Arluna
Rin Ahmad @ Karya Lepak
http://karyalepak.blogspot.com
Kali ni saya nak review salah satu e novel yang dah tamat baru-baru ni. Bagi penggemar e-novel, ini salah satu kisah yang ditamatkan di blog. Insya Allah, jika ada rezeki penulis, akan dibukukan juga suatu hari nanti. :) Ini adalah karya kedua penulis yang saya ikuti selepas Gadis Edisi Terhad (walaupun sebenarnya ini adalah karya pertama penulis). Memang dari awal tak berminat nak ikuti sebab tajuknya sangatlah tak 'catchy'. Hahaha. (Ampun..) Tapi itulah, kan ada pepatah yang kata, 'don't judge a book by its cover'. Kena baca dulu baru kita berhak menilai ;).
Kalau ikutkan sebenarnya memang kena sangat pun tajuk dengan jalan ceritanya. Jadi, catchy tak catchy nya tajuk tu belakang kira. Janji mesejnya sampai. :)
Arluna mengisahkan sekitar kehidupan Nia Arluna (Nina) dan Johan Arif (Johan) dari mereka bertemu, bercinta dan berkahwin. Dimulai dengan pertemuan yang agak dramatik di Singapura, perkenalan mereka bersambung apabila Nina menjalani latihan industri di JPRA. Nina ditempatkan di bawah seliaan Raziq, yang merupakan teman baik Johan. Nina memang tak sangka boleh bertemu lagi dengan si Johan yang sombong itu.
Itulah kata orang kalau dah jodoh tak ke mana kan? Macam tu juga antara Johan dan Nina. Antara kehendak sendiri dan juga sebab tak mahu adik kesayangannya, Hanna kecewa bila Raziq dah mula menunjukkan minat untuk mendekati Nina, Johan mengambil langkah drastik melamar Nina menjadi isterinya. Maunya tak cair, bila kena propose kat Taman Burung KL tu. Dah penat main tarik tali, akhirnya Nina terima juga lamaran Johan tu.
Langit memang tak selalu cerah. Tinggal seminggu lagi sebelum mereka bernikah, Johan kantoi bermesraan dengan bekas teman wanitanya depan mata Nina. Dan hal itulah yang jadi api dalam sekam dalam perkahwinan mereka. Dah macam kena kahwin paksa dah gayanya. Tapi saya tabik dengan Nina sebab tetap hormat Johan sebagai suami walaupun Johan banyak sangat berahsia di awal perkahwinan mereka ni. Tewas itu taat, dah jadi tagline Nina. Kalau tengok cara Nina atasi konflik dengan Fazleen (ex-Johan) memang patut dipuji walau nampak kebudakan. Suami sendiri oh, takkan nak dok diam je bila terang-terang si bekas teman wanita tu sibuk-sibuk nak menempel.
Uniknya cerita ni bukan macam sesetengah cerita lain yang kita baca. Biasanya perkahwinan yang bermula dengan masalah kecil akan end up dengan isu yang lebih besar. Arluna ni taklah cliche macam tu. Masalah salah faham dengan ibu Johan pun senang je selesai dengan bantuan Hanna. Untungnya Johan dapat sokongan padu daripada Hanna. Sebab sebelum ni, hubungan Johan dan Fazleen dapat tentangan daripada Hanna. Tapi Hanna tak nyatakan kenapa sebab nak menjaga aib arwah kembarnya, Hanni.
Johan ni walau dah kahwin dengan Nina, masih lagi berhubung dengan Fazleen tu atas dasar perniagaan kononnya. Dia tak sedar yang Nina banyak memendam rasa dengan sikapnya tu. Akhirnya bila Hanna membuka pekung Hanni (yang sebenarnya buka pekung si Fazleen sekali), Johan sedar juga yang Nina dah banyak memendam rasa akibat sikap 'toleransi'nya dengan Fazleen tu. Johan bertindak memutuskan segala bentuk hubungannya dengan Fazleen serta-merta. And they live happily ever after. Haha. Insya Allah.
Suka ending scene yang manis walaupun sedih sebab terpaksa berpisah dengan depa berdua. :)
Komen saya: Arluna ni bukan nak tunjukkan betapa manisnya bercinta, tapi lebih kepada macam mana nak 'tackle and tolerate' with marriage life. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan. Yela, masa bercinta semuanya manis. Lepas kahwin itulah pahit manis hidup berkeluarga yang sebenar. Macam mana nak berdepan dengan hidup baru, nak reconcile dengan suami and so on. Bagus sebagai bacaan untuk panduan orang yang nak berkahwin. ;)
PERFECTLY HALAL - SURI RYANA
2 years ago
12 comments:
Terbaek!!!
:)
i love all your novels,,especially 'untuk semua dosaku',,x mcm novel biase2...gaya bahasa nmpk
high class,,RIN AHMAD BEST
erkkk...hajar nak tanya la kalau terbaca komen saya ni...cerita ni ada dibukukan tak lagi? saya ada beli "untuk semua dosaku" macam tengok drama live saja cerita ni sbb cara penulis cerita macam saya berada kat Jerman pula :)) BEST sangat suka gaya bahasa dan cerita KARYA LEPAK @ RIN AHMAD...lain dari yang lain
Along Nani:
Cerita ni belum dibukukan lagi. Insya Allah, ada rezeki penulis, dapatlah kita baca cerita ni dalam versi cetak. Sama-sama kita doakan ye? :)
salam nk tny, dkt block penulis dh x de ke bku ni?
me_myself:
W'salam. Fyi, penulis dah remove cerita ni dr blog dia utk editing. Doakan sajalah mana tau kot ada rezeki kita nk baca Arluna ni dalam versi cetak.
Rin Ahmad, u're awsome writter, loves all ur karya.. Keep on writting, beb!
sy buru je nk bce..ni pn bce kt penulisn2u..teruja sngt..sokong statement Along nani..gaya bahasa dn cerita Rin Ahmat @ Karya Lepak memg memg lain dr y lain..especially bile bce USD dh blh imagine dri ni memg btol2 duk kt german..hihi..
Macam mane nk bce cite ni smpai hbis ye? Kt p2u ade smpai bab 13 je.. Huhu.. Da lme cari..
Ira Rahmat :
Memang versi lama ni dah remove dr blog penulis. For the time being awak bolehlah baca Arluna versi baru di Novel Melayu Kreatif. Ada rezeki, insya Allah bolehla kita baca versi cetaknya pula. :)
Post a Comment