Sunday, September 9, 2012

Lazuardi - Nasz

Posted by Hajar at 1:05 PM



Tajuk: Lazuardi
Penulis: Nasz
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 629 mukasurat
ISBN: 9789675118852

Memang sangat excited bila buku ni sampai. Mana tidaknya, dah lama okay tunggu buku ni. Hehe. Saya rasa sesiapa yang pernah ikuti enovel ini di blog Nasz dulu memang ternanti-nantikan novel ni. :)

Anaz, walaupun tinggal dengan ibu kandung dan keluarga tiri tapi dilayan macam anak tiri oleh ibu sendiri. Pelik kan? Rupanya ada sejarah pahit yang disembunyikan oleh si ibu. Mujurlah ada Odie, jiran Anaz yang juga merangkap teman baiknya sejak tadika. Odielah tempat mengadu Anaz sejak dulu. Bila Anaz mengadu dan mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

Kehadiran Ain, anak saudara bapa tiri Anaz menambahkan lagi kucar-kacir dalam hidup Anaz. Saya rasa Ain ni memang opportunist. Dia pandai gunakan peluang untuk kenakan Anaz secukup-cukupnya. Memang teruk Anaz difitnah Ain sampai tahap kena halau keluar dari rumah tu. Ish ish..

Shakir (Shark) kawan kepada adik tiri Anaz memang berkenan sungguh dengan Anaz. Sanggup tunggu sampai habis sekolah untuk meluahkan perasaan pada Anaz. Haha. Part ni memang cute. Dia juga sanggup kena kutuk kaw-kaw dengan kawan-kawan dia sebab suka dengan perempuan yang lebih tua. Hehe. Hakikatnya Shark ni macam dah hafal seluruh susur galur kisah hidup Anaz ni. Kadang-kadang macam guardian angel pun iya juga. Shark rela untuk memperisterikan Anaz semata-mata untuk jaga Anaz.

Namun antara Odie dan Shark, siapa yang benar-benar menjadi penyelamat si Cinderella ni?

Memang enjoy baca buku ni. Lagi-lagi bila baca ayat-ayat comel Shark;

"Tak sia-sia saya tunggu bertahun-tahun nak suruh awak jadi girlfriend saya tau." - m/s 212

"Sebab awak suka makan coklat, saya pun pergilah belajar. Tengok, betapa baiknya boyfriend awak ni." - m/s 215

Komen saya: Saya rasa relevannya tajuk Lazuardi dengan kisah Anaz ni adalah, walau semendung mana pun kehidupan yang dilalui Anaz, penghujungnya tetap juga akan akan bertemu warna lazuardi di langit. Hehe. Saya bukan orang sastera  tapi saya rasa itulah yang cuba disampaikan oleh penulis dalam Lazuardi ni. Walaupun kisah ni agak 'sinetron' dengan kehadiran si drama queen bernama Ain tu, namun gaya bahasa penulis yang selamba dan bersahaja ni berjaya menyelamatkan rasa cemas pembaca. Tahniah Nasz.

10 comments:

airina said...

Suka review yang manis ini ;))

Sudah beli tapi belum sempat baca lagi.

Hajar said...

airina:
wahhh, akhirnya berjaya juga komen ya? Thanks Airina. hihi. ni mesti beli masa rumah terbuka JS ya? :)

mizz acu said...

saya pon sukaaaaaa citer ni...
shark yg cute!! :P

airina said...

Hajar,
Wah! Mana tahu tu? *rolledeyes*

Alhamdulillah, sudah boleh conteng-conteng di sini ;))

Ayu dzulkarnain said...

Shark & Anaz couple yang sgt sempoi.
Rasa sgt bengang, meroyan dengan Ain.. drama queen dia sgt hebat!!Grrrrr

KL said...

Saya dah lama nak komen tp asyik tak lepas so ni try again! Sy belum baca tp confirm akan baca soon sbb teringat masa kena paksa beli Sweet Sour dgn sorang akak dulu. Beli dgn terpaksa campur kesian campur bengang tgk cover yg hijau yg amat x cantik tup2 baru belek 5 m/s masa break kerja, trus sy x jd buat keje satu hari. Nak hbs kan jgak kisah Joe tu...hahahha...penangan Nasz!

Hajar said...

mizz acu :
kan acu kannn? haha. i'm truly amazed dengan ayat2 dia yang manis tapi tak berapa nak manis tu. haha.

airina;
saya stalk awak. ahaha. takdelah, sebab sehari sbl awak komen tu kan memang ada majlis rumah terbuka JS. so saya agak je. tak sangka lak betul ;)

Hajar said...

Ayu dzulkarnain:
ahaha, chill babe. jgn bakar blogku ini. haha. memang pun. geram je dgn Ain tu. tapi kenapa takde orang geram dengan Anaz yang rela je kena buli tu? *rolled eyes*

KL :
whoaaa, terharu gilak bila one of my fav writer komen kat sini. *statement xleh blah* haha. ha, awak memang kena ucap terima kasih dekat manusia yg memperkenalkan Nasz tu. Gaya penceritaan dia yg selamba tu memang buat kita melekat sungguh!

~malin leen~ said...

sangat best...shark sgt sweettt..suke..org mintak cerai pun ley wat bodoh..hahaha

Ayu dzulkarnain said...

Hajar ngan Anaz pon geram gak.. Nasib dia baik sebab dia org penting dlm ini cerita..hehehehee

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review