakkan kaki ke Politeknik membuatkan Syifa menjadi stalker pada Sufyan. Sebab tertarik dengan personaliti Sufyan setelah Sufyan membantu Syifa  pada ketika itu menjadikan Syifa menjadi pemerhati setia Sufyan di Facebook.

Kali kedua bertemu mereka bertengkar pula. Atas sebab kesalahan yang tak disengajakan, Syifa dituntut membayar ganti rugi atas kecederaan yang dialami oleh Sufyan. Memang sengajalah tu Sufyan buat begitu sebab nak berkenalan dengan Syifa.

Tapi belum sempat pun Sufyan menyusun ayat, Syifa terpaksa menerima lamaran abang sepupunya, Syairy sebagai memenuhi wasiat arwah kakaknya yang mahukan Syifa dan Syairy menjaga anak-anaknya.

Bagi Syairy, peluang yang datang takkan di sia-siakan. Wasiat kakak Syifa umpama pembuka laluan untuk memiliki Syifa yang dicintainya sejak dulu. Cuma yang jadi masalahnya bila perkahwinan mereka ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan Syifa di Politeknik. Syairy memang cukup bersabar bila Syifa tak pernah menyatakan perasaannya kepada Syairy. Ni terpaksa top up tahap kesabaran  lagi bila Syifa masih berhubung dengan Sufyan - walaupun atas dasar kawan sepengajian.

Syifa ni sebenarnya bukanlah jahil, dia tahu dan sedar di mana kedudukannya sebagai seorang isteri. Cuma bila datang si pendengki yang mahu meruntuhkan rumahtanggannya, luntur juga tekad yang ditanam dalam hati. Lebih-lebih lagi bila dia mula sedar perasaan yang ada untuk Syairy, si suami pula menjauhkan diri.

Apa agaknya tindakan Syifa untuk memulihkan hubungan mereka?

Komen saya: Hmm, rasa macam menonton drama Melayu kat tv Suria sebab slanga Singapura yang digunakan. Hehe. Overall cerita ni okay walaupun agak drama diakhir-akhir cerita. Cerita pun straight forward dan takde konflik bakalan buat kita campak buku ke longkang. Hehe. Apa pun, tahniah untuk penulis atas kelahiran karya bercetak pertama ni. Saya suka cover buku ni. Comel! :)          

Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar

Posted by Hajar at 8:01 PM 4 comments




Tajuk: Bila Nak Saksi
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 623 mukasurat
ISBN: 9789671120842

Hadirnya Yusuff (Usop) dalam hidup Jelita (Lit) umpama bayang-bayang. Di mana ada Lit, muncullah Usop sehingga menimbulkan tanda tanya pada Lit, siapa sebenarnya Usop ni.  Tapi malangnya pertemuan antara mereka memang tak pernah berakhir dengan baik. Ada saja yang diperdebatkan sehingga menimbulkan rasa jengkel Lit pada Usop. Memang sengaja agaknya Usop tinggalkan 'kesan' dalam hati Lit supaya sentiasa teringatkannya.

Pertemuan demi pertemuan akhirnya menimbulkan 'rasa' dalam hati Lit tapi tetap dinafikannya walaupun semua ahli keluarga Lit dapat menghidu perasaan Lit pada Usop. Gurauan Lit pada Usop tatkala hati dilanda cemburu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Usop hadir di rumah keluarga Lit dan mengaku dirinya suami Lit. Phew. Maunya tak terkejut Lit. Tiba-tiba ada suami tanpa dia tahu pun yang dia sebenarnya dah dinikahkan oleh si ayah.  

Kehadiran lelaki asing dengan tiba-tiba dengan gelaran seorang suami memang merunsingkan Lit. Tertekan dengan desakan ahli keluarga supaya menerima Usop membuatkan Lit tekad untuk menyelidik kebenarannya. Bila semuanya terbongkar, Lit memang berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaiknya. Namun, cemburu dan prasangka yang bermaharajalela dalam diri selalu membuatkannya gagal mengawal diri.

Lalu ke manakah arah hubungan mereka berdua in?Adakah bahagia atau sebaliknya? ;)

Komen saya:  Karya yang agak relaks dan santai untuk dibaca berbanding karya pertama penulis. Watak Usop ni pun pada saya agak cool la berbanding watak Ilham Fitri dalam Terlerai Kasih tu. Jangan bimbang, tak perlu sediakan tisu ataupun tuala kalau nak baca buku ni sebab kisah mereka ni bukan kisah air mata. :)

Thursday, October 25, 2012

Takkan Pernah Berubah - Fisha

Posted by Hajar at 10:43 PM 3 comments

Tajuk: Takkan Pernah Berubah
Penulis: Fisha
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 452 mukasurat
ISBN: 9789670508023

Ini pun salah satu e-novel yang saya ikuti di blog penulis dulu. Tak sangka akhirnya jadi versi cetak juga. Tahniah Fisha.

Shahira  dan Iqmal disatukan sewaktu Shahira sedang menantikan keputusan SPMnya. Memanglah nampak Iqmal ni gentleman, terus melamar anak dara orang untuk diperisterikan. Cuma yang tak enaknya, Iqmal merahsiakan tentang pernikahan mereka berdua ni daripada pengetahuan kedua ibu bapanya. Kesian Shahira. Sebab pilih Iqmal dia kehilangan keluarganya. Ayah Shahira memang betul-betul kecewa dengan keputusan Shahira memilih Iqmal.

Mereka memang bahagia dengan kehidupan mereka yang sederhana tu. Namun cinta mereka teruji di saat Iqmal dapat tawaran menyambung pengajiannya. Shahira terpaksa ditinggalkan dulu dengan janji untuk kembali kemudiannya. Malangnya kecelakaan yang menimpa Iqmal waktu balik ke Malaysia memutuskan hubungan mereka. Dan bertambah malang lagi bila Iqmal mengalami amnesia akibat kemalangan tersebut. Selepas setahun pulih daripada kecederaannya barulah Iqmal sedar tentang kewujudan Shahira dalam hidupnya. Tapi nak cari Shahira pun Iqmal tak tahu Shahira ke mana sebab Shahira dah membawa dirinya ke rumah perlindungan wanita selepas dia hamil dan Iqmal pula hilang tanpa dapat dikesan.

Setelah sepuluh tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Shahira yang dah lama berjauh hati dengan Iqmal memang berusaha menjauhkan diri daripada Iqmal. Kehadiran Adi Suffian, anak mereka berdua banyak membantu Iqmal untuk menawan kembali hati Shahira. Berjaya tak agaknya Iqmal memenangi kembali hati isteri yang dah berjauh hati tu?

Komen saya: Memang sengaja saya gunakan term 'berjauh hati' tu sebab Shahira ni takdelah nampak rebel sangat dengan Iqmal ni. Dia sendiri pun akui yang dia cuma berjauh hati dengan Iqmal. Jujurnya saya suka cerita ni sebab walaupun nampak agak drama di awal-awal cerita tapi konfliknya tak berat. Tak ada pun kehadiran orang ketiga antara mereka yang nak ambil kesempatan waktu kedua watak ni sedang bermasalah. Buku ni memang boleh jadi pilihanla untuk orang macam saya yang tak sukakan konflik ala sinetron. ;) 



Sunday, October 14, 2012

Buat Warga Johor dan Sekitarnya. =)

Posted by Hajar at 2:28 PM 0 comments

Assalamualaikum.

Untuk warga Johor dan sekitarnya, jom ramai-ramai kita ke sini . Tak sabar nak memborong ni. =)

Gadisku Wan Adnin - Noor Suraya

Posted by Hajar at 2:23 PM 5 comments



Tajuk: Gadisku Wan Adnin
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 313 mukasurat
ISBN: 9789670201528

Rasa macam dah lama tak membaca karya Noor Suraya ni. Jadi bila dengar kata Kak Su nak keluar buku baru memang excited habislah.  Hehe. ;)

Kali ni Kak Su bawa kita ke dalam dunia Wan Adnin (Adnin) yang hidup di bawah kongkongan Wan Suhaidah (Tok Bonda). Memang sekali pandang Adnin ni ibarat Rapunzel yang terkurung di dalam istana. Apa tidaknya, Adnin cuma melihat dunia luar hanya sebab menyambung pengajiannya. Tamat pengajian, Adnin terkurung kembali dalam dunia 'Rapunzel'nya.

Adnin ni sebenarnya terlalu sayangkan Tok Bondanya sebab Tok Bonda inilah penyelamatnya. Setelah ibu dan ayahnya bercerai dan menghilangkan diri, Tok Bondalah yang menjaga dan curahkan sepenuh kasih sayang pada Adnin.  Adnin ni ibarat seperti anak yatim sebelum waktunya. Kesian kan? Mujur ada Tok Bonda yang sudi nak menjaga Adnin. Tapi, malangnya Adnin terkongkong dengan segala macam pantang larang Tok Bonda yang terlalu menjaga status aristokratnya di mata masyarakat.

