Sunday, July 21, 2013

Dia... Random Guy - Farah Husain

Posted by Hajar at 4:58 PM
Tajuk: Dia... Random Guy
Penulis: Farah Husain
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  502 mukasurat
ISBN: 9789671192504


Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar looser  sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. Heh. Tapi, si random guy yang dilibatkan dalam masalah ini rupanya bakal adik ipar Zufa. Esh..esh.. Kantoi di situ. Alina fikir kisah mereka sudah tamat di situ. Rupanya tidak. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Memang bencana!

Bagi Amzar pula, pertemuannya dengan Alina bagaikan satu rahmat. Bukan apa, selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu, hidupnya memang jadi huru-hara. Lebih-lebih lagi bila kisah itu turut diketahui oleh keluarganya. Haish. Jadi inilah peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina. Yang kesiannya, tak fasal-fasal Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat. Haish.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar-Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat. Esh Amzar ni, dah suka tu mengaku jela. Lagi nak jaga gengsi. Hehe.

Komen saya: Bagi saya, di permulaan novel ni memang agak menarik, sebab saya nampak sesuatu yang agak berlainan di situ. Malangnya masuk fasa kedua buku ni, saya jadi kecewa. Mungkin sebab saya letak harapan yang tinggi untuk naskhah ini kot. Tapi, jangan mudah menilai okay? It's a nice piece to read. Apa yang saya rasa mungkin tak sama dengan apa yang orang lain rasa. Ini cuma pendapat saya. :)  Masih ada pengajaran yang boleh kita kutip dalam tu. Bukan setakat kisah Amzar dan Alina yang manis bergula itu saja. :) Dan saya agak puas hati sebab kisah ini ditamatkan tanpa persoalan tergantung.  Lepas ni mungkin kena buat macam Airina, jangan harap apa-apa bila membaca sesebuah buku. Jadi kita akan lebih enjoy membaca hingga ke mukasurat terakhir. :) Apa pun, tahniah kepada penulis atas kelahiran karya keduanya. Moga lebih banyak lagi ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)

3 comments:

Farahusain said...

Salam Hajar,

Terima kasih untuk review yang sangat membina ini. Hari tu ada baca komen hajar di GR dan saya menanti juga nak baca review Hajar. :)
Tentang komen Hajar di fasa kedua tu.. Ya. Saya sebagai penulis pun tak puas hati dengan apa yang dihasilkan. Mungkin sebab saya menulis dalam keadaan tergesa-gesa sebab mengejar tarikh akhir yang diberikan penerbit. Bila diberi peluang baca kembali DRG, saya terasa nak tarik balik dan re-write the last few chapters. Memang ada yang kurangnya. Tapi dah tak boleh nak buat apa dah.
Apa2 pun terima kasih kerana masih enjoy membaca kisah ini. Insya-Allah, saya akan cuba hasilkan yang lebih baik di masa akan datang. :)

Unknown said...

baru abis bc DRG..jln crite yg menarik dan ringan.enjoy!!..3.8 bintang!

sufi ('',)

Hajar said...

Farah Husain:

W'salam. Alamak, saya yang cuak bila tuan punya badan datang bertandang. Hehe. Anyway, thanks sudi datang ke mari. Dan saya memang berbesar hati bila penulis boleh terima teguran untuk perbaiki mutu penulisan mereka. Insya Allah, mudah-mudahan. Apa pun, all the best ye Farah. Tahniah dan terima kasih sebab sudi berkongsi manisnya kisah Amz dan Alin ni. :)


sufi:

Wah, dah habis baca? Hehe. Glad you like it. ;)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review