Sunday, October 27, 2013

Pujuk Hati Dia - Sarnia Yahya

Posted by Hajar at 12:12 AM
Tajuk: Pujuk Hati Dia
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.90
Sabah/ Sarawak: RM 26.90
Halaman:  622 mukasurat
ISBN: 9789671192535

Kekecewaan Ain Najiha (Ain) dalam hubungan cintanya dengan Fendi membuatkan Ain membekukan hatinya. Kata-kata kesat Datin Fariza (ibu Fendi)masih tersemat kukuh dalam hatinya sekaligus membuatnya sentiasa prejudis pada golongan kelas atasan.

Perkenalan Ain dan Tengku Ritzlan bermula apabila Tengku Ritzlan mencari seorang tutor untuk mengajar bahasa Melayu kepada Tengku Elyna, anaknya. Awal-awal lagi Tengku Ritzlan dah  menunjuk lagak di depan Ain. Sangkanya perempuan bertudung seperti Ain tak berpelajaran tinggi. Jadi, macam mana nak mengajar anaknya yang masih kekok berbahasa Melayu itu?

Itulah, orang kata tak kenal maka tak cinta. Belum kenal jangan sesuka hati menilai. Heh. Orang yang dipandang rendah itulah yang banyak mendidik Tengku Elyna. Tengku Ritzlan pun tak sangka yang Ain sanggup mengajar Tengku Elyna tanpa sebarang bayaran sampai Elyna sudah boleh berbahasa Melayu dan mula bersolat. Bila tersedar yang dia sudah lama meninggalkan agama, Tengku Ritzlan mula belajar solat dan mendekatkan dirinya dengan Allah.

Sedar yang Ain banyak membawa impak positif dalam keluarganya, Tengku Ritzlan cuba mendekati Ain. Namun, sikap pesimis Ain  menyukarkan Tengku Ritzlan mendekati Ain. Berjayakan hati Ain dipujuk?

Dalam banyak-banyak watak dalam kisah ni saya jatuh kasihan dengan Fendi. Menjadi anak tunggal harapan keluarga adakala memang membebankan. Darjat dan kuasa membataskan segala. Terpaksa pula mengikut telunjuk keluarga dalam hal jodoh tetapi akhirnya tetap ditinggalkan isteri apabila diri ditimpa musibah. Haish, kesian. Kak Sarnia, boleh sambung tak kisah Fendi ni? Huhu..

Komen saya:  Banyak kisah di sebalik kisah dalam kisah ini. Haha. Ayat pun dah lintang pukang ni. Seperti biasa, penulis tak pernah lupa menyisipkan unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Tak sangka rupanya perkenalan Ain dengan Tengku Ritzlan menemukan semula Ain dengan ayah kandungnya. Trauma masa kecil membuat Ain 'lupa' yang dia masih punya ayah. Suka dengan semangat dan ketabahan watak Ain ni. Dan sebagai penulis senior, saya tahu penulis bijak untuk menyusun kata agar tak nampak terlalu 'manis bergula' untuk dibaca. Tahniah Kak Sarnia untuk garapan terbaru ini. Lepas ni giliran watak yang mana pula kan? :)

2 comments:

ALONG NANI said...

Ya..Hajar saya setuju. Watak Fendi kalai disambungkan. Simpati kat dia. Harap Kak Sarnia ada la sambungan cerita Fendi pula :)

Kerana buku ni saya dah mula cari karya kak Sarnia Yahya ni

Hajar said...

Along Nani :
Kan? Sampai hari ni saya sedih bila teringatkan Fendi ni. Sobs.

Ha, lepas ni cuba baca Secantik Anugerah pulak tau? :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review