Kawan-kawan baik Adnin, Zie dan Hani selalu tolong 'brain wash' Adnin supaya jangan terlalu terkongkong dengan protokol dan pantang larang Tok Bonda. Adnin? Tak terpengaruh pun walaupun ada juga lintasan halus untuk 'menderhaka' pada Tok Bonda. Hehe. Untuk calon suami Adnin pun Tok Bonda sangat pemilih. Disebabkan taraf keluarga mereka, Tok Bonda harap Adnin dapat bersuamikan seorang yang setaraf kedudukan mereka juga  Satu persatu calon yang datang di'cantas' oleh Tok Bonda. Calon-calon yang di'cantas'  oleh Tok Bonda memang semuanya dipersetujui oleh Adnin sehinggalah kedatangan lamaran daripada Ahmad Akhtar.

Lalu apakah yang jadi pilihan Adnin? Ikut pilihan Tok Bonda (menolak lamaran itu) atau ikut rasa hatinya sendiri?

Komen saya : Puas hati. Kagum dengan semangat Adnin selepas peristiwa 'memalukan' tu. Kalau orang lain mesti dah cabut lari keluar kampung tapi Adnin masih setia di sisi Tok Bondanya. Menarik juga dengan selitan catatan Wan Yusuf dan cerita di sebalik sejarah negeri Kedah menghantar ufti ke Siam. Usaha yang baik sebab kalau nak suruh baca buku sejarah tu sendiri memang agak payahla kan? Hehe. Suka juga bahagian  epilog dari sudut penceritaan Fatih (anak lelaki Adnin) yang menghantar 'pemergian' Tok Nek dengan tenang dan tabah. Tahniah untuk Kak Su. Lepas ni kita tunggu Cintaku Luruh Di Oxford pula. ;)

Sunday, October 7, 2012

Kami Dah Kahwinlah! - Lisa Muhamad

Posted by Hajar at 9:26 PM 0 comments

Tajuk: Kami Dah Kahwinlah!
Penulis: Lisa Muhamad
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 413 mukasurat
ISBN: 9789671120835

Sara Cempaka (Sara) dan Raqib Aryan (Aryan) adalah dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Walhal dari zaman kanak-kanak, hubungan mereka bukanlah rapat mana pun. Langsung tak pernah bertegur sapa dan hanya mampu jeling-menjeling antara satu sama lain. Tak sangka bila keduanya dapat melanjutkan pengajian di tempat yang sama, hubungan yang sepatutnya terbatas antara keluarga berlanjutan menjadi bibit-bibit cinta.

Kalau mengikut adat perpatih, mereka dilarang berkahwin kerana keduanya adalah dari suku yang sama (emak Aryan dan emak Sara adik beradik). Oleh kerana nenek mereka, Saripah yang kuat berpegang kepada adat Negeri Sembilan tu, mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga sehingga waktu yang dirasakan sesuai.

Mereka sangkakan mereka dah cukup licik untuk menipu pandangan keluarga, malangnya Maksu Mimie dan Elman (adik Aryan) lebih cekap menghidu rahsia yang mereka simpan. Mereka berdua inilah yang banyak jadi tukang 'cover' bila Aryan dan Sara nyaris-nyaris terperangkap dengan ahli keluarga mereka, lebih-lebih lagi Nenek Saripah.

Bila Nenek Saripah dah mula mengaturkan jodoh buat cucu-cucu kesayangannya itu, pendirian Aryan mula goyah. Lebih-lebih lagi bila Sara disahkan mengandung. Aryan berhasrat untuk berterus terang dengan Nenek Saripah walaupun ditegah oleh Sara. Namun, belum sempat kebenaran habis terbongkar, Nenek Saripah jatuh sakit akibat mendengar pengakuan Aryan itu.

Bila Nenek Saripah dah jatuh sakit sampai kena stroke akibat mendengar pengakuan Aryan, macam mana pula reaksi ahli keluarga yang lain bila rahsia terbongkar?

Komen saya: Salah sebuah e-novel yang saya pernah habiskan pembacaan di blog dan kemudiannya dapat peluang untuk diterbitkan. Tahniah Nurf. Kisah ini pun agak santai juga tanpa konflik yang menyakitkan kepala. :)

Min, Kopi & Zzzzz - Kamisah Majid

Posted by Hajar at 2:56 PM 2 comments
Tajuk: Min, Kopi & Zzzzz
Penulis: Kamisah Majid
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM17.00
Sabah/ Sarawak: RM 19.00
Halaman: 196 mukasurat
ISBN: 9789670201566

Yasmin (Min) baru mendaftarkan diri ke sekolah berasrama penuh. Masalah utama Min bila memasuki sekolah berasrama ini adalah, tabiat tidur yang terbawa-bawa dari rumah.  Dia seringkali tertidur waktu kelas sedang berlangsung. Malah, bukan Min saja, rakan-rakannya yang lain turut mengalami masalah yang sama. Akibat masalah tidur ini, Min dan rakan-rakannya selalu didenda oleh guru dan warden.

Menyedari masalah tidur itu menyebabkan prestasi pelajaran mereka merosot, Min dan rakan-rakannya bertekad untuk mencari jalan penyelesaian. Mereka cuba untuk meminum kopi yang kononnya ada pelbagai khasiat sampingan untuk kesihatan mereka. Di samping itu, Min turut memberikan idea untuk menjual dan menjadi pembekal kopi untuk rakan-rakan penghuni asrama yang menghadapi masalah seperti mereka.

Perniagaan sembunyi-sembunyi mereka itu menimbulkan kecurigaan Mastura dan Siti Asiah, dua orang pengawas yang dengki dengan Min dan rakan-rakannya. Mereka sangka Min dan rakan-rakan cuba mengedar dadah di asrama. Lalu, bermulalah siasatan dan intipan mereka untuk membongkar kegiatan Min dan rakan-rakan.

Berjayakah misi kedua pengawas itu? Atau adakah Min masih mampu menyimpan rahsia perniagaan mereka daripada pengetahuan warden dan Puan Pengetua?

Komen saya: Sebuah bahan bacaan santai yang mampu membuat kita tersenyum dan ketawa dengan telatah Min dan rakan-rakannya. Sesuai untuk dihadiahkan kepada adik-adik remaja yang dahagakan bahan bacaan yang berunsurkan nilai-nilai positif. :)   

Saturday, October 6, 2012

Dah Jodoh - Iman Nizrina

Posted by Hajar at 10:58 PM 6 comments

Tajuk: Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel Enterprise.
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  434 mukasurat
ISBN: 9789670448114



Nasira dan Nuqman bertemu  sewaktu mereka berdepan krisis dengan pasangan masing-masing. Pertemuan Nasira dan Nuqman di rumah Hasni (bakal tunang Nasira merangkap kawan baik abang Nasira) membongkar cerita kecurangan Hasni dan Zura (tunang Nuqman). Namun, belum hilang kisah kecurangan Hasni dan Zura, Nasira dan Nuqman pula yang ditangkap kerana berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Kesian Nasira, belum pun sempat membela diri, keluarganya dah menghentam bertalu-talu. Mereka terlalu percayakan Hasni berbanding Nasira. Mujurlah Nuqman tak lepas tangan dalam hal ni. Dia sanggup melamar Nasira secara beradat untuk dijadikan isteri. Cuma keluarga Nasira yang agak payah nak menerima keaiban yang kononnya telah diconteng ke muka ahli keluarga mereka. Huh, memang geram juga dengan keluarga Nasira ni sebab lebih percayakan kata-kata Hasni berbanding kata-kata Nasira.

Mujurlah keluarga Nuqman memahami dan menyokong tindakan mereka berdua ni. Malah layanan mereka terhadap Nasira pun melebihi layanan keluarga Nasira sendiri. Cuma bila perkahwinan tanpa rela terjadi dalam sesebuah novel rasanya kita dah boleh agak kan ke mana arah hubungan antara kedua hero dan heroinnya?

Konflik pun tidaklah berat sampai tahap kita nak lempar buku ke longkang. Hehe. Cuma setakat gangguan-gangguan kecil daripada Hasni dan Zura yang pada pendapat saya tak beri impak pun pada hubungan antara keduanya. Sebab penulis banyak menyelitkan cara mereka menyesuaikan diri dan merapatkan hubungan mereka. Jadi bila datang 'makhluk pengacau' berdua tu tak nampak hubungan Nuqman dan Nasira bakal goyah disebabkan gangguan mereka tu.

