Sunday, October 28, 2012

Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar

Posted by Hajar at 8:01 PM




Tajuk: Bila Nak Saksi
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 623 mukasurat
ISBN: 9789671120842

Hadirnya Yusuff (Usop) dalam hidup Jelita (Lit) umpama bayang-bayang. Di mana ada Lit, muncullah Usop sehingga menimbulkan tanda tanya pada Lit, siapa sebenarnya Usop ni.  Tapi malangnya pertemuan antara mereka memang tak pernah berakhir dengan baik. Ada saja yang diperdebatkan sehingga menimbulkan rasa jengkel Lit pada Usop. Memang sengaja agaknya Usop tinggalkan 'kesan' dalam hati Lit supaya sentiasa teringatkannya.

Pertemuan demi pertemuan akhirnya menimbulkan 'rasa' dalam hati Lit tapi tetap dinafikannya walaupun semua ahli keluarga Lit dapat menghidu perasaan Lit pada Usop. Gurauan Lit pada Usop tatkala hati dilanda cemburu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Usop hadir di rumah keluarga Lit dan mengaku dirinya suami Lit. Phew. Maunya tak terkejut Lit. Tiba-tiba ada suami tanpa dia tahu pun yang dia sebenarnya dah dinikahkan oleh si ayah.  

Kehadiran lelaki asing dengan tiba-tiba dengan gelaran seorang suami memang merunsingkan Lit. Tertekan dengan desakan ahli keluarga supaya menerima Usop membuatkan Lit tekad untuk menyelidik kebenarannya. Bila semuanya terbongkar, Lit memang berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaiknya. Namun, cemburu dan prasangka yang bermaharajalela dalam diri selalu membuatkannya gagal mengawal diri.

Lalu ke manakah arah hubungan mereka berdua in?Adakah bahagia atau sebaliknya? ;)

Komen saya:  Karya yang agak relaks dan santai untuk dibaca berbanding karya pertama penulis. Watak Usop ni pun pada saya agak cool la berbanding watak Ilham Fitri dalam Terlerai Kasih tu. Jangan bimbang, tak perlu sediakan tisu ataupun tuala kalau nak baca buku ni sebab kisah mereka ni bukan kisah air mata. :)

4 comments:

Cerita Hanina said...

tqvm for the cool review, dear. terlampau bz skrg, tak de masa nak ke kedai beli. sy ada novel terlerai kasih. insyaallah, bila kelapangan nak beli juga novel ni. btw, tiap kali baca review di blog ini, mata saya tertarik dgn tikar koko backgroundnya...dah jadi yr trademark :) oh...how i am so easily distracted ...

Hajar said...

Hanina:
Ahaha. itu yang ditengoknya. Hihi.
Ur welcome. Thanks juga sebab selalu singgah sini. :)

skrg ni dh terpaksa taip review pendek2 sebab masa terhad. Hopefully dpt membantu org yg mencari buku utk dibaca.

airina said...

Salam Aidiladha Hajar ;))

Dah beli buku...entah bila nak sampai ke tangan kih5

First time nak baca, harapnya ok. Novel pertamanya tu kisah air mata ya?
Tapi saya ada baca kisah 'Untuk Dia', tinggal sikit lagi nak habis. Cerita tu menarik & comel.

Hajar said...

airina:
Salam Aidiladha Airina.. ;)

yup, novel pertama penulis ni memang bertemakan air mata. hihi. in fact kebanyakan kisah-kisah yang dilakarkan penulis ni memang cenderung ke arah itu pun.

Untuk Dia tu saya belum berkesempatan nak baca lagi. Tapi mengikut kata kawan yang membaca kisahnya memang agak santai. Apa pun, enjoy reading ya? ;)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review