Tajuk: Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi
Penulis: -
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 423 mukasurat
ISBN: 9789831248805
Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi ini menghimpunkan karya-karya yang pernah tersiar di laman sesawang penulisan kreatif Ilham Kreatif Karangkraf. Ada 25 cerpen semuanya dalam ini. Kebanyakannya bertemakan cinta dan setiap satunya ada kisah yang tersendiri. Cuma ada beberapa cerpen yang agak 'luar kotak' dan menarik untuk saya ulaskan di sini: -
1. Diari Umi Untuk Anakku - Diyana Farah
Pemergian Umi tersayang akibat penyakit kanser menyedarkan Sumayyah tentang kasih sayang si ibu. Diari yang ditinggalkan banyak mencoret tentang perasaan si ibu dari Sumayyah kecil hingga remaja. Gembira, kecewa, sedih semuanya tercoret dalam diari itu. Malangnya Sumayyah sudah terlewat bila menyedari teguran dan kemarahan kedua ibu bapanya adalah untuk kebaikannya. Dalam diam Sumayyah berjanji untuk menghadiahkan kejayaan buat ibunya walaupun ibu sudah tiada di sisinya.
2. Misteri Nenek Tua - Wanzz Aprilzz
Farah baru berpindah ke kawasan kampung untuk mencari ilham untuk menulis. Ketenangan kawasan tempat tinggalnya itu diharapkan dapat membantu memberi ilham untuknya berkarya. Namun, kehadiran seorang nenek tua yang di kawasan rumahnya itu mengundang persoalan. Siapa sebenarnya nenek tua itu? Setahu Farah, rumah sewanya itu satu-satunya rumah yang ada di kawasan itu. Hish, rupanya nenek tua itu sedang mencari 'pewaris'nya. Haish..
3. Psiko - Syafeza Sauli
Aha, ini salah satu cerpen yang agak lain dalam naskhah ini. Sutera, seorang pesakit mental dikatakan telah membunuh kedua ibu bapa angkatnya. Kerana trauma dengan masa lalunya, Sutera banyak berkomunikasi dengan monolog dalaman dirinya. Doktor yang merawat Sutera cuba untuk membantunya keluar dari tahanan. Tapi Sutera masih berteka-teki walaupun dia sudah mula mahu untuk membongkarkan dalang di sebalik pembunuhan itu. Heh. Saya pun sebenarnya agak kabur dengan situasi sebenarnya sebab pengakhir kisah ini penulis tinggalkan kita dengan persoalan. Adeh..
4. Sketsa Pendek [Hero Mati]- Cikgooden
Ini cerpen yang berjaya buat saya gelak di tengah-tengah malam. Haha. Ada 17 sketsa dan kesemua sketsa di akhiri dengan ayat 'mati'. Sebab hero dalam setiap sketsa tu bertemu ajalnya di setiap pengakhiran cerita. Memang menghiburkan walaupun sadis. Buat saya terasa macam membaca blook. Hihi.
Komen saya : Kadangkala, bila agak tepu dengan kerja / study, saya lebih suka membaca kisah-kisah pendek sebegini sebagai escapism. Yelah,
nak baca novel kadangkala perlu ambil masa yang panjang, jadi
kisah-kisah pendek sebegini sangat membantu waktu otak saya tepu. :) Terima kasih atas usaha penerbit mengangkat kisah-kisah pendek ini dalam bentuk naskhah terbitan. Dan selamat maju jaya juga untuk penulis-penulis yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi cerpen ini. :)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
2 comments:
time kaseh sudi baca, hajar ^_^
Post a Comment