Wednesday, May 1, 2013

Sandal Bunga-Bunga - Faziela

Posted by Hajar at 9:48 PM



Tajuk: Sandal Bunga-Bunga
Penulis: Faziela
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 470 mukasurat
ISBN: 9789670508252

Nampaknya penulis masih lagi mengekalkan tema perkahwinan diatur oleh keluarga, namun bukan dengan paksaan. Izza dan Zahran disatukan setelah kedua-duanya gagal dalam hubungan terdahulu. Zahran meninggalkan 'dia' yang akhirnya bertunang dengan pilihan keluarga walaupun 'dia' pernah menyuruh Zahran 'menunggu'nya selama bertahun-tahun. Manakala Izza pula ditinggalkan oleh Naqib setelah 8 tahun mereka berkasih. Sebabnya? Naqib berpaling kepada kawan baik mereka. Heh.

Bukan mudah untuk bangkit kembali setelah gagal. Izza terpaksa berhadapan dengan kemurungan yang agak teruk setelah berpisah dengan Naqib. Paling tak boleh terima bila Naqib mempersoalkan kenapa Izza tak mahu berkawan lagi dengan dia? Adeh, mamat ni tak ada perasaan agaknya ya? Dia fikir Izza tu berhati besi ke?

Bagi Zahran pula, kekecewaan membawanya pulang ke Malaysia. Untuk apa ditunggu lagi si 'dia' yang bakal menjadi milik orang lain itu? Sanggup Zahran tinggalkan jawatan dan gaji yang lumayan di Dubai hanya kerana mahu membawa rasa hatinya yang kecewa dengan si 'dia'.

Perkahwinan mereka memang bukan sesuatu yang mudah. Sikap toleransi Zahran sedikit sebanyak buat Izza rasa selesa dengan perkahwinan mereka yang baru setahun jagung ini. Cuma kadang-kadang Izza tu rasa terdera juga bila terpaksa mengikut Zahran menyertai aktiviti outdoor yang agak ekstrim.

Dalam menyulam bahagia, rupanya ada yang tidak senang dengan mereka. Kebahagiaan mereka nyaris direnggut dengan peristiwa yang nyaris meragut nyawa Izza. Haish, parah sungguh bila ada manusia yang sanggup buat apa saja asalkan hajat sendiri tertunai. Kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan dan badai yang mendatang?

Komen saya:  Kisah kedua penulis pada saya agak kurang 'menyengat' berbanding Si Mangkuk Tingkat. Suka dengan watak Zahran yang matang dan sinikal ni. Cuma tak suka bila dia sembunyikan apa yang sepatutnya Izza tahu. Kalau dia berterus terang dari awal mungkin Izza tak perlu berdepan dengan si 'dia' yang psiko tu. Hmm. Penamatnya juga agak rushing. Macam tak nampak sangat macam mana Izza recover daripada trauma yang dialaminya selepas peristiwa itu. Apa pun, tahniah buat Faziela. Moga lebih banyak lagi ilham yang bakal menyusul lepas ni. :)

3 comments:

mizz acu said...

setuju.. prefer SMT. yg ni bukan xbesh cuma a bit scary.. huhuhu

harap tapai pulut daun getah tu dapat dibukukan nti.. cheq suka EE!!
hehehhee..

Hajar said...

mizz acu:
haha, tu kena tunggulah kot penulis dapat idea nak add on apa lagi dalam tu. :)

Mohammad Nor Azilawati:
ahaha, saya masih suka cara penulis elaborate hubungan suami isteri yang tak terlalu terlebih gula. cukuplah ayat-ayat cheesy Zahran dalam diari dia tu je. :)

Unknown said...

Saya pula..suka 2 buah ni..sama best cuma, macam hajar kata part Izza trauma tu agak cepat..kalau boleh panjagkan lagi hehe...
Suka watak Zahran sukakan sukan ekstrem.
Scary betul si Deena tu, masa baca part kan pondok kebu durian tu..rasa macam nak tampar ja perempuan PSIKO GILA tu gerrrrrrrrrrrrrrrrr

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review