Tuesday, November 13, 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati - E-man Sufi

Posted by Hajar at 10:38 PM

Tajuk: Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM35.00
Sabah/ Sarawak: RM 38.00
Halaman: 1050 mukasurat
ISBN: 9789670246338

Wafeen Wardah (Wafeen) dan Rayyan Raiqarl (Rayyan) bertemu pertama kalinya sewaktu zaman remaja mereka. Pertemuan yang tak disengajakan bila Wafeen memerlukan pertolongan daripada ganguan remaja nakal. Namun, hubungan mereka terputus bila Rayyan terpaksa berpindah mengikut ayahnya selepas pemergian ibunya.

Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula bila  Rayyan ada masalah dengan Valqis (adik Rayyan). Ditakdirkan Wafeen dan neneknya (Nek Jah) menjadi penyelamat Valqis yang dihalau keluar dari rumah pada masa tu. Wafeen memang bengang sungguh dengan Rayyan bila dengar cerita Valqis. Ironinya, perbalahan mereka dapat ditamatkan oleh kuih karipap pusing kegemaran Rayyan. Hmm, Rayyan ni agak panas baran juga sebenarnya. Tapi perkenalannya dengan Wafeen sedikit sebanyak dapat buatkan dia mengubah sikap panas barannya tu. Yelah, orang nak mengayat kan? Haruslah kena tunjuk perangai terpuji, tak gitu? Hehe. 

Sejak awal lagi Rayyan memang dah tau yang Wafeen ni dah ada teman lelaki. Cuma bila Rayyan tahu yang teman lelaki Wafeen adalah adik tirinya, Daniel Elhan (Daniel), dia tekad untuk memikat Wafeen sebab nak balas dendam perbuatan mak tirinya yang pernah musnahkan kebahagiaan ayah dan ibunya suatu ketika dulu. Ditambah pula dengan bantuan watak tambahan Zarynn (adik susuan Rayyan) yang berterus terang kepada Wafeen tentang status Daniel memudahkan lagi rancangan untuk memikat Wafeen. Bila Wafeen dapat tahu hakikat sebenarnya memang berperang sungguhlah. Kesian juga Rayyan masa ni. Memanglah nampak macam kejam, tapi sebenarnya niat Rayyan tu baik. Daripada Wafeen bermadu dengan Zarynn, baiklah Wafeen jadi isteri dia aje kan? Lagipun Wafeen memang dah ada perasaan pun pada Rayyan. Cuma dia je yang tak sedar.

Oh, jangan bimbang. Itu bukan  konflik sebenar. Konflik sebenar bermula selepas perkahwinan mereka. Kemalangan yang meragut nyawa ayah dan adik Rayyan telah membuatkan Rayyan cedera parah. Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua buah pinggangnya rosak teruk. Daniel yang sangat kecewa bila dapat tahu Rayyan berkahwin dengan Wafeen mengambil peluang waktu ini untuk mengugut Wafeen supaya meninggalkan Rayyan kalau mahukan Daniel menderma sebelah buah pinggangnya buat Rayyan.

Dilema sungguh kan? Apa agaknya keputusan Wafeen? Berjaya tak agaknya Daniel pisahkan Rayyan daripada Wafeen? Kalau nak tau kenalah baca eh? ;)

Komen saya:  Agak lama juga nak habiskan pembacaan buku tebal ni. Phew. Mujurlah part yang buat kita tension muncul waktu agak penghujung cerita. Hehe. Walaupun agak drama, kisah ini tak terlalu berat untuk dihadamkan. Suka dengan watak Wafeen yang tak mudah mengalah. Yelah, memang silap dia tinggalkan Rayyan untuk selamatkan nyawa Rayyan tapi dia taklah berdiam diri aje. Cuma hasil siasatan dia menemui jalan buntu bila Daniel dah merancang dengan baik tempat untuk menyembunyikan Rayyan.  Apa pun, tahniah untuk penulis untuk karya terbarunya ini. Lepas ni agaknya turn hero yang mana pula eh? Adakah Jebat atau pun Ayyad si abang manja? ;)

6 comments:

ALONG NANI said...

lamanya hajar tak da publish buku kat sini hehehe
saya dah beli online dah habis baca siap bergambar dan dapatkan TT dari penulis lagi..memang best cerita ni, hantu karipap pusing+cik peminat bunga mathari+makcik sari.... tak sabar nak tunggu buku dia yang seterusnya

Hajar said...

Along Nani:
Maaflah kalau tertunggu2 update. Semenjak bertukar kerja ni masa untuk saya membaca memang agak terhad. Sekarang terpaksa curi masa hujung minggu untuk membaca. Thanks anyway sebab masih sudi menjengah ke mari. :)

ALONG NANI said...

owh..tukar kerja...patut sunyi sikit blog ni tertanya juga mungkin hajar berkursus hehehe...dalam banyak-banyak blog cerita pasal buku , blog hajar paling saya suka hehehe mungkin buku hajar baca banyak kena dengan jiwa saya
apa-apa pun selamat bertugas ditempat baru

E-man Sufi said...

tqvm 4 this review...^^

Unknown said...

ishh...ishh....
baru je dpt buku ni haja!heh..xsaba nak bc!! =)

owhh...kita nak abg Jebat!!..uhukk..uhuk..

sufi (",)

Hajar said...

Along Nani:
Thanks for the wish. Insya Allah, selagi berkesempatan saya akan update blog ni. :)

E-man Sufi:
Terima kasih kembali. :)

Sufi:
wahai cik Sufi sayang, silalah baca laju-laju pastu share opinion kat sini. :P

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review