Komen saya:  Ini pun salah satu e novel yang saya ikuti di blog penulis. Karya yang agak santai tanpa konflik yang menyakitkan kepala. Tahniah Iman untuk kelahiran buku terbaru ni. :)

Koleksi Cerita Adam Kecil - Hari Sukan

Posted by Hajar at 10:58 PM 0 comments

Tajuk: Koleksi Cerita Adam Kecil - Hari Sukan
Penulis: Ashadi Zain/ Fred Suriya/ Azlin Ahmad Zabidin
Penerbit: PTS One Sdn. Bhd.
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM21.90
Halaman:  112 mukasurat
ISBN: 9789674010591

Buku ini sebenarnya dibeli untuk dihadiahkan kepada anak buah saya. Tapi bila melihatkan warna-warna ceria dalam ilustrasi buku ni buat saya terpanggil sama untuk membaca. :P Rasanya Koleksi Cerita Adam Kecil ni dah ada beberapa siri tapi saya tak pasti Hari Sukan ni koleksi yang keberapa.

Yang menariknya, ada 5 buah kisah yang berturutan dalam buku ini. Semuanya berkaitan hari sukan sekolah yang bakal ditempuhi oleh Adam dan rakan-rakannya.

 Dipetik daripada blurb belakang buku;

1. Bertukar rumah sukan - Hari sukan kembali lagi. Semua murid gembira dengan berita itu. Namun ada sesuatu yang mereka tidak suka. Mereka perlu bertukar rumah sukan. Bagaimana? Adakah mereka perlu beli baju sukan baru?

2. Rumah Biru - Adam masuk ke rumah biru. Dia berlatih berkawad bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukannya menang. Semasa berlatih, ada sesuatu yang berlaku kepada Adam. Apa yang terjadi?

3. Dihempap Mona - Kaki Adam bengkak akibat dihempap Mona. Terukkah kecederaan Adam?

4. Tok Tam Tukang Urut - Dia mahu sorok dari ayah dan ibunya berkenaan kakinya yang bengkak. Namun, Puan Aina nampak kaki Adam. Encik Azlan membawa Adam berjumpa Tok Tam Tukang Urut. Dapatkah Adam menahan sakit semasa diurut? 

5. Hari Sukan - Akhirnya hari sukan tiba. Semua murid bersungguh-sungguh menyokong pasukan masing-masing. Adam terpaksa menggantikan Wai Keong yang tercedera. Dapatkah Adam memastikan pasukannya menang?

Komen saya: Buku ni memang sesuai sangatlah kalau nak hadiahkan pada adik-adik kecil yang dah pandai membaca. Dalam buku ni bukan setakat teks saja, malah ada juga ilustrasi berwarna-warni yang pasti menarik minat si cilik untuk membaca. :)

Sunday, September 23, 2012

Cinta Perigi Dan Timba - Shima Rostam

Posted by Hajar at 9:34 PM 2 comments

Tajuk: Cinta Perigi Dan Timba 
Penulis: Shima Rostam
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM21.90
Sabah/ Sarawak: RM 24.90
Halaman: 536 mukasurat
ISBN: 9789675229398

Melihatkan  tajuknya je kita dah boleh agak mungkin jalan ceritanya berkaitan dengan kisah perempuan mengejar seorang lelaki. Memang tak lari jauh pun. Cuma bezanya, Khalisa terpaksa menambat hati Naim Shauqi (Naim) yang dipaksa berkahwin dengannya. Cabaran betul buat Khalisa bila terpaksa menahan sabar dengan kerenah Naim ni. Lebih-lebih lagi bila Naim  terang-terang menolak Khalisa sebagai calon isteri yang dipilih oleh keluarganya. Yelah, Khalisa ni nampak kolot dengan bertudung litup, tak standing dengan Shareen, teman wanita kebanggannya tu.

Paling mengejutkan bila Naim dan Shareen tertangkap oleh Khalisa sewaktu sedang memadu asmara di rumah Naim. Fuh, saya kagum sungguh dengan reaksi Khalisa masa tu. Sempat lagi menyindir Shareen. Haha. Kalau orang lain agaknya mesti dah lari lintang pukang tinggalkan rumah tu. Tapi Khalisa tetap bersabar. Cuma selepas peristiwa itu dia banyak berfikir dan meminta petunjuk dari Allah tentang keputusannya menerima lamaran keluarga Naim. Hubungannya dengan Naim turut menerima tempias sehingga Naim jadi pelik dengan kedinginan Khalisa.

Selepas pernikahan mereka, Khalisa diuji lagi bila dia menerima kiriman email gambar-gambar Naim dalam keadaan yang mengaibkan. Rupanya itu semua angkara Shareen. Bila Naim tahu apa yang membelenggu fikiran Khalisa, dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Di sinilah datangnya keinsafan dan kesedaran dalam dirinya bila aibnya terbongkar di hadapan isteri sendiri. Alhamdulillah. Memang bukan mudah, tapi bila hidayah tu sampai siapa yang mampu menolaknya kan? :)

Suatu yang membanggakan bila Khalisa ni cukup kuat semangat. Iyalah, biar pun rumahtangga mereka pernah diganggu Shareen, Khalisa masih mahu membantu bila Shareen ditimpa kecelakaan. Atas rasa tanggungjawab dan rasa bersalah kerana memutuskan hubungan antara Naim dan Shareen, Biar pun kerap diganggu bisikan-bisikan halus yang menghasut untuk meragui apa yang dilakukannya, Khalisa tetap membawa Shareen pulang ke kampungnya untuk memulihkan semangat Shareen sekaligus membawanya kembali ke pangkal jalan.

Komen saya: Kisah yang agak straight forward. Plot yang simple dan tak memeningkan kepala pembaca dengan konflik berat. Walaupun saya rasa macam ada kurang rencah, tapi saya tetap berpuas hati untuk percubaan pertama penulis ni. Banyak juga info-info berguna yang diselitkan dalam ni. Tahniah ya Shima. Moga akan terus berkarya selepas ini. :)

Saturday, September 22, 2012

Setitis Kasih Darmia - Naniey TJ

Posted by Hajar at 10:13 PM 6 comments

Tajuk: Setitis Kasih Darmia
Penulis: Naniey TJ
Penerbit: SR Publication
Harga: RM26.90
Sabah/ Sarawak: RM 29.90
Halaman: 665 mukasurat
ISBN: 9789675822094

Darmia, sempat bermanja dengan ibunya hanya seketika. Selepas pemergian ibunya, Darmia dibesarkan oleh salah seorang ibu saudaranya. Namun, nasib Darmia tidaklah sebaik mana bila dia terperangkap berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali selepas melarikan diri daripada menjadi mangsa perkosaan bapa saudaranya. Lepas bernikah, Darmia ditinggalkan.

Selepas 4 tahun baru mereka bertemu kembali bila Haliza (sepupu yang paling rapat dengan Darmia) membawa Darmia ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan sekaligus menyambung pengajian. Darmia disuruh menjadi pembantu rumah Khairul Amir. Bila mengetahui Darmia yang bekerja sebagai pembantu dirumahnya, Khairul Amir memang mengambil kesempatan untuk melunaskan dendamnya pada Darmia selama ini. Namun, tanpa disedarinya kemunculan Darmia menimbulkan bibit-bibit perasaan dalam hatinya walaupun Haliza setia menanti untuk menoktahkan hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

Darmia rela disakiti asalkan Haliza tidak disakiti. Janji rahsia perkahwinan mereka tersimpan rapi. Baginya Haliza ibarat penyelamat dan juga seorang kakak yang tak pernah dimilikinya. Kala dirinya dibenci oleh kedua ibu saudaranya tanpa diketahui puncanya, hanya Haliza dan Opah yang teguh mempertahankan Darmia. Rahsia perkahwinan mereka tetap terjaga sehinggalah Haliza terjumpa Darmia dan Khairul Amir berduaan dalam keadaan yang agak intim. Haliza memang tak boleh terima hakikat yang Darmia dah menjadi duri dalam daging walaupun sebenarnya Darmia tak bersalah pun.

Mak Long Darmia yang memang berdendam dengan arwah adiknya sendiri memang bertekad takkan biarkan Darmia berbahagia. Dipaksanya Khairul Amir untuk menikahi Haliza walaupun dia dah tahu hubungan antara Khairul Amir dan Darmia. Namun, hikmahnya hari pernikahan Haliza dan Khairul Amir menemukan kembali keluarga Darmia dengan bapa Darmia. Terbongkarlah kembali rahsia yang disimpan selama ini. Kenapa setelah berpuluh tahun, Maryam, ibu Darmia masih didendami oleh kedua orang kakaknya.
 
