Thursday, October 25, 2012

Takkan Pernah Berubah - Fisha

Posted by Hajar at 10:43 PM

Tajuk: Takkan Pernah Berubah
Penulis: Fisha
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 452 mukasurat
ISBN: 9789670508023

Ini pun salah satu e-novel yang saya ikuti di blog penulis dulu. Tak sangka akhirnya jadi versi cetak juga. Tahniah Fisha.

Shahira  dan Iqmal disatukan sewaktu Shahira sedang menantikan keputusan SPMnya. Memanglah nampak Iqmal ni gentleman, terus melamar anak dara orang untuk diperisterikan. Cuma yang tak enaknya, Iqmal merahsiakan tentang pernikahan mereka berdua ni daripada pengetahuan kedua ibu bapanya. Kesian Shahira. Sebab pilih Iqmal dia kehilangan keluarganya. Ayah Shahira memang betul-betul kecewa dengan keputusan Shahira memilih Iqmal.

Mereka memang bahagia dengan kehidupan mereka yang sederhana tu. Namun cinta mereka teruji di saat Iqmal dapat tawaran menyambung pengajiannya. Shahira terpaksa ditinggalkan dulu dengan janji untuk kembali kemudiannya. Malangnya kecelakaan yang menimpa Iqmal waktu balik ke Malaysia memutuskan hubungan mereka. Dan bertambah malang lagi bila Iqmal mengalami amnesia akibat kemalangan tersebut. Selepas setahun pulih daripada kecederaannya barulah Iqmal sedar tentang kewujudan Shahira dalam hidupnya. Tapi nak cari Shahira pun Iqmal tak tahu Shahira ke mana sebab Shahira dah membawa dirinya ke rumah perlindungan wanita selepas dia hamil dan Iqmal pula hilang tanpa dapat dikesan.

Setelah sepuluh tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Shahira yang dah lama berjauh hati dengan Iqmal memang berusaha menjauhkan diri daripada Iqmal. Kehadiran Adi Suffian, anak mereka berdua banyak membantu Iqmal untuk menawan kembali hati Shahira. Berjaya tak agaknya Iqmal memenangi kembali hati isteri yang dah berjauh hati tu?

Komen saya: Memang sengaja saya gunakan term 'berjauh hati' tu sebab Shahira ni takdelah nampak rebel sangat dengan Iqmal ni. Dia sendiri pun akui yang dia cuma berjauh hati dengan Iqmal. Jujurnya saya suka cerita ni sebab walaupun nampak agak drama di awal-awal cerita tapi konfliknya tak berat. Tak ada pun kehadiran orang ketiga antara mereka yang nak ambil kesempatan waktu kedua watak ni sedang bermasalah. Buku ni memang boleh jadi pilihanla untuk orang macam saya yang tak sukakan konflik ala sinetron. ;) 



3 comments:

fisha said...

Dear Hajar... :-) tq review novel saya....

Hajar said...

Fisha:
Sama-sama Fisha. Keep it up ya? :)

AINULRIDA HUSNI said...

saya pulak suka cerita ni sebab watak si isteri yg sangat yakin dan percaya dengan cinta si suami walaupun ditinggalkan tanpa berita. juga dengan didikan positif yg diberikan kepada anak tunggal mereka Adi. tidak sesekali memburukkan si suami dan memberi alasan yang saya kira logik kenapa 'ayah' tak tinggal bersama.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review