Tajuk: Yang Luar Biasa
Penulis: Hani Fazuha, Farah Husain, Anna Lee, Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman: 636 mukasurat
ISBN: 9789671226728
Salah satu buku hasil 'tuaian' saya di PWTC Jumaat lepas dan antara buku yang memang dinanti kemunculannya. :) Sekali lagi penerbit ambil langkah berani menghasilkan kompilasi mini novel yang dilabelkan sebagai Edisi Emas hasil karya 4 penulis. Cetakan terhad yang hanya diterbitkan sempena Pesta Buku 1 Malaysia baru-baru ini. Ada empat kisah pendek hasil nukilan empat orang penulis : -
1. Yang Luar Biasa - Hani Fazuha
Hubungan antara Zhariz dan Arissa memang rapat. Lebih-lebih lagi kerana mereka bersaudara. Sikap Zhariz yang
over protective memang dimaklumi dan Arissa menganggap itu hanyalah sikap melindungi seorang abang pada seorang adik tanpa menyedari bahawa Zhariz sebenarnya sudah lama menyimpan rasa pada Arissa. Lama kelamaan Arissa juga turut tergoda dengan karisma yang ditunjukkan oleh Zhariz. Masalahnya sekarang Zhariz tu tunang Ryana, kakak Arissa. Tegakah Arissa dan Zhariz membelakangkan keluarga mereka semata-mata kerana untuk memenuhi kehendak hati mereka? Atau Arissa lebih rela memilih Adam, teman yang setia mengejar Arissa semenjak belum bergraduat, atau Harraz si buaya tembaga? Entah kenapa saya rasa kisah ni macam tak cukup eh? Pendek sangat. Haha. ;)
2. Diari Mrs. Ben - Anna Lee
Ben dan Sofia bersahabat baik semenjak mereka di tadika. Pertemuan kembali mereka selepas berbelas tahun terpisah akhirnya menyatukan mereka dalam sebuah ikatan. Memang pada awalnya hubungan cinta yang direka itu hanyalah sebagai 'sebuah drama' bagi menyelamatkan kerjaya Ben sebagai seorang pelakon. Namun, lama kelamaan Ben merasakan inilah peluang untuk dia merealisasikan impian cintanya terhadap Sofia semenjak zaman remaja. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah, Fiona teman wanita Ben yang tak habis-habis menempel di antara mereka bagi memastikan yang Sofia dan Ben takkan pernah bersatu sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Haish.
3. My Slurpee Slurps - Syah Shah
Memang betullah penulis ni sangat sinonim dengan tajuk makanan / minuman. Heh.
Kerana sebuah kemalangan kecil, Damien bertemu Vina. Semenjak itu, setiap kali pertemuan mereka tak pernah berakhir dengan aman. Ada saja pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada pertumpahan Slurpee. Hahah. Hubungan mereka akhirnya makin jernih bila mereka terlibat dalam sebuah urusniaga. Namun, perangkap Mike, sepupu Damien membuatkan hubungan baik yang mula terjalin kembali keruh. Apakah tindakan Damien untuk menjernihkan kekeruhan? Kerana
habit yang suka selak bab paling belakang, nyaris-nyaris saya tertipu dengan penamat kisah ni. Cis.. :P
4. Dear Cinta - Farah Husain
Kekecewaan cinta mendorong Tasneem untuk memotivasikan diri sendiri. Cabaran teman-teman akrab membuatkan Tasneem mendaftarkan diri di sebuah
fitness centre walaupun masih teragak-agak dengan keputusan yang dibuat. Perkenalannya dengan Ariff tuan punya
gym merubah segalanya. Oleh kerana pernah mengalami fasa yang sama, Ariff tidak keberatan untuk membantu Tasneem mendapatkan kembali keyakinan dirinya. Hubungan baik yang terjalin akhirnya merubah perasaan masing-masing. Mampukah Ariff menjadi penyembuh luka Tasneem?
Komen saya: Saya suka kesemua kisah dalam Yang Luar Biasa ni. Sebab kisahnya mudah dan tak meleret-leret. :) Masih manis tapi saya rasa tahap 'gula'nya masih terkawal berbanding
Kisah Dari Hati. Tahniah buat kesemua penulis dan juga penerbit. :)
0 comments:
Post a Comment