Darmia yang sangat gembira dengan kemunculan bapa yang dinanti ditimpa kemalangan dalam perjalanan untuk menemui  bapanya. Kemudian, dalam keadaan hubungan Darmia dengan Khairul Amir yang retak menanti belah, mereka dikejutkan dengan berita kehamilan Darmia. Mampukah Khairul Amir untuk menggapai setitis kasih Darmia yang didambakan?

Komen saya: Plot cerita yang agak padat dan pantas. Saya sukakan gaya penceritaan yang pantas dan tak meleret. Konflik dan segala persoalan juga berjaya dirungkaikan satu persatu. Tahniah buat Naniey untuk hasil karya bercetak pertama ini. Tahniah dan terima kasih juga buat pihak editorial SR untuk naskhah yang padat dan tidak meleret ini. :)

Jangan Lupa Namaku - Hananee Amir

Posted by Hajar at 10:04 PM 2 comments

Tajuk: Jangan Lupa Namaku
Penulis: Hananee Amir
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 629 mukasurat
ISBN: 9789675118944


Siapa sangka rumahtangga yang dah terbina bertahun-tahun dan sentiasa nampak bahagia akhirnya berkecai juga di pertengahan jalan? Begitulah yang terjadi kepada Aiman dan Amira. Setelah 7 tahun hidup bersama, mereka akhirnya ambil keputusan untuk berpisah hanya kerana Amira dah tak tahan dengan kata-kata orang sekeliling. Mana tidaknya, perkahwinan mereka selama 7 tahun belum dikurniakan zuriat. Puas berusaha dan berubat, rezeki masih belum berpihak kepada mereka. Aiman memang tak kisah sebab dia terlalu sayangkan Amira. Cuma Amira yang masih tak mampu menerima hakikat kekurangan dalam perkahwinan mereka itu.

Sekilas pandang, kita mungkin akan kata  Amira ni pentingkan diri. Yelah, Aiman tu punyalah sayangkan Amira sampai sarapan pagi pun Aiman yang sediakan. Dia boleh sibuk nak bercerai. Sungguh tak bersyukur dah dapat suami baik macam tu.  Tapi, bila fikir dari sudut pandang Amira pula, kita akan tahu betapa tertekannya Amira dengan situasi tu. Orang lain mana tahu apa yang Amira rasa bila dia ditanya soalan-soalan sensitif begitu.

Sebab terlalu sayangkan Amira, Aiman melepaskan Amira walaupun sebenarnya hatinya berat. Harapannya Amira akan sedar betapa eratnya kasih sayang antara mereka. Walaupun Aiman kata yang dia tetap setia menanti Amira kembali padanya, tak sekali pun Aiman memujuk Amira. Pelik kan? Aiman kata dia tak mahu memaksa Amira. Dia berikan Amira masa untuk bertenang agaknya. Cuma yang menariknya,  lepas bercerai Aiman ni jadi stalker pada Amira sebab dia nak pastikan Amira sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Untungnya mereka ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang menyokong mereka dalam keadaan apa sekalipun. Masa kritikal inilah Fuad dan Julia banyak memainkan peranan. Walaupun sedih dengan perpisahan Aiman dan Amira, mereka tetap menyokong dan membantu keduanya bila diperlukan. Mereka juga berperanan untuk menyatukan keduanya semula walaupun harapan agak tipis.

Bila kemunculan Johan, teman sekampung Amira, Julia serta Fuad, bunga harapan yang diharapkan Aiman bagaikan lenyap sekelip mata. Dalam masa yang sama muncul juga Nazrul dan Camelia (teman lama Aiman) yang berhasrat untuk memisahkan terus Aiman dan Amira. Bagaimana agaknya perhubungan Amira dan Aiman? Berjayakah mereka bersatu kembali atau masing-masing tetap memilih  jalan hidup sendiri?

Komen saya: Kisah ni agak sinonim dengan masyarakat kita yang rata-ratanya ‘terlebih prihatin’ dengan hidup orang lain. Bila dah ‘terlalu prihatin’ mereka mungkin tak sedar yang sikap ‘prihatin’ mereka tu bakal meruntuhkan moral orang lain. Paling teruk kalau sampai meruntuhkan keluarga orang lain. Nauzubillah. Terima kasih dan tahniah kepada Hananee Amir untuk naskhah ini. Kisah yang berat jadi agak santai bila disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan selamba. Oh, jangan risau pengakhirannya tetap buat kita rasa bahagia. :)

 

Sunday, September 9, 2012

Lazuardi - Nasz

Posted by Hajar at 1:05 PM 10 comments



Tajuk: Lazuardi
Penulis: Nasz
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 629 mukasurat
ISBN: 9789675118852

Memang sangat excited bila buku ni sampai. Mana tidaknya, dah lama okay tunggu buku ni. Hehe. Saya rasa sesiapa yang pernah ikuti enovel ini di blog Nasz dulu memang ternanti-nantikan novel ni. :)

Anaz, walaupun tinggal dengan ibu kandung dan keluarga tiri tapi dilayan macam anak tiri oleh ibu sendiri. Pelik kan? Rupanya ada sejarah pahit yang disembunyikan oleh si ibu. Mujurlah ada Odie, jiran Anaz yang juga merangkap teman baiknya sejak tadika. Odielah tempat mengadu Anaz sejak dulu. Bila Anaz mengadu dan mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

Kehadiran Ain, anak saudara bapa tiri Anaz menambahkan lagi kucar-kacir dalam hidup Anaz. Saya rasa Ain ni memang opportunist. Dia pandai gunakan peluang untuk kenakan Anaz secukup-cukupnya. Memang teruk Anaz difitnah Ain sampai tahap kena halau keluar dari rumah tu. Ish ish..

Shakir (Shark) kawan kepada adik tiri Anaz memang berkenan sungguh dengan Anaz. Sanggup tunggu sampai habis sekolah untuk meluahkan perasaan pada Anaz. Haha. Part ni memang cute. Dia juga sanggup kena kutuk kaw-kaw dengan kawan-kawan dia sebab suka dengan perempuan yang lebih tua. Hehe. Hakikatnya Shark ni macam dah hafal seluruh susur galur kisah hidup Anaz ni. Kadang-kadang macam guardian angel pun iya juga. Shark rela untuk memperisterikan Anaz semata-mata untuk jaga Anaz.

Namun antara Odie dan Shark, siapa yang benar-benar menjadi penyelamat si Cinderella ni?

Memang enjoy baca buku ni. Lagi-lagi bila baca ayat-ayat comel Shark;

"Tak sia-sia saya tunggu bertahun-tahun nak suruh awak jadi girlfriend saya tau." - m/s 212

"Sebab awak suka makan coklat, saya pun pergilah belajar. Tengok, betapa baiknya boyfriend awak ni." - m/s 215

Komen saya: Saya rasa relevannya tajuk Lazuardi dengan kisah Anaz ni adalah, walau semendung mana pun kehidupan yang dilalui Anaz, penghujungnya tetap juga akan akan bertemu warna lazuardi di langit. Hehe. Saya bukan orang sastera  tapi saya rasa itulah yang cuba disampaikan oleh penulis dalam Lazuardi ni. Walaupun kisah ni agak 'sinetron' dengan kehadiran si drama queen bernama Ain tu, namun gaya bahasa penulis yang selamba dan bersahaja ni berjaya menyelamatkan rasa cemas pembaca. Tahniah Nasz.

Sunday, September 2, 2012

Kalau Jodoh Tak Ke Mana - Naurah Iman

Posted by Hajar at 1:20 PM 11 comments


Tajuk: Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Penulis: Naurah Iman
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 610 mukasurat
ISBN: 9789675118937

Kisah Nur Aleeya Maisara (Sara) dan Muhammad Ameer Hakimi (Ameer) ini mungkin cuma sebuah kisah biasa yang agak klise,  namun cara pengolahan penulis ni buat saya rasa sayang nak lepaskan buku. :)

Awal-awal lagi penulis dah tarik perhatian saya dengan aksi Ameer dengan kucingnya, si Montel yang turut membuatkan Sara jatuh tergolek-golek. Hehe. Tapi itu kisah setahun sebelumnya. Sebelum Sara bertemu kali kedua dengan Ameer sewaktu majlis perkahwinan jiran merangkap kawan baiknya. Memang 'ajaib' bila Sara tertarik dengan Ameer disebabkan bunyi ketawa Ameer. Sampai pengsan Sara dibuatnya. Haha. Namun sayangnya Sara dikecewakan dengan berita perkahwinan Ameer yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Ameer ni sebenarnya dah banyak kali bertunang. Pertunangan kali kelima yang diharapkan bakal membawa ke jinjang pelamin juga gagal bila tunangannya buat onar. Kesian Ameer. Memang dah bukan jodoh agaknya.

