Tajuk: Dekat Padamu
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: Lovenovel Publication
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman: 517 mukasurat
ISBN: 9789671174104
Syafiqa (Ika), si yatim piatu yang cuma ada seorang abang kembar (Syafiq) yang ditahan di pusat pemulihan akibat ketagihan dadah. Hubungan baiknya dengan Ashila semenjak zaman persekolahan menemukan Ika dengan Iskandar Aisy (Is) dan Rayyan. Kebetulan, Ika pun bekerja dengan syarikat keluarga Ashila. Iskandar, abang kepada Ashila, sebenarnya sudah pun berkahwin dengan Tini. Tapi suka sangat mengusik Ika, sampai tahap nak jadikan Ika isteri bongsunya. Manakan tidaknya? Ika ni selalu jadi tempat Iskandar bercerita tentang masalahnya. Err, sebenarnya bukan Is aje, Ashila pun sama.
Persahabatan yang erat antara Ashila dan Ika membuatkan Ika banyak menyimpan rahsia Ashila. Termasuklah kisah skandal Ashila walaupun sebenarnya Ashila sudah pun ditunangkan dengan Rayyan. Adoilah Ika, setia tak bertempat sungguh!
Perkenalan Ika dan Rayyan pada mulanya hanyalah sebab projek pembangunan di bawah seliaan mereka. Tapi lama-kelamaan hubungan atas dasar kerja itu berlarutan kepada hubungan hati dan perasaan. Hubungan baik antara Syafiq dan Rayyan turut memberi kelebihan untuk Rayyan mendekati Ika. Ika pula berusaha sedaya upaya menafikan perasaannya pada Rayyan hanya kerana menghormati ikatan pertunangan antara Rayyan dan Ashila. Namun kematian Ashila tak berapa lama kemudian memberi peluang untuk hubungan mereka terus berkembang.
Ingatkan dah boleh menarik nafas lega. Rupanya ada lagi musibah yang menanti. Masalah demi masalah yang berlaku di tapak pembinaan akhirnya membawa kepada runtuhan bangunan yang sedang diselia oleh Rayyan dan lebih malang lagi bila Rayyan terperangkap dalam runtuhan dan disahkan meninggal dunia. Aduhai. Luluh hati Ika. Bertambah lagi sedih Ika bila Syafiq pula meninggal dunia akibat dipukul oleh sepupu mereka, Helmi. :(
Pemergian demi pemergian dalam hidup Ika memberi peluang untuk Is mendekati Ika. Lebih-lebih lagi bila Is sudah pun bercerai dengan Tini. Misi Is untuk menawan hati Ika dipermudahkan lagi bila mereka ditangkap khalwat ketika Is sedang membantu Ika yang terseliuh kakinya. Aduhai. Bila Ika tahu siapa mastermind di sebaliknya memang masaklah Is.
Komen saya: Aduhai, banyak sungguh kematian. Macam malang sangat hidup Ika ni bila takdir datang meragut hamipr semua insan yang disayanginya. Huhu. Kisah yang pada saya agak tragik tapi tak meleret. Tahniah buat penulis. Akhirnya terjawab juga semua persoalan saya untuk kisah Is dan Ika ni. Moga diberikan banyak ilham untuk menulis kisah-kisah yang lain selepas ini. :)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
0 comments:
Post a Comment