Friday, May 24, 2013

Mr. Sirap Bandung - Nadra Yasmina

Posted by Hajar at 10:03 PM


Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  660 mukasurat
ISBN: 9789673651603

Perkenalan Teja dan Thaqif secara tidak sedar banyak membawa impak positif dalam hidup Thaqif.  Teja ni diibaratkan bagai penunjuk jalan bagi Thaqif yang dah jauh tersesat jalan. Pertemuan mereka pada awalnya cumalah sebagai rakan sejawat tanpa Teja mengetahui  bahawa 'teman rapatnya' itu adalah CEO Kiara Arena, tempat Teja mencari rezeki selama ini.

Thaqif ada sebab untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Dia mahu Teja selesa berkawan dengannya. Yelah, bayangkan betapa rasa rendahnya diri Teja kalau awal-awal lagi dia tahu Thaqif tu CEO. Dah sah-sahlah dia tak mahu bergaul dengan Thaqif atas alasan dia cuma seorang kerani stor. Bila itu terjadi dah tentulah Thaqif tak dapat nak mendekatkan diri dengan Teja kan? :)

Atas kesedaran diri yang jahil ilmu agama, Thaqif tidak malu untuk belajar asas agama melalui bapa Teja. Thaqif rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki jalan hidup keluarganya yang agak 'keduniaan' selama ini. Kehadiran Thaqif diterima baik oleh bapa dan ahli keluarga Teja yang lain. Lebih-lebih lagi bila Thaqif ni sangat pandai mengambil hati adik-adik Teja. Makin terbentang luaslah jalan nak mendekatkan diri dengan keluarga Teja.

Makin lama Teja dikenali, buat Thaqif makin tertarik hati. Namun, jalan kebahagiaan mereka tak semudah yang dijangka. Bagaimana penerimaan Teja bila kebenaran akhirnya terbongkar? Kemudian, bagaimana pula penerimaan ibu Thaqif yang sangat selektif dalam memilih menantu itu? Heh..

Komen saya: Walaupun kisah ini hanyalah sebuah kisah yang agak santai, banyak pengisian yang diselitkan oleh penulis dalam naskhah ini. Memang betul pun, kita mudah memandang enteng dalam perkara-perkara amal ibadah yang kita amalkan setiap hari sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita juga mudah untuk melakukan kesilapan dalam amal ibadah yang kita pandang enteng itu. Hmm..Terima kasih buat penulis atas ingatan serta pengisian dan tahniah juga atas kelahiran buku terbaru ini. Moga usaha dan perkongsian itu akan sentiasa berterusan. :)

4 comments:

ALONG NANI said...

buku ni pun dah habis saya baca..kira buku ke 4 dari hasil PBAKL..betul kata Hajar, kadang-kadang kita pandang mudah ja..bila baca buku ni buat saya berhati-hati dan tak pandang mudah :)
TAHNIAH buat penulis untuk buku ke 3 dia..BEST

kucc_aprilsnow said...

salam Hajar dear. Tenkiu utk resensi yang comel ini. Alhamdulillah, moga kita semua dapat manafaat bersama, insya Allah.

Hajar said...

kucc_aprilsnow:
w'salam. terima kasih juga sudi singgah sini. Insya Allah, moga bermanfaat untuk yang membaca dan menulisnya. :)

Hajar said...

Along Nani:
yup, terima kasih kepada penulis sebab ada inisiatif untuk masukkan input bermanfaat untuk pembaca macam kita ni. :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review