Sara pula bila tahu Ameer dah putus tunang buat kesekian kalinya tanpa bertangguh lagi terus buat keputusan untuk meminang Ameer. Walaupun dikata menentang adat, Sara tak peduli. Dia mahukan Ameer sebagai pasangan hidupnya. Pinangannya disambut baik oleh keluarga Ameer dan mereka dinikahkan tanpa ada majlis pertunangan. Keluarga Ameer dah fobia dengan istilah bertunang tu agaknya. Hehe.

Perkenalan mereka selepas pernikahan memang jadi suatu cabaran buat Sara untuk menawan hati Ameer. Dan Ameer sendiri meminta supaya Sara buatkan Ameer jatuh cinta pada Sara. Memang sakit hati bila nampak Ameer cuma menerima tapi tak berusaha untuk memberi. Sebaliknya Sara yang berusaha gigih untuk memberi tapi tak menerima. Rasa macam nak benamkan Ameer tu dalam lombong. Tak habis-habis nak jaga gengsi sampai lupa nak jaga hati isteri sendiri. Siap ada hati nak tambah cawangan lagi tu. Huh.

Bila Sara dah mula nak give up  barulah Ameer gelabah. Mujur juga Ameer dapat 'hidayah' sebelum Sara betul-betul meninggalkan Ameer. Phew.

Komen saya:  Antara buku yang buatkan saya enjoy membaca hingga ke akhirnya. Kagum dengan semangat  Sara. Memang dah ala-ala Projek Memikat Suami juga ni, cuma cara Sara tidaklah seekstrim cara Nawwal Husna. :) Ops, tapi pengolahannya tak sama okay. Apa pun, tahniah untuk penulis atas kelahiran buku ini. Terima juga kasih atas semangat Sara yang dipinjamkan melalui buku ini. :)

Saturday, August 25, 2012

Qaseh Nuralia Imani - Arin Arida

Posted by Hajar at 11:26 PM 5 comments

Tajuk: Qaseh Nuralia Imani
Penulis: Arin Arida
Penerbit: Kaki Novel Enterprise.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  699 mukasurat
ISBN: 9789670448084

Satu lagi kisah yang pada saya biasa tapi mungkin ramai yang suka sebab banyak elemen manis bergula di dalamnya. Ehem.

Syed Iskandar Dzulkarnain (Iskandar) terpaksa akur dengan kehendak kedua ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan pilihan mereka, Nuralia Imani (Nur). Nur digelar mumia oleh Iskandar disebabkan Nur ni gemar berpakaian jubah hitam dan bertudung lengkap serta berniqab. Mana tidaknya, depan Iskandar pun Nur masih menjaga auratnya. Hehe. Sebenarnya Nur ni bertekad yang dia hanya akan buka niqabnya setelah dia jumpa pelindung dunia akhiratnya. Dan Iskandar ni memang bukan pilihanlah buat masa tu.

Berdepan dengan kebencian suami sendiri memang menyeksa mental dan fizikal Nur. Namun Nur bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Keperitan hidup yang pernah dilalui banyak mengajarnya erti tabah bila berdepan dengan cabaran hidup.  Mujurlah si Iskandar ni tak tersasar jauh sangat. Penemuan kecurangan Bella, si kekasih yang dibangga-banggakannya itu akhirnya mengubah persepsi Iskandar pada Nur. Kelembutan layanan Nur akhirnya membuat si kasanova ni kecundang. Masa ni dapatla kita tengok macam mana Iskandar gunakan skill kasanova karatnya tu untuk menawan kembali hati Nur.


Bila dah bahagia, adalah yang mula cemburu dengan kebahagiaan mereka. Bella, bekas kekasih Iskandar mula mengatur rancangan untuk memecah belahkan hubungan pasangan bahagia ni. Di bantu oleh Roy (kawan sekolah Iskandar - saya tak pasti kenapa dia berdendam dengan Iskandar ni sebenarnya) dan juga Akira-chan, kawan baik Nur semasa dia menuntut di Jepun dulu. Berjaya tak agaknya rancangan mereka tu ya?

Saya suka dengan scene Zarul yang datang menyibuk masa Iskandar mula nak tawan hati Nur. Haha. Walaupun nampak macam menyibuk tapi sebenarnya Zarul tu banyak membantu dalam merapatkan hubungan antara keduanya. 

Komen saya: Sebuah kisah dengan plot biasa yang kita dah boleh agak flow jalan ceritanya. Watak Qaseh tu pun cuma muncul di penghujung cerita. Mungkin penulis nak buat sequel agaknya kot? ;) Cuma pada saya ia suatu percubaan pertama yang patut dipuji. Tahniah ya Arin atas kelahiran buku bercetak pertama ni? Moga lebih banyak ilham untuk hasilkan karya yang lebih baik selepas ini. :)

Cinta Adalah Cinta - Sarnia Yahya

Posted by Hajar at 10:47 PM 4 comments



Tajuk: Cinta Adalah Cinta
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM23.90
Sabah/ Sarawak: RM 26.90
Halaman:  680 mukasurat
ISBN: 9789833880409

Berjaya juga saya habiskan dua buah buku kak Sarnia sepanjang cuti raya ni. Beli dah lama tapi baru ada kesempatan nak baca.  Phew.

Kali ni kita dibawa mengenali Aina Mastura (Aina) yang kehilangan suami tercintanya, Hadi dalam suatu kemalangan jalan raya. Malang juga buat Aina sebab lepas pemergian Hadi, Pn Raihan, ibu mertuanya dah pakat halau Aina keluar daripada rumah keluarga Hadi. Memang tak berperikemanusiaan kan? Dahla Aina tengah mengandungkan cucu sulung dia. Tak tahulah kenapa Pn. Raihan bertindak kejam macam tu sekali. Mungkin sebab Hadi tu satu-satunya anak lelakinya dan dia masih  tak mampu nak terima hakikat yang dia pernah berkongsi anak lelakinya dengan perempuan lain.

Aina ni memang baik, walaupun ibu mertua melayannya sebegitu, dia masih hormatkan ibu mertuanya sebagaimana seorang ibu layak dihormati. Dia tak tuntut pun harta-harta Hadi yang dah dirampas oleh Pn. Raihan tu walaupun sebenarnya dia ada hak sebab sebahagiannya patut jadi hak Hadirah, anaknya dengan Hadi. Malah, masa Pn. Raihan dah diceraikan dek En. Hafizuddin, Ainalah yang sibuk ambil berat tentang Pn Raihan walaupun ibu mertuanya tak pernah pedulikan kewujudan Aina.

Dalam masa yang sama Aina ni jadi perhatian lelaki-lelaki yang berminat untuk menggantikan tempat Hadi dalam hidup Aina. Yela, Aina ni pun masih muda lagi. Salah seorangnya, Syed Harith si mata hijau. Walaupun dah lima kali lamarannya ditolak, masih tak berputus asa untuk menambat hati Aina. Kehadiran Luthfi Danish, yang seiras Hadi pula menggembirakan Hadirah. Keluarga pula asyik mendesak Aina untuk mencari teman hidup. Lalu siapakah yang bakal dipilih Aina sebagai pelengkap hidupnya?

Kagum dengan karakter Aina ni. Bukan senang nak handle ibu mertua yang keras hati macam Pn. Raihan tu. Tapi layanan baik Aina akhirnya meleburkan keegoan si ibu mertua. Aina ni sangat protective pada keluarga mertuanya hinggakan kebajikan sendiri pun terabai. Haish. Untung betul siapa yang dapat meleburkan hati Aina yang setia pada Hadi ni. ;)

Komen saya: Kali ni unsur sedihnya tak berapa meruntun perasaan. Hehe. Plotnya pun simple je. Cuma yang jadi panjang sebab Aina ni tak habis dok bertarik tali dengan Luthfi dan Harith. Susah sungguh nak leburkan hati si janda (balu) muda ni. Overall, masih boleh layan. Cuma saya tertarik dengan satu ayat dalam buku ni; 'lelaki arab memang takkan benarkan isteri buat kerja lain selain melayan keperluan suami.' Hmm, betul ke? :-/     


 

Thursday, August 23, 2012

Menunggu Hujan - Adileah

Posted by Hajar at 10:31 PM 2 comments

Tajuk: Menunggu Hujan
Penulis: Adileah
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 447 mukasurat
ISBN: 9789675118562

Buku ni saya baca kembali sebab tak mahu terbawa-bawa dengan emosi sedih buku yang saya baca sebelum ni. Nanti hilang terus mood nak beraya saya.  Jadi saya pun capailah buku ni untuk dibawa pulang beraya hari tu.

