Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts
Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Benci! Benci! Benci! - Ayu Emelda

Posted by Hajar at 1:49 PM 0 comments

Tajuk: Benci! Benci! Benci!
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  452 mukasurat
ISBN: 9789831247952

Ini merupakan buku ketiga hasil nukilan Ayu Emelda yang saya baca. Tema yang tak lari daripada kisah-kisah (yang saya pernah baca) sebelum ini, kisah pergolakan dalam sebuah rumahtangga.

Kali ini kita dibawa meneroka ke dalam kisah hidup Qisya Ammara (Qisya) dan Zarif Amri (Zarif) pula. Zarif memang sukakan Qisya sejak dari zaman remaja. Bahkan sanggup menghantar rombongan peminangan ke rumah Qisya biar pun sudah tiga kali Qisya menolak. Alasan Qisya, dia tidak sukakan Zarif sebab Zarif pernah buat onar pada Najla, salah seorang rakan karibnya sehingga Najla terpaksa bertukar sekolah. Yang Qisya tidak tahu, bukan Zarif yang bertanggungjawab atas peristiwa itu, tapi Akim, buah hati pengarang jantung Qisya semenjak zaman remaja.

Qisya ni pun setia sangat dengan Akim tu. Bayangkan 8 tahun berkawan rapat Qisya cuma diyakinkan dengan kata-kata yang Akim akan menyuntingnya suatu hari nanti. Tapi memang tak nampak kesungguhan pun. Bila ditanya status perhubungan mereka Akim tetap mendiamkan diri. Dalam masa yang sama juga Zarif berusaha memenangi hati Qisya dan keluarganya. Walaupun Zarif sudah pun ditunangkan dengan Zaura (adik Qisya), dia tetap berharap yang Qisya akan jadi isterinya, bukan Zaura. Memang Zarif berjaya bila akhirnya Qisya mengalah dan menerima lamaran Zarif.

Bila Qisya dah mula terima Zarif dalam hidupnya, muncul pula si Akim ni. Masa nilah pula dia nak sibuk nak memancing simpati Qisya. Pertemuan yang sepatutnya menjadi pertemuan terakhir antara Qisya dan Akim akhirnya merobek kepercayaan Zarif. Perkahwinan yang masih lagi dalam tempoh bulan madu itu sudah mula bergolak. Silapnya cuma masalah komunikasi tapi Qisya terpaksa membayarnya dengan harga yang cukup mahal. Haish.

Masalah mereka ni berlarutan sehinggalah waktu Qisya mengikuti Zarif menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat. Luaran je nampak macam pasangan bahagia. Hakikatnya mereka berdua sahaja yang tahu. Bila tembelang Akim berjaya dibongkarkan Zarif, Qisya memang benar-benar kecewa sebab dia fikir yang dia cumalah sebuah trofi dalam persaingan antara Zarif dan Akim. Haish, masalah diorang ni memang tak habis-habis. Bila seorang okay, seorang lagi k.o. Kemuncak masalah mereka ni Zarif berang bila dia ternampak Qisya masih lagi bertemu dengan Akim. Kejamnya Zarif menyeksa Qisya sehingga anak dalam kandungan Qisya terkorban.

Bagaimana penyudahnya hubungan mereka ni?

Komen saya: Memang susah nak membina kebahagiaan kalau rasa percaya dan hormat tu tiada. Bagi mereka berdua ni saya rasa masalah komunikasi menjadi isu utama. Memang kadang-kadang ada rasa macam nak tolong clarify je bagi pihak mereka berdua ni. Haha. Cuma kagumlah dengan Qisya yang tabah menghadapi semua ranjau ni. Masalah dengan suami, masalah dengan bekas teman lelaki yang hampeh dan juga masalah dengan mertua, semuanya berjaya ditangani walaupun dia yang jadi mangsa sampai terkorban. Hehe. Walaupun jalan cerita ni agak sinetron, saya masih boleh hadamkan kisah ni disebabkan penceritaan yang tak meleret. :)

Thursday, April 19, 2012

Mahar Setulus Hati - Ayu Emelda

Posted by Hajar at 8:46 PM 1 comments

Tajuk: Mahar Setulus Hati
Penulis: Ayu Emelda
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 514 mukasurat
ISBN: 9789831247402

Kisah tentang kahwin paksa? Oh, mungkin paksaan tu hanya daripada sudut padangan Chempaka Harlina (Harlina). Tapi bukannya pada Emir Nazreen (Emir). Walaupun ramai yang menentang hasrat Emir untuk memperisterikan Harlina, Emir tekad dengan keputusannya itu. Yelah, bandingkan Harlina yang 'rebellious' tu dengan Emir yang hampir sempurna sebagai lelaki yang didambakan. Memang umpama langit dan bumi jadinya. Pada Harlina, Emir bersetuju memperisterikannya hanya kerana mahu membalas budi baik keluarga terutamanya Tan Sri Kamarul, ayah Harlina. Bagi Emir pula, perkahwinan mereka bukan kerana membalas budi, tapi lebih kepada ingin memperbaiki cara hidup Harlina.

Memang cabaran buat Emir lepas berkahwin dengan Harlina bila si isteri masih tetap dengan perangai dan cara hidupnya sebelum berkahwin. Ditambah pula dengan perangai kasar yang ditunjukkan Harlina lepas mereka berkahwin. Memang tabiklah dengan Emir ni. Alhamdulillah cahaya keinsafan tu timbul juga selepas kawan-kawan Harlina ni ditimpa musibah. Kehadiran anak dalam kandungan Harlina juga membantu mereka memperbaiki hubungan.

Namun, bahagia yang mereka kecapi berkecai juga. Keluarga Emir yang datang bertandang membawa kedukaan bila Harlina asyik makan hati je dengan kelancangan mulut adik iparnya, Zetty. Jadi bila Harlina terlampau tertekan, dia bertindak menghalau ibu mertua dan adik-adik iparnya dari rumahnya semasa ketiadaan Emir. Emir sangat kesal dengan tindakan Harlina sebab dia rasa dia gagal mendidik Harlina untuk jadi lebih baik. Jadi dia bertindak menjauhkan diri sebab tak dapat memaafkan kesalahan yang dah dilakukan oleh Harlina tu.

Sikap dingin Emir selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya juga hampir-hampir menyebabkan Harlina berputus asa. Namun, sokongan dari keluarga dan anak dalam kandungannya membuatkan Harlina kuat menghadapi kerenah Emir. Lalu bagaimana penyudahnya hubungan mereka ini?

Pengakhiran yang simple, tapi macam masih ada persoalan yang tergantung di situ.

Komen saya: Kisah yang simple, banyak pengajaran untuk suami / isteri atau bakal suami / bakal isteri. Menariknya di setiap halaman pertama bab, ada petikan daripada Al-Quran dan Hadith yang boleh kita jadikan panduan. Cuma cetakan pertama yang saya beli ni banyak sangat typo dan kelemahan dari sudut editing. Mungkin boleh diperbaiki untuk cetakan akan datang. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review