Saturday, August 18, 2012

Kerana Terpaksa Aku Relakan - Umie Nadzimah

Posted by Hajar at 5:53 PM
Tajuk: Kerana Terpaksa Aku Relakan
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman: 772 mukasurat
ISBN: 9789670246277

Akibat dengki dan iri hati, kebahagiaan yang dikecapi Indah Halina (Indah) berkecai sekelip mata. Fitnah dan rancangan jahat si ibu tiri dan si kakak tiri pada hari pernikahannya menyebabkan Indah dihalau oleh bapanya. Rancangan Zawati (kakak tiri Indah) meninggalkan Indah di hentian R&R tu satu kemenangan buat Zawati dan ibunya sebab berjaya rampas tunang dan bapa Indah sekaligus dalam tempoh 24jam.

Memang kesian dengan Indah ni tapi dari sudut yang lain sebenarnya ia satu kelebihan pula. Pertemuan Indah dengan Dato' Safiya sewaktu dalam kepayahan itu bagaikan suatu rahmat buat Indah. Dato' Safiya berkenan sangat dengan Indah walaupun hanya bertemu beberapa kali. Indah kemudiannya diangkat menjadi salah seorang ahli keluarga Dato' Safiya.

Memang pada mulanya, anak-anak teruna Dato' Safiya yang bertiga tu agak sukar nak menerima kehadiran Indah dalam keluarga mereka. Iyalah, entah dari mana asal usulnya, tiba-tiba ibu mereka bawa orang luar masuk dalam keluarga mereka. Tapi, bila melihatkan kegembiraan ibu mereka dengan kehadiran Indah, mereka akur dengan situasi itu. Tajul Razin (Abang Zen) adalah orang yang paling anti dengan Indah pada mulanya. Tapi bila hati dah berbunga, wah memang cair dengan layanan Abang Zen pada Indah ni. Hehe.

Dalam masa yang sama, anak kedua Dato' Safiya, Tajul Fahin (Fahin) juga sibuk nak cucuk jarum. Cuma dah terlewatlah sebab hati Indah dah terikat pada Abang Zen. Ikutkan rekod playboy si Fahin ni, takkanlah dia mudah nak berputus asa kan? Fahin ni pandai memanipulasikan kelemahan ibu dan abangnya untuk dapatkan Indah. Namun, siapa yang bakal jadi pilhan Indah? Atau sebenarnya siapa yang 'layak' untuk bersama Indah? Fahin? Bekas tunangan Indah, Saiful Azam? Atau masihkan Indah mengharapkan Abang Zen sebagai imam dunia akhiratnya?

Pembalasan untuk Zawati dan ibu tiri Indah? Memang tragik, lebih-lebih lagi bila bapa Indah dah tahu hakikat kebenaran.

Komen saya: Sebuah garapan yang agak menarik pada saya sebab penulis pandai bawa kita merasai mood watak-watak yang ditonjolkan. Saya sendiri terasa ke'gedik'annya bila membaca mood gedik Indah dan Abang Zen ni. Haha. Cuma ada beberapa adegan lepas laku yang saya rasa tak perlu untuk ditonjolkan dalam buku ni. Hmm, mungkin penulis nak tunjukkan betapa manusia ni selalu leka dan alpa bila dilamun cinta tapi saya tetap rasa ia tak sesuai untuk dipaparkan. Apa pun, saya sukakan kisah ini dan tahniah juga buat kak Umie Nadzimah atas kelahiran buku ketiga ini. :)


5 comments:

~w.t~ said...

Apa jadi dengan indah lepas kes dengan si tengah tu...
Tertebuk atau masih selamat...

Ada yang review dah sebelum nih kata dia pilih merak kayangan jugak...
Cuma nak tau merak tu dapat bekas adik dia atau yang belum tercemar...

Hajar said...

Indah berjaya diselamatkan oleh si merak kayangan tu lah. Tak sempat tercemar pun. Hoho..

~w.t~ said...

Oh jadinya selamat la yer dia dari jadi mangsa si tengah tu...
Ingatkan tajuk tu pasal kes yang tu la, terpaksa dalam rela lepas...

Jadi tajuk tuh digunakan untuk kes yang mana yer...
Apa yang terpaksa dan apa yang dia relakan...
Mak indah dengan datuk tuh ada connection tak...

Ayu dzulkarnain said...

merak kayangan paksa rela handing over indah kat playboy tu.
datuk n mak indah kawan baik..

memang best cite ni!!

AYU said...

dimana nak dapatkan novel ini.saya dah puas cari di kedai2 buku..tiada stock da..saya nak baca novel ini.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review