Kisah Malisa dan Hafiz ni agak penuh dengan onak dan duri. Hehe. Hafiz berkenalan dengan Malisa waktu Malisa jadi pembantu Cik Puan, nenek Hafiz. Cik Puan ni dah tak berapa sihat. Jadi keluarga Hafiz berpakat untuk upah seseorang yang boleh menguruskan keperluan Cik Puan ni. Malisa yang menunggu panggilan kerja sejurus tamat pengajian bekerja sementara di rumah Cik Puan ni. Mereka bertemu bila Hafiz bawa balik kawan-kawannya bermalam di rumah Cik Puan.

Pelik sungguh dengan Hafiz ni. Dah ada tunang, tapi sibuk nak uji Cherry, kawan yang dibawa baliknya ke rumah Cik Puan. Tak fasal-fasal comot Cik Puan dikerjakan dek Cherry tu. Malisa juga yang terpaksa bersihkan 'najis' yang ditinggalkan dek Cherry ni. Hafiz tu sebenarnya sengaja cari alasan nak 'halau' Cherry daripada hidupnya. Itu yang siap bersyarat kalau nak jadi isteri dia kena pandai jaga Cik Puan tu. Haih, licik betul ya Hafiz?

Selepas peristiwa itu, Hafiz semakin kerap mencari peluang untuk mendekati Malisa. Jenuh juga Malisa nak menolak walaupun Hafiz dah siap dapat approval daripada opah dan atuk Malisa. Malisa ni  bila dah tahu yang Hafiz dah bertunang awal-awal dah letak sempadan dalam hubungan antara dia dengan Hafiz. Cuma Hafiz ni je yang tak kenal putus asa. Sanggup menebalkan muka pusing satu KLCC semata nak mencari di mana tempat kerja Malisa.  

Hafiz ni percaya sangat dengan janji  mak dia yang nak putuskan pertunangannya dengan Dayang Suhaila bila Hafiz setuju kerja dengan syarikat bapanya. Hakikatnya Pn. Rokiah dah siap plan dengan bakal menantu untuk pisahkan Hafiz dan Malisa. Paling tak tahan siap hantar ular tu semata nak warning Malisa. Haish. Malisa ni pantang bila keluarganya diusik. Jadi bila dah selalu sangat terima ugutan dan sampai melibatkan keluarganya juga, Malisa tekad untuk terima tawaran untuk menyambung pengajiannya ke Sydney.

Lepas 4 tahun Malisa kembali ke Malaysia dan bertemu kembali dengan Hafiz atas urusan kerja. Bagaimana penyudahnya kisah mereka ni? Masihkah Hafiz menunggu si pendera hatinya ini atau adakah Malisa sudah bertemu pengganti Hafiz?

Komen saya: Kisah ni nampak macam serius tapi sebab gaya bahasa yang bersahaja tak membuatkan kita rasa stress nak teruskan pembacaan. Walaupun agak klise, tapi masih boleh dihadamkan sebab jalan ceritanya yang tak kurang suspense juga. Jangan bimbang, tiada unsur sinetron yang buat kita rasa nak lempar buku dalam longkang dan pengakhirannya juga sangat manis. :)

Keranamu Aku Rela - Sania Yasmin

Posted by Hajar at 9:25 PM 0 comments

Tajuk: Keranamu Aku Rela
Penulis: Sania Yasmin
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  452 mukasurat
ISBN: 9789831248089

Kisah yang dilakarkan oleh penulis kali ini saya rasa sangat meruntun perasaan. Antara buku yang saya rasa saya takkan ulang baca macam buku Lili Buat Najah tu sebab tak sanggup nak mengalirkan air mata banyak-banyak. Huhu. Siapa yang gemarkan kisah air mata, buku ni memang salah satu pilihan buat anda. :)

Tasnim dan Jeffrey, cukup berbahagia melayari hidup berumahtangga walaupun hubungan mereka tak mendapat restu Hjh Fatimah, ibu Jeffrey. Kehadiran Haziq, anak istimewa yang menghidap autisme menambahkan lagi seri kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Hjh Fatimah memang tak puas hati dengan Tasnim sebab dia rasa Tasnimlah penyebab Jeffrey menjauhkan diri daripadanya. Dia tak sedar agaknya sikapnya tu sendiri yang menyebabkan Jeffrey menjauh. Paling mengejutkan bila Hjh Fatimah ni sanggup nak mandremkan anak sendiri supaya berpisah dengan Tasnim. Tapi tak berjaya pun sebab Jeffrey berjaya usir anasir-anasir tak baik tu dengan bantuan seorang kenalan bapa mertuanya.

Sayangnya bahagia yang mereka berdua kecapi ni berderai dengan sekelip mata bila Jeffrey disahkan menghidap leukimia. Jeffrey mula menjauhkan diri daripada Tasnim. Oleh kerana tak sanggup melihat Tasnim menderita Jeffrey dalam diam sudah mengaturkan jodoh untuk Tasnim. Seseorang yang dikenali oleh Tasnim dan juga dipercayainya untuk menjaga Tasnim dan Haziq selepas pemergiannya nanti.

Komen saya: Kisah ni sebenarnya simple je. Plot pun biasa je. Tapi penulis pandai memainkan emosi pembaca bila sampai part Tasnim diceraikan Jeffrey tanpa apa-apa sengketa. Memang kesian sangat dengan Tasnim. Jeffrey pula walaupun dari satu sudut dia nampak sangat selfish, tapi sebenarnya dia sangat sayangkan Tasnim dan Haziq sehingga sanggup minta Ashwin (bekas kekasih Tasnim) memperisterikan Tasnim setelah Tasnim diceraikan. Haish. Jujurnya saya tak suka watak Ashwin dalam buku ni. Nampak sangat dia ambil kesempatan di waktu kesempitan. Huhu. Saya prefer watak Ashwin dalam e-novel Seindah Biasa dulu sebab nampak lagi gentleman. Ehem. Apa pun, tahniah untuk kak Sarnia untuk garapan yang menyentuh perasaan ini. :)

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Posted by Hajar at 10:00 AM 2 comments
Assalamualaikum.

Buat semua pembaca / pengunjung/ pengikut blog ini saya ucapkan, Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf atas kekasaran bahasa selama saya mengulas, sama ada disedari atau pun tidak. Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. :)

Moga kehadiran Aidilfitri ini menjanjikan kebahagiaan buat anda semua. Amin!

Saturday, August 18, 2012

Kerana Terpaksa Aku Relakan - Umie Nadzimah

Posted by Hajar at 5:53 PM 6 comments
Tajuk: Kerana Terpaksa Aku Relakan
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman: 772 mukasurat
ISBN: 9789670246277

Akibat dengki dan iri hati, kebahagiaan yang dikecapi Indah Halina (Indah) berkecai sekelip mata. Fitnah dan rancangan jahat si ibu tiri dan si kakak tiri pada hari pernikahannya menyebabkan Indah dihalau oleh bapanya. Rancangan Zawati (kakak tiri Indah) meninggalkan Indah di hentian R&R tu satu kemenangan buat Zawati dan ibunya sebab berjaya rampas tunang dan bapa Indah sekaligus dalam tempoh 24jam.

Memang kesian dengan Indah ni tapi dari sudut yang lain sebenarnya ia satu kelebihan pula. Pertemuan Indah dengan Dato' Safiya sewaktu dalam kepayahan itu bagaikan suatu rahmat buat Indah. Dato' Safiya berkenan sangat dengan Indah walaupun hanya bertemu beberapa kali. Indah kemudiannya diangkat menjadi salah seorang ahli keluarga Dato' Safiya.

Memang pada mulanya, anak-anak teruna Dato' Safiya yang bertiga tu agak sukar nak menerima kehadiran Indah dalam keluarga mereka. Iyalah, entah dari mana asal usulnya, tiba-tiba ibu mereka bawa orang luar masuk dalam keluarga mereka. Tapi, bila melihatkan kegembiraan ibu mereka dengan kehadiran Indah, mereka akur dengan situasi itu. Tajul Razin (Abang Zen) adalah orang yang paling anti dengan Indah pada mulanya. Tapi bila hati dah berbunga, wah memang cair dengan layanan Abang Zen pada Indah ni. Hehe.

Dalam masa yang sama, anak kedua Dato' Safiya, Tajul Fahin (Fahin) juga sibuk nak cucuk jarum. Cuma dah terlewatlah sebab hati Indah dah terikat pada Abang Zen. Ikutkan rekod playboy si Fahin ni, takkanlah dia mudah nak berputus asa kan? Fahin ni pandai memanipulasikan kelemahan ibu dan abangnya untuk dapatkan Indah. Namun, siapa yang bakal jadi pilhan Indah? Atau sebenarnya siapa yang 'layak' untuk bersama Indah? Fahin? Bekas tunangan Indah, Saiful Azam? Atau masihkan Indah mengharapkan Abang Zen sebagai imam dunia akhiratnya?

