Sunday, July 28, 2013

Kata Tak Suka - Qaseh Qaisara

Posted by Hajar at 10:27 PM
Tajuk: Kata Tak Suka
Penulis: Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  482 mukasurat
ISBN: 9789673651436

Percutian dua buah keluarga yang kononnya untuk merapatkan hubungan antara sahabat lama rupanya ada agenda tersembunyi. Ibu si teruna dan ibu si dara rupanya dalam diam mengatur strategi untuk menjodohkan Megat Zafril (Zafril) dan Nea Alisha (Nea). Nea yang baru putus cinta dengan Luqman memang pada mulanya menolak untuk dijodohkan dengan Zafril. Macam-macam alasan yang diberi untuk mengelak termasuk mengutuk Zafril di depan Puan Asmah, ibu Zafril. Selamba aja dikatanya Zafril itu membosankan. Manakala Zafril pula mula cipta alasan kononnya tak berkenan dengan Nia yang gedik tu. Haish. Puan Asmah tu yang benarnya sedang mengubati kekecewaan hati bila hajat hati untuk melamar Wardah, sepupu Zafril ditolak oleh Wardah. Jadi Nea lah harapan terakhirnya. Hehe

Sebenarnya Nea dan Zafril  bukanlah teruk sangat. Lakonan mereka untuk mengaburi mata kedua-dua ibu mereka memang menjadi. Di mulut bukan main menolak, mengutuk bagai. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman bunga. Pulang dari percutian keluarga, hubungan mereka semakin rapat tanpa pengetahuan para ibu. Siap berdating bagai tapi masing-masing tak berani nak meluahkan rasa hati. Kadang-kadang saya pelik juga dengan mak-mak diorang ni, Zafril tu sikit punya ambil berat pasal Nea tu tapi Puan Asmah masih tak boleh baca  hati dan perasaan anak sendiri.

Hajat mereka memang dipermudahkan bila Puan Asmah membuka jalan untuk menjodohkan mereka. Kedua-duanya bersetuju walaupun nampak macam kahwin paksa. Lepas berkahwin, barulah tersingkap perasaan masing-masing. Tapi Puan Asmah masih tak puas hati. Siap ikut anak menantu pi honeymoon lagi sebab nak pastikan yang mereka ni bukan kahwin kontrak. Hahah. Pengaruh novel Melayu sungguh Puan Asmah ni kan? :P

Namun, bila bahagia mula menjengah dalam kehidupan datanglah pula 'pengganggu' dalam rumahtangga mereka. Luqman, bekas teman lelaki Nea dah macam gila talak. Sibuk nak menagih kasih Nea sedangkan dialah yang curang dulu. Huh. Manakala Wardah pula mula nak mencucuk jarum bila nampak perkahwinan Zafril dan Nea bahagia. Haish. Macam manalah mereka ni nak menghadapi dugaan dan cabaran ni semua kan?

Komen saya: Memang menarik walaupun agak tipikal. Kisah santai tanpa konflik meleret. Agak seronok dibaca walaupun ada sesetengah bahagian saya rasa agak mendatar. Apa pun tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)



0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review