Tuesday, July 31, 2012

Aku Yang Kau Cinta - Muna Mahira

Posted by Hajar at 10:58 PM
Tajuk: Aku Yang Kau Cinta
Penulis: Muna Mahira
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  546 mukasurat
ISBN: 9789831247563

Saya terjebak membeli buku ni lepas saya membaca review di facebook. Rasa tertarik nak tahu apa rencah yang ada dalam kisah yang diberikan rating tinggi oleh salah seorang penggemar novel Melayu ni. Apa yang boleh saya katakan cumalah, novel ni mempunyai kisah yang cukup rencah konflik yang pastinya jadi kegemaran kebanyakan penggemar novel. Ehem.

Kisah ini membawa kita mengenali Hannisa Amsyar (Hans), seorang gadis yang agak sederhana dan selekeh penampilannya ketika di zaman universiti. Dia sangat anti lelaki pemalas dan tak tahu berdikari. Hans lebih sukakan lelaki yang lebih berjaya daripada perempuan. Itu sebab dia tak suka bercinta di zaman universiti. Layanan buruk yang diterima daripada keluarganya juga turut jadi penyebab pendiriannya tentang lelaki. Yang penting, dia mahu mengecapi kejayaan dalam hidupnya dahulu tanpa diganggu oleh anasir cinta lelaki.

Selepas beberapa tahun, Hans sudah berhasil mencapai kejayaan yang diidamkannya. Menyandang jawatan Pengurus Projek di syarikat bapa Bardrizal (si kasanova pemalas yang tak disukai oleh Hans di zaman universitinya) menemukan kembali Hans dan Bardrizal. Perubahan Hans mengejutkan Bardrizal. Siapa sangka si hodoh telah bertukar menjadi seorang yang cantik? Melihatkan layanan Hans yang acuh tidak acuh, menyebabkan Badrizal tekad untuk mengejar Hans. Lebih-lebih lagi bila Hans telah berjaya memalukan Bardrizal di khalayak ramai.

Memang Bardrizal bertekad untuk dapatkan Hans semata-mata untuk membalas dendam. Hakikatnya, Hans dikecewakan pada malam pertama perkahwinan mereka. Kalau ikutkan Bardrizal, memang Hans bakal diceraikan keesokan harinya tapi disebabkan Hans ni memikirkan tentang keluarga yang bakal dapat malu akibat 'akal pendek' Bardrizal tu, dia meminta tempoh setahun untuk perkahwinan mereka.

Watak Hans ni betul mengajar erti tabah. Tak sekali pun tumbang walaupun kehadirannya dalam keluarga dinafikan oleh ibu dan ayah sendiri. Haih, kesian. Tapi jangan bimbang, pengakhirannya haruslah bahagia kan? :)

Komen saya:  Buku ni memang sesuai untuk penggemar kisah yang banyak konflik. Bagi saya pula, as long as saya tak hentikan pembacaan, maksudnya saya masih mampu nak hadamkan kisah ini.

2 comments:

mizz acu said...

sbb pe parent dia xsuka dia? so, kawen semata2 bad tu nak memiliki hans jer la.. then, ending please.. ape jadik?

Hajar said...

mizz acu:
Parent si Hans ni x suka dia sebab kononnya Hans ni paling hodoh dalam 3 beradik tu. Huh. Ada gak mak bapak yg xleh terima hakikat camni eh? Nauzubillah..

Akhirnya? Harusla x jadi cerai. Bard tetiba jatuh cinta sbb tgk Hans susah payah nk lahirkan anak dia. Huhu..

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review