Pembalasan untuk Zawati dan ibu tiri Indah? Memang tragik, lebih-lebih lagi bila bapa Indah dah tahu hakikat kebenaran.

Komen saya: Sebuah garapan yang agak menarik pada saya sebab penulis pandai bawa kita merasai mood watak-watak yang ditonjolkan. Saya sendiri terasa ke'gedik'annya bila membaca mood gedik Indah dan Abang Zen ni. Haha. Cuma ada beberapa adegan lepas laku yang saya rasa tak perlu untuk ditonjolkan dalam buku ni. Hmm, mungkin penulis nak tunjukkan betapa manusia ni selalu leka dan alpa bila dilamun cinta tapi saya tetap rasa ia tak sesuai untuk dipaparkan. Apa pun, saya sukakan kisah ini dan tahniah juga buat kak Umie Nadzimah atas kelahiran buku ketiga ini. :)


Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Posted by Hajar at 10:45 AM 16 comments
Tajuk: Projek Memikat Suami (PMS)
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 525 mukasurat
ISBN: 9789671120828

Saya kira buku ini antara e-novel yang sangat di nantikan oleh para penggemar dan pembaca e-novel tegar. Hehe. Jadi, saya cuba untuk menaip secara santai yang boleh ya. Dan saya juga rasa ada yang kata cerita ni agak over, tak logik dan tak sesuai untuk anak remaja (yup, yang ini saya setuju. Jadi adik-adik, sila cukupkan umur dulu baru baca ye?). Mungkin dari sudut pandangan kita sebagai orang timur, projek memikat suami si Husna ni agak extreme dan tak sesuai dengan budaya kita. Tapi sebab dah nama pun fiksyen, maka pepandailah distinguish antara yang baik dan buruknya ya?

Nawwal Husna (Husna) dan Zahrain Alimin (Zahrain) dijodohkan atas pilihan keluarga. Memang, kalau ikutkan kepala Husna tu memang dia tak ingin bersuamikan si mamat ketul ais beku yang ego tinggi melangit tu. Sebab bimbangkan perniagaan dan kesihatan bapanya, Husna sanggup berkorban meninggalkan keseronokan bersama 'geng kutu rayau' yang sibuk melancong selepas tamat pengajian mereka. Perjumpaan pertama dengan Zahrain, memang meranapkan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, Zahrain awal-awal lagi dah tunjuk kebenciannya pada Husna. Konon Husna bukanlah tastenya. Haish. Bila kena pujuk dan diugut oleh ibunya, pandai pula Zahrain ni mengalah.

Dari sinilah bermula peranan kakak Husna yang berdua tu dalam membentuk mentaliti Husna untuk mengharungi perkahwinannya. Banyak petua yang diturunkan oleh master-ji dan sidekicknya ni kepada Husna. Bak kata Kak Naja, kalau si ibu boleh berkenan dengan Husna, takkan Husna tak boleh buat anaknya pula jatuh suka kan?

Yang paling menyakitkan hati adalah, hari pertama berkahwin, si suami dah ada hajat nak berpoligami. Kesian Husna. Memang gigih nak tawan hati suami. Tapi suami boleh dok pertahankan ego kononnya takkan jatuh cinta pd isteri sendiri. Huh. Tapi bila nampak isteri dengan lelaki lain bukan main lagi melentingnya sampai bawa diri ke Hong Kong. Husna juga yang terpaksa mengaku salah lepas tu. Haish..

Ego Zahrain yang tinggi melangit tu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Adira, model terkenal yang pernah ada hubungan dengan Zahrain mula membuat onar dalam perkahwinan Zahrain dan Husna. Masa ni dapatlah kita tengok mamat ketul ais beku ni berusaha memikat isteri pula. Namun, berjayakah mereka menyelamatkan rumahtangga yang bila-bila masa bakal menyembah bumi tu?

Watak Husna ni memang berjaya mengubah tanggapan saya tentang heroin cerita-cerita berunsurkan kahwin paksa / kahwin aturan keluarga. Nak tahu selanjutnya kenalah baca sendiri ya? :)


Komen saya: Seronok tengok depa berdua ni main tarik tali walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak campak je mamat ketul ais beku tu dalam lombong. Haha. Overall saya berpuas hati dengan kisah ni. Plot dan konflik yang tak ada unsur sinetron. Hehe. Konflik pun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pembalasan kejahatan pd watak antagonis. Hasil yang tidak begitu mengecewakan untuk seorang penulis baru. Tahniah Hanina untuk PMS. Moga bakal ada lagi karya yang bakal menyusul lepas ni. Oh, dan terima kasih juga untuk tandangan di buku saya. :)

Sunday, August 5, 2012

Saya Muslim, Awak Iman - Nur Fizkkmi Satar

Posted by Hajar at 1:24 PM 7 comments



Tajuk: Saya Muslim, Awak Iman
Penulis: Nur Fizzkmi Satar
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 453 mukasurat
ISBN: 9789675118890

Melihatkan kulit buku yang agak comel ni saya jangka kisahnya pun mesti agak comel. Ternyata, tekaan saya tidaklah tersasar jauh.

Mengenali Muslim Razin (Razin) dan Nurul Iman (Iman), memang tiada istilah 'berbaik' dalam kamus hidup mereka. Ada saja pergaduhan dan salah faham yang tercipta antara keduanya. Iman terkenal dengan angin puting beliungnya manakala Razin pula terkenal dengan sikap sebagai pembakar amarah si Iman.

Hubungan mereka berdua ni banyak diselamatkan oleh Zamil, abang susuan Iman merangkap teman sebilik Razin dan juga Ikhwan, adik Iman yang berkawan baik dengan adik Razin.

Sungguh pun hubungan antara keduanya tak begitu baik, ramai yang dapat menghidu rasa hati antara keduanya. Cuma masing-masing pandai menukar topik bila melibatkan hal hati dan perasaan ni.

Bagi Iman, dia tak sebaik mana untuk digandingkan dengan Razin. Iman ni sangat kagum dengan kisah cinta atuk dan opahnya yang bercinta selepas berkahwin. Jadi, dia pun berusaha untuk menjaga hati dan pergaulannya agar tak tersasar dan bakal menjadi maksiat hati. Dia tekad untuk bercinta dalam hubungan yang halal. Padanya, kalau dia tersasar, bukan hanya dia yang bakal menjawab di'sana', tapi para lelaki yang ada dalam hidupnya turut terlibat sama. Kan bagus kalau semua perempuan berfikiran macam Iman ni?

Bagi Razin pula Iman sukar untuk didekati. Menjadi pembakar amarah itu hanyalah satu jalan untuk berkomunikasi dengan Iman. Selepas pemergian Ikhwan, adik bongsu Iman, kesenyapan Iman makin menjauhkan hubungan antara keduanya. Cuma bila umi Razin berkenan untuk menjodohkannya dengan Iman, barulah mereka mula berkomunikasi. Itu pun bukanlah dalam keadaan yang 'baik'.

Dapatkahkah kedua mereka ni disatukan?

Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali.


Komen saya: Saya sukakan kisah kekeluargaan yang diselitkan dalam buku ini. Kenakalan Iman tu pun seolah-olah wujud depan mata. Hehe. Di samping itu, saya rasa membaca kisah ini seumpama membaca karya Syud dan Hlovate. Oh, jangan salah faham. Penulis ini bukannya klon Syud dan Hlovate, cuma unsur-unsur gaya penulisan yang comel dan manis serta banyak peringatan membuatkan saya menyatakan begitu. Not bad untuk seorang penulis baru. Tahniah Nur Fizzkmi. Moga akan lebih banyak ilham lepas ini ya. :)

Tuesday, July 31, 2012

Aku Yang Kau Cinta - Muna Mahira

Posted by Hajar at 10:58 PM 2 comments
Tajuk: Aku Yang Kau Cinta
Penulis: Muna Mahira
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  546 mukasurat
ISBN: 9789831247563

Saya terjebak membeli buku ni lepas saya membaca review di facebook. Rasa tertarik nak tahu apa rencah yang ada dalam kisah yang diberikan rating tinggi oleh salah seorang penggemar novel Melayu ni. Apa yang boleh saya katakan cumalah, novel ni mempunyai kisah yang cukup rencah konflik yang pastinya jadi kegemaran kebanyakan penggemar novel. Ehem.

Kisah ini membawa kita mengenali Hannisa Amsyar (Hans), seorang gadis yang agak sederhana dan selekeh penampilannya ketika di zaman universiti. Dia sangat anti lelaki pemalas dan tak tahu berdikari. Hans lebih sukakan lelaki yang lebih berjaya daripada perempuan. Itu sebab dia tak suka bercinta di zaman universiti. Layanan buruk yang diterima daripada keluarganya juga turut jadi penyebab pendiriannya tentang lelaki. Yang penting, dia mahu mengecapi kejayaan dalam hidupnya dahulu tanpa diganggu oleh anasir cinta lelaki.

Selepas beberapa tahun, Hans sudah berhasil mencapai kejayaan yang diidamkannya. Menyandang jawatan Pengurus Projek di syarikat bapa Bardrizal (si kasanova pemalas yang tak disukai oleh Hans di zaman universitinya) menemukan kembali Hans dan Bardrizal. Perubahan Hans mengejutkan Bardrizal. Siapa sangka si hodoh telah bertukar menjadi seorang yang cantik? Melihatkan layanan Hans yang acuh tidak acuh, menyebabkan Badrizal tekad untuk mengejar Hans. Lebih-lebih lagi bila Hans telah berjaya memalukan Bardrizal di khalayak ramai.

Memang Bardrizal bertekad untuk dapatkan Hans semata-mata untuk membalas dendam. Hakikatnya, Hans dikecewakan pada malam pertama perkahwinan mereka. Kalau ikutkan Bardrizal, memang Hans bakal diceraikan keesokan harinya tapi disebabkan Hans ni memikirkan tentang keluarga yang bakal dapat malu akibat 'akal pendek' Bardrizal tu, dia meminta tempoh setahun untuk perkahwinan mereka.

Watak Hans ni betul mengajar erti tabah. Tak sekali pun tumbang walaupun kehadirannya dalam keluarga dinafikan oleh ibu dan ayah sendiri. Haih, kesian. Tapi jangan bimbang, pengakhirannya haruslah bahagia kan? :)

Komen saya:  Buku ni memang sesuai untuk penggemar kisah yang banyak konflik. Bagi saya pula, as long as saya tak hentikan pembacaan, maksudnya saya masih mampu nak hadamkan kisah ini.

Saturday, July 28, 2012

Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha

Posted by Hajar at 11:18 PM 5 comments

Tajuk: Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  451 mukasurat
ISBN: 9789831246351

Ini merupakan salah sebuah buku yang patut jadi pilihan bagi mereka yang gemarkan kisah yang agak manis bergula. :)

Jujurnya saya tak berapa gemarkan gambaran watak Fea ni. Adeh, awal-awal lagi dah nak condemn watak heroin eh? Haha. Bukan apa, perwatakannya yang tak pandai berkata tidak tu banyak memakan dirinya sendiri sebenarnya. Kalau dia tegas mungkin kisah cinta terhalangnya itu mampu diselamatkan. Tapi, nama pun cerita kan? Hehe.

Sebenarnya kisah Fea ni melibatkan pengorbanan atas nama persahabatan. Persahabatannya dengan Zura membawa Fea mengenali umi, Zhafir dan Ikmal (sepupu Zura). Awalnya Fea ni bercinta dengan Arman tapi ditentang oleh ibu Arman atas alasan tak setaraf sebab Fea ni cumalah anak pembantu rumah mereka. Lepas dihalau keluar dari rumah Arman, Fea langsung putus hubungan dengan Arman sehinggalah dipertemukan kembali bila Fea bekerja di syarikat keluarga Zura. Hubungan rapat Zura dan Arman membuatkan Fea rasa serba salah  walaupun Arman terang-terangan mengaku yang dia masih cintakan Fea.

Dalam masa yang sama Ikmal juga turut mencuba nasib untuk menambat hati Fea walaupun pada awalnya dia dah bersetuju untuk dijodohkan dengan Nisha untuk mengembangkan perniagaan keluarga. Sifat Fea yang sederhana tu rupanya berjaya menambat hati Ikmal.

Lamaran Zhafir bagaikan suatu rahmat buat Fea. Perkahwinannya dengan Zhafir hanyalah untuk menghindari konflik dalam keluarga Zura sekiranya Fea menerima Arman mahupun Ikmal. Padanya, biarlah Arman menerima Zura dan Ikhmal pula membuka matanya untuk menerima Nisha. Sungguh pun Zhafir ni nampak dingin, namun kesungguhannya untuk menerima Fea tanpa sebarang syarat tu sangat mengejutkan.   

Saya suka karakter Zhafir ni sebab dia agak slow and steady. Mungkin moto biar lambat asal selamat tu sangat sesuai untuk Zhafir. Cuma bila masing-masing masih tak begitu yakin dengan hubungan yang terbina mulalah timbul salah faham. Lebih-lebih lagi bila Arman dan Jessica (bekas kekasih Zhafir) muncul di antara mereka. Bila segala kebenaran terbongkar, masihkah kebahagiaan itu kekal menjadi milik mereka?

Komen saya: Overall perjalanan kisah ni agak tersusun cuma pengakhiran yang agak manis bergula bukan 'makanan' sayalah. :)

Sunday, July 22, 2012

Takkan Pernah Hilang - Emma Rusdi

Posted by Hajar at 11:01 PM 0 comments

Tajuk: Takkan Pernah Hilang
Penulis: Emma Rusdi
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789673651290

Saya tak pernah mengikuti e-novel ni di blog penulis. Cuma bila saya terbaca dedikasi penulis di belakang buku yang mengatakan beliau pernah mendapat kritikan hebat disebabkan cerita ini membuatkan makin bertambah minat saya untuk mengikuti kisah Fariz dan Maisara ni.

Fariz dan Maisara pernah melalui alam percintaan yang indah. Hubungan rapat antara Maisara dan kakaknya, Suhana menyebabkan perhubungan antara Maisara dan Fariz bukanlah suatu rahsia bagi Suhana. Malah, Suhana selalu menjadi 'dayang pengiring' setiap kali Maisara dan Fariz bertemu. Cuma kedua ibu bapa mereka yang tidak dimaklumkan tentang itu. Jadi, bila lamaran keluarga Fariz datang untuk Suhana, ibu bapa mereka menerima tanpa banyak soal. Hakikatnya, Fariz cumalah bertindak sebagai hero yang menyelamatkan maruah keluarga mereka. Maisara yang sangat terluka dengan perkahwinan Suhana dan Fariz membawa diri ke Kangar.

Selepas kematian Suhana akibat komplikasi ketika melahirkan Aiman, Maisara kembali ke pangkuan ibu bapanya. Di sinilah bermulanya sesi untuk memadankan Fariz dan Maisara. Wasiat terakhir Suhana menjadi penguat hasrat kedua-dua buah keluarga. Ketika Maisara masih lagi menangguhkan keputusannya sama ada untuk menerima atau menolak permintaan keluarga mereka, muncul pula Ilyana di antara Fariz dan Maisara. Ilyana ni sebenarnya cumalah watak tambahan yang diletakkan oleh Fariz untuk menimbulkan rasa cemburu di hati Maisara. Tapi Ilyana ni terlampau menjiwai watak pula sampai siap warning Maisara supaya jauhkan diri daripada Aiman.

Atas rasa tanggungjawab dan tak mahu Aiman dibesarkan oleh perempuan seperti Ilyana, Maisara nekad menerima lamaran Fariz. Sungguhpun Fariz gembira dengan keputusan Maisara, rasa kecewa tetap membelenggu bila Maisara menetapkan beberapa syarat dalam perkahwinan mereka ini. Semuanya untuk kepentingan Aiman. Maisara tak kisah andai dirinya terluka sebab dia masih lagi tak dapat melupakan apa yang telah Fariz lakukan sebelum ini.

Walaupun Fariz dah berkali-kali menegaskan yang Ilyana tu hanyalah watak sampingan untuk mendapatkan Maisara kembali dalam hidupnya, Maisara tetap tidak percaya. Mana kan tidak, Ilyana selalu ada di antara mereka ni. Haish.

Bila segala kebenaran terbongkar,  Maisara terpaksa menerima hakikat yang cintanya tak pernah padam buat Fariz. Namun, kemunculan Syed Hussin secara tiba-tiba untuk menuntut hak penjagaan Aiman menimbulkan tanda tanya. Siapakah sebenarnya Syed Hussin?

Komen saya: Bila habis membaca baru saya mengerti kenapa ada yang mengkritik. Mungkin kisah 'pak sanggup' ni membuatkan ramai tak bersetuju bila Fariz memilih Suhana. Ops, ada spoiler di situ. Hehe. Overall kisah ini tak adalah berat sangat pun. Cuma saya rasa kisah ini diakhiri dengan agak tergesa-gesa. Pemergian Maisara selama 3 tahun tu pun macam tak ada impaknya atau saya boleh katakan itu cuma add-onn scene untuk memanjangkan cerita? Ehem. Apa pun, tahniah